Ahad, 8 Januari 2012

Siapa Kunyit dan Siapa Meng'kunyit????





Saya akhirnya 'dibersihkan', kata Anwar - Minsider


Dalam keputusan yang kurang dijangkakan oleh banyak pihak, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23.

NONEHakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman ringkasnya yang tidak melebihi lima minit berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa integriti bukti tidak diusik.

“Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada keterangan Saiful.

"Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful.

"Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu dibebas dan dilepaskan," katanya.

Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menanggis sambil memeluk suaminya dalam kegirangan.

Seluruh mahkamah kecoh seketika dengan penyokong Anwar menjerit gembira.

Dalam reaksi spontannya, Ketua Pembangkang itu mengucapkan alhamdulillah dan bersyukur kerana kebenaran akhirnya dapat ditegakkan.

Terima kasih

“Saya berterima kasih kepada Wan Azizah dan keluarga kerana menyokong dan juga barisan peguam.

NONE“Saya akhirnya dibebaskan selepas diaibkan sedemikian,” katanya di luar mahkamah.

Beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan pemimpin Pakatan dan ahli-ahli serta orang ramai yang menyokongnya.

Katanya, agenda reformasi bagi menentang rasuah dan kebebasan media mesti diteruskan.Anwar mengucapkan terima kasih kepada peguamnya.

Pada perbicaraan sejak tahun 2008 itu Anwar diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Karpal Singh manakala peguam cara II negara Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mengetuai pihak pendakwaan.

Beliau didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

NONEIni merupakan kes liwat kedua melibatkan beliau selepas didapati bersalah dan dihukum penjara sembilan tahun pada Ogos 2000 kerana meliwat pemandu, Azizan Abu Bakar.

Bagaimanapun, empat tahun selepas itu, beliau dibebaskan selepas Mahkamah Persekutuan menukar pensabitan itu kepada tidak bersalah dan mengetepikan hukuman penjara terhadapnya.






KAH....KAH...KAH...KAH
KAH...KAH...KAH....KAH
KAH...KAH....KAH....KAH

woit......ITU HARI PUNYE LA BERSUARA,PUNYA LA BERKOKOK....kah...kah...kah

kah...kah...kah ADAM ADLI KENE KUNYIT LAH....kah....kah...kah

kah...kah..kah ADA TUDUHAN AL-JUBURI LAH....kah...kah...kah

kah...kah...kah SEKARANG MANA PERGI TU SEMUA? kah...kah....kah

woitt......BILA DAH "FRUST" DAPAT TAU ANWAR TAK SALAH APESAL MAIN MERCUN LAK???? kah...kah...kah

woitt.... BILA NAK DAKWA SI PEROGOL BUDAK BAWAH UMUR? ...kah...kah...kah...kah

kah...kah...kah BILA NAK DAKWA PEROGOL PEMBANTU RUMAH WARGA ASING? kah...kah...kah

kah...kah...kah BILA NAK DAKWA PEMBUNUH ALTANTUYA? kah...kah...kah

kah...kah...kah BILA NAK DAKWA KAKI KELENTONG? kah...kah...kah

kah...kah...kah BILA NAK DAKWA PANGLIMA LUDAH? kah...kah...kah

woitt..... APESAL? BACUL KERRR???? BETOL - BETOL KUNYIT LA KORANG kah...kah...kah

Ahad, 11 Disember 2011

Sebuah Republik Demokratik Sosialis dengan Asas Islam

Bila saya terbaca dengan laporan malaysiakini akan manifesto terbaru PAS yang mengumumkan tawaran negara berkebajikan tanpa hukum hudud, sudah pastinya saya dapat menjangka apakah wujud kekecewaan di kalangan penganut islam yang berfikiran ortodoks.

Apakah tanpa Hudud PAS sudah tersasar dari perjuangan Islam? soalan ini yang sudah pasti akan menjadi begitu kontroversi kerana sudah pasti geng - geng gerombolan akan terus mencari jalan supaya PAS menemui jalan buntu.

Biar saya bukakan pandangan yang lebih lebar apakah tanpa hudud perjuangan islam PAS sudah tersasar atau tidak.

Jawapannya sudah pasti tidak kerana tak semestinya semestinya perjuangan islam itu mesti terus memperjuangan hukum hudud tanpa kebajikan,keadilan dan kesaksamaan di selesaikan dahulu. Bila saya melihat dan membaca laporan Hadi Awang yang mengajukan Negara Kebajikan sebagai garis perjuangan PAS.

Bila saya terbaca ini, maka jelas telah berlaku satu anjakan dasar yang maha besar. Anjakan ini akan membawa makna politik yang dalam bukan sahaja di Malaysia malah di Asia Tenggara.

Sebelum ‘ledakan’ ini berlalu, kita selalu terbaca dan terdengar tentang PAS ke hulu ke hilir menjajakan apa yang mereka panggil Negara Islam sebagai agenda politik. Pelik tetapi benar – agenda politik Negara Islam ini amat-amat dicintai dan disayangi juga oleh United Malays National Organisation.

Tetapi cinta dan kasih sayang United Malays National Organsiation terhadap Negara Islam bukan bermakna parti ini akan mengimplementasikan apa-apa dasar yang bersangkutan dengan Islam.

Parti ini hanya mendorongkan PAS agar mengambil agenda Negara Islam ini sebagai garis perjuangan. United Malays National Organsiation akan berjoget dan ber"shuffle dan berkenduri dan berkendara jika PAS terus menerus mencanang dan bergendang tentang Negara Islam. Ini kerana agenda Negara Islam ini adalah agenda jalan mati.

Apabila PAS mengambil jalan tegas dengan mengugurkan agenda Negara Islam saya yakin pada ketika ini jeneral - jeneral dalam kem besar "nazi melayu" memang tidak senang duduk.Maka dengan itu saya tak dapat bayangkan tangisan United Malays National Organisation yang terus merayu-rayu agar PAS tidak meninggalkan agenda Negara Islam. United Malays National Organisation bermati-matian berusaha untuk mendorongkan PAS untuk terus mengambil jalan mati ini.

United Malays National Organisation ini telah lupa bahawa telah berlaku satu kesedaran di kalangan ahli-ahli PAS. Mereka telah sedar bahawa agenda Negara Islam yang diuar-uarkan selama ini tidak akan membawa mereka ke gedung kuasa.

Mereka juga sedar selama ini mereka sengaja di perangkap dalam kejumudan fikrah yang mengajukan agenda Negara Islam.

Maka di sini saya mula melihat satu pandangan apakah sesuatu yang wajib untuk menubuhkan negara islam tanpa implementasi yang drastik.

Oleh itu ketika saya membuat kajian dalam bidang pembangunan peradaban manusia dalam subjek ideologi di Universiti of North Carolina saya telah menghadiri sebuah forum "Islamic Socialist"

Dalam forum tersebut maka seorang ahli panel yang baru berusia 15 tahun dari damsyik mengeluarkan pandangan perbezaan antara islam dan negara islam dan menghentam regim - regim arab.Dalam pada itu Saya cukup tertarik apabila salah seorang Khatolik Amerika bertanya beliau bahawa tidakkah nanti selepas kejatuhan Asad akan menyebabkan golongan ‘extremist’ yang memperjuangkan ‘Agenda Negara Islam’ akan mengambil alih.

Maka dalam pada masa yang sama belum pun sempat ahli panel itu menjawab soalan bangun seorang remaja muslim yang berketurunan Yahudi dari Nevada dengan bersemangatnya bertanya balas “kenapa awak kata demikian? Apakah kerana awak mendengar mereka melaungkan ‘Allahu Akbar’?!

Seterusnya Yahudi Muslim ini berkata bahawa mereka melaungkan Allahu Akhbar adalah kerana Islam agama mereka. Tiada siapa berhak menafikan hal itu. Ia bermaksud Allah itu Maha Besar. Itu adalah slogan muslim apabila berhadapan dengan regim yang sombong dan bongkak.

Untuk siapa lagi yang hendak mereka laungkan slogan kebesaran. Tiada kaitan dengan kehendak mewujudkan ‘Negara Islam’ seperti yang di idamkan oleh sesetengah gerakan.


Kenyataan Remaja Yahudi Muslim mungkin akan di salah sangka lalu setelah tamat forum ini saya melihat Remaja Arab dari damsyik ini berjabat tangan dengan Yahudi Muslim ini dan mengucapkan tahniah serta menghadiahkan kata - kata "you are so brilliant" "Allah will blessed you"

Mungkin pandangan Yahudi muslim ini akan di lihat janggal,tak tahulah mungkin kerana sekadar dia seorang yang berketurunan Yahudi atau pendapatnya yang agak kritis.Tetapi melalui kajian intelektual saya, ini sebenarnya suatu hakikat yang tidak boleh dinafikan.

Ramai orang dalam pertubuhan atau parti yang ingin mewujudkan ‘Konsep Negara Islam’ menyangka bahawa slogan agama, atau kesediaan rakyat berhimpun dengan mereka dalam usaha menjatuhkan sesuatu kuasa atau regim bererti rakyat bersedia untuk menerima acuan Negara Islam yang mereka perjuangkan. Andaian yang kurang tepat.




Hari ini di Mesir, selepas kejatuhan Mubarak, Ikhwanul Muslimin masih gagal mencari kata sepakat dengan banyak gerakan lain. Kebimbangan sebahagian rakyat terhadap kewujudan Konsep Negara Islam menjadi penghalang untuk menerima Ikhwanul Muslimin mengepalai mereka.

Sangkaan bahawa rakyat yang bersolat dan bertakbir di Medan Tahrir, Kaherah pada saat - saat revolusi lepas melambangkan persetujuan menerima penubuhan Negara Islam adalah andaian yang salah.

Saya teringatkan sahabat saya Hossein mazarei dari Iran yang berfahaman Syiah - Sunni pernah bercerita Beliau berkata bahawa kembalinya manusia ke masjid dan melaungkan seruan agama ketika menghadapi sesuatu regim tidaklah bermaksud mereka mahukan Negara Islam. Hanya tabiat manusia apabila suara dan hak mereka disekat, tiada jalan yang tinggal, maka mereka akan memanggil Tuhan.

Itulah pendapat beliau. Ada kebenarannya, walaupun sebenarnya ada yang benar-benar mahukan Negara Islam. Ada pula yang hanya mengadu kepada Tuhan tanpa mempunyai sebarang hasrat tentang Negara Islam. Mereka hanya mahukan hak dan keadilan. Hanya Tuhan yang sudi mendengar setelah pemerintah begitu degil.


Umat Islam secara umumnya mahukan asas Islam dipegang dalam sesebuah negara. Asas itu merujuk kepada perintah-perintah Allah yang wajib diamalkan oleh seorang muslim seperti amanah, berperaturan, berprinsip, menghormati hak orang lain, terurus dan seumpamanya.

Ini kerana kerosakan negara-negara umat Islam adalah disebabkan hilangnya ciri-ciri mulia dalam diri pemimpin. Rasuah, salah urus, tidak maju ke hadapan, tidak berwawasan, tidak menghormati hak rakyat dan seumpamanya adalah racun yang telah memusnahkan negara-negara umat Islam.

Sebagai muslim, kita tahu hal ini bercanggah dengan perintah ajaran Allah dan rasulNya. Maka kewajipan berpegang kepada Islam bagi kepemimpinan sesebuah negara dalam kerangka ini disepakati oleh hampir semua pihak.

Namun, apabila hasrat mewujudkan Negara Islam itu dilaungkan, maka rakyat akan mempunyai tafsiran yang pelbagai. Ini bukan semestinya menunjukkan mereka menentang Islam, tetapi mereka keliru apakah sebenarnya Negara Islam itu? Sebabnya, wajah Negara Islam itu telah diconteng oleh banyak pihak. Media Barat dan juga sikap para pejuang Negara Islam itu sendiri.



Taliban umpamanya telah mewujudkan Negara Islam dalam satu tempoh yang telah memberikan kesan yang negatif tentang kebebasan rakyat dan hak-hak wanita. Iran sebelum itu sehingga kini telah menakutkan dunia.

Ribuan cerdik pandai Iran seperti Hossein Mazarei terpaksa melarikan diri kerana ancaman regim Tehran. Penjara dan pembunuhan adalah perkara biasa di Iran. ‘Brain drain’ menjadi satu masalah kepada negara tersebut. Padahal Iran mempunyai ramai bijak pandai.

Dua Rakan yang menjadi sahabat saya di United States seperti Hossein ini merupakan cendiakawan Iran. Hossein adalah Pakar Psikologi dan pemikir yang idealis Manakala bapanya pula adalah seorang Doktor Pakar di Massahuset.


Bapanya kini tinggal di Amerika dan masih tidak dizinkan balik ke Iran. Saya sering berbincang tentang bidang kepakarannya iaitu ‘Ibn Arabi’. Beliau baru sahaja menghasilkan karya ‘between Islamic of progresive thinking’ yang dihadiahkan senaskah untuk saya.

Sementara bapanya Dr. Mazarei yang pada zaman mudanya merupakan seorang pejuang ketika di universiti di Iran. Beliau bersama ratusan ribu yang lain membantu revolusi Islam menumbangkan Shah Iran,iaitu Shah Mohamad Reza Pahlevi.

Namun, apabila kerajaan baru dibentuk, demokrasi terus dinafikan atas nama agama, beliau dan rakan-rakannya memprotes kerajaan. Hasilnya, ramai yang dibunuh,Beliau sempat menyelamatkan diri lari ke beberapa negara dan akhirnya kini menetap di Amerika. Sudah hampir 30 tahun meninggalkan negaranya dan diharamkan pulang.

Begitu juga dengan anaknya Hossein yang pernah di penjara selama setahun atas kesalahan yang tidak jelas,yang nyata adakalanya dia ada menyatakan rasa ketidakpuashati terhadap regim.Demikian dua tokoh cendikiawan islam yang diharamkan pulang semula ke Iran.

Negara Islam yang menjadi impian untuk keadilan, hak,kebebasan dan kesaksamaan telah menjadi negara mullah yang turut menafikan hak yang diidami rakyat.

Hanya menukar kuasa dari yang memakai kot kepada yang berserban atau ber'ustaz, namun keadilan dan hak terus terabai. Lebih malang lagi, kekerasan dan penafian hak itu atas nama Tuhan dalam perkara yang Tuhan tidak nyatakan pun.

Wajah Negara Islam itu mengelirukan banyak pihak, apatahlagi apabila ada yang cuba menggambarkannya sebagai negara hukum yang memotong tangan, merejam wanita, memancung kepala, mengharamkan itu dan ini, mengharamkan media, mengharamkan internet, mengharamkan pendapat yang tidak sama dengan kerajaan dan ‘mazhab’ kerajaan dan seterusnya.

Tanpa terlebih dahulu menggambarkan wajah rahmat Islam yang lebih luas yang mengatasi segala unsur hukuman yang bersifat terpencil itu.Tuhan dalam sesetengah gambaran pejuang Islamic State adalah tuhan yang penuh bengis dan garang. Sedangkan Tuhan yang dikenali oleh muslim adalah Tuhan yang berfirman tentang diriNYA:


Sesungguhnya rahmatKU mendahului kemurkaanKU” (Riwayat al-Bukhari).

Rakyat tidak menolak Islam, tetapi mereka mungkin ragu-ragu dengan model Negara Islam yang hendak ditegakkan oleh sesetengah pihak. Mereka tidak ragu dengan Tuhan, tetapi mereka ragu dengan tafsiran kehendak Tuhan yang buat. Apatahlagi apabila kelompok agama itu sering memilih pendapat yang paling sukar untuk dilaksanakan.

Dalam menafsirkan hukum-hukum yang bersifat zanni (mempunyai lebih dari satu tafsiran) ada kecenderungan sesetengah pejuang Negara Islam memilih pendapat yang mungkin menjadi ketakutan kepada sesetengah pihak.

Umpamanya, dalam Mazhab Shafie dan beberapa mazhab yang lain; seorang Islam yang membunuh bukan, tidak boleh dihukum qisas (bunuh balas). Ini berbeza dengan Mazhab Hanafi.

Begitu juga dalam Mazhab Shafie dan beberapa mazhab yang lain pampasan untuk mangsa non-muslim yang dibunuh hendaklah kurang dari kadar yang dibayar kepada muslim.

Juga pandangan dalam mazhab bahawa Kristian dan Yahudi yang menukar agama mereka kepada agama selain Islam boleh diambil tindakan dengan dibuang negara dan seumpamanya.

Demikian juga pandangan dalam kalangan sarjana silam bahawa bukan muslim tidak boleh membina rumah lebih besar dari rumah muslim ataupun menaiki kenderaan dalam kawasan muslim.

Pandangan-pandangan seperti ini adalah tafsiran kepada politik di zaman tersebut dalam kerangka yang tertentu. Sekalipun ada hadis yang berkaitan, namun teks dan konteks hadis hendaklah disemak.

Disebabkan kecenderungan memilih ‘jalur keras’ dan literal dalam memahami nas-nas politik dalam Islam, maka ada tokoh-tokoh gerakan Islam menampilkan pandangan-pandangan yang dianggap terkeluar konteks politik kerangka hari ini.

Ini menyebabkan generasi baru, sekali pun bertudung dan bernasyid, belum tentu bersetuju dengan Negara Islam model tersebut. Menolak Negara Islam yang ditafsirkan oleh sesuatu pihak, bukan semestinya menolak Islam.

Seseorang dikira menolak Islam apabila membantah sesuatu nas yang jelas dari al-Quran dan as-Sunnah. Nas yang tidak mungkin mempunyai lebih dari satu tafsiran seperti haramnya arak, judi, zina, homoseks, riba, rasuah, pecah amanah, bunuh dan seumpamanya. Adapun nas yang terdedah kepada pelbagai tafsiran, jika seseorang menolak salah satu tafsiran ulama, bukanlah bererti menolak Islam.

Hal ini hendaklah difahami. Jika tidak, semua muslim akan terdiri dari kalangan yang menolak Islam. Ini kerana dalam ribuan hukum, yang mempunyai ribuan tafsiran, setiap orang akan memilih tafsiran tertentu. Mereka yang bermazhab Shafie, secara tidak langsung menolak pandangan mazhab-mazhab yang lain. Begitulah sebaliknya.

Maka, menolak sesuatu tafsiran tentang Negara Islam atau Islamic State, bukan semestinya menolak Islam. Namun, jika atas factor benci atau tidak setuju dengan nas-nas al-Quran dan as-Sunnah itu sendiri, lalu menolak Negara Islam, maka dia memang menolak Islam.

Hari ini di Barat, Turki nampaknya disanjung. Ramai yang memuji Negara Islam moden yang cuba dibuat oleh Turki. Itupun satu lagi tafsiran Negara Islam. Ya,ramai yang memuji Negara Islam model Turki. Jika seseorang memilih Negara Islam model Turki dan menolak model Iran atau Taliban, itu juga satu tafsiran yang perlukan perincian.

Apa yang penting gerakan Islam hendaklah mewujudkan sebuah negara yang tidak menyanggahi al-Quran dan as-Sunnah dan memenuhi inspirasi rakyat di era ini. Peduli apa pun namanya.

Biarpun ianya terbina sebagai sebuah Republik Sosialis atau Republik Demokratik Rakyat yang terpenting ia tidak menyanggah dan mengepikan al- quran dan sunnah.

Yang paling penting sesebuah Republik yang di bina dengan Fahaman Demokratik Komunis atau Sosialis selain meletakkan Islam sebagai asas dan panduan sesebuah negara adalah memastikan hak dan keadilan untuk semua terjamin.

Kerana tiada gunanya Islam terus di paksa biarpun dalam perundangan sekiranya ia membibitkan ketidakadilan dan penindasan.

Oleh itu biarlah ia sekadar menjadi asas selagi hak dan keadilan semua insan di jamin di bawah asas - asas islam biarpun ada warganya yang bukan beragama islam.Jaminan itu perlu andai kita membina sebuah sistem perundangan yang di lihat menindas adakah ia akan jadi undang - undang yang akan di Redhai Tuhan?

Khamis, 8 Disember 2011

Agama Baru Anutan Masyarakat Dunia

Lupakan pasal murtad, Lupakan pasal seksualiti merdeka,lupakan pasal Gereja Methodist Damansara Utama dan pasal syiah atau wahabi kerana semua Semua ini adalah ciput.

Agama baru telah muncul yang mana "keimanan" terhadap Tuhan baru yang wajib di sembah ini telah dibawa oleh sistem kapitalis. Tidak percaya? Sila renung dan periksa diri sendiri.

Sistem ekonomi kapitalis adalah agama baru menjadikan "iman" manusia hanya sekadar berebut-rebut untuk mengumpul harta. Sistem ekonomi kapitalis telah melahirkan satu budaya dimana umat manusia dalam dunia ini terlupa dan lalai bahawa kita hanyalah sekadar bertransit di atas muka bumi ini.

Agama dan Budaya kapitalis ini telah mencakupi semua aspek kehidupan manusia. Manusia moden kurun ke 21 telah dilalaikan untuk menjadi binatang konsumer yang mengguna dan mengumpulkan pelbagai ‘biji-biji saga’ dan barangan kodi untuk mainan. Manusia moden telah menjadi seperti Toyol yang asyik bermain dengan biji-biji saga hingga terlupa bahawa tujuan hidup ini adalah untuk mengenal diri sendiri dan melakukan kebaikan.

Agama ini juga dalam tidak sedar telah berjaya me"murtad"kan berbilion manusia di bumi ini biarpun individu itu hanya bergelar Ulama,Mufti,Ustaz,Imam,Pak Haji,Abang Haji,Kak Hajjah,Abang Lebai,Sami,Father,paderi atapun Rabbai Yahudi.

Selepas selesai "berlakon" bersolat dan menyembah Allah kemudian mereka menyekutukan Allah dengan menganut Agama Kapitalis dan Menyembah Tuhan "Free Market"

Agama kapitalis telah membawa satu budaya dimana ianya mengasak, meraba dan merangsang sifat jahat dalam diri manusia. Hukum agama ini ialah induk ekonomi kapitalis yang mana rukun Ibadahnya ialah keuntungan maksima telah melupuskan nilai baik yang sedia wujud dalam diri manusia.

Justeru apakah kita hairan apabila kita terbaca dalam akhbar bagaimana pembekal susu tepong di Tanah Besar China telah membubuh malamin dalam tepong untuk dijual sebagai susu. Mereka menjual susu ini bukan kepada orang Sweden tetapi kepada bayi-bayi China sanak saudara mereka sendiri.

Justeru apakah kita hairan apabila kita membaca berita di Sepanyol dan Portugal ada pembekal minyak zaiton telah membubuh minyak hitam yang sudah terpakai untuk dijual sebagai campuran minyak zaiton.

Justeru apakah kita hairan apabila membaca bagaimana kontraktor Islam yang mengucap 2 kalimah syahadah,berpuasa,berzakat dan selalu naik haji telah membuat bangunan sekolah, bilik makmal dan hospital dengan menggunakan barangan tidak berkualiti dan akhirnya bangunan-bangunan ini runtuh di sana - sini.

Semua ini dilakukan kerana mereka hidup mengikut hukum,budaya dan rukun agama kapitalisma. Keuntungan maksima adalah tuhan baru yang sedang disembah. Selama 30 tahun kebelakangan ini tuhan baru ini telah muncul dimerata pelusuk dunia. Tuhan ini akan berada dimana sahaja wujudnya sistem ekonomi kapitalis termasuk di Malaysia.

30 tahun tahun dahulu air, api, jalan raya, hospital, bank, sekolah, universiti, telefon, radio, tv semua ini adalah milik kita bersama. Semua ini adalah hak milik negara bermakna hak milik orang ramai. Tiba-tiba harta orang ramai ini diswastakan.

Siapa sebenarnya yang mencadangkan dasar penswastaan ini? Dasar ini dimunculkan oleh pemikir Badan Illuminati. Para pemikir dari pelbagai ‘think tank’ ini yang telah mengajukan agenda penswastaan kepada Bank Dunia dan IMF sebagai satu usaha untuk apa yang mereka panggil cara untuk memperbaiki dan mengembangkan ekonomi di negara-negara sedang membangun.

IMF dan Bank Dunia menjadikan penswastaan ini sebagai dasar untuk diterima pakai. Negara Dunia Ketiga yang miskin jika ingin meminjam dana dari bank-bank antarabangsa diwajibkan menjalankan dasar penswastaan. Penswataan bermakna menjualkan harta hak milik orang ramai kepada kaum kapitalis antarabangsa.

Di belakang dasar penswastaan ini ialah para banker dari Badan Illuminati. Para banker yang telah mengumpulkan berbilion kertas dolar memerlukan pasarana pelaboran baru. Hukum agama kapitalis mewajibkan kaum pemodal terus mencari pasaran baru.

Di Eropah Barat pasaran telah tepu. Maka Badan Illuminati telah mengarahkan Bank Dunia dan IMF memaksa dibuka seluas mungkin pasaran di negara Dunia Ketiga. Hasilnya kita melihat harta negara kita air, telefon, tv, jalan raya, hospital, bangunan, bank semuanya bertukar tangan.

Apabila Perang Dingin tamat lihat apa yang telah terjadi kepada Russia dan Eropah Timur. Negara-negara ini sedang mengamalkan sistem ekonomi sosialis telah diasak dan di serang. Russia telah dipecah-pecahkan. Perang telah dicetuskan di Bosnia, di Kosovo, di Montenegro dan di Chechen semua ini adalah perancangan licik untuk memaksa harta rakyat di Eropah Timur di jual kepada kaum pemodal antrabangsa.

Sesudah dasar penswastaan di terima pakai dan kita mula terdengar apa yang dikatakan Dunia Tanpa Sempadan. Dunia tanpa sempadan ini ialah agenda Illiminati untuk melupuskan kedaulatan negara. Dunia tanpa sempadan bukan bererti orang Afrika boleh senang-senang masuk ke Eropah. Dunia tanpa sempadan bukan bererti buruh rakyat Pakistan boleh masuk ke Jepun untuk mencari kerja.

Tanpa sempadan hanyalah untuk duit modal masuk ke mana sahaja untuk mencari untung. Modal antarabangsa ini tidak boleh diganggu gugat ketika modal ini sedang mencari keuntungan maksima dimana sahaja dalam dunia ini.

Dunia tanpa sempadan ialah untuk para pelaburan antarbangsa bermain ‘tikam dan berjudi’ di pasaran saham negara-negara Dunia Ketiga. Lihat apa yang berlaku di Asia Tenggara pada tahun 1997 dahulu.

Lihat bagaimana kaum kapitalis antarabangsa telah menerbus masuk dan menekan negara-negara Asia Tenggara dan akhirnya banyak hospital kita terjual, telefon kita terjual, sistem pendidikan kita terjual.

Lihat Tesco, Carrefour, Giant, Court Mamoth, AIA, ING, Ikea, Burger King, MacDonald, Shell, Esso semua ini adalah milik pemodal antarabangsa. Semua ini dipaksakan ke atas pasaran kita melalui perjanjian World Trade Organisation (WTO). WTO memaksa negara Dunia Ketiga membuka pasaran untuk pemodal antarabangsa masuk mencari untung.

Perjanjian WTO ini adalah perjanjian terbuka yang berat sebelah sama seperti perjanjian-perjanjian East India Company yang telah dibuat oleh Sultan Johor dengan Raffles pada tahun 1819 dahulu. Sama seperti perjanjian Sultan Kedah dengan Francis Light pada tahun 1786. Sama seperti Perjanjian Pangkor 1874 yang akhirnya Tanah Melayu jatuh ke tangan British.

Dari zaman penjajah dahulu cita-cita kaum pemodal kapitalis ini untuk memiliki dunia ini tidak pernah padam-padam. Cita-cita kaum pemodal antarabangsa ini untuk menjadikan umat manusia sebagai hamba adalah manifesto New World Order.

Badan - badan Illuminati saban hari merancang. Hari ini semua strategi telah di rancang. Semua telah di susun. Para banker di belakang Iluminati sedang dalam persediaan akhir untuk melahirkan apa yang mereka katakan New World Order atau Dunia Bentuk Baru.

Lihatlah nanti bagaimana Badan - badan Illuminati ini akan memaksa Malaysia untuk menanda tangani Free Trade Agreement. Dalam perjanjian ini tidak ada yang ‘free’. FTA ini telah memaksa kita terus membuka semua pasaran negara kita untuk kaum pemodal antarabanga mencari keuntungan maksima.

Sebab itu dalam beberapa hari yang lalu para aktivis sosialis telah berkumpul di hadapan hotel Ritz-Carlton pada 5 hb Disember yang lalu semata - mata untuk menggagalkan perjanjian agama setan ini.Sekiranya tidak maka kita akan terhumban ke dalam sistem perhambaan ekonomi.

New World Order ini adalah dunia baru dimana kedaulatan negara tidak wujud lagi. Rancangan NWO ini sedang diatur Canada, Amerika dan Mexico telah disatukan kemudian seluruh Selatan Amerika akan dijerut masuk. Eropah sedang bersatu ini akan menjerut masuk Afrika dan Timur Tengah. Asia akan dikepali oleh Jepun yang akan menjerut semua negara di Asia.


Lihat sekarang telah wujud Asean dan Apec untuk Asia , African Union untuk Afrika dan Union of South American Nations untuk Amerika Latin. Semua ini adalah perancangan Illuminati.

Semua ini direstui oleh kaum pemodal antarabangsa. Rancangan akhir mereka ialah untuk memastikan semua rakyat dunia ini akan tunduk kepada kuasa mereka.

Dalam masa yang tidak lama lagi manusia akan di cap dengan microchip. Tak percaya? Bukankah idea ini telah terkeluar dari mulut seorang pegawai polis Malaysia tiga tahun dahulu dan berita ini telah dilaporkan dalam Utusan Malaysia. Microchip ini untuk bayi yang baru lahir atas alasan untuk mengekori penjahat.

Tetapi hakikatnya microchip ini ialah untuk mengawal semua umat manusia agar tunduk kepada sistem ekonomi kapitalis. Umat manusia akan taat bekerja dari jam 9 hingga 5 bercuti Sabtu Ahad. Jika rajin dan tekun mereka akan dapat gaji untuk membeli kondo, ipod, Kancil, kasut Prada, beg Luis Vuitton dan pelbagai jenis binatang konsumer yang dijanjikan. Sila baca 1984 oleh George Orwell dan tonton filem Metropolis oleh Fritz Lang.

Ini bukan satu kisah dongeng zaman ini, Ini bukan plot sebuah novel yang belum siap. Ini adalah hakikat politik dunia hari ini agama Kapitalis ini berjaya melalaikan lantas memperhambakan manusia terhadap sistem ekonomi.

Oleh itu Memahami politik dunia hari ini amat penting. Jika kita gagal untuk memahami garis dan strategi Illuminati maka kita tidak akan melawan. Jika tidak bangun melawan maka umat manusia dalam dunia ini akan dijadikan hamba abdi.

Rabu, 7 Disember 2011

RAHSIA SEHARI SEBELUM KRISMAS


Esok sambutan hari kelahiran Isa dari Nazareth. Petang itu di Kuala Lumpur persiapan untuk menyambutnya semakin rancak. Ibu dan kakak berbondong bondong keluar dari gedung membeli belah sambil menolak troli yang membusut penuh.

Cuaca redup dan hujan rintik-rintik menambahkan lagi kesesakan jalan raya.Tepat jam enam petang sehari sebelum Hari Krismas 2010 sebuah pesawat jet membawa tiga orang lelaki telah terbang dari KLIA menuju ke Kuala Teranganu.

Jet ini sampai tepat jam tujuh malam, Satu jam kemudian sebuah lagi pesawat jet khas menyusul sampai. Jet ini mendarat dan terus meluncur masuk ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terangganu. Bila pesawat jet kedua ini berhenti sebuah kereta Mercedes berwarna hitam telah datang menghampiri tangga pintu jet.

Seorang Lelaki Tua kelihatan dibantu oleh dua pramagura untuk menuruni tangga. Lelaki Tua ini terbongkok-bongkok terus masuk ke dalam kereta dan beredar.Disatu tempat yang berasingan dalam bilik tamu di sebuah rumah mewah dua lelaki obese pertengahan umur kelihatan gelisah menunggu.

Mereka berdiri memandang keluar tingkap, lelaki pertama berkulit hitam, berperut gendut, bermuka ketat – muka paraouk persis penjaga kelab dangdut. Lelaki kedua agak obese juga dan berperut gendut tatapi kulitnya agak cerah. Lelaki ini kekurangan rambut. Rambut hitam puteh di kepala tumbuh bertompok- tompok di beberapa tempat sahaja.

Tetiba masuk seorang lagi lelaki yang sosoknya kelihatan agak pelik. Lelaki ini bersongkok tinggi memakai baju Melayu berkain sampin. Perut lelaki ini extra buncit. Seluar Melayunya agak besar hingga kelihatan seperti memakai kain gown. Pungungnya membonjol seakan-akan ada cawat yang ingin disorokan didalam kain sampin songketnya.

‘Jet selamat mendarat. Dia dalam perjalanan,’ lelaki berpunggung bonjol membuka kata. Lelaki Botak tersenyum dan menganguk-anguk kepala. Lelaki Paraouk bermuka ketat melihat jam ditangan kemudian berkata ‘ ada sesiapa nampak Dia sampai?’

Soalan ini mati tergantung tidak ada yang menjawab.Tetiba Lelaki Botak meletakan talipon rapat ke telinga, ‘ …. bukan… I bukan di Port Dickson ni… I di KT….

you ni tak caya ke…I bukan jumpa Budak Itam tu…I dengan Tuanku ni…nanti I call balik. Bai bai…’ ‘ You bagi Dia tahu? You tak sedar ke … pertemuan kita ini sulit…’ Lelaki Paraouk bermuka ketat menaikkan suaranya.Lelaki Botak memasukan talipon ke dalam saku dan bersuara, ‘ kalau tak bagi tahu….

malam ini I kena tidor dengan Dia….seksa badan I…’ Mendengar jawapan ini ketiga-tiga lelaki ini ketawa kecil. Kemudian mereka beredar dan masuk ke satu lagi bilik tamu yang lebih besar dan lebih mewah.Lelaki Tua itu berjalan perlahan-lahan sambil diapit dan dibantu oleh dua orang lelaki sasa yang memakai coat hitam dan bertali leher.

Lelaki Tua terus masuk ke ruang tamu dimana tiga lelaki tadi bingkas bangun dan terus bersalaman. Belum pun sempat mereka berbual tertiba masuk dua lelaki lagi. Seorang kelihatan memakai Baju Melayu kuning dengan coat hitam dan seorang lagi Lelaki Kacak tinggi memakai baju batik berlengan panjang.

Jelas Lelaki Kacak ini adalah tuan rumah. Kesemua bangun dan bersalaman. Kemudian semua bertanya tentang kesihatan si Lelaki Tua.Selesai eek ook eek ook basa basi itu dan ini lalu enam lelaki ini beredar dan masuk ke bilik mesyuarat. Lelaki Tua dan Lelaki Berbaju Melayu duduk di sebelah kanan. Tiga lelaki obese duduk di sebelah kiri.

Ditengah-tengah duduk Lelaki Kacak berbaju batik sebagai orang tengah.Mesyuarat bermula dengan labon Lelaki obese berkepala botak. Lelaki Botak ini berkesah tentang orang China dan orang India yang sudah naik tocang, Apa makna naik tocang ini tidak pula jelas.

Tetapi menurut Lelaki Botak ini kedudukan Orang Melayu pada masa ini sedang terancam. Orang Melayu makin terpinggir kerana kuasa politik mereka pecah. Orang Melayu menurut Lelaki Botak ini akan pupus macam burung Dodo jika sesuatu tidak dilakukan dengan segera.

Repek Lelaki Botak ini disambut oleh Lelaki Paraouk yang menerangkan bagaimana baru-baru ini China di Pulau Pinang telah berani menggunakan tangan untuk menyuap nasi meniru cara orang Melayu makan. Menurut Lelaki Paraouk ini adalah bahaya kerana dalam pilihanraya yang akan datang tidak dapat dikenali lagi mana Melayu dan mana Mamak Tongkang.

Apa sangkut paut Mamak Tongkang dengan orang China makan pakai tangan tidak juga jelas.Tetiba mesyuarat ini terhenti kerana rupa-rupanya Lelaki Berseluar Gown telah mula berdengkor tidor. Semua mata berpandangan, Yang tidak ambil pot hanya Lelaki Tua yang matanya memandang tepat muka Lelaki Paraouk.

Lelaki Paraouk merasa tetekan dan agak gelisah apabila matanya dipandang.Akhirnya mereka tidak mempedulikan keroh dan dengor kerana hal negara dan masa depan negara lebih penting dan ingin mereka diselesaikan segera. Lelaki Botak menyambung menceceh.

Kali ini dia membocorkan laporan bagaimana orang China di Malaysia ketika ini telah mula tidak hormat kepada Sultan dan Raja. Apabila perkataan Sultan dan Raja keluar, mata Lelaki Kacak berbaju batik mula bersinar. Dia menganggokan kepala tanda bersetuju sangat.

Menurut Lelaki Botak ini orang China di Malaysia telah naik tocang dan semakin menjadi-jadi. Mereka mahu menggunakan nama Allah, mahu bersenam dalam masjid, mahu ubah perlembagaan malah menuntut untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.Lelaki Parouk bangun dan berkata,

‘ kita semua ini Melayu. Saya Melayu dulu.. kemudian baru Jawa… China naik tocang kerena ada pengkhianat dikalangan orang Melayu. Kalau tak ada dalang ini mana mungkin orang China ini berani….’ Lelaki Tua dan Lelaki Berbaju Melayu hanya diam mendengar.

Tetiba Lelaki Tua berkata dengan perlahan-lahan, ‘… mu la ni ada kempen satu Malaysia?... lagu mano mu royak satu Malaysia….mu royak satu Malaysia Cina Melayu India semua samo… mu ni cakap pada ambo lain…

pada tibi tigo mu royak lain pulok… mana yang hambo leh pakai…mu ni orang munafik…. ambo tok seeeh..ambo tak suka orang munafik ni…’Bilik senyap sebentar seperti telah diserang oleh Garuda.

Kemudian Lelaki Tua ini bersuara lagi, ‘ mu nak ajak perpaduan buat gapo? Mu lah yang tangkap ramai alim ulama Pas… mu tuduh mace mace… mu guna ISA…. Islee gapo mu royak. Ambo kalau mu nak bersatu boleh… tapi mu kena pakai Islee laaa …

Bukan tuduh Chino lagu ni … India lagu tu. Islee larang ni sumo.’Lelaki Botak tunduk memandang ke meja. Lelaki Paraouk buat-buat memandang ke atas siling. Bilik sunyi senyap yang kedengaran hanya dengkor Lelaki Berseluar Gown yang semakin kuat.

‘ Mu ambik ambo dari hospital … mu nak royak hal Chino dan hal India? Dah berapo kali ambo royak parti mu itu parti zalim… mu ni pemimpin zalim…’ Lelaki Tua seakan-akan marah. Lelaki Berbaju Melayu disebelahnya tidak bersuara langsung. Sesekali Lelaki Berbaju melayu melihat jam di tangan seolah-olah sedang menunggu kesampaian keretapi.

Suasana tegang ini ingin di kendurkan oleh Lelaki Kacak berbaju batik , ‘ kita sesama Melayu ini patut hormati menghormati. Kita akan lakukan apa sahaja demi untuk kebaikan negara kita ini. Kalau tak ada apa-apa lagi mari… Kita jemput semua bersantapan bersama.’

Apabila Lelaki Kcak berbaju batik bangun Laki Paraouk tergesa-gesa menarik tangan Lelaki Berseluar Gown yang tertidor. Dalam pisat-pisat sambil mengosok mata lelaki ini bersuara, ‘ menantu I itu okay… ’

Tetapi tidak ada seorang yang ambil pot lagi. Semuanya berjalan menuju ke ruang santap.Setelah selesai jamuan makan dan bersalaman dengan tuan rumah semua tamu mengiringi Lelaki Tua kembali ke lapangan terbang. Di lapangan terbang mereka tidak memasuki pintu awam.

Kesemua mereka dibawa secara menyorok-nyorok, Ketika rombongan ini sampai semua lampu di lapangan terbang telah dipadamkan.Apabila jet membawa Lelaki Tua telah naik ke udara menuju ke Kota Baru, Lelaki Paraouk merasa agak lega dan tidak merasa tertekan oleh Lelaki Tua tadi.

Dia terus bersuara kepada Lelaki Berbaju Melayu, ‘ apa yang berlaku tadi jangan beri tahu sesiapa…ini hal kita saje..’‘ Tak ada siapa yang tahu… demo ingat ambo gi London…orang parti ingat ambo luar negaro… Bini ambo pun tak tahu… tapi ambo bagi tau Cik gu Pa dan Uztaz Nasa… demo nak sangat kita berjayo…’

‘ Lain kali kita cuba lagi. Orang tua itu nampanya keras lagi….’Tetiba Lelaki Botak mencelah, ‘… jaga jaga hal perjumpaan kita ini jangan di ketahui oleh Mat Sabu.. Mahfuz.. Husam … dan jaga sikit Khalid Samad.. press pun jangan diberitahu…kalau Harakah.. Malaysiakini tahu bahaya kita semua..Kalau I ditanya press I akan nafikan perjumpaan ini.’

LSS:

Itulah kisah satu petang sehari sebelum hari krismas 2010 petang itu akan terus menjadirashia untuk kita semua. Rahsia perbincangan kerajaan perpaduan yang amat sulit lagi gelap.Bagaimana kisah ini ditemui oleh penulis juga akan menjadi rahsia sulit dan persendirian !

Puisi Kebebasan : Merindu Ruang




Merindu Ruang


Bolehkah kita kita bercakap
sejujur suara,
bertanya: Ke Mana Semua Unggas dan Rerama
yang damai menghuni
Taman yang indah ini?

Masihkah Merbuk berdakap
semerdu suara
menghantar khabar merdeka
dari insan waja
meluhuri azam
di ruang bebas ini?

Kita, suara tulus itu,
baris insan padu
Merindu ruang yang syahdu,
aksi juga kata,
sejernih irama
merdu di taman ini!

Berdiri kita setegap,
bergerak sederap,
meragut cengakaman kawat
cekau duri,
dan kita berdiri
Nyanyikan demokrasi!

Ada Sang perubah permainan;
Kami perubah kekuasaan.
Inilah tekad generasi Baru,
akarnya keadilan syahdu.

Bangsar Utama, A.Samad Said
3 Dis,2011