-
Selasa, 21 Disember 2010
Chegu Bard Di Lantik ke Jawatan Timbalan Setiausaha Agong
18Dis,kira-kira 11pg Saya dimaklumkan melalui telefon oleh salah seorang Naib Presiden KEADILAN menyatakan ada kemungkinan saya akan dilantik satu jawatan kemungkinan Timbalan Setiausaha Agong Parti. Selepas itu dalam sidang media Konvoi Anak Muda Malaysia yang diadakan pada hari yang sama jam 330ptg saya dimaklumkan oleh wartawan bahawa. Presiden KEADILAN telah pun mengumumkan nama saya selaku Timbalan Setiausaha Agong.
Pertamanya saya berterima kasih dan amat hargai lantikan presiden tersebut. Saya menganggap ia sebagai satu penghormatan.
Namun saya ditegaskan saya belum memutuskan untuk menerima atau tidak jawatan tersebut. Walau apapun jawatannya saya tetap mengganggap ia satu amanah besar.Saya bukanlah manusia yang menganggap jawatan itu sebagai matlamat yang harus dikejar hingga sanggup menapulasi segalanya termasuk melakukan penyelewengan demokrasi, tetapi setelah memegang jawatan tidak mampu nelakukan apa-apa.Sehubungan itu saya hanya akan membuat keputusan selepas berbincang dengan semua teman-teman, keluarga dan seumpamanya. InsyaAllah paling awal saya akan umumkan dalam 26 Disember 2010.
Di kesempatan ini juga ingin saya nyatakan bahawa saya masih menanti hasil penyiasatan dan tindakan terhadap aduan - aduan yang saya dan teman-teman ajukan mengenai Pemilihan KEADILAN 2010. Saya akur dengan nasihat YB Setiausaha Agong agar sabar menanti dan jangan buat bukan-bukan tetapi saya juga meminta beliau ingat dengan kenyataannya yang memberi jaminan hasil siasatan akan diperolehi dalam 2minggu. Janji ini diungkap ketika Kongres 2010 berlangsung.
Namun juga saya ingin pertegaskan saya akan terus berjuang memperkasakan rakyat demi perubahan negara. Jadual saya saban hari masih penuh dengan aktiviti parti dan bersama rakyat mendesak perubahan.
Chegu Bard
-Pemimpin Revolusi Anak Muda-
Di Laporkan oleh
LeeSlimShady
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan