Ahad, 16 Januari 2011

Akhirnya Taktik "3R" Gerombolan Membuahkan Hasil



Seperti biasa kita lihat gerombolan akan mengheret apa sahaja termasuk satu "istana" untuk memeiliki apa sahaja yang mereka mahu.Dalam isu ini gerombolan United Malays National Organisation menggunakkan taktik apa yang di panggil sebagai "3R".Sasaran utama formula 3R ini adalah untuk menyingkirkan Pakatan Rakyat dari terus menerajui pemerintahan dan berusaha untuk mengumpil PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

APAKAH ITU 3R?

3R ialah formula taktik kotor yang diusahakan setelah taktik memujuk para pemimpin PAS serta usaha "merasuah" beberapa pemimpin PAS dengan jawatan menteri dalam kabinet menemui kegagalan.setelah kegagalan menawan selangor yang di dakwa mampu di tawan selepas kejatuhan kerajaan pakatan perak maka gerombolan menggunakan taktik "R" yang pertama iaitu "RACIST".






1.RACIST


Taktik "perkauman" di gunakan untuk menimbulkan kekacauan di negeri selangor dengan bermulanya perarakan kepala lembu dihadapan bangunan SUK negeri selangor dengan mendakwa bahawa pembinaan kuil yang berusia 150 tahun yang di pindahkan dari seksyen 19 ke sekyen 23 Shah Alam.

Dengan Taktik itu diharap supaya orang india terutamanya penganut hindujadi marah dan timbulkan perarakan besar - besaran dan seterusnya bergaduh dengan orang melayu.Ini akan memberi peluang kepada geng gerombolan untuk memohon pada sultan untuk mengisytiharkan Darurat dan seterusnya menubuhkan Majlis Gerakan Negeri(Mageran)

Malangnya taktik R yang pertama tak berjaya ini kerana pemimpin - pemimpin Pakatan dengan pantas berjaya memetahkan usaha untuk menimbulkan sentiman perkauman ini dengan menenangkan masyarakat india terutamanya penganut hindu.Dan kerana ini gerombolan terpaksa beralih kepada Taktik "R" yang ke-2.






2.RELIGIOUS


Taktik "R" yang kedua berharap agar ini akan menimbulkan sentimen yang lebih hebat yang ini dilihat akan menyentuh rasa sensitif khususnya orang melayu tapi sama seperti taktik "R" yang pertama tadi yang mana dalam perarakan kepala lembu kedua - dua taktik tadi berjaya di gembleng secara serentak.

Dalam perakan kepala lembu gerombolan bukan sahaja mensasarkan modus operandi kepada sentimen perkauman malah ia juga disasarkan kepada sentimen agama yang mana dalam perarakan tersebut agama hindu dan islam di jadikan sebagai "punch bag" dalam usaha cuba menimbul kekacauan dalam negeri selangor.

Dalam memainkan sentimen agama bukan sahaja agama hindu dan islam juga yang menjadi peluru gerombolan malah gerombolan juga menjadikan agama kristian juga sebagai mangsa dalam modus operandinya yang mana pada satu ketika isu kalimah allah di jadikan sebagai salah satu taktik pertempuran yang hebat.

Kita sendiri lihat bagaimana sebuah gereja di petaling jaya di bakar dengan menggunakan "molotov cocktail" yang di lontar ke dalam gereja tersebut dengan tujuan bahawa kali ini penganut kristian akan membalas dendam terhadap penganut islam dan kedua - dua penganut dari kedua - dua agama akan bertempur kerana pada masa yang sama gerombolan juga melemparkan kepala babi ke dalam sebuah masjid.

Tetapi segala - gala cubaan untuk membakar sentimen ini gagal apabila Mursyidul Am Tuan Guru Nik Aziz berjaya menggunakan keistimewaan yang ada pada dirinya untuk memadamkan api yang telah di bakar oleh syaitan -syaitan gerombolandan dengan itu serangan sentimen agama berjaya di patahkan.

Namun gerombolan tak berhenti lagi untuk bermain dengan sentimen agama tapi melalui satu saluran lagi lain pula matlamat dan Modus operandinya yang mana kali ini bukan untuk mengacau- - bilaukan negeri pakatan tetapi mahu megumpil PAS keluar dari pakatan.Salah satu dari nya apabila gerombolan cuba mewujudkan pertikaian yang mana PAS sebuah wadah islam kini di lihat bersengkongkol dengan DAP yang kafir.

Tapi kali ini gerombolan cuba gunakan taktik berunding dengan pemimpin -pemimpin PAS dan termasuk lah cuba menggerakan semula idea bodoh kerajaan perpaduan tapi ia nampaknya tak berjaya dan kemudjia gerombolan pula berpindah dengan mewujukan dewan ulama UMNO dengan tujuan untuk menyaingi PAS.

4o ekor penyamun di katakan telah menyertai gerombolan.Mereka - mereka ini seperti dakwa gerombolan akan membuatkan PAS takkan tidur nyenyak kerana 40 ekor penyamun ini akan menggunakan gua batunya yang penuh dengan segala harta rompakan untuk membedil kapal frigate dewan ulama PAS.

Tetapi sesuatu kegemparan berlaku,Benar dan tepat sekali apa yang di dakwa gerombolan.40 ekor penyamun tadi berjaya buatkan PAS tidak tidur malam apabila satu parti PAS di laporkan bukan sahaja tidak nyenyak malah enggan tidur malam kerana ketawa berdekah - dekah apabila menyaksikan lawak bangang 40 ekor penyamun ini dengan geng gerombolannya.

Maka dengan itu tak "R" yang kedua telah gagal sama sekali kerana ini bukan sahaja kerana gagal mengacau - bilaukan negeri pakatan tak kerana pemimpin - pemimpin PAS sehingga kini dan sehingga artikel ini di tulis masih lagi tidak boleh tidur nyenyak di waktu malam kerana lawak bangang 40 penyamun ini masih tak berhenti.





3.RAJA

Setelah kedua - dua taktik "R" tadi gagal maka taktik "R" yang terakhir mengundang kejayaan pada gerombolan United Malays National Organisation.Gerombolan punya kelebihan mengusai Istana dan orang melayu punya ketaatan pada raja.Oleh itu peluang ini di manfaatkan oleh gerombolan untuk memperalatkan raja alam mencapai impian mereka.

Tak kira untuk merampas negeri - negeri dibawah pakatan mahupun mengumpil PAS keluar dari Pakatan Rakyat.Kita masih ingat apabila kepala mat khusrin di gunakan dalam cubaan untuk melaga - lagakan menteri besar selangor dengan sultan selangor.Khusrin di lantik sebagai SUK kerajaan negeri selangor.

Tetapi ia di lihat tidak begitu berjaya kerana Pakatan masih lagi memerintah dan punya sokongan khususnya dari orang melayu tetapi gerombolan sekali lagi menggunakan Raja dalam usaha dalam mengumpil PAS keluar dari Pakatan dan ianya di lihat membuah kan hasil.Dalam satu pertemuan di istana hinggap sultan terengganu di Kuala Lumpur melibatkan Yang di Pertuan Agong,Perdana Menteri danTimbalan Perdana Menteri .

Pertemuan tersebut turut di hadiri oleh Pemimpin - pemimpin PAS yang pro - Kerajaan Perpaduan dan Mursyidul Am PAS yang takkan bersengkongkol dengan gerombolan.Dalam pertemuan tersebut beberapa soalan di ajukan pada Tuan Guru Nik Aziz termasuk lah Isu kalimah Allah dan Perpaduan dengan Gerombolan.

Agong mahu PAS dan gerombolan bersatu demi perpaduan dan kesejahteraan Islam tetapi Tuan Guru buat apa nak bersatu dengan gerombolan sedangkan gerombolan lah yang selama ini banyak membunuh Ulama,jadi apa perlu nak berpadu dengan gerombolan.Tuan guru meninggal kan Istana Hinggap Terengganu di Kuala Lumpur ketika geng - geng PAS pro perpaduang masih berada di dalam Istana.

Jadi plan gerombolan seterusnya yang pasti akan mengembirakan para gerombolan dan geng - geng perpaduan dalam PAS ialah dengan meminta Agong supaya "bertitah" agar PAS dan Gerombolan bersatu demi kesejahteraan Islam.Ini sudah cukup buat PAS untuk melambaikan tangan serta mengucapkan selamat tinggal kepada rakan - rakan dalam Pakatan Rakyat.

Raja juga di jadikan modus operandi yang terakhir oleh gerombolan dalam menyempurnakan semua plan - plan jahat yang tak jadi.Bukan sahaja mahu mengumpil PAS keluar dari Pakatan Rakyat malah sekalipun untuk menghalang Pakatan dari menubuhkan kerajaan meskipun telah memperoleh kerusi majoriti dalam Dewan Rakyat.

Sebab itu semua pemimpin pakatan di ingatkan supaya jangan syok sendiri biarpun memperoleh 175 kerusi parlimen dalam dewan rakyat tapi jangan harap mat monggol akan membiarkan Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

Ini kerana sekiranya perkara tersebut terjadi mat Monggol sudah pastinya berlari memanjat tangga istana dan meminta supaya Agong bertitah untuk mengantung Parlimen dan seterusnya menubuhkan Majlis Gerakan Negara(Mageran) yang sudah pastinya akan di pengerusikan oleh mat monggol sendiri.

Ini bukan kisah dongeng Zaman moden kerana ini adalah Fakta Sejarah.Kita masih lagi ingat pada ketika rakyat membuat keputusan untuk menghumbankan gerombolan pada tahun 1969 dahulu.Mencanak - canak gerombolan pergi jumpa Agong untuk gantung parlimen seterusnya menubuhkan kerajaan Mageran maka tak mustahil gerombolan akan buat benda yang sama.

Oleh itu telah banyak kali LSS tegaskan biarpun saudara ADUKA TARUNA tetap mahukan berapa "percent" sama macam lagu dangdut "cintaku 100 percent" tapi kita semua harus sedar dan faham gerombolan takkan boleh di tumbang melalui kaedah pilihanraya,ini kerana untuk menamatkan riwayat gerombolan maka peristiwa Bolsheviks,Revolusi Islam Iran dan kebangkitan Rakyat Tusnisia harus di praktiskan di sini.

Tiada ulasan: