Ahad, 31 Oktober 2010

Chegu Bard Mendahului Jumlah Undian


Chegu Bard …..459 undi

SAM ……….....328 undi

Dari keputusan kelmarin amat jelas bahawa rata-rata anak muda dalam Parti Keadilan Rakyat telah memilih Chegu sebagai ketua mereka walaupun pada pengundian semalam Chegu Bard hanya ketinggalan hanya 9 undi di belakang SAM.

Sentimen memihak kepada Chegu Bard ini lahir kerana Shamsul Iskandar dilihat sebagai Mat Turun Naik. Ini berikutan dengan cita - cita Shamsul Iskandar yang pada awalnya menawarkan diri sebagai Naib Presiden kemudian menarik diri.


SHAMSUL ISKANDAR MANGSA ABA(Asalkan Bukan Azmin)

Oleh: Tukar Tiub

Shamsul Iskandar dilihat oleh anak - anak muda
sebagai orang yang ‘disponsor’ oleh Azmin Ali.

Sama ada Shamsul Iskandar ini dalam chai Azmin Ali
atau tidak adalah perbincangan akademik.

Dalam politik yang penting ialah persepsi.

Sentimen Aba yang sedang merebak ini telah turut sama
membakar Shamsul Iskandar a.k.a Mat Turun Naik.

Boring!! Asyik - Asyik Citer Pasal Kelentong!!!

BORING BETUL!!!

Bila Pilihanraya je...Kelentong yang sama gak! tak de kelentong lain kerr??

TIMBALAN KETUA, NAIB PKR BAHAGIAN BATU SAPI KELUAR PARTI – melalok

SANDAKAN 30 Okt. - Timbalan Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Batu Sapi, Amir Bak dan 200 anggota bahagian itu hari ini mengumumkan keluar PKR dan menyertai UMNO.

Turut menyertai Amir ialah naib ketua PKR Batu Sapi, Abdullah Madu dan tujuh lagi anggota jawatankuasa bahagian berkenaan.

Mereka menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO kepada Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis Pecah Tanah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Lupak Meluas di sini.

Selain itu, 50 anggota Parti Maju Sabah (SAPP) dari lima cawangan di Batu Sapi turut mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO.

Bekas calon bebas pada pilihan raya umum 2008, Dr. Francis Chong pula mengumumkan menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS), salah sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN).

Anggota PKR dan SAPP berkenaan bertindak meninggalkan parti masing-masing kerana hilang kepercayaan kepada perjuangan parti asal mereka.

Sejak bermulanya Pilihanraya Kecil di Permatang Pauh,Ini lah berita yang sering di sensasikan dek media - media tukang canang.Sebab United MuNkEeE lihat takkan sempurna pilihanraya kalau tak di ikuti dengan cerita - cerita kelentong yang di canang kan hanya sekadar pelengkap kepada sesuatu musim pilihanraya.

Dari Permatang Pauh sampai le ke galas maka ini lah berita - berita yang di sensasikan buat seluruh pengundi - pengundi tapi apa kita tahu pengundi bukan kisah pon pasal benda - benda macam ni.Diorang pedulik apa orang keluar - masuk parti tu dah satu benda biasa.

Tapi sesuatu yang paling pelik ialah kesemua mangkuk - mangkuk ayun yang keluar dari PKR itu mengumumkan keluar dari parti setelah selesai pemilihan cabang.Diorang ni terdiri dari mereka - mereka yang kalah ke? atau memang dah lama diorang semua keluar parti?

Dan lagi satu yang Buat 1 Malaysia Naik hangin ialah!!

KALAU KELENTONG TU BAGI LAH SATU KELENTONG YANG REAL PUNYERR KELENTONG!!!!

Warghh..Kah..Kah..Kah,Woi Berok! PKR mana ada BAHAGIAN! CABANG ada la!

Tak baik la...Kelentong Camnie!! Dia punya Kencing Punya la Busuk!..KAH..KAH..KAH....

Selasa, 26 Oktober 2010

Gua Caya Sama Lu Lah!! Mat Monggol!!!

ETP: LEBIH BANYAK KELAB MALAM , SPA AKAN DIBINA – mkini

Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Ini barulah di katakan Dasar Al - Monggoli,Silaa.....kan buat SPA banyak - banyak kerana tujuannya adalah menyediakan SPA sebab dalam SPA ada Jacuziii!!! dalam Jacuzii kita boleh nampak anak badak tengah berendam dan kat sebelah dia kita boleh nampak si khadam - khadam tengah cuci spender dengan sabun briz!

Warghhh!! Kah...Kah...Kah...Bagoss,Mat Monggol,Bagoss...Kah..Kah..Kah

Yeahhhh!!!!!!!!

Ini Barulah di katakan sebagai Dasar Al-Monggoli!Silaaaaaaaaaaaaa....kaaaan!!!!! Buat "night Club" banyak - banyak pasal boleh kita tengok berduyun - duyun menteri kita import China Doll dan Monggol Doll untuk menaikkan taraf ekonomi kita.Lagi banyak Kelab malam lagi banyak lah duit - duit pau masuk!!!

Fuuulameekk!!!!!

Berpesta gilerr!!! PAS lepas ni melanyak United MuNkEeE ke sana - Ke mari,tapi yang kita paling kesian ialah tiga batang hidung paling tepat kena "shoot" ialah Fathul Bahri,Harusss...Saneyyy!!! dan Marshitah!!!! adalah mereka - mereka yang bakal menjadi mangsa tembakan mesingan dari Ulama - ulama PAS.

Jahanam...Hancuss!!!!! United MuNkEeE di galas!!

Isnin, 25 Oktober 2010

Mari Rai Kan Demokrasi dengan Demontrasi-Padan Muka Mahafiraun




Penduduk berdemo tuntut kawasan perumahan dihubung lebuh raya

Lebih 500 penduduk Bandar Tasik Puteri, Rawang berdemo semalam laluan dibina agar kawasan perumahan mereka dihubungkan dengan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (KLKSE) yang bakal siap pada pertengahan tahun 2012.

Ini kerana, menurut semasa pembelian rumah pihak pemaju telah menjanjikan laluan tersebut termasuk menyediakan kemudahan asas antaranya dewan serbaguna dan sebuah stesen petrol.

“Semua itu hanya janji tinggal janji sahaja kerana sehingga kini tiada sebarang kemudahan asas disediakan kepada penduduk yang mendiami kawasan itu dianggarkan 20,000 orang.

Kami terpaksa mengisi minyak petrol kereta sejauh 20 kilometer terletak di Bandar Country Height,” kata salah seorang penduduk, Mohd Tarmizi Kasirun,45 yang telah menghuni di kawasan berkenaan sejak tahun 2000.

Demonstrasi aman dan memorandum tuntutan kepada pemaju dilancarkan oleh ahli jawatankuasa badan bertindak KLKSE dipimpin oleh Norazman Samsudin.

Sepanjang perarakan itu, Komunitikini mendapati penduduk melaungkan kata-kata provokasi mengkritik pihak pemaju gagal mengotakan janji membina susur keluar yang menghubungkan kawasan perumahan itu ke lebuh raya KLKSE.

Sambil memegang poster dan kain rentang, segelintir penduduk turut berarak menggunakan motosikal sambil membunyikan hon sebagai tanda sokongan sekali gus mengakibat keadaan lalu lintas jalan raya menjadi sesak.

DEMONSTRASI BUKAN BUDAYA KITA: DR M
Berita Hairan
KUALA LUMPUR: Pembangkang, yang hilang kuasa mentadbir kerajaan Perak, perlu sedar demonstrasi jalanan bukan budaya Malaysia dan menunjuk kekuatan seperti ini boleh berlaku erhadap mereka pada masa depan, kata Mahathir Mohamad.

"Ia (demonstrasi jalanan) bukan budaya kita. Bagaimana anda hendak membentuk sebuah kerajaan dengan bertindak di jalan raya. Jika mereka (pembangkang) sendiri menggalakkan demonstrasi jalanan, macam mana pula mereka hendak mentadbir negeri

BERDEMONSTRASI BUKAN BUDAYA RAKYAT MALAYSIA - Melalok

PADA 31 Januari lalu ketenangan di sebuah pusat membeli-belah di ibu negara
terganggu dengan kemunculan kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Memansuhkan PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) atau GMP yang rata-ratanya orang Melayu.

Demonstrasi oleh GMP ini kemudiannya dengan cepat diulas dan sorot oleh pihak media cetak dan media elektronik.

Daripada satu segi berdemonstrasi boleh dianggap baik kerana dapat menarik massa untuk lebih mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu isu dan mendapat publisiti serta simpati. Walaupun begitu jikalau kita memperhalusinya, demonstrasi bukan budaya kita.

Apakah sudah muncul budaya baru di kalangan orang Malaysia yang bijak pandai bahawa jika pemerintah lambat akur dengan kehendak mereka, maka mereka akan buat riuh di jalanan

Itu hari mana punya mangkuk ayun kata ni Demonstrasi bukan budaya kita??? mana punya barua boleh cakap macam tu dalam TV dan Radio.Kalau nak tau ini lah budaya masyarakat di negara maju.Kalau tak puas hati maka suarakan dengan berdemontrasi.

Yeah...Macam ni lah gaya masyarakat yang punya fikrah pemikiran yang bijak!

Yeah!!.....Syabas!!! Salute!! pada penduduk - penduduk yang kool dan berani melawan kelentong - kelentong manusia yang durjana! Mengalu - alukan seluruh penduduk, rakyat 1 malaysia,parti politik dan apa jua pertubuhan,kalau tak puas hati ramai - ramai mesti keluar demo tak kira kecik,besar, tua atau muda!

Hooreyyy!!!!!!!

Bersama - sama kita 1 Malaysia menjadikan Demonstrasi Jalanraya sebagai satu lagi Parlimen Rakyat dan Dewan Rakyat.Kalau Mahafiraun kata Demo bukan Budaya kita,mari kita pakat ramai - ramai bagi tempeleng! mari kita pakat ramai - ramai katakan...Pergi Mamposs!!!!!!

Demontrasi kini telah menjadi darah daging dan Budaya rakyat 1 malaysia tak kira dalam apa jua aspek kehidupan!!!!!

Yeahoo!!!!

PADAN MUKA MAHAFIRAUN!!!!!!!

Jumaat, 22 Oktober 2010

UMNO pelihara Islam di bawah "Bra" Bik Mama

Masih ingat lagi !!!!!

Berapa ramai mangkuk - mangkuk Ayun berkumpul semata - mata nak arak perkataan "take beer"

Masih ingat lagi!!!

Berapa banyak Berok Afrika Terlompat - lompat kononnya nak menyelamatkan "Perkataan Allah" dan memaki hamun orang bukan islam dari menggunakan Nama Allah!

Masih Ingat lagi!!!!!

Ada 40 penyamun menyertai United MuNkEeE Nervous Oldies dan menubuh "iLmU" Kononnya ini adalah Ulama Muda UMNO dan berkata dengan angkuh yang PAS takkan tidur lena apabila 40 penyamun menyertai UMNO! Tapi PAS tak kesah pun,masuk lah walau 1000 ulama penyamun sekalipun ke dalam UMNO, PAS takkan gentar walau sedikit pun.

Masih Ingat Lagi!!!

Fathul Bari dan Zul Nordin kini jadi Wira dan Pejuang Islam dalam UMNO!!!!!

Masih Ingat lagi!!!!

Harussss Saneyyy!!! jadi pembela Islam Untuk UMNO!!

Sekarang mana pergi diorang semua apabila Rosmah mempamerkan perkataan Muhammad dalam tulisan Jawi di dada Seksi seorang wanita di Monte Carlo yang kononnya di dakwa ini adalah pakaian untuk Wanita Muslim.Sekarang ini mana Ularmak - Ularmak yang yang pandai bercakap pasal Islam.

Sekarang mana dia perginya Ularmak - Ularmak yang tegar bercakap pasal angka doa yang dibawa Oleh Tuan Guru Nik Aziz.Sekarang Ni mana Pergi Harussss...Saneyyy??? Zul Nordin Pun tak nampak.

Apasal? Kenapa?

Ini semua takut di perintah kan oleh bik mama untuk "cuci spender" kalau diorang bersuara.Dan sekarang dan terbongeng lagi telanjang, kita boleh lihat dengan jelas "Islam" jenis apakah yang sedang di bina oleh UMNOPCO.Proses ini tampak persis seperti Golda Meir dan geng - geng Zionis nya ketika membawa agama baru di Tel aviv.

Rabbi - Rabbi yahudi yang di suruh melutut pada Kitab Talmud di perkuda kan supaya menjadi pendakwah kepada agama baru iaitu Zionis dan Rabbi - Rabbi(Ulama agama Yahudi) yang kekal setia pada Kitab Taurat di singkir dan usir ke daerah Sinai.Fenomena ini sama seperti di malaysia.

Apa sahaja Kebobrokan yang di lakukan oleh pemimpin - pemimpin Zionis mesti di senyapkan dan ia oleh Para Rabbi - Rabbi Kitab Talmud sama seperti Ulama - ulama UMNO hanya membisu seribu bahasa atas segala kemungkaran yang di lakukan oleh pemimpin - pemimpin mereka.

Tapi di malaysia Lebih Hebat dari Yahudi Zionis!!!

Ulama - ulama UMNO telah di per"ulam - ulam"kan oleh pemimpin - pemimpin UMNO dan kini yang lebih terhina lagi apabila semua Ulama - Ulama di perintahkan agar setia melutut di bawah "Bra" Bik mama.Sejahat - jahat Zionis pun tak suruh Rabbi mereka menulis Nama Nabi Daud dan Nabi Musa di atas dada wanita Jalang!!

Jahanam 1 malaysia tapi Galas boleh di selamatkan lagi dari terus Melutut di bawah Bra Bik Mama!!!!!

Rabu, 20 Oktober 2010

Kelentong VS Bangang!!!



Ohhh!! Mami....Apakah Itu Bangang!!!



Berita Hairan
Wanita UMNO ikrar pertahan Perlembagaan, kedudukan istimewa Melayu


KUALA LUMPUR: Wanita UMNO dengan nada tegas berikrar tidak akan membiarkan kemuliaan dan keluluran Perlembagaan Persekutuan dicabuli atau dicemari, termasuk berhubung Perkara 153 yang melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata Perlembagaan Persekutuan melindungi hak dan kepentingan semua rakyat termasuk Melayu, Cina, India dan suku kaum lain dan tiada seorang pun ketinggalan.


"Sesiapa yang mencabuli Perlembagaan Persekutuan bukan hanya salah di sisi undang-undang tapi boleh diibarat sebagai satu penderhakaan kepada ibu sendiri," katanya dalam ucapan dasar Persidangan Wanita Umno sempena Perhimpunan Umno 2010, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, pagi ini.


Shahrizat berkata, seluruh ahli UMNO mesti bersedia berkorban mempertahankan setiap perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan daripada sebarang tentangan dan penghinaan.

Katanya, kedudukan istimewa kaum Melayu dan anak negeri termasuk Sabah dan Sarawak tidak boleh dipersoalkan.

"Janganlah kita mengabdikan diri kepada godaan cauvinisme yang murah. Janganlah sesiapa melampaui batas Perlembagaan mahu pun prinsip sepakat UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Jangan kita terperangkap dengan politik rakus sesetengah pihak yang cuba memecah belahkan rakyat Malaysia mengikut kaum, agama dan bangsa," katanya.







Selasa, 19 Oktober 2010

Jom tibai Madey!!!!!

Ekhh!!! Ikhh...Lupe larrr!!! Terluperr!!!





DOLAH: HERET MADEY KE MAHKAMAH ADALAH TEPAT - melalok

Abdullah Badawi mengheret Mahathir Muhamad ke Mahkamah sebagai salah seorang yang bertanggung jawab dalam kes korek korek korek adalah tepat.

Mahathir Muhamad yang pada satu ketika dahulu pernah gagal untuk menjadi perwakilan Umno Kubang Pasu dikatakan bertanggungjawab merancang meletakkan hakim hakim yang senang di rasuah.

Orang ramai yang datang awal pagi ke mahkamah Jalan Duta kelihatan ceria dan bertepuk apabila melihat Mahathir akhirnya di bawa ke hadapan hakim.


Mari Ketawakan Madey!!!!!!!!! Kah...Kah...Kah...Kah....

Isnin, 18 Oktober 2010

Chegu Bard Penerus Kebangkitan REVOLUSI !



Baru sahaja meneliti pandangan Blogger di luar PKR seperti Penarek Beca a.k.a Pak Bakar memberikan sedikit komentar tentang Chegu Bard katanya Kata nya dia tak kenal siapa Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard.

Pak Bakar pun tak berani nak kempen untuk dia(Chegu Bard). Namun, yang Pak Bakar tertarik ialah apabila beliau(Chegu Bard) menekankan dalam Sidang media bahawa "Saya tidak ditaja atau dibayangi oleh sesiapa kerana saya berpegang kepada kebebasan dan ketelusan yang dilakukan oleh parti. Saya adalah calon yang bebas dari tajaan mana-mana pihak"

Berdiri di atas Suara Revolusi Anak Muda Chegu Bard adalah pembawa Suara Revolusi Anak Muda di jalan - jalan raya.Ada suara tengkorak sumbang yang mengatakan Chegu Bard harus kekal di jalan - jalan raya.Sedangkan mangkuk ayun ni lupa Gerakan Reformasi ini juga bermula di jalan raya, begitu juga UMNO kalau tak percaya cuba "try" tanya Encik Google.


Selama 10 tahun Gerakan Reformasi berjuang di jalan - jalan raya akhirnya berjaya menawan beberapa buah negeri dalam pilihanraya umum yang lalu.Lalu PKR yang sinonim dengan Gerakan Anak Muda di jalan - jalan raya kini di lingkari oleh puak - puak kapitalis dan opportunis dan akhirnya mereka memandang hina pada pejuang - pejuang "pilihan Jalan raya".

Begitu jua sejarah membangkitkan akan Revolusi Bolsheviks di Russia yang menumbangkan Kekuatan Maharaja Tsar Nicholas II sehingga terbina Republik Sosialis Soviet yang amat di geruni di seluruh dunia.Seluruh kekuatan anak muda di gembleng untuk menyedarkan kaum buruh dan petani dalam menumbang Maharaja Tsar.





Akhirnya Anak - anak muda berjaya membawa golongan pekerja biasa, petani dan askar di Rusia mengambil alih pemerintahan di Rusia dan mengusir kerajaan Kerensky dan Maharaja Tsar yang pro-kapitalis dengan perjuangan berhari - hari mengepung Bandar Moscow.

Manakala Pada 23 Februari 1917, satu demonstrasi tercetus di ibu kota Petrograd yang dilakukan oleh penduduk yang beratur untuk makanan. Tindakan mereka ini diikuti oleh beribu-ribu pekerja wanita di kilang tekstil yang keluar dari kilang mereka sebagai memperingati Hari Wanita Antarabangsa tetapi sebenarnya mahu memprotes kekurangan bekalan roti. Mereka memanggil pekerja-pekerja lain untuk bersama mereka. Gerombolan wanita dan lelaki ini menuju ke jalan-jalan dan berteriak "Roti" dan "Beri kami roti!". Dua hari selepasnya, mogok ini merebak ke kilang-kilang dan kedai-kedai di seluruh negara.

Sabit Mewakili golongan petani dan Ketuk Besi Mewakili Golongan Buruh Kasar

Pada 25 Februari, hampir semua industri dan perniagaan di Petrograd terpaksa ditutup. Pelajar, pekerja kolar putih dan guru juga menuju ke jalan-jalan dan perjumpaan awam untuk menunjukkan ketidakpuasan hati mereka. Ahli-ahli politik sedar akan masalah yang bakal menimpa. Mereka mengutuk kerajaan dan menuntut menteri bertanggungjawab. Duma, yang dianggotai golongan bangsawan, meminta Maharaja Tsar melepaskan kuasa .

Begitu lah sebuah kerajaan yang zalim di tumbangkan oleh Kuasa Anak - anak Muda di jalan - jalan raya.

Revolusi Islam Iran

Shah Mohammad Reza Pahlavi

Terdapat beberapa peristiwa pada tahun 1970-an yang menyebabkan tercetusnya revolusi. Antaranya ialah layanan mewah kerajaan kepada rakyat asing sedangkan ramai rakyat tempatan hidup melarat, kadar inflasi yang melonjak tinggi diikuti dengan jurang antara kaya dan miskin yang semakin besar, sikap sekularisme Shah Mohammad Reza dan juga dakwaan bahawa SAVAK merupakan punca kematian pemimpin Islam yang berfikiran moden, Ali Shariati dan juga penglibatan SAVAK dalam kematian putra Khomeini, Mostafa (di Tehran).

Pada Oktober 1971, terdapat sebuah sambutan untuk ke 2500 bagi meraikan pengasasan negara Parsi. Sambutan ini diadakan selama tiga hari di Persepolis dan tetamu-tetamunya hanyalah warga-warga asing. Ini merupakan sebuah pesta yang menelan belanja yang tinggi (dianggarkan menelan belanja sekurang-kurangnya $100 juta) Hidangan untuk pesta itu pula disediakan oleh tukang masak yang dibawa dari Paris. Pada masa yang sama, kawasan sekitar Persepolis iaitu wilayah Sistan dan Baluchestan mengalami kemarau yang teruk dan ramai penduduk di kawasan itu dan Iran umumnya hidup kelaparan.

Pada lewat 1974, berlaku peningkatan harga minyak di pasaran dunia. Namun begitu, kesannya kepada Iran adalah sebaliknya. Tahap inflasi melonjak naik dan jurang antara yang kaya dan miskin dan juga antara penduduk bandar dan luar bandar semakin besar. Lebih memburukkan keadaan, kerajaan Iran menghabiskan ratusan juta bagi membiayai pekerja-pekerja pakar asing dan juga membeli pelengkapan tentera daripada Amerika yang ternyata tidak berguna ketika itu dan ia satu pembaziran.

Pada tahun 1976, jentera kerajaan Shah menaikkan kemarahan penduduk Islam Iran kerana mengubah kalender Iran daripada kalender Hijrah kepada kalender solar Iran yang pernah digunakan ketika zaman Cyrus Agung. Pada tahun yang sama, Shah mengumumkan rancangan penjimatan ekonomi yang bertujuan untuk mengurangkan tahap inflasi. Kesannya, ramai rakyat Iran yang hilang pekerjaan dan ramai yang jatuh miskin dan bermigrasi ke kota besar meningkat.

Jimmy Carter, presiden Amerika pada tahun 1977 mengutuskan sebuah peringatan kepada Shah Mohammad mengenai betapa mustahaknya hak kebebasan dan kebebasan berpolitik. Shah kemudiannya membalas peringatan ini dengan mengampuni 357 tahanan politik pada bulan Februari tahun yang sama. Beliau juga turut membenarkan Persatuan Palang Merah untuk melawat penjara tahanan politik. Ini merupakan permulaan liberalisasi oleh Shah. Pihak liberal kemudiannya mengeluarkan seutus surat mengecam rejim beliau.

Tahun yang sama juga turut menyaksikan kematian seorang ahli politik yang penting iaitu Ali Shariati. Beliau adalah seorang pemimpin Islam moden dan kematian beliau didakwa didalangi SAVAK. Pada Oktober pula, putra Khomeini, Mostafa meninggal dunia. Walaupun punca kematian adalah serangan sakit jantung, tetapi terdapat desas desus mengatakan kematian beliau juga merupakan antara rancangan SAVAK

1978: Tercetusnya Revolusi

Bangkangan terhadap pemerintahan Shah dimulai dengan kumpulan-kumpulan liberal daripada kelas pertengahan dan berpusat di kawasan-kawasan bandar. Golongan ini lebih sekular dan mempraktikan Islam secara sederhana. Namun begitu tujuan protes mereka hanyalah supaya kerajaan Shah Mohammad berpegang kepada Perlembagaan Iran 1906, dan bukannya kepada undang-undang Sharia. Mehdi Bazargan adalah antara pemimpin yang paling aktif dalam bangkangan ini. Beliau memimpin Gerakan Iran Merdeka yang berkait rapat dengan bekas perdana menteri Iran, Mohammed Mossadegh. Gerakan ini mendapat sokongan padu dari dalam dan luar Iran.

Ulama-ulama Iran pula terbahagi kepada dua kumpulan iaitu ulama-ulama yang menyokong kumpulan sekular liberal dan kumpulan kedua menyokong gerakan komunis Marxists. Khomeini pula yang ketika itu sedang didalam buangan berkerja keras untuk menyatukan golongan ulama, golongan sekular, liberal dan pembangkang dan meletakkan mereka semua dibawah pimpinan beliau.

Januari 1978: Demonstrasi Pertama

Demonstrasi pertama menentang Shah dimulakan dengan kumpulan mahasiswa Islam dan Anak - Muda pada Januari 1978. Kerajaan Shah mengutuskan pihak tentera untuk menguraikan demonstrasi dan keputusan ini menyebabkan begitu ramai mahasiswa dan Anak - Anak Muda dibunuh dan Mati Bergelimpangan.

Mengikut tradisi Shia, sebuah majlis peringatan dilakukan setelah 40 hari kejadian itu berlaku dan ia dilakukan di masjid-masjid di seluruh Iran. Pada 18 Februari, beberapa demonstrasi dilakukan di seluruh Iran bagi memberi penghormatan kepada korban mahasiswa-mahasiswa itu dan juga untuk memprotes kekejaman Shah. Akhirnya, pergeseran tercetus di Tabriz dan ratusan penunjuk perasaan terbunuh. Perkara yang sama turut terjadi pada 29 Mac dan kali ini di seluruh Iran. Kebanyakan bangunan-bangunan dan pejabat-pejabat milik rejim Shah dirobohkan dan dimusnahkan, dan sekali lagi, ratusan nyawa terkorban.

Mei 1978: Ayatollah Shariatmadari Menyertai Kumpulan Pembangkang

Pada bulan Mei, beberapa pegawai kerajaan menceroboh masuk rumah Ayatollah Kazem Shariatmadari, salah seorang ulama Iran yang cukup berpengaruh. Pegawai kerajaan itu menembak mati salah seorang daripada pengikut Ayatollah Shariatmadari. Sebagai tindak balas, beliau menyertai barisan pembangkang menentang Shah.

Dalam masa yang sama, Shah Mohammad cuba menenangkan kumpulan pembangkang dengan merendahkan kadar inflasi, memohon maaf kepada para ulama dan memecat ketua SAVAK juga menjanjikan pilihan raya umum bebas pada bulan Jun. Tetapi rancangan inflasi yang mengurangkan belanja kerajaan menyebabkan ramai perkerja-pekerja awam terutamanya daripada golongan muda dan kurang mahir dipecat. Pada musim panas 1978, warga buruh ini berarak di jalanan memprotes polisi ini. Pada bulan November berikutnya, pekerja-pekerja lain pula melancarkan mogok dan ini menyebabkan ekonomi iran ketika itu lumpuh.

Shah Meminta Bantuan Amerika

Shah Mohammad Reza Pahlavi kini berhadapan dengan situasi revolusi. Lantas, beliau meminta bantuan daripada Amerika untuk menyokong beliau. Amerika pula ketika ini memerlukan Iran kerana ia terletak di Teluk Parsi dan kaya dengan sumber minyak. Malahan, Iran bersempadan dengan Kesatuan Soviet menjadikannya sebuah lokasi yang strategik bagi Amerika kerana ia dapat menolong Amerika dalam Perang Dingin. Namun begitu, imej Shah Iran telah tercemar dengan polisi kerajaan beliau yang mencabuli hak asasi manusia. Duta Amerika ke Iran, William H. Sullivan, menyatakan bahawa Penasihat Keselamatan Amerika, Zbigniew Brzezinski "telah berulang kali menyakinkan Shah Mohammad Reza yang Amerika akan membantu beliau". Presiden Amerika ketika itu,

Jimmy Carter didakwa telah gagal mengotakan janji Amerika ini. Pada masa yang sama, beberapa pegawai tinggi Amerika menyuarakan cadangan bahawa kepimpinan Iran haruslah digantikan bagi meredakan revolusi dan Shah Mohammad Reza haruslah turun takhtah. Tetapi rencana ini terbantut setelah Ayatollah Khomeini mengambil alih kuasa memerintah Iran.

Ogos 1978: Serangan Pembakaran Abadan

Ketika keadaan Iran di dalam kekabutan, sebuah panggung wayang di Abadan, Panggung Wayang Cinema Rex Fire, dibakar menyebabkan 400 nyawa terkorban. Para revolusi menyalahkan SAVAK dan mendakwa badan itu bertanggungjawab terhadap kejadian ini. Mereka mendakwa kebakaran ini sengaja dilakukan untuk menjerat kumpulan revolusi Islam.Keesokannya, seramai 10,000 saudara mara mangsa korban berkumpul di majlis pengebumian sambil melaungkan bantahan mereka terhadap Shah Mohammad.

September 1978: Jumaat Hitam (Black Friday)

Pada bulan September, seluruh negara kini mengalami ketidakstabilan. Protes terhadap Shah menjadi rutin setiap hari. Shah Mohammad pula menguatkuasakan pemerintahan tentera dan melarang semua demonstrasi.

Pada hari Jumaat 8 September, sebuah rusuhan tercetus di Tehran. Kumpulan ulama mendakwa bahawa "ribuan nyawa dibunuh oleh kumpulan zionis". Kumpulan tersebut sebenarnya adalah etnik Kurdi dan jumlah korban pula adalah sekitar 700 nyawa.Sebuah mogok umum dilaksanakan pada bulan Oktober yang terus melumpuhkan ekonomi Iran dan menyebabkan banyak industri utama terpaksa diberhentikan. Pada tahap ini, "takdir Shah Mohammad Reza telah pun ditentukan"

Disember 1978: Protes Muharram

Protes Muharram 1978 terjadi pada bulan Disember tahun yang sama. Pada 2 Disember, seramai dua juta rakyat Iran memenuhi jalan-jalan di Tehran, sekitar Dataran Azadi. Protes adalah untuk mendesak Shah Mohammad turun takhta dan membenarkan Khomeini kembali semula ke Iran.

1979: Shah Melarikan Diri Dan Kejayaan Revolusi

Pada 16 Januari, 1979, Shah Mohammad dan permaisuri beliau meninggalkan Iran atas nasihat perdana menteri beliau, Dr. Shapour Bakhtiar dan beberapa jam kemudian, semua simbol Shah Mohammad dirobohkan oleh penduduk awam. Dr. Shapour kemudiannya membubarkan SAVAK, membebaskan tahanan politik, menjanjikan pilihan raya umum bebas dan membenarkan demonstrasi awam semula.Beberapa hari selepas itu, beliau membenarkan Ayatollah untuk pulang ke Iran. Beliau turut meminta agar kumpulan revolusi lain untuk memelihara semula perlembagaan Iran.

Oleh itu siapakah yang akan meneruskan kesemua gerakan Revolusi ini kalau bukan Chegu Bard! Chegu Bard telah mencetuskan semua Semangat ini di negara kita sedang golongan - golongan Elit di dalam PKR sedang duduk bersenang lenang.Andai PKR ini tewas suatu hari nanti gurkah - gurkah politik ini akan lari meninggalkan perjuangan ini dan Menyertai United Malays National Organisation.

Tetapi yang cuma tegas dan Cekal Berdiri hanya lah Chegu Bard, Dia percaya pada Kepada Fikrah Revolusi ilan Jalan Raya berbanding Pilihan Raya kerana sejarah telah membuktikan hanya ini sahaja cara untuk menumbangkan kerajaan yang zalim.

Masih ingat lagi!!!!!!

LA JEUNESSE DAN LA RUE – ANAK MUDA NAK MUDA DI JALAN RAYA

Sekali lagi Peranchis dilanggar oleh kekuatan anak anak muda. Kali akhir tahun Mei 1968 dahulu. Mei 68 di panggil - revolusi yang hampir – the almost revolution. Ketika itu berjuta anak muda, mahasiswa , kaum buruh, kaum proletar bangun memberontak di seluruh Peranchis.

Kerajaan de Gaulle hampir runtuh. Nixon di Amerika. Mao di Tiongkok. Perang Dingin turun ke jalan raya.

Kali ini (2010 )sejarah berulang lagi. Kerajaan kanan Sarkozy atau nama Jahanamnya Sarko sedang di dobrak di jalan-jalan raya di seluruh kota kota besar Peranchis.

Sarko dilawan kerana memperkenal agenda anti kaum buruh, anti golongan kiri, anti kaum imigran dan anti anak muda.

Tarikh umur pencen di panjangkan. Kini buruh dan kaum pekerja hanya boleh pencen apabila umur mereka 62 tahun – di tambah dua tahun lagi. Ini menjadikan kaum buruh naik angin dan keluar ke jalan raya.

Semenjak menjadi Presiden – Sarko telah membuat dasar-dasar pro kapitalis,melahirkan dasar dan polisi untuk menyokong kaum pemodal dan menindas kaum buruh. Langkah-langkah yang di perkenalkan oleh EU dan Sarko semuanya tidak meringankan beban kaum pekerja.

Peranchis masih kukuh dengan tradisi kesatuan buruh kiri dan kesatuan kaum buruh komunis merasa di cabar, lalu kaum buruh turun ke jalan raya.

Apa yang berlaku di Peranchis ini akan mengombak ke Eropah. Keadaan ekonomi Eropah semakin meruncing. Greece, Iceland, Ireland pada hakikatnya telah bangkrap. Ini akan diikuti oleh Italy, Sepanyol dan Portugal.

Ekonomi EU kedua terbesar sesudah Amerika sedang menguncup. Jika Eropah tidak membeli dan memakai barangan buatan negara dunia ke tiga maka pasaran jual beli dunia akan merundum.

Malaysia adalah rakan niaga EU yang penting.

Justeru krisis ekonomi Erolah ini akan datang melanda kita.

Anak muda dan kaum buruh di Malaysia juga tidak ada pilihan melainkan turun ke jalan raya.

OLEH ITU MARI KITA BERSAMA - SAMA MELETAKKAN CHEGU BARD DI DEPAN DENGAN MENGUNDI NYA SEBAGAI KETUA ANAK MUDA YANG BARU SEBAGAI USAHA DALAM MENGGERAKKAN SATU REVOLUSI DI TENGAH - TENGAH ASIA TENGGARA INI'.

PASTIKAN UNDI CHEGU BARD!

Ahad, 17 Oktober 2010

Chegu Bard adalah Calon Yang tidak di"bayangi sesiapa!

PETALING JAYA: Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Badrul Hisham Shaharin yang mengumumkan bertanding merebut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) menerima baik tindakan penyandang Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang memutuskan untuk mengekalkan jawatan beliau.

"Saya raikan penyertaan Shamsul," jelas ringkas beliau ketika dihubung FMT.

"Seperti yang pihak saya ucapkan ketika sidang media sebelum ini kami menerima dan menyokong semua calon Timbalan Presiden sama ada Zaid Ibrahim, Mustafa Kamil Ayub atau pun Azmin Ali.

"Saya tidak ditaja atau dibayangi oleh sesiapa kerana saya berpegang kepada kebebasan dan ketelusan yang dilakukan oleh parti.

Saya adalah calon yang bebas dari tajaan mana-mana pihak," ujar beliau lagi.

Menurut Badrul yang lebih dikenali dengan Chegu Bard berkata AMK perlukan haluan baru dalam usaha membantu parti memenangi lebih banyak kerusi dalam pilihan raya akan datang.

Hampir 70% pengundi muda

Katanya, walaupun sekarang sebanyak 204 cabang PKR di seluruh negara tetapi hanya 163 sahaja cabang berdaftar yang mempunyai AMK.

Manakala tidak sampai 50 cabang yang berjaya membuat pencalonan lengkap ketika pemilihan pencalonan yang berakhir 3 Oktober lalu.

"Kelemahan ini perlu di atasi segera kerana dalam pilihan raya umum akan datang hampir 70 peratus pengundi merupakan pengundi muda dibawah umur 40 tahun."

"Kita tak mahu pemimpin yang terlalu banyak berpolitik sedangkan hak-hak asas untuk memperkukuhkan AMK di semua peringkat kurang di beri tumpuan," kata beliau lagi.

Dalam pada itu, Shamsul yang menerima 65 pencalonan untuk jawatan Naib Presiden dan 38 pencalonan Ketua AMK memilih untuk mempertahankan jawatan beliau walaupun sasaran beliau sebelum ini untuk jawatan Naib Presiden.

Shamsul yang sebelumnya dijangka akan mengadakan sidang media hari ini berhubung keputusan mempertahankan jawatan beliau menangguhkannya pada hari esok.

LSS:-

Begitulah Cekalnya seorang Pemimpin Anak Muda yang bernama Chegu Bard.Sebelum Ini Chegu Bard di fitnah kononnya telah menerima wang sebanyak RM400,00.00 dari Datuk Zaid Ibrahim.Siapakah yang telah menfitnah Chegu Bard? Sama lah nasib Chegu Bard seperti LSS yang di fitnah Kononnya LSS ini seorang Anggota Polis Cawangan Khas(SB) yang telah menyelinap masuk ke dalam Angkatan Muda Keadilan ini.

Siapakah yang telah menfitnah LSS? Orang itu terus mencanangkan kepada seluruh pimpinan AMK supaya nama LSS di Senarai hitamkan dalam AMK ini,persoalannya apa dosa LSS sehingga di fitnah sebegitu rupa oleh Hamba Allah ini? .LSS tak pernah menfitnah sesiapa di dalam AMK ini Kecuali Geng United Malays National Organisation.

Tapi LSS tak mahu menyerang "orang itu" kerna biarlah Tuhan sahaja yang membalasnya,kerana doa insan yang di aniaya sentiasa akan makbul.Begitu juga Seperti Chegu Bard yang di fitnah tanpa bukti oleh beberapa hamba allah yang mana Chegu Bard menerima Habuan sebanyak RM400,000.00.

Kita telah di didik oleh agama untuk membuktikan kesalahan seseorang itu dengan bukti yang nyata dan bukannya fitna semata - mata.Seperti juga LSS yang di tuduh oleh Hamba Allah ini sebagai "SB" dan Chegu Bard dituduh menerima wang sebanyak RM400,000.00 dari Zaid Ibrahim. Mana Buktinya?????

Kepada yang suka membawa fitnah, insaflah..jangan ada pula yang menyambung fitnah ini kepada orang lain sedangkan dia sendiri pun tidak pernah melihat bukti dan menyiasat terlebih dahulu berita tersebut. Berkempenlah secara sihat..terangkan apa agenda yang mahu dibawa serta visi dan misi bukannya memfitnah orang lain. Bukankah fitnah itu lebih teruk dari membunuh?

Kalau lah Chegu Bard hanya Seorang yang pentingkan diri lebih baik Chegu Bard Menuruti langkah Ezam Sesumpah untuk masuk UMNO.Sudah tentu di Kala ini Chegu Bard sudah bergelar Senator dan punya rumah besar serta pemandu peribadi.Tapi Chegu Bard bukan seorang yang Opportunis sama seperti Mangkuk Ayun dari Padang Jawa yang kalah dalam Pemilihan AMK Cabang Shah Alam baru - baru ini dengan 30 undi.Dah Kalah boleh lagi mengendeng - ngendeng kat sebelah SAM.

Matlamat utamanya menyertai wadah perjuangan ini hanyalah semata - mata mahu mengenyangkan perutnya sendiri.Tapi Chegu Bard lebih pentingkan anak bangsanya dari diri sendiri.Revolusi ke arah Perjuangan Anak Muda menjadi sasarannya,Mahu maju dari semua segi aspek kehidupan sebab itu andai kata Chegu Bard di pilih menjadi ketua maka tuntutan untuk mengadakan Kongres AMK Negeri akan tercapai.

Oleh itu wajib lah kita Menyokong dengan memberikan undi kepada Chegu Bard! satu undi dari anda cukup bermakna ke arah Perjuangan Revolusi Anak Muda!

UNDILAH CHEGU BARD DAN CHANG LIH KANG!

Sabtu, 16 Oktober 2010

Jom Pakat - pakat sokong Chegu Bard



Chegu Bard, satu nama dimana personalitinya menggerunkan ramai. Sebut nama Chegu Bard, semua orang tahu, ini orang tak takut pada siapa-siapa pun dalam 'circle' politik di-Malaysia. Kalau kita lawat blog "perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata" nya disini: http://chegubard.blogspot.com/ , blog itu dipenuhi dengan gambar-gambar dia turun berdemonstrasi mewakili rakyat-rakyat marhein bagi menunjukan rasa tidak puas hati terhadap satu-satu benda, gambar-gambar dia bakar seseorang (gambar bakar patung yang menyerupai seseorang), bantah sana-sini. Gambar kena 'katok', gambar kena gari, gambar kena usung dengan polis, macam-macam lagi lah gambar-gambar yang menunjukan dia seorang 'fighter'. Gurkah-gurkah politik di'port' kata, kalau tanya dia siapa hero atau idola dia, gerenti dia jawab Che Guevara.

Chegu Bard adalah anak-anak muda 'GENERASI REFORMASI'

Gurkah-gurkah politik di'port' tak kan lupa peranan Chegu Bard pada satu tunjuk perasaan beberapa tahun lepas, dimana dia telah mengusung tilam untuk dihadiahkan kepada Dollah Badawi kerana sikap Perdana Menteri Dollah Badawi yang didakwa suka tidor. Begitu juga dengan perhimpunan untuk dia hadiahkan 'kek harijadi Altantunya' kepada Najib.

"Tak ada hal kalau saya tidak mendapat restu dari Anwar Ibrahim. Banyak calon-calon yang dok jual nama Anwar pun, tapi bila bertanding, keputusan dalam pemilihan tak bagus juga," Chegu Bard memulangkan paku buah keras kepada gurkah-gurkah yang bekerja untuk sesiapa juga pada mana-mana pemilihan parti PKR 2010.


CHEGU BARD akhirnya menetapkan pendirian untuk bertanding merebut jawatan Ketua AMK di dalam pemilihan PKR kali ini. Tahniah diucapkan kepada Chegu Bard kerana akur akhirnya dengan kehendak akar umbi, khususnya dari golongan yang tidak mahu semangat atau roh reformasi disemadikan.

Satu aspek yang saya cukup hormati dengan Chegu Bard adalah sepanjang tempoh kempen kali ini, beliau berjaya menjarakkan dirinya dari kontroversi. Tidak seperti YB Azmin dan Dato Zaid, Chegu Bard berjaya menempuhi kempen beliau dengan suasana yang sihat. Namun demikian, dalam politik ini jika kita tidak `mengusik', orang lain pula `mengusik'. Itulah adat berpolitik terutamanya di dalam sebuah parti yang boleh dikatakan masih ramai pemimpin dan ahlinya yang belum suci dirinya dari `berbau UMNO'.

Lihatlah, YB Azmin mulanya sepi tetapi apabila Dato Zaid `mengusik', maka YB Azmin pun membalasnya. Bahkan, usikan Dato Zaid merata-rata sehingga ke Ketua Umum, Presiden, Timbalan Presiden habis diusiknya. Arahan parti agar memboikot akhbar Utusan pun dipersendakan oleh Dato Zaid. Inilah hebatnya Dato Zaid yang Chegu Bard tidak boleh nak ikut.

Ada pendapat yang menyebut Chegu Bard mendapat `sokongan' kuat dari DS Anwar kerana beliau adalah di antara `ahli keluarga' terdekat dengan Ketua Umum PKR itu. Ada juga yang menyebut Sdr Rafizi pun mendapat sokongan dari DS Anwar kerana beliau berada di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor itu. Setakat ini calon Ketua AMK yang popular adalah Chegu Bard dan Sdr Rafizi. Mustahil DS Anwar mahu kedua-duanya serentak menjadi Ketua AMK. Jelas pada kita, banyak yang tidak betul persepsi orang ramai terhadap sokongan DS Anwar kepada calon-calon Ketua AMK ini.

Setahu kita, Chegu Bard tidak pernah menggunakan pengaruh DS Anwar sepanjang kerjaya beliau di dalam politik. Lihatlah Chegu Bard sekarang, apa yang ada pada beliau selain dari Ketua Cabang PKR Rembau yang dipilih oleh orang Rembau sendiri. Jika beliau mahu gunakan pengaruh DS Anwar, sudah tentu sekarang Chegu Bard menjadi YB kerana DS Anwar akan letakkan beliau di kawasan yang selamat semasa Pilihanraya Umum yang lalu. Chegu Bard tidak kisah apabila beliau tewas di Parlimen Rembau. Beliau juga tidak mengkhianati parti untuk mengikut bekas bosnya di dalam Gerak iaitu Ezam Sesumpah. Mungkin jika beliau ikut Ezam sesumpah, sekarang ini kita panggil Chegu Bard Senator Badrul Hisham. Tidak mustahil kan?

Kita tahu Chegu Bard tidak pernah `usik' sesiapa sepanjang kempen beliau untuk menjadi Ketua AMK. Bahkan, secara terbuka Chegu Bard menyokong sesiapa sahaja yang dipilih oleh ahli-ahli di dalam pemilihan kali ini. Baca di sini. Namun, ada yang tergamak buat fitnah kepada beliau. Baru-baru ini ada cerita tentang Chegu Bard `dapat jutaan' duit dari satu pihak untuk menyokongnya. Kalau begitu kayalah Chegu Bard, tetapi mengapa handphone Chegu Bard pun jenis `cokia' bukan Nokia canggih ? Dengar ceritanya handphone pun ada yang tolong belikan kerana katanya beliau pernah kehilangan handphone `Blackberry' buatan China. Kalau berjuta Chegu Bard dapat, jomlah kita tengok rumah banglo atau kereta mewah Chegu Bard.

Kesimpulannya, keputusan Chegu Bard untuk bertanding kerusi Ketua AMK amat dialu-alukan dan mesti kita beri sokongan. Roh atau semangat reformasi tidak akan mati sekiranya Chegu Bard menjadi ketua kepada golongan muda di dalam PKR. Ketokohan dan keberanian beliau tidak perlu diulas lagi, Umno pun tahu siapa Chegu Bard malahan mana pegawai-pegawai Polis yang tidak kenal anak muda Rembau ini? Aktiviti anak-anak muda di dalam berdemontrasi tidak lengkap tanpa kehadiran Chegu Bard. Chegu Bard tidak muncul sewaktu pemilihan ini saja, beliau sentiasa muncul selagi ke tidakadilan masih berlaku di negara ini.

Steadylah Chegu Bard!
Jom kita pakat-pakat undi Chegu Bard untuk Ketua AMK.

Selasa, 12 Oktober 2010

19 peluru ditemui di kawasan Aminulrasyid ditembak

SHAH ALAM, 12 Okt — Sebanyak 19 butir peluru ditemui di kawasan perumahan di Seksyen 11 di sini — tempat di mana remaja Aminulrasyid Amzah, 15, ditembak mati oleh anggota polis enam bulan lalu, Mahkamah Sesyen Shah Alam diberitahu hari ini.

Empat saksi memberi keterangan di mahkamah hari ini, hari pertama perbicaraan. Perbicaraan akan berlangsung sehingga 11 November ini.

Hakim Latifah Mohd Tahar kemudian menangguhkan perbicaraan sehingga petang ini selepas jurugambar forensik polis Mokhtar Hussein memberikan keterangan.

Pada 10 Mei lepas, Jenain Subi, 48, mengaku tidak bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2 di Seksyen 11, antara pukul 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu pagi tadi, perbicaraan kes bermula dengan seorang anggota polis dipanggil untuk menceritakan apa yang terjadi pada malam kejadian.

Saksi pertama perbicaraan hari ini adalah Lans Koperal Mohd Sabri Salleh dari Balai Polis Shah Alam.

Dia berkata dia menerima panggilan daripada kereta peronda yang dinaiki Jenain pada pukul 1.45 pagi memaklumkan bahawa sebuah kereta Proton Iswara putih sedang memecut dan enggan berhenti.

Kereta peronda berkenaan memohon bantuan Mohd Sabri bagi menghentikan kereta tersebut dan memaklumkan sedang mengejar kereta itu dari Hotel Concorde ke Bulatan Kayangan.

Dia kemudian menghubungi telefon bimbit Jenain dan dimaklumkan bahawa kereta Iswara itu hilang kawalan dan pemandunya cedera di Jalan Makyong 11/2.

Mohd Sabri kemudian berkata, Jenain menyuruhnya menghubungi ambulans untuk membantu pemandu kereta Iswara itu.

Detektif Lans Koperal Ahmad Zamzani Abdul Wahab yang dihantar ke tempat kejadian berkata, dia mengambil 41 gambar kereta Iswara itu dan Aminulrasyid termasuk peluru, pokok patah dan juga jalan.

Jenain diwakili oleh peguam bela Salim Bashir manakala peguam veteran, Karpal Singh bertindak sebagai peguam pemerhati untuk keluarga Aminulrasyid.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya Persekutuan Mohd Dusuki Mokhtar, lima saksi akan dipanggil dan dijangka perbicaraan itu akan mengambil masa selama 11 hari

Isnin, 11 Oktober 2010

Sam Ulang Pendirian Tanding Naib Presiden KEADILAN !!



Detik bermakna ini disaksikan oleh Azmin Ali, YB Zuraidah dan Datuk Chua Jui Meng, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin mengulangi pendirian untuk meneruskan perjalanan politiknya dengan memasuki gelanggang Naib Presiden KEADILAN sebagai seorang calon heavyweight.


Shamsul Iskandar atau nama mesranya Sam, membuat pengumuman untuk kekal bertanding jawatan naib presiden tepat jam 8.45 malam tadi di dalam satu majlis jamuan hari raya di Kulai, Johor yang juga menyaksikan serbuan pihak polis merosakkan sebuah majlis jamuan raya. Syukurlah kerana tiada di antara pemimpin kita yang ditangkap malam tadi. Belum pun perhitungan Galas bermula, di Kulai ini mereka mengganas - Menggganggu majlis rumah terbuka Aidilfitri. Kita tinggalkan dulu ceritera polis yang menyibuk ini dan berbalik kepada soal pemilihan parti.


Di depan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan lebih empat ratus pengunjung, Sam melaungkan sebuah pendirian tegas untuk meneruskan karier politiknya setapak melangkah ke hadapan dengan menyertai barisan naib presiden parti, ketika ramai yang membuat spekulasi bahawa Sam akan u-turn ke jawatan Ketua AMK. Ramai yang menjangka Sam akan kembali menyertai perebutan jawatan ketua AMK kerana faktor Mustafa Kamil yang tewas di cabang dan Mus dilihat goyah untuk berhadapan dengan Azmin. Apabila Mus menarik diri dari jawatan timbalan, pastinya beliau berhasrat mempertahankan jawatan naib presiden yang disandangnya. Perkembangan ini membuatkan penyokong kuat Sam resah lalu mendesak Sam kembali ke kancah AMK untuk mengambil kesempatan round terakhir AMK sebelum dikuatkuasakan umur 35 tahun kelak.

Dengan pencalonan kedua terbanyak untuk jawatan setinggi Naib Presiden KEADILAN, Sam seharusnya tidak lagi menoleh ke belakang untuk meneruskan perjuangannya dalam kancah politik dalaman kerana jawatan naib presiden akan memberi ruang yang lebih besar untuk seorang anak muda meneruskan agendanya dalam parti. Malam ini juga menyaksikan Azmin Ali dan seluruh kekuatan KEADILAN Johor akan memberi sokongan kepada susuk Shamsul Iskandar. Azmin juga galak menyokong pendirian tegas Sam.


Melepaskan jawatan AMK untuk direbut oleh anak muda lebih berkaliber seperti Chegubard, Hasmi dan Rafizi adalah satu langkah yang dipandang mulia dan pasti Sam akan diangkat oleh anak muda di atas sedikit keberanian dan pengorbanan yang dilakukan oleh Sam. Saya percaya Sam berkaliber untuk jawatan naib presiden dan untuk ketua AMK pula memerlukan seorang pencetus revolusi. Sudah tiba masanya AMK diangkat menjadi sebuah organisasi serba tersusun dan bersedia menghadapi kancah perlawanan yang lebih hebat. Sudah sampai masanya, Angkatan Muda Keadilan bergerak sebagai satu organisasi yang lincah berstrategi dan fully utilize serta fokus kepada betapa kemungkinan Anwar Ibrahim disumbatkan ke hotel besi adalah tidak dapat dielakkan!

Kepada penyokong Sam yang bermati-matian ingin Sam kekal di AMK, hormatilah pendirian Sam sebagai seorang ketua yang akan juga akan bermati-matian membuktikan segala apa yang diungkap, akan dikotakan dengan perlaksanaan - Sam akan tetap lawan di VP. Sam akan mendapat sokongan padu seluruh warga AMK untuk dinobatkan sebagai naib presiden wakil anak muda, membawa suara anak muda ke persada parti. Seterusnya kita fokus kepada memperkuatkan parti, memantapkan parti dan mengukuhkan perpaduan antara parti.

Saya percaya penyokong Chegubard tidak punya masalah untuk menyokong habis-habisan perjuangan Sam di medan naib presiden, dan dalam masa yang sama saya berharap agar penyokong Sam juga akan melakukan perkara yang sama iaitu memberi sokongan kepada Che'gubard. Shamsul Iskandar dan Chegubard adalah satu gandingan tidak rasmi yang mantap dan saling memerlukan. Semoga kedua-dua pemimpin ini mencapai kejayaan dan akhirnya bersama membawa KEADILAN tepat dengan definisinya serta tepat di tempatnya.

Di kesempatan ini juga, ingin saya mengucapkan tahniah kepada pemimpin berkaliber Shamsul Iskandar kerana mengotakan janji bersama keberanian yang tidak akan dipandang enteng. Selesaikan pemilihan ini dan seterusnya visi dan misi akan dilaksanakan penuh dedikasi.


SATU UNDI SATU AHLI, RAIKAN DEMOKRASI SEBENAR !!

Sabtu, 9 Oktober 2010

PADAN MUKA: Hari ni baru lah mangkuk ni nampak langit tu Tinggi

MUSA DAN BAKRI DIPERINTAH KE MAHMAKAH – berita hairan

Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Mohd Bakri Mohd Zinin hadir di mahkamah pada 28 Oktober ini, pada hari keputusan prosiding menghina mahkamah dibuat dua lelaki berhubung penahanan semula mereka mengikut Ordinan Darurat 1967.

Hakim Mohd Sofian Abd Razak bersetuju dengan peguam bela N Sivananthan bahawa Musa dan Mohd Bakri perlu hadir seperti responden lain.

Saya tidak mahu memberikan mesej salah kepada orang awam, tidak kira apa pun keputusan, mereka perlu berada di sini jam 8.30 pagi 28 Oktober ini,” katanya.

Sekarang baru lah nampak bila kena batang hidung sendiri,dan sekarang baru lah nampak dengan jelas lagi nyata yang langit tu tinggi.Jangan la fikir diri tu boleh selama - lamanya jadi Barua.Sekarang jangan la fikir diri tu boleh Jadi "Anjing" buat selama - lamanya.

Lepas tu baru sekarang nak nasihat orang lain supaya jangan jadi anjing macam dia.Selama diri di Per"Hanjing" kan sendiri tak sedar macam mana mereka perlaku kan tak ubah macam Anjing Kurap.Masa sihat di suruh gigit orang tapi bila dah sakit dan tak di perlukan di sepak - terajang begitu sahaja.

Kasihan bagi mereka yang telah di"Perhanjing" kan, bila dah tak berguna bukan sahaja akan di sepak dan di usir begitu sahaja malah kita pun masih ingat dengan Kenyataan akuan bersumpah dari tiga orang pegawai polis.

Masih ingat lagi???????

Kewujudan kenyataan Akuan bersumpah dari tiga anggota PDRM iaitu ASP Hong Kin Hock, ASP Md. Yusof Ahmad dan Sarjan Mohd Yasin Malik yang mengaitkan Musa Hassan dengan Ah Long.Ketika membuat akuan bersumpah itu pada tahun 2007, Hong adalah seorang pegawai di Cawangan Operasi/Bantuan Teknik Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

Beliau dikatakan mengesan pembabitan Musa dalam kegiatan kongsi gelap apabila diarah oleh pegawai atasan untuk mengumpul maklumat mengenai kegiatan Ah Long di Johor dan Melaka.Menurut Hong, sindiket Ah Long berkenaan dikatakan mengguna Musa Hassan untuk melindungi mereka daripada tindakan polis.

Hong berkata Musa telah mengarahkan tindakan tata tertib diambil terhadapnya apabila beliau mula menyiasat seorang pemimpin sindiket berkenaan yang digelar Tengku.Alasan Musa padaketika itu yang masih menjawat jawatan sebagai IGP ialah Hong kononnya telah membuat rakaman risikan secara tidak sah ketika menjalankan siasatan berkenaan.

Saya merasa tertekan kerana tindakan saya mematuhi arahan pegawai atasan saya dalam menjalankan risikan terhadap kegiatan ceti haram yang membabitkan nama Tengku, boleh menyebabkan saya dikenakan siasatan oleh Bahagian Tatatertib,” kata Hong dalam kenyataan bersumpahnya.

Lepas ni kita akan saksikan Baru - barua yang telah di Per"Hanjing" kan ini di perlakukan tak ubah macam selipar jamban.Bila Dah nipis di buang begitu sahaja.Yang paling sedih sekali tu dengan segala bukti dan akuan bersumpah yang ada maka mudah lah Barua - barua yang telah Diperhanjing"kan ini di campak masuk ke dalam lubang taik jamban tu.

Sunggu sedih.......

Kepada yang belum jadi anjing, terus berusaha agar diri tak di Per"hanjing kan


Rabu, 6 Oktober 2010

Akhirnya Rahimi Berjaya Di Tangkap oleh Agen BN!

Baru sahaja Semalam Rahimi telah pun membuat satu laporan polis yang kononnya mendakwa akuan bersumpah yang di tulis telah di paksa Anwar Ibrahim.LSS juga mengenali Sosok tubuh si Rahimi tak kira Dalam AIC ataupun di luar pejabat Anwar.Empat tahun dulu Rahimi antara orang yang bertanggungjawab membawa Saiful Bukhari Masuk ke dalam AIC.

Dan selepas itu Rahimi juga menjadikan Saiful sebagai pembantunya di pejabat Anwar untuk membantu kerja - kerjanya.Sebenarnya Rahimi bukan Setiausaha Sulit kepada Anwar tetapi Rahimi hanya lah sekadar pembantu kepada Nurul Izzah.Kerana tugas yang terlalu banyak Rahimi mengambil saiful sebagai pembantu hanya kerana " Kawan" dan simpati.

Kita tidak tahu siapa yang membawa Saiful pergi bertemu dengan TPM Najib pada tahun 2008 tapi apa yang jelas setelah Saiful membuat laporan polis dengan mendakwa di liwat oleh Anwar Rahimi terus membuat satu kenyataan yang memaklumkan bahawa Saiful bukan Pembantu Anwar Ibrahim.

Rahimi juga membuat pengakuan bahawa Saiful adalah pembantu kepadanya dan Dia(Rahimi) adalah pembantu Kepada Nuru Izzah.Tak lama selepas itu Anwar di tangkap oleh polis - polis Gestapo.Dalam keadaan yang tegang Rahimi meminggirkan diri dari kes Anwar.

Selama 2 tahun Rahimi menghilangkan diri dengan harapan agar tak di babitkan dengan Kes Anwar tapi sikap rakus puak - puak UMNO dan Barisan Nasional yang mengatur strategi untuk "memulang" Kan Anwar ke Penjara sungai berusaha untuk memburu Rahimi.

Selama 2 tahun juga Si"jahanam" - "jahanam" ini memburu Rahimi dan akhirnya semalam Rahimi berjaya di tangkap oleh agen - agen Najib dan Rosmah.Seperti yang berlaku pada Balasubramaniam dan Raja Petra yang di ugut dan di ancam dengan pelbagai ancaman seperti itu juga lah yang berlaku pada Rahimi.

Rahimi di paksa membuat laporan polis yang kononnya dia di ugut untuk menulis akuan bersumpah pada 2 tahun lalu.Tetapi kenapa baru hari ini Rahimi buat laporan polis sedangkan tidak pada 2 tahun dulu.Selepas Saiful mengaku di liwat Nama Rahimi tak di "highlight" kan sangat.

Nama yang selalu menjadi "publisiti" pada ketika itu adalah uncle pet dan bukanya Rahimi.Kerana difikirkan Rahimi adalah "alat" untuk membunuh Anwar maka Rahimi di buru sehingga ke lubang cacing.Seperti juga Rahimi yang LSS Kenali adalah sahabat lama bagi saiful.

Segala - galanya bermula seminggu sebelum Pilihan Raya. Waktu itu sejumlah anak muda yang sebahagiannya bernaung di bawah Anwar Ibrahim Club giat mengikut rombongan Anwar berkempen.

Tiba-tiba muncul Saiful Bukhari dalam kelompok ini.

Ya, Saiful Bukhari berjaya menyusup masuk bersama kelompok ini melalui sahabat lamanya Rahimi yang bekerja sebagai pembantu di pejabat Anwar Ibrahim.

Kehadiran Saiful Bukhari tidak disenangi mereka yang kenal dengan beliau, khususnya bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional. Salah seorang daripadanya ialah saudara Najwan Halimi yang menulis siri Musang Berbulu Ayam di blognya (najwanhalimi.com).

Najwan ialah bekas rakan sebilik Saiful semasa di tahun pertama. Saiful dalam kenyataan kepada rakan-rakannya sering memaklumkan bahawa “Ibunya sedang menderita barah dan telah mati”. Ya, khabarnya Saiful tidak begitu gembira dengan ayahnya pada waktu itu.

Blog lama beliau www.saifulbukhari15.blogspot.com (LSS tidak ingat alamat sebenar tapi ingat no. 15 itu kerana ia nombor calon ketika beliau bertanding dalam Pilihan Raya kampus) memuatkan retorika palsu dan cercaan dari rakan-rakan di UNITEN akibat ‘kehilangan’ beliau selepas terpilih menjadi anggota Majlis Perwakilan Pelajar di sana.

Sejak di kampus, beliau memang dikenal sebagai pro-kerajaan dan anti-Anwar Ibrahim.

Tidakkah Anwar Ibrahim mendengar kritikan Najwan Halimi kepada Saiful Bukhari?

Tidak, beliau mendengar.

Tapi bagi mereka yang kenal dengan Anwar Ibrahim, malah bagi siapa saja yang biasa dalam dunia dakwah, sangka baik dan beri peluang adalah kata yang lekas keluar dari akal-fikir, hati dan mulut. Apatah lagi bila yang dicurigai beria-ria mengatakan dirinya insaf.

Saiful terus kekal menyibukkan diri di pejabat Anwar Ibrahim – di Petaling Jaya dulunya – selepas Pilihan Raya. Beliau sendiri mengakui tidak ada surat dikeluarkan kepada beliau berkaitan pekerjaan.

Rahimi dan Saiful menghidu peluang untuk bekerja sebagai Setiausaha Anwar Ibrahim bila Nik Nazmi, Sim Tze Min dan Nurul Izzah (semua mantan Setiausaha Anwar) menang dalam Pilihan Raya. Ya, selepas Pilihan Raya Anwar memang ‘patah tangan’ kerana banyak urusannya tidak ada staf yang membantu. Dato’ Salehuddin juga telah diangkat sebagai Setiausaha Agong parti, justeru pentadbiran pejabat Anwar Ibrahim jadi tidak terurus.

Waktu itu terdengar khabar perebutan jawatan “pemegang diari merah” (Setiausaha Sulit) Anwar Ibrahim.

Hakikatnya, Anwar pernah menyarankan kepada Rahimi dan Saiful agar “pergi sambung belajar” sebagai satu kaedah sopan untuk mengatakan “anda tidak mampu menggalas kerja-kerja yang memerlukan kualiti kepakaran lebih tinggi”. Apa yang berlaku ialah mereka buat pekak badak!

Mereka jadi amat tidak selesa apabila Anwar memanggil balik orang kanannya dari United Kingdom untuk berkhidmat. Beberapa kali dalam mesyuarat diarahkan agar “diari merah” diserahkan kepada orang kanan ini (Siapa tu?? Braderr "R" kot??) namun tidak diendahkan oleh Rahimi dan Saiful.

Memandangkan keterangan di mahkamah agak sensitif, LSS tidak bercadang menulis semua perkara di sini. Bukan kerana sub-judice, tapi ia mungkin melibatkan banyak isu lain yang sedang bergerak sama selain isu ini. Tapi saya yakin kisah sebenarnya lambat laun akan sampai ke pengetahuan umum.

Untuk LSS, Anwar memang berlaku silap saat “memberi peluang” kepada Saiful Bukhari masuk ke pejabatnya. Paling tidak jika mahu bersangka baik pun, bukan di pejabat beliau Saiful harus bekerja.

Namun sebagai orang yang pernah dilatih di medan dakwah, LSS faham benar sikap bersangka baik yang tebal dalam diri Anwar.

LSS berharap para peguam Anwar akan menyelongkar bahagian waktu sebelum Saiful benar-benar bertapak di pejabat Anwar dengan penuh kegusaran.

LSS juga pernah mendengar bahawa memang ramai mengakui bahawa Saiful “boleh bekerja” dalam pengertian membuat panggilan dan menguruskan fail bagi pihak Anwar. Saya hanya mahu katakan bahawa untuk kerja-kerja yang telah selesai dan hanya perlu menjadi tukang ambil, tukang buat panggilan dan sebagainya, ia kerja yang biasa dan bukanlah hebat sangat sebagaimana yang cuba digambarkan oleh Saiful dan juak-juak UMNO-BN.

Saiful hanyalah penggemar Syed Hussein al-Attas, penulis buku politik di Janda Baik itu dan bukan Profesor Syed Hussein al-Attas!

Sebagai sahabat baik kepada saiful, Rahimi mestilah memberi sokongan se adanya kepada sahabatnya tapi apabila berlaku keadaan begini Rahimi akhirnya mengambil keputusan untuk melarikan diri.Tapi apa boleh buat,bak kata rakan saya Nik Bin Jidan apa - apa hal pus pas ti kena LLPK(Lari - Lari Pun Kena) Tangkap juga akhirnya.

Akhir kata buat Rahimi,

"berpegang lah pada kebenaran, LSS tahu kamu(Rahimi) tahu segala - galanya dari A sampai Z, di dunia kita terlepas. tapi di-SANA siapa tahu?, di sini cuma Kemewahan sementara tapi Di-SANA adalah Siksaan yang Abadi, Ingat lah wahai Rahimi"

Selasa, 5 Oktober 2010

Bangang ! Lagi Biol



MUSTAFFA KAMIL PERSOAL POLITIK BUSUK PERKASA - malaysiakini


Naib Presiden PKR Musttaffa Kamil Ayub mempersoalkan 'sokongan' Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) terhadapnya yang dicurigai sebagai percubaan melaga-lagakan pemimpin parti itu.Sekiranya beliau mahu melihat saya bersengketa dengan saudara Azmin (Ali) dan saudara Zaid (Ibrahim), saya nak tegaskan bahawa seluruh pemimpin PKR matang dalam menangani politikbusuk PERKASA-Umno ini," katanya.Menurut Mustafa , PKR sebagai parti berbilang kaum tidak akan berkompromi dengan sikap 'perkauman' NGO Melayu itu.