Isnin, 25 Januari 2010

ADUKA akan di tibai Hari ini


Aduka Taruna menulis posting yang kata-katanya boleh di baca di sini. Dia tak ada sebut nama sesiapa dan atau nama mana-mana negeri. Memanglah orang boleh faham. Tetapi, kalau masuk mahkamah dan dia pula menafikan bahawa posting itu ditujukan kepada mana-mana pihak, saya tak fikir mudah bagi mahkamah yang tidak bertindak berdasarkan sangkaan.

[aduka1.bmp]



Saya pun baca posting itu dan sejak dari awal lagi saya tidak lihat dia ada menulis nama sesiapa atau nama mana-mana negeri.

Posting itu stupid (meminjam istilah yang sering digunakan Aduka Taruna sendiri). Tetapi, kalau dia buat bangang dan berkeras bahawa dia tidak menujukan posting kepada pihak yang dispekulasikan orang, saya kira tidak mudah bagi mahkamah menghukum berdasarkan sangkaan.

Tetapi yang lebih stupid ialah apabila dia menulis posting bertajuk "Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia". Bila saya baca posting itu, saya berkata dalam hati, "ini ibu kepada segala stupid. Dia sendiri mengaku. Dia sendiri membuktikan apa yang tidak mudah untuk dibuktikan".

Itulah kisah stupid yang di ungkap oleh Pak Bakar tapi ketahuilah saya juga melawan antara hujah dengan hujah ketika ADUKA memaki hamun Tuan Guru tapi Pak Bakar kena ingat apabila ADUKA "belit" semula kenyataan nya yang mana dia mengatakan dia tak ada kena mengena dengan PAS.Habis tu bagaimana pula dengan Banner kempen "kearah perubahan PAS" yang di letak kan di Laman Blognya?


semalam ADUKA telah menyerah diri di balai polis dan kini disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, kata sumber polis.

Difahamkan penulis berkenaan - dikenali sebagai Aduka Taruna - menyerah diri kira-kira pada jam 4.40 petang semalam di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, seorang anggota balai polis Kota Bharu mengesahkan kes tersebut dikendalikan Bukit Aman.

Selepas kemangkatan Sultan Johor Jumaat lalu, Aduka Taruna didakwa menyiarkan artikel di blognya adukataruna.blogspot.com yang didakwa menghina Almarhum.

Hari ni pulak Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kata akan melakukan siasatan rapi terhadap seorang penulis 'blog' iaitu Aduka yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Institusi Raja-Raja Melayu.

Beliau yang memandang serius perkara itu berkata, beliau juga akan meminta Peguam Negara untuk membuat siasatan mengenainya selepas SKMM membuat siasatan awal.Rais tak payah bagi tahu bila nak buat siasatan.kalau nak siasat siasat je lah.


Rais bercereka lagi dengan berkata;


“Kerana ini adalah salah satu daripada perkembangan di negara kita yang tidak perlu dipanjang-panjangkan.

“Kita mahu rakyat menghargai mereka yang memberi banyak sumbangan kepada negara dan sangat jarang sekali di negara Asia, rakyatnya menghentam bekas Ketua Negeri, terutamanya Almarhum Sultan Johor yang pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong,” katanya kepada media selepas merasmikan Seminar Serantau Seabad Buya Hamka di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, semalam.

Rais berkata, demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan terhadap seorang penulis 'blog', dikenali sebagai Aduka Taruna yang mengeluarkan kenyataan liar mengenai kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. Tapi Rais kena tahu banyak benda lagi pasal penghinaan

Rais kata masyarakat tidak akan meneruskan budaya yang tidak bertamadun itu yang bertentangan dengan cara hidup dan undang-undang di negara ini tapi Rais lupa siapa yang menjadi penggalak kepada budaya itu.


“Kita ada banyak hal yang perlu dilakukan, apalah untungnya mengeji seseorang yang baru sahaja meninggal dunia.

“Sejarah banyak meninggalkan kesan, negara Rom juga banyak meninggalkan sejarah pahit dan hitam. Mereka (rakyat) tidak mencela dan menjadikan itu sebagai bahan perbandingan.


Woitt!!! betul ke Rakyat Rom tak pernah cela rajanya? bagaimana dengan hikayat Raja Herodus yang mendapat tentangan dari rakyat sendiri,Rais tak nak cerita ke?

“Jadi, saya harap walau macam mana cerdik pun, gunakan kecerdikan itu untuk membina masyarakat Malaysia,” katanya walaupun pada sejarahnya semua tahu macam mana bangangnya Rais ketika memaki hamun kerajaan ketika memegang jawatan sebagai Timb. Presiden Parti Melayu Semangat 46 dulu.


Pandai jugak Rais ni main kelentong sebab masih teringat lagi ketika dia menulis Tesis Phd yang berkenaan dengan kezaliman I.S.A .Tapi hari ini mana suara Rais bila nak memperkatakan pasal I.S.A?

Pada Mr.Rais apa yang LSS nak bagi tau kat sini jalankan siasatan dan dakwaan secepat mungkin dan jangan banyak mulut! awak pun bukan bagus sangat pun.

3 ulasan:

Unknown berkata...

itulah wajah AT ek...tq bro

Ampatuan Jr berkata...

Betoi, AT tak sebut apa2 nama pun dlm posting tu,tapi dia cepat gelabah,bodo, yang dia pi mintak maap cepat2 tu pehal?,tang tu la dia kantoi!Tapi aku rasa ni semua angkara UMNO nak penaya kita orang PAS...Jom kita desak Nik Aziz buat sembahyang Hajat khas tolong lepaskan AT!!

LeeSlimShady berkata...

HALOO....BRADERR!!! SILA BACA POSTING ADUKA TARUNA YANG BERTAJUK MARI MENGHENTAM DAN MEMAKI HAMUN TUAN GURU NIK AZIZ!!!! AWAK AKAN TAHU SIAPA TOPENG ADUKA YANG SEBENARNYA!!!!!