Khamis, 27 Ogos 2015

#Bersih4: Pesanan oleh Dominic Toretto

Reformasi Telah Mati?


“Presiden datang dan pergi, tiada apa yang akan berkekalan” – Jezz (Occupy Wall Street)


Subuh Isnin 17 Ogos aku berjalan melintasi Dataran Merdeka, sambil di akaun Twitter rakan-rakan dari Indonesia menyambut hari kemerdekaan dengan nada kicauan yang agak ‘sinis’ tak kurang jua dengan kecaman yang dilemparkan dalam gurauan.


Joko Widodo mungkin sosok yang menjadi sasaran hentaman kata-kata “anak negri” yang berkicau di Twitter. Mungkin aku terus seronok menguliti kata-kata yang di selang-seli dengan petikan pejuang-pejuang kemerdekaan nusantara.


Mungkin kerana penarikan subsidi dan rombakan kabinet atau hadirnya Jokowi di atas takhta pemerintahan tanpa reformasi yang dinantikan rakyat Indonesia mengiringi kepimpinannya di Istana Presiden.
Skroll aku terhenti, terpaku mataku menguliti kata-kata;


“Reformasi itu telah mati, tidak seharusnya ia menguburi anak negri”


Maka aku melabuhkan punggung di batas tangga di bawah tiang bendera besar, tempat di mana beberapa tahun dahulu aku dan rakan-rakan #occupydataran bermalam setiap Sabtu untuk meneroka ruang demokratik dengan membuang “sial” reformasi yang diversikan oleh parti-parti politik.


Di sini juga tempatnya memori September berlangsung lebih 15 tahun dulu buat pertama kalinya laungan reformasi bergema di bumi bertuah ini setelah laungan itu merentasi Selat Melaka dari Jakarta melalui Tanjung Pinang selepas berjaya mendobrak rejim Suharto.
Dari jauh kelihatan satu sosok yang kurang jelas dari pandangan mataku melaungkan kata-kata;

“Saudara-saudara sekalian, kita akan mempertahankan Anwar Ibrahim hingga ke titisan darah yang terakhir”


Bisik rakanku katanya itu Ketua Pemuda UMNO iaitu Zahid Hamidi.


Jika benar apa yang dibisikkan oleh sahabatku maka sejarah itu telah melirik catatan yang aku coretkan di masa lalu andai aku sempat mengalih untuk “menjeling” Zahid Hamidi buat kali kedua.


Namun kini segalanya tinggal kenangan kerana kini laungan itu sudah ditenggelami oleh retorik politik kepentingan individu.


Dahulu dan Sekarang
Masuknya Anwar Ibrahim ke jeriji besi Sungai Buloh selama lima tahun bermula 10 Februari 2015 lalu atas hukuman kononnya didapati bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan.
kali ini dalam keadaan partinya Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama PAS dan DAP berjaya menakluki tiga negeri di dalam Malaysia.


Terperosoknya Anwar Ibrahim kali ini dalam keadaan pendukungnya sudah bergelar Yang Berhormat dan dalam keadaan mereka sudah duduk di kerusi-kerusi empuk memegang jawatan penting tidak kira dalam kerajaan negeri, kerajaan tempatan, menjadi pegawai khas ataupun ahli lembaga pengarah syarikat kerajaan negeri.


Kekecewaan tergambar setelah retaknya Pakatan Rakyat tindakan PAS memutuskan hubungan dengan DAP, manakala DAP mengisytiharkan bahawa gabungan Pakatan Rakyat telah mati dan munculnya GHB (Gerakan Harapan Baru)


Dalam pada beberapa ketika aku teringat keluhan seorang kawan;


“Dulu rakyat habis-habisan turun ke jalanraya kerana mahukan perubahan, hari ni senang-senang je diorang nak pecah.”


Langkah Kajang adalah satu contoh projek gagal PKR yang telah merosakkan Pakatan Rakyat.


Dalam projek langkah kajang, sudah jelas bahawa Bersih sama sekali tidak bersetuju dengan tindakan yang diambil kerana ia bukan atas keperluan rakyat tapi sekadar kehendak dan kemahuan parti politik.


Terpaksa menyokong dalam keadaan terpinga-pinga. Konspirasi menyingkirkan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim juga adalah onar yang membuatkan PAS tersepit dan terpaksa menyokong demi semangat Pakatan Rakyat.


Penyingkiran ke atas Khalid Ibrahim tidak disenangi Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz.


Rakyat melihat bagaimana PKR menafikan kecerdikan mereka dengan hujah tunggang-langgang dan ‘Road Show’ keliling Selangor dengan fitnah dan tohmahan yang dijaja untuk menggulingkan Khalid.


Padahal rakyat bukanlah menyokong Khalid sangat, mereka bersimpati dengan Khalid yang dilayan ‘double standard’ di dalam PKR.


Lebih-lebih lagi beberapa hari lalu setelah Khalid menarik balik saman keatas Saifudin Nasution dan PKR setelah kedua-duanya menyatakan permohonan maaf atas segala tohmahan yang dilemparkan ke atas Khalid.


“Wah! mudah sungguh permohonan maaf itu setelah segala tohmahan dan cacian dihamburkan,” kata seorang rakan ketika ber’KuBu’ di FS Nasi Kandar.


Sifat Politik di Malaysia

Yang malangnya di sini Bersih sebagai sebuah badan yang bertindak memulihara sistem demokrasi turut terpalit atas segala onar yang membawa kepada keretakan Pakatan.


Mungkin sekali kerana mesranya Ambiga dengan pemimpin Pakatan atau kerana penyertaan Sasterawan Negara A.Samad Said a.k.a Pak Samad bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 ke dalam DAP.


Ramai melihat Bersih sudah “berwajah Pakatan” biarpun dalam pada masa yang sama Bersih tidak pernah bersetuju pun dalam mana-mana tindakan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat terutamanya LANGKAH KAJANG .


Bersih ada mengeluarkan kenyataan media dan tidak bersetuju dengan apa yang berlaku pada pilihanraya kecil Kajang.


Bersih menyatakan tindakan itu telah mengkhianati hak-hak pengundi Kajang meskipun kenyataan itu telah mengundang kecaman penyokong-penyokong Pakatan ke atas Bersih.


Ketika berlangsungnya “LANGKAH KAJANG” negara dikejutkan dengan kehilangan MH370 sekaligus berjaya menenggelamkan “kehangatan” kempen Langkah Kajang.


Berbagai spekulasi mula wujud tak kurang ada yang melawak sebagai bomoh untuk meredakan suasana pilu yang menyelubungi perasaan bukan sahaja waris keluarga mangsa malah seluruh rakyat malaysia.


Di pihak parti politik dan penyokongnya mula tuding-menuding jari antara BN dan Pakatan, segala teori dan andaian dibawa keluar semata-mata untuk “melibas” pesaing politik yang berada di posisi bertentangan.

Sedangkan punca dan sebab kejadian masih lagi kabur tetapi yang pasti parti pemerintahlah yang menerima kritikan yang paling hebat akibat gagal memainkan peranan dalam mengesan bangkai pesawat dan menentukan status pesawat tersebut sama ada terhempas atau terselamat.


Akhirnya pemerintah terpaksa akur yang pesawat tersebut hilang dan gagal ditemui dalam pada masa yang sama status pesawat tersebut masih dalam persoalan infiniti.


Belum sahaja reda kepiluan akan kehilangan MH370 emosi seluruh warga pertiwi diguris lagi dengan tragedi MH17 yang di tembak jatuh di ruang udara sempadan Ukraine-Russia. Pertiwi menangis lagi, seluruh warga berdoa dan bertafakur.


Dalam Parlimen kedua-dua puak politik saling tuding-menuding jari dari soal siapa sokong Putin hinggalah kepada Twitter palsu.


Tak kurang juga ahli parlimen yang membebel soal remeh pasal auratlah, pakaianlah, tanpa fokus kepada isu pokok iaitu menegak keadilan buat waris keluarga mangsa dan mengheret pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.


Sehingga ke saat itu pun kedua-dua belah pihak masih lagi mencari kepentingan politik buat diri dan parti masing-masing.


Aku tak menolak gejala kepentingan politik yang dilakukan semua parti politik dalam semua isu tetapi tidak adillah jika ianya diraih dari mereka yang ditimpa malang.


Semua ini seolah-olah satu isyarat yang awan hitam bakal tiba untuk menutupi langit Malaysia dan membawa kegelapan dalam kebejatan bangsa. Ia bagai satu ramalan yang hampir benar sedang masanya semakin tiba.


Fardhu Bangkit Melawan Kebodohan
Ketika masalah ekonomi rakyat makin merosot, kenaikan harga barang dipandang remeh oleh pemerintah.


Jadi suatu yang biasa bila kita dengar para macai upahan bersuara bagi pihak parti pemerintah bahawa kenaikan harga barang “bagus” untuk rakyat supaya terus rajin berkerja.


Maka jari tengah ini sudah lama kuacukan ke arah macai-macai upahan bagi setiap kebodohan yang cuba diketengahkan kerana itu adalah fardhu kifayah yang telah di syari’atkan ke atas aku untuk melawan kebodohan.


Melawan kebodohan ni bukan satu kerja main-main tetapi ia juga misi yang diserahkan kepada Nabi Muhammad setelah diutus ke dunia sebagai Nabi.


Bergerak dari melawan kebodohan dan menuntut hak maka sekonyong-konyong rakyat jelata khususnya anak muda bangkit menyatakan protes malam tahun baru atas semua kenaikan harga barang kos sara hidup.


Setiap kali memprotes tindakan rejim yang menindas ekonomi rakyat maka seperti biasa nyanyian lagu ‘guling-mengguling’ akan dimainkan konon ada kumpulan-kumpulan akan menjatuhkan kerajaan pada malam tahun baru.


Segala tindakan rejim pemerintah andai dipersoalkan oleh aktivis maka akan ditangkap dan disoal-siasat tetapi jika dipersoalkan oleh media khususnya akhbar, maka akhbar tersebut langsung digantung.


Protes Media – GERAMM
Inilah yang berlaku ke atas akhbar mingguan “The Heat” yang digantung permit penerbitannya kerana artikel tentang kemewahan hidup Perdana Menteri.


Akhbar mingguan The Heat digantung serta-merta oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), dipercayai kerana artikel muka hadapan berhubung perbelanjaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.


Bertitik tolak dari hasil usaha rakan baikku Fathi Aris Omar, bekas editor Malaysiakini versi bahasa melayu telah merintis jalan kearah mobilisasi protes media.


Bermula dengan sembang-sembang kecil di Facebook susulan penggantungan itu, dalam tempoh 24 jam, sekumpulan wartawan dan aktivis duduk semeja dan melancarkan Gerakan Media Marah (GERAMM).


Nama GERAMM itu sendiri diilhamkan oleh rakan baikku Tony Basement yang juga bekas aktivis yang pernah bersama-sama berkemah di Dataran Merdeka.


Ia disertai oleh beberapa wartawan muda tetapi, yang paling mengejutkan, ia terdiri daripada lima organisasi media berbeza, yang selalunya juga bersaing sesama sendiri.


Jumlah ini tidak termasuk tiga portal parti-parti utama pembangkang dan juga portal-portal lain, termasuk media arus perdana, yang menyatakan sokongan moral mereka dari jauh.


Sekurang-kurangnya 15 hingga 20 media berkongsi sentimen pro-kebebasan yang disuarakan oleh GERAMM.


Ia kearah kejayaan Protes Pensel Merah pada 4 Januari lalu bukan dari segi jumlah kehadirannya. Dalam beberapa minggu selepas itu permit penerbitan “The Heat” dipulangkan semula.


Isu 1MDB Pula
Hanya setahun selepas “The Heat”, sebuah akhbar melaporkan perkembangan perniagaan dan ekonomi iaitu “The Edge” menjadi mangsa seterusnya setelah melaporkan isu #1MDB di muka depan akhbarnya.


Umum pun sudah sedia maklum akan #1MDB yang mana seingat aku segalanya bermula semenjak pelaksanaan GST yang di tentang habis-habisan bukan sahaja oleh rakyat jelata pelbagai lapisan masyarakat, malah bekas pemimpin UMNO sendiri yang pernah memegang jawatan nombor satu paling lama dalam sejarah negara.


Pada hemat rakanku sendiri apa yang dilakukan oleh Najib adalah satu sabotaj ekonomi sehingga beliau sendiri “menggagau” nak jawab dari mana datangnya dana RM2.6 billion ringgit.


Sehingga rejim sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup “bangkai dinosaur” yang baunya sudah bertebar bukan sahaja di seluruh nusantara malah di setiap pelosok dunia.


Lalu akhbar tersebut digantung lantas mengundang kecaman dan kritikan dari pelbagai pihak. Adindanya sendiri iaitu Nazir Razak memberikan nada berbeza berhubung penggantungan itu.


Keabsahan Politik Kepartian
Jelas disini keabsahan kuasa politik kepartian itu mula terhakis tidak kira dari puak mana ia sama ada Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional.


Dalam pada Barisan Nasional sedang terpalit dengan skandal yang cukup memalukan dalam sejarah maka tak perlulah Pakatan Rakyat nak mendabik dada konon mereka lebih bagus berbanding Barisan Nasional.


Kerana kita sendiri menyaksikan ketika ustaz muda Ekhsan Bukhari diusir ketika hadir di lobi Dewan Negeri Selangor (DNS) menuntut janji-janji manis Pakatan Rakyat yang ditabur dalam manifesto ketika pilihanraya umum ke-13 untuk menaikkan gaji guru-guru KAFA.


Maka rakyat sudah melihat harapan untuk meletakan Pakatan sebagai peneraju Putrajaya semakin kabur.


Apabila terbit seruan #Bersih4 untuk ke jalanraya maka sekali lagi aku melirik ke arah keluhan seorang kawan setelah bertanya apakah dia akan turun untuk menyertai Bersih edisi ke-4 kali ini? Maka jawabnya:


“Bila nak turun jalanraya ingat rakyat…. Bila berkuasa lupa rakyat…. Bila rakyat tegur dituduh ‘trojan horse’….”


Maka, Tujuan Bersih?
Menguliti kata-katanya maka aku di sini menegaskan dalam tempoh 36 jam bersama #Bersih4 adalah untuk mendobrak pengaruh oligarki parti-parti politik.


Maka hadirnya kita ke jalanraya adalah sebagai individu anarki dan bukan barua mana-mana parti. Turun dan bawa tuntutan sendiri dengan matlamat penghapusan segala eksploitasi ekonomi dan kebebasan demokrasi ke atas diri kita sendiri.


Kerana mereka buat untung, hutang kita terpaksa tanggung dengan membayar GST, mereka hidup mewah kita pula terpaksa bersusah-payah dan tertekan atas bermacam-macam kenaikan kos sara hidup.


Malah kita tujukan juga bantahan ini kepada pihak yang cuba mengambil kesempatan ke atas kemarahan kita khususnya parti-parti pembangkang.


Kita turun #Bersih adalah untuk membantah semua masalah yang telah ditimpakan ke atas kita. Kita turun ke jalan raya untuk meruntun sebuah janji yang kita tidak akan berganjak untuk sebuah perubahan dan harapan.


“Bukan boleh tukar kerajaan pun dgn demo bersih… tak gitu huhuhu”


“Marah pada pemimpin tapi lawan dengan polis juga akhirnya… kesudahannya pemimpin tidak berubah pun”


Begitu lah antara luahan  rakan-rakan yang sudah tawar hati, tetapi yang pasti bukan polis yang kita nak lawan, itu pandangan yang cukup salah biarpun ia sering terjadi dengan insiden yang tidak dijangka.


Revolusi Yang Bagaimana?
Menjawab luahan yang penuh dengan nada kekecewaan ini aku sering memberi penjelasan:


“Rejim yang baru adalah pewaris kepada rejim yang lama biarpun ia datang datang dari berlainan parti.”


Sesuatu kebangkitan itu sepatutnya bukan merubah rejim atau parti politik tetapi harus drastik ke arah perubahan sistem. Sebab itu kita lihat kesilapan besar yang berlaku dalam sesuatu kebangkitan revolusi adalah menukar rejim dan bukan sistem.


Rejim ditukar tetapi sistem masih berpihak kepada kelas feudal dan bukan kepada golongan marhaen.


Beratus-ratus kali menukar rejim dari Republican kepada Democrat, dari Labour kepada Conservative, apakah masalah sudah selesai?


Sebab itu #Bersih4 adalah pendirian kita, laluan kita, perjuangan kita sebagai marhaen anarki mahu terus hidup.


Bangun mem’BERSIH’kan pandangan, perjuangan dan prinsip kita yang sebenar agar tidak dicemari oleh tangan-tangan kotor ahli politik kepartian.


Kita hadir untuk mengubah sistem untuk kehidupan kita sendiri, kita hadir untuk mempersetankan keabsahan politik kepartian.


Jalanraya adalah milik kita sebagai rakyat marhaen sebab pentas VVIP adalah milik ahli politik kepartian, kerana itu sejak dulu ia adalah senjata kaum feudal, dan kaum pemodal adalah peluru dan perang.


Senjata kaum buruh dan rakyat tertindas adalah agitasi, mogok dan demonstrasi.


Seperti kata Dominic Toretto (lakonan Vin Diesel) dalam filem ‘Fast & Furious 7′, mengungkapkan;


“Think about the street, the street always wins” [“Fikir tentang jalanan, ia sentiasa menang”]


*Tulisan ini telah di terbitan dalam Malaysiakini dan Projek dialog

Sabtu, 6 Jun 2015

Anwar: Gagal di luar, menang di dalam.






oleh : RONASINA


 Ini bukan lagi 1998. Tiada lautan manusia beri respon spontan memprotes di jalanraya apabila Timbalan Perdana Menteri dipecat dengan tuduhan rasuah serta salahlaku moral.


Yang turun dengan gema laungan slogan Re-For-Ma-Si dulu adalah rakyat. Parti Islam SeMalaysia (PAS) walaupun memerintah Kelantan waktu itu masih belum mampu menarik minat rakyat seluruh Malaysia. Parti Tindakan Demokratik (DAP) hanya mahu menjadi pembangkang yang baik dan belum terbayang akan mampu mentadbir Pulau Pinang.

 Masuknya Anwar Ibrahim ke jeriji besi Sungai Buloh selama lima tahun bermula10 Februari 2015 lalu atas hukuman kononnya didapati bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan kali ini dalam keadaan partinya Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama PAS dan DAP berjaya menakluki tiga negeri di dalam Malaysia.


Masuknya Anwar Ibrahim kali ini dalam keadaan pendukung di sampingnya sudah bergelar Yang Berhormat dan dalam keadaan mereka sudah duduk di kerusi-kerusi empuk memegang jawatan penting tidak kira dalam kerajaan negeri, kerajaan tempatan, menjadi pegawai khas ataupun ahli lembaga pengarah syarikat kerajaan negeri.


 Tidak ramai bergelar Yang Berhormat pada 1998. Mereka hanya terdiri dari ahli parti dari komponen Barisan Nasional, dari parti pembangkang, aktivis NGO dan individu yang bersimpati.


 Dari situlah gerakan bermula. Menggunakan nota, telefon dan sistem pesanan ringkas segala maklumat program disampaikan. Aktivis tanpa gaji merancang keliling negara menghasut.


Kemudian perakam tanpa gaji menyalin dalam bentuk kaset, pita video dan video cakera padat. Yang menulis buat risalah, samidzat, majalah dan akhbar. Seniman berpuisi, berteater.


Ini semua dibuat dengan semangat melawan kezaliman, tanpa disuruh sesiapa. Dalam gerakan reformasi apa saja kaedah, apa juga media digunakan untuk memberi penerangan kepada rakyat hatta di dalam teksi, majlis-majlis kenduri sehinggalah contengan di dalam tandas.


Semua meraikan pelbagai kaedah tidak seperti hari ini banyak sangat tak bolehnya konon alasan tidak selari dengan garis parti, kaedah ini tidak bijaklah serta bermacam-macam teori pandai- memandai untuk menghalalkan kebaculan sendiri.


Memang protes jalanraya bukanlah satu kaedah sahaja dan belum tentu berjaya tetapi apa usaha lain yang  mampu dianjurkan dari pakar teori bijak pandai ini?


 Protes jalanrayalah yang banyak mengubah lanskap politik hari ini jika diteliti kronologinya. Pada era reformasi 1998 grafiti mengutuk pemimpin negara banyak kelihatan di dinding bangunan sekitar kota Kuala Lumpur.


Laman web Mahazalim, Mahafiraun menjadi pelepas dahaga. Akhbar Harakah dicari. Sehinggalah Mahathir Mohamad rasa tergugat dan bertindak ganas mengharamkan, menyekat apa juga pengedaran maklumat dengan menggunakan akta akta.


Aktivis dan ahli parti yang lantang ditahan tanpa bicara menggunakan ISA. Ternyata akta drakonian itu berkesan. Purata enam dari sepuluh yang dikurung akan berpaling dan kembali menyokong kerajaan. Dua akan jadi neutral, satu hanya menjadi ahli pasif. Hanya seorang yang kekal.


 Hari ini ada satu lagi penyakit yang menyekat gerakan reformasi dari meledak seperti 1998 iaitulah penyakit yang dinyatakan tadi- kedudukan dan pangkat.


Anwar yang sebelum ini berkeliling negara berkempen agar penyokong mengundi mereka dan kemudiannya mereka menang, dan mereka mendapat kedudukan, kemudian mereka jugalah yang sering menempel di mana sahaja Anwar berada, bertempik reformasi dengan kuat di sebelah Anwar, kemudian setiap kali berbual akan mahu mengaitkan diri dengan Anwar, sering ada dalam 'frame' bersama Anwar; senyap menikus dan sibuk dengan urusan lain.


Aneh wal ajaib! Mana perginya ahli parti yang berbondong bondong dalam bas bikin kecoh sewaktu pemilihan parti?


Ke mana sembunyi mereka yang membaling kerusi, bertumbuk sehingga cedera untuk merebut jawatan dalam hirarki parti tidak kira peringkat pusat mahupun peringkat cabang? Siapa mereka dan di belakang semua itu adalah suatu teka teki yang ada jawaban jika kita singkap betul betul.


 Kita lihat pula hubungan Pakatan Rakyat. Di sini lebih besar punca lesunya gerakan membela Anwar Ibrahim tahun 2015.


Pertelagahan sesama parti dalam penserikatan Pakatan Rakyat membunuh senyap keyakinan rakyat lebih-lebih lagi PAS. Perang di alam siber menghentam PAS sebenarnya memberi kesan yang tidak kecil.


Penyokong Anwar sering membantai apabila PAS dan pemimpinnya bertindak tidak selari dengan semangat Pakatan Rakyat sedangkan ada isu awalnya dicetuskan sendiri oleh Anwar. Sebaliknya penyokong Anwar tetap beranggapan apa sahaja perbuatan Anwar adalah betul dan terbaik untuk menguatkan Pakatan Rakyat walaupun tidak berbincang terlebih dahulu dengan rakan Pakatan Rakyat yang lain.


 Kajang Move adalah satu contoh projek gagal Anwar yang merosakkan Pakatan Rakyat. Parti lain terpaksa membasuh tahi yang telah diberakkan. Terpaksa menyokong dalam keadaan terpinga-pinga.


Konspirasi menyingkirkan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim juga adalah tahi besar membuat PAS terjepit dan terpaksa menyokong demi semangat Pakatan Rakyat. Anwar dan juak-juaknya yang berkonspirasi pandai meletakkan beban kepada PAS yang serba salah sehingga PAS terbelah dan Presidennya dikecam.


Jangan lupa, penyingkiran ke atas Khalid Ibrahim tidak disenangi Allahyarham Tok Guru Nik Aziz. Rakyat melihat bagaimana Anwar dan PKR menafikan kecerdikan mereka dengan hujah-hujah gelabah untuk menggulingkan Khalid walaupun mereka bukanlah sangat menyokong Khalid.


Mereka bersimpati dengan Khalid yang dilayan 'double standard' di dalam parti yang Anwar jadi Ketua Umumnya.


berbalik kepada pergeseran ahli-ahli bawahan antara PKR, penyokong Anwar dengan PAS ternyata kuat impaknya.Ternyata ahli PAS dan pro Presiden mereka Hadi Awang menyambut dingin sejak malam finale di Stadium sehingga hari penghakiman di Mahkamah Putrajaya .


Satu hal yang kita mesti akui jentera PAS sangat hebat, jika dimobilisasi mereka akan memenuhi kota Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak terjadi dan ia adalah gambaran kekecewaan mereka terhadap apa yang berlaku.


Tidak adil menuduh hanya PAS besar kepala (walaupun ada sosok-sosok yang sering mengeluarkan kenyataan dangkal) dan punca segala permasalahan. Bagaimana hendak diperbetulkan semula kerana segalanya sudah berlaku?


Cuma retak Pakatan Rakyat masih belum tahu apakah terbelah atau dijahit semula.Jika terbelah masa depan untuk mengekalkan kerajaan pada Pilihanraya Umum akan datang akan gelap dan ini memudahkan Barisan Nasional kembali berkuasa.


 Perhimpunan Sabtu lalu tidak besar dan seperti 1998 ia bukan dianjurkan parti politik. Ia dirancang oleh aktivis-aktivis yang aktif memprotes kerajaan sebelum sebelum ini.


Antara yang menyertai perhimpunan bukanlah penyokong sosok Anwar semata mata tetapi lebih kepada memprotes kezaliman rejim.Yang Berhormat sibuk dengan urusan rakyat.


Ya, Yang Berhormat yang diperkenankan Anwar sendiri termasuklah pegawai pegawai besar pencen yang tiba-tiba muncul menjadi calon payung terjun pada Pilihanraya Umum yang lalu sehingga orang yang sudah lama buat kerja diterajang.



 Ringkasnya, sebagai sosok individu menentang kerajaan, Anwar Ibrahim adalah legenda. Kelibat beliau mampu menggugat kedudukan pemimpin kerajaan sehingga karier dan pergerakan Anwar perlu disekat.


Menghantar Anwar ke tempat paling kejam dan jijik seperti penjara dan membusukkan namanya dengan tuduhan jelik adalah gambaran betapa kuatnya beliau sebagai individu dalam menggugat kerajaan sehingga itu semua perlu dilakukan.

 Tetapi sebagai pemimpin yang berorganisasi dan ingin menjadi orang nombor satu negara, Anwar gagal jika diukur dengan kelam kabutnya parti tak terkawal, menyingkirkan kawan yang baik hanya kerana kawan itu berani mengkritiknya, melayan pengampu dan dalam menuntut keadilan tetap juga dia tidak memberikan keadilan kepada anggota parti pimpinannya sehingga ada yang tersinggung dan malas campur.


Anwar berjaya sebagai individu sehingga terpodot di dalam penjara. Apakah Anwar masih mampu melakar rencana perjuangan bersama rakyat dari dalam tembok jika pendukung harapannya bersembunyi di lubang tikus atau hanya dikenang sebagai pendekar berjuang berseorangan?


Masa akan menentukan.

Isnin, 18 Mac 2013

Bukan Nak Jadi Calon,Tapi Nak BN mampos

 
 Sokong pembangkang mungkin nak jadi calon - Ahmad Maslan-MKini
 
* 9:18AM Mac 19 2013
  * Tindakan beberapa bekas pegawai tinggi kerajaan menyokong parti pembangkang, berkemungkinan sebagai jalan pintas untuk mereka menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.
    
Beliau mendakwa golongan berkenaan seolah-olah ingin "memotong barisan" anggota pembangkang yang telah lama berjuang dalam parti, untuk menjadi calon pilihan raya.
    
"Jadi, ada pemimpin yang sudah 10 tahun, 20 tahun... hanya menelan air liur kerana ada pemimpin "short cut" yang memotong barisan pemimpin yang telah lama berjuang dalam parti pembangkang," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Jentera Penerangan Perak di Ipoh semalam.
    
Beliau mengulas mengenai tindakan beberapa bekas pegawai tinggi kerajaan termasuk daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertindak menyokong pembangkang.

Woittt..BUKAN PEGAWAI TENTERA JE..kah kah kah

kah kah kah..PEGAWAI JPN PON ADA..kah kah kah

kah kah kah..PEGAWAI POLIS PON ADA..kah kah kah

kah kah kah..PEGAWAI KAT PEJABAT KAK JAT PON ADA..kah kah kah

kah kah kah..KALAU TAK TAKDE LA FAIL NFC BOLEH TERLEPAS..kah kah kah

kah kah kah..BUKAN NAK JADI CALON..Kah kah kah

kah kah kah..CUMA DIORANG DAH NAIK MENYAMPAH DGN ANAK BADAK KAT PUTRAJAYA..kah kah kah

Ahad, 17 Mac 2013

Dulu kata Ahli Politik tak boleh masuk ke dalam Sekolah

Di Petik Dari :Malaysiakini


Satu kekacauan tercetus apabila sekumpulan penyokong PKR dan penduduk kampung cuba menghentikan satu ceramah pro-BN yang dijalankan di Sekolah Menengan Guar Perahu, Penanti di Pulau Pinang pada malam tadi.

Kumpulan berkenaan memasuki kawasan sekoleh tersebut untuk mengehntikan acara berkenaan – yang memfokuskan isu pencerobohan Lahad Datu dan penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.

NONEDifahamkan, kumpulan berkenaan membantah ceramah berbentuk politik itu diadakan di sekolah memandangkan premis seperti itu tidak boleh digunakan oleh ahli politik.

Ratusan penyokong berkenaan, termasuk ketua AMK negeri Amir Ghazali – berhimpun di sekeliling kawasan sekolah sejak jam 9 malam, namun dihalang kira-kira 100 orang polis yang berkawal.

Acara berkenaan antara lainnya menampilkan MP Kulim-Bandar Baru Zulkifli Noordin dan pemimpin NGO anti-PKR, Muhammad Zahid Md Arip.

Kedua-dua pemimpin berkenaan bagaimaanapun berjaya menyampaikan ucapan walau dengan keadaan bising di luar kawasan itu.

Sementara itu, polis menahan seorang warga emaas yang didakwa cuba mencetus kekacauan, dan dibebaskan kemudian.

Ketua polis daerah Seberang Perai Azman Abd Lah berkata tiada penahanan dibuat memandangkan keadaan itu “normal semasa musim pilihan raya”.

"Tiada huru-hara, hanya sedikit kekacauan,” katanya yang menambah polis turut mengerahkan unit tindakan ringan (LSF).

Azman menafikan bahawa majlis berkenaan merupakan satu ceramah dan mendakwa ia hanya satu “mesyuarat dan taklimat”.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Nak Bubar tapi tak jadi

Pasti Ramai yang menanti hari ini,beberapa hari yang lepas Azmin Ali memaklumkan dalam twitter yang parlimen akan di bubarkan pada hari ini.Nampaknya ia seperti menanti buah yang takkan gugur.Mat monggol memberi seribu satu alasan dan kini masih berdiam diri,tak macam pak lah yang menemui ilham untuk bubarkan parlimen.

Gambar yang paling nyata kini di mainkan iadalah Lahad datu lantas Anwar di jadikan guni pasir untuk di persalahkan atas segala pencerobohan yang berlaku.

Dah masuk 17 hari Gerombolan gagal saman Tian Chua,hanya berani hantar samseng je,dan malam ini bekas jeneral bakal membongkar apa yang berlaku di Lahad Datu.

Terbonggeng sana-sini Mat Monggol makin tangguhkan pilihanraya sama seperti yang berlaku di Afrika timur.
Published with Blogger-droid v2.0.10

7 Dosa-dosa

Kini Mat Monggol berteriak di depan seluruh rakyat kelantan tentang 7 Dosa,di mana dosa-dosa itu? katanya dosa itu kerana bersama DAP.

Jadi Apa dosa bersama MCA dan MIC? apa dosa runtuhkan masjid bujal? apa dosa usir orang kampung berembang? apa dosa Najib kena tibai dek pemimpun Hamas ketika ke Palestin?

Jadi rakyat seanteronya kini boleh ketawa pecah-pecah perut bila Najib kata ada dosa yang semuanya berjumlah hanya 7 sahaja.

Jadi ke mana pergi dosa-dosa gerombolan yang lain.Tiba-tiba Mat Monggol cakap pasal dosa yang 7,tiba-tiba mat monggol jadi ustaz,tiba-tiba mat monggol nak jadi terrer cakap pasal agama.

Bila bercakap soal dosa,maka kita akan teringat taktik dan teknik 3R,apakah ianya satu taktik yang akan berjaya?

Cuma bila Mat Monggol sebut pasal Dosa,aku teringat ketika masjid bujal di terengganu,bila mat monggol cakap pasal dosa aku teringat kan Kampung Berembang,bila Mat Monggol cakap pasal dosa aku teringat lagi pada Kampong Rimba Jaya,Kampung Kerinchi dan Abdullah Hukum.

Rasanya Fathul Bari sahaja yang layak untuk jawab Apa Dosa Gerombolan United Malays National Organisation pada Islam dan Orang Melayu

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sabtu, 16 Mac 2013

Pertempuran makin Hampir

Di saat-saat akhir Najib tak mahu lagi untuk membubarkan parlimen,apakah kerisauan yang ada di hatinya.

Mungkin belum mendapat arahan dari Rosmah atau bermacam kerisauan mula menghantui.Mungkin dah lama aku tak menulis blog mungkin kini penguasaan twitter dalam dunia cyber.

Tapi makin aku mengundur diri makin naik lemak pulak geng-geng gerombolan khususnya para pencacai.Hari ini aku mengumumkan untuk kembali semula ke dunia blogger yang telah aku tinggal agak sekian lama.

Dulu aku agak kritis dalam melihat sistem politik kepartian kerana kini idealisme sosialis ku menghampiri Anarkisme.Tapi kini aku mula sedar yang harus musnahkan adalah raksaksa pertama,dan raksaksa kedua adalah tugas seterusnya....

Selasa, 24 April 2012

Occupy Dataran bukan garis tetapi pertukaran sistem



Saya rasa sudah sampai masa saya memberi pandangan yang lebih jelas lagi tentang #occupydataran semenjak saya,Fahmi Reza,Pik-Svonn,Melissa,Kia Meng,Aizat,Ehsan dan Mizan serta ramai lagi mula menggerakkan occupy dataran pada 30 julai 2011 jam 8.00 di bawah tiang bendera di dataran merdeka.
Pada mulanya kami menonton tayangan diskusi oleh Fahmi Reza tentang gerakkan Revolusi Sepanyol beberapa hari sebelumnya yang mana sebuah gerakkan menuntut sistem demkorasi tulen muncul di sepanyol 3 bulan selepas Revolusi Dataran Tahrir setelah rakyat sepanyol hilang kepercayaan pada kedua - dua belah parti politik dari kerajaan dan pembangkang iaitu Socialist (Kini Kerajaan) dan Conservative (Pembangkang).

Ini kerana apabila parti Sosialis di sepanyol berjaya merampas kuasa dari parti Konservatif melalui pilihanraya pada 15 mei yang lalu dan menjadi kerajaan,kerajaan yang di bentuk parti sosialis gagal menangani masalah ekonomi di sepanyol terutamanya masalah 40% penganguran.

Di situ rakyat sepanyol telah pun melihat bahawa salah satu kesilapan besar dalam Revolusi dan Reformasi adalah menaik dan menurunkan Regim dan bermula dari itu mereka merasa bukan regim yang harus di tukar tetapi paling utama adalah sistem demokrasi itu.

Sistem demokrasi yang lebih tulen, telus,adil,demokratik dan di partisipasi oleh keseluruhan golongan masyarakat masyarakat yang melangkaui kepelbagaian Ideologi,pandangan politik dan budaya.Sistem Demokrasi yang domokratik yang lebih mementingkan pemerkasaan rakyat dari golongan bawahan untuk membuat keputusan secara kolektif tanpa parti politik. 

Dan bermula dari situ kami mula mempraktikkan sistem demokrasi secara langsung menggunakan  "Tutorial" yang di ambil dari laman web yang di sediakan oleh kem madrid yang di nama kan "Tomala calle Democracia Real Ya" Dan beberapa hari sebelum kami menonton tayangan diskusi tersebut kami mendapat tahu ada sebuah gerakkan yang sama dengan di sepanyol sedang merancang untuk "menakluki" Wall Street yang di namakan sebagai#OccupyWallStreet yang menuntut keadilan ekonomi.

Pada malam itu juga kami telah bersetuju untuk meletakkan nama "nya" sebagai #occupydataran namun sejak itu kami melalui saat - saat getir untuk mempromosi #occupydataran sebagai sebuah platform baru bagi sesiapa yang sudah muak dengan sistem parti politik dan organisasi yang bersifat herarki dan yang menggunakan sistem perwakilan. 

Bagi saya yang membuatkan saya rasa terpanggil untuk menulis tentang #occupydataran sejak menggerakkan, gerakkan yang mengambil konsep perkongsian kepimpinan individu secara kolektif ini ialah apabila muncul banyak tanggapan yang salah tentang #occupydataran.

Lebih - lebih lagi setelah bergabung dengan Mahasiswa dalam protes Anti-PTPTN.Sebenarnya perlu lebih di perjelaskan apakah bezanya antara#occupydataran dan gerakkan Mahasiswa ialah Matlamat kedua - dua gerakkan ini.
Beza Gerakkan Mahasiswa bersifat sebuah organisasi yang yang punya struktur yang berbentuk herarki manakala #occupydataran bersifat rata manakala dari segi kepimpinan pula, Kepimpinan Mahasiswa di lihat sebagai "Monopolized Leadership" kerana hanya Ketua atau Pengerusi sahaja yang akan membuat apa - apa arahan.

Ianya sama seperti mana - mana Pertubuhan bukan kerajaan,Pertubuhan Kerajaan Mahupun Parti  -parti Politik Manakala #occupydataran pula lebih mengambil pendekatan kepada perkongsian kepimpinan.
Dalam pada itu #occupydataran bukannya sebuah organisasi tetapi lebih bertindak sebagai platform rakyat yang lebih di kenali sebagai "The Parliament Of Popular Assembly" yang melangkaui Kepelbagaian Ideologi,Pandangan politik dan budaya.

#occupydataran sejak gerakkan oleh sekumpulan anak muda sejak 30 julai 2011 lalu yang mana majoriti dan mereka adalah Mahasiswa Universiti dan Graduan Universiti telah mengambil inspirasi dari gerakkan 15-M yang muncul pada 15 Mei di Dataran Puerta Del Sol Madrid Sepanyol setelah 3 bulan selepas kebangkitan Revolusi dataran Tahrir di Mesir.




Apa yang lebih real di sini #occupydataran membuat apa - apa keputusan secara konsensus dan bukannya secara majoriti atau minoriti dan yang lebih unik #occupydataran menggunakan format yang ada di parlimen dan membawanya "turun" ke dataran untuk di partisipasi oleh sesiapa sahaja tak kira apa sahaja pandangan dan ideologi politiknya melalui ""KL People Assembly" atau Sidang Rakyat Kuala Lumpur.

Di sini setiap ahli Sidang Rakyat akan mengusul,menganalisis isu,menperdebatkan isu dan akhir sekali menghasilkan apa - apa idea yang akan datang dengan cadangan ke arah jalan penyelesaian. 
Manakala proses perjalanan Sidang Rakyat akan di pengerusikan oleh seorang Moderator yang tidak boleh membuat keputusan dan hanya boleh mengawal perjalanan Sidang sebagai penimbang tara.

Manakala proses undian di jalankan dengan menggunakan gaya tangan dan sebarang bantahan hendaklah di kemukakan dengan justifikasi dan harus di jelaskan mengapa peserta membantah dan apakah cadangan yang boleh di ketengahkan agar hak orang membantah boleh di kombinasi dalam golongan majoriti agar menjadi konsensus.

Andai bilangan peserta yang membantah keputusan berbentuk minoriti mahupun hanya seorang sahaja,keputusan berkenaan tidak boleh di luluskan. 

Secara jelas di sini bahawa matlamat #occupydataran adalah lebih kepada perubahan sistem demokrasi secara tulen dan lebih demokratik dan boleh di sertai oleh sesiapa sahaja.Dalam pada itu #occupydataran adalah berbentuk satu cadangan kepada sesebuah sistem demokrasi,sistem politik dalam sistem sosial dalam sesebuah kerajaan pada masa yang akan datang.

Rabu, 11 Januari 2012

Apakah Konpirasi sebenar disebalik pembebasan Anwar?



Mungkin pandangan saya ini di rasakan boleh menyuramkan suasana kegembiraan yang sedang berlangsung berhubung pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi semalam.Tetapi kita semua harus ingat bahawa pembebasan Anwar ini terdapat sedikit keluarbiasaan.



Tapi berdasarkan analisis saya dari laman-laman web pro UMNO sepanjang malam, saya rasa perkara ini perlu disebut dan dibincangkan kerana tidak mahu semua kita terpedaya dengan agenda sebenar disebalik pembebasan ini.

Kebanyakannya blog pro UMNO yang saya lihat menjadikan sikap hakim dalam menyampaikan keputusan pagi semalam sebagai alasan kenapa mereka percaya ada sesuatu yang tidak kena dengan keputusan membebaskan Anwar itu.


Dalam keadaan biasa hakim akan membaca penghakimannya terlebih dahulu sebelum membacakan keputusan, tapi hakim mengambil masa kurang 5 minit untuk membacakan keputusan dan memberi alasan ringkas, sebelum meninggalkan kamar mahkamah.

Perbicaraan ini berlangsung selama lebih 3 tahun tapi alasan ringkas hakim mencetus lebih banyak tanda tanya, seolah ada agenda lain disebalik pembebasan tersebut.





Hasil dari analisis saya, banyak pihak dalam UMNO merasakan bahawa pembebasan Anwar adalah sebahagian daripada strategi licik Perdana Menteri Najib untuk memastikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya akan datang.

Datuk "kambing" yang di kaitkan dengan skandal NFC yang sepatutnya di bicarakan pada hari yang sama dengan hari keputusan kes liwat anwar langsung tak kedengaran apa - apa berita.Tidak kah kita merasakan sesuatu yang pelik akan hal ini? apakah yang sedang di rancang?









Dalam pada masa yang sama ketika penyokong anwar meraikan kejayaan pembebasan konspirasi dalam letupan bom kita juga terlupa pada Wak Khir Toyo yang sepatutnya di bicarakan dan di jatuhkan hukuman pada hari yang sama juga tidak kedengaran apa - apa berita.Takkanlah tak ada satu wartawan pun yang tak buat liputan tentang kes Wak Khir.



Letupan Bom pada hari perhimpunan pula terjadi di kawasan yang ketat di kawal oleh pihak polis.Adakah kita pasti Pekida atau Perkasa yang akan di syaki melakukan perkara sedemikian.Mungkin kita juga tidak menyangka individu yang cuba untuk menumbuk muka Adam Adli adalah rakyat prihatin.

Semua orang tahu yang Najib adalah seorang yang cukup berhati-hati dalam permainan politik. Najib sudah melihat bahawa dengan menghantar Anwar ke penjara hanya akan memberi kesan yang teruk kepada prestasi BN dalam pilihanraya akan datang.

Justeru itu sedikit arang perlu di conteng muka Pakatan dengan perlakuan penyokong pada hari himpunan.Mungkin ada yang tak bersetuju,tetapi kita harus faham dalam keadaan begini regim menggunakan taktik propaganda Nazi dengan apa yang di panggil sebagai "Argentum Ad Naussem" dan secara langsung persepsi rakyat seluruhnya telah terpalit dengan mengatakan bahawa penyokong pakatan rakyat ini Pro Rusuhan.



Jangkaan ini adalah berdasarkan fakta bahawa undi cina tidak akan lagi menyebelahi BN seperti mana Anwar pertama kali dipenjara pada 1999. Keadaan itu ditambah pula dengan undi simpati orang Melayu ke atas Anwar, akan menjurus kepada keadaan yang tidak diingini Najib.

Pada Najib setiap undi adalah penting, maka itu keputusan terbaik ialah dengan membebaskan Anwar.Dengan membebaskan Anwar, Najib sebenarnya beroleh dua keuntungan. Pertama, pada firasatnya imej Anwar akan semakin merosot kerana galak menuduh UMNO sebagai dalang disebalik konspirasi ke atasnya dan kedua UMNO sendiri sudah ‘membersihkan’ dirinya dari tuduhan mengawal kebebasan badan kehakiman.

Dengan pembebasan ini juga, Pakatan Rakyat sebenarnya sudah kehilangan antara isu penting yang boleh diketengahkan untuk menyerang pentadbiran Najib dan parti pimpinannya dalam keadaan sekarang dan dalam kempen pilihanraya umum akan datang.

Anwar bagi tau,sistem kehakiman Malaysia adalah korup. Sekarang dia telah dibebaskan,apakah dia akan tetap kata mahkamah korup? Kalau kehakiman korup dan kes-kes mahkamah boleh diatur, dan Anwar telah dibebaskan oleh sistem yang korup ini, apakah ini tidak bermakna bahawa Anwar sebenarnya bersalah? Hanya mahkamah yang korup boleh membebaskan orang yang bersalah. (begitu juga sebaliknya) dan mahkamah, menurut Anwar adalah korup.

Anwar tak boleh lagi mengatakan bahawa mahkamah korup tetapi dia mendapat perbicaraan yang adil didalam mahkamah yang tidak korup dan dihakimi oleh hakim yang tidak korup.Tapi kalau dia tak cakap macam tu, seolah-olah dia sebenarnya bersalah.

Lepas tu katakanlah kerajaan UMNO akan mendakwa Anwar kerana kesalahan membuat laporan polis palsu berkaitan dengan video lucah. Kemudian, jam Omega dibawa ke mahkamah dan pelacur China mengaku bahawa dialah perempuan didalam video tersebut dan dia mengesahkan bahawa Anwar melakukan hubungan seks denganya. Saksi-saksi pakar dari US juga membuat pengakuan bahawa video tersebut adalah asli.

Dengan bukti-bukti yang kuat, Anwar akan didapati bersalah dan dihantar kepenjara. Apakah Anwar boleh mengatakan dia adalah mangsa kepada perbicaraan yang tidak adil. Dia dibebaskan hari ini. So, mahkamah dikatakan adil dan tidak korup kalau dia dibebaskan tetapi korup kalau dia didapati bersalah.

kita kena ingat, pada dasarnya 30% daripada pengundi adalah pro-BN. (korang cakap la apa pun, mangkuk ni tetap kata Anwar salah). 30% adalah pro-PR. (korang cakap apa pun malaon ni, akan cakap Anwar mesti betul). 40% lagi duduk atas pagar.

Tak guna nak mempengaruhi 30% dikedua-dua pihak. Depa dah buat keputusan. Yang perlu di yakini ialah 40% atas pagar. Dan dalam PRU 2008 yang lalu, dimana keputusan sekitar49-51%, 40% cukup besar untuk menentukan siapa yang akan membentuk kerajaan.Lupakan 30% dikedua-dua pihak. Yang penting ialah 40% pengundi atas pagar. Dan apakah persepssi 40% ini tentang keputusan mahkamah hari ini.

Apakah mereka percaya Najib benar-benar melakukan Transformasi seperti yang dikatakannya? Apakah mereka akan percaya bahawa kehakiman tidak korup, seperti yang selalu dikatakan oleh pembangkang?Apakah mereka tidak akan berfikir bahawa dalam keadaan sekarang, (dan dibuktikan hari ini), Najib sepatutnya diberi peluang sepenggal lagi untuk merealisasikan dasarnya yang baru saja bermula dan memerlukan masa untuk dilaksanakan?

Tanpa sedar, isu konspirasi politik dan badan kehakiman yang tidak bebas ini memberi banyak kelebihan kepada Pakatan Rakyat dan tekanan kepada BN.Walaupun masih ada lagi isu berkaitan National Fedlot Corporation (NFC) yang boleh diketengahkan, tetapi saya lihat isu itu mudah sahaja diredakan kalau Najib tidak mencalonkan Shahrizat dalam pilihanraya akan datang.

Dari apa yang saya lihat adalah kepimpinan Pakatan Rakyat gagal melihat semula agenda tersembunyi di sebalik pembebasan ini dari segenap sudut dan merencanakan strategi tindak balas yang sepatutnya.

Saya tak kisah walau apa pun persepsi penyokong yang pro dan anti sebab diorang dah memang pro-PR dan kebanyakanya Anwaristas. saya tak peduli sapa yang yang terlompat - lompat yang mengatakan anwar dah menang atau rakyat dah menang. Sama ada diorang pro-BN atau tidak tapi saya lebih berminat dengan 40% yang akan menentukan siapa yang akan membentuk kerajaan dalam PRU akan datang.

40% ini bukan pro-Pr atau Anwaristas. Dan depa adalah “Kuasa Ketiga” yang sebenar.Depa adalah “penentu”. Mereka akan menentukan sama ada Najib akan terus kekal sebagai Perdana Menteri atau anwar mengambil alih. Bukan penyokong PR atau BN yang menentukannya.

Ada lagi satu kemungkinan.



Disebabkan Najib berlaku ‘adil’ dan tidak mengarahkan hakim untuk menghantar Anwar kepenjara, UMNO menentang Najib. Dengan bantuan Dr. Mahathir, satu gerakan dibuat untuk memaksa Najib meletak jawatan. Najib kemudiannya meletak jawatan, dan Muhyidin sudah pasti akan mangambil alih.

Pengundi benci kat Rosmah Mansor. Disebabkan itu, ramai yang masih mengundi Pakatan Rakyat. (sama juga yang diorang buat tahun 2008 bila diorang menentang Pak Lah sebab diorang tu benci kat Khairy). Tapi sekarang, Rosmah dah tak ada.

Apa yang kita dapat? Anwar akan tetap jadi ‘de facto’ Ketua Pembangkang, Dr. Mahathir jadi ‘de facto’ Perdana Menteri. Malaysia akan terus di pimpin oleh Dr. Mahathir.Kita masih tidak boleh berhimpun secara aman kerana tangan kita sudah terikat oleh akta gila.

Manakala penduduk kampung baru pula akan terseksa dengan ancaman bakal di usir dari tempat tinggal mereka, jadi apa yang tinggal untuk kita? Sepatutnya kita kita pedulikan antara Anwar dan Najib, kita tidak peduli malaon mana yang nak jadi perdana menteri.








Apa yang penting bagi kita ialah menuntut semula kebebasan dan keadilan kita.Bagaimana? jalannya hanya satu,di hadapan kita terbentang jalan raya yang luas, disini lah Maharaja Nicholas Tsar,Raja Mohamad Shah Reza Pahlevi,Emperor Bokassa,Hosni Mubarak,Zine el bidine ben ali dan Suharto jatuh menyembah bumi dan bukan nya di atas kertas undi.

Isnin, 9 Januari 2012

Konspirasi Apa Anwar Di Bebaskan?


Masing - masing cukup gembira, sampai ada yang terlompat - lompat yang mengatakan Anwar sudah bebas.Sungguh kasihan apabila mereka melihat terlepasnya Anwar dari tuduhan liwat itu adalah satu pembebasan.Jawapan nya sesekali mungkin tidak.

Ada kisah yang melayang di langit mengatakan ada "deal" antara anwar dan najib,tapi bagi saya ini hanya lah sekadar kisah - kisah tahyul tetapi tidak mustahil terjadi.Namun di sebalik pembebasan Anwar saya sedikit terkesan melihat ianya adalah konspirasi politik yang berterusan untuk mengekalkan kuasa Regim UMNO.

Mengolah Persetujuan rakyat,mungkin itulah perkataan yang begitu kuat melintas di fikiran selepas daripada pembebasan Anwar.Tekaan yang melintas di minda tepat sekali terpapar di skrin televisyen "Mahkamah Malaysia Telus dan Adil"

Ini lah permainan Regim, taktik propaganda Nazi (Argentum ad Naussem) sekali lagi di mainkan untuk menjayakan Kosnpirasi politik yang berterusan lantas yang menjadi mangsa bukan Anwar tetapi rakyat seluruhnya.

Apabila Anwar di bebaskan maka apa yang regim berjaya di lakukan di sini ialah mereka berjaya meyakin rakyat bahawa insitusi kehakiman telah di bersihkan.Maka dengan itu tidak alasan bagi rakyat untuk memilih UMNO dan Barisan Nasional sebagai pemerintah dalam pilihanraya.Tapi ingat ! adakah anwar terlepas begitu sahaja? tidak,!

Pendakwaraya masih boleh membuat rayuan di mahkamah rayuan walaupun kes ini sudah tamat."come one Bro" semua badan - badan daulah adalah milik mereka,mereka pasti takkan melakukan sesuatu yang akan menjerut leher mereka sendiri.

Oleh itu mungkin Rayuan di tangguhkan sementara kepercayaan rakyat kepada UMNO pulih.Manakala pada ketika Anwar di bebaskan Najib pula di luar negara,habis ini kerja siapa? sudah pasti ini kerja orang dalam kem gerombolan sendiri untuk kena'kan Najib.

Maka dalam pilihanraya akan di canang pada makcik - makcik felda yang mana UMNO adalah telus dan adil dalam mentadbir.Sudah pastinya Imej UMNO di mata rakyat sudah suci dalam debu.

Taktik ini di panggil, baling satu batu kena dua ekor burung.Apabila penyokong gerombolan sendiri sudah marah pada "laki - bini" ini maka semua undi pemilihan agung akan berpindah kepada siapa?

Selepas menyelesaikan Najib dalam gerombolan sudah pasti kita akan terperanjat bila kertas rayuan "kes liwat" untuk Anwar akan di buka di mahkamah rayuan.Untuk apa ini semua.kita habis kan masa dan wang berkumpul di hadapan mahkamah.

Sebab Anwar sudah pastinya akan di heret buat kali kedua,jalan penyelesaian yang terbaik adalah Turun ke jalanraya hingga kerajaan tumbang dan dalam pada masa itu bukan sahaja Anwar malah rakyat seluruhnya kita bebaskan.