KAHERAH: Dua lagi dilaporkan terbunuh manakala beratus penunjuk perasaan ditahan selepas gerakan memprotes bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur semakin merebak sejak kelmarin.
Malah, penunjuk perasaan dikatakan tidak berganjak dengan jumlah mereka semakin besar meskipun ratusan daripada mereka sudah ditahan pihak berkuasa Mesir serta jumlah kematian meningkat kepada enam orang dalam masa dua hari.
Para Demonstran anti-kerajaan yang dinspirasi oleh pemberontakan Tunisia, di laporkan 3 orang para demonstran telah terbunuh manakala puluhan ribu orang turun ke jalan pada hari kedua berturut-turut di bandar-bandar Mesir beberapa menuntut pengunduran pemerintahan Hosni Mubarak Selama 30 tahun.
Biarpun amaran demi amaran telah di keluarkan oleh kerajaan mesir malah kereta perisai,pasukan bersenjata dan meriam air di gunakan ia belum cukup untuk menghentikan tekad rakyat mesir untuk turun berdemonstrasi di sepanjang jalan - jalan di Kaherah.
Polis FRU mesir di katakan telah menembak gas pemedih mata dan peluru getah ke arah para demonstran yang melaungkan "Gulingkan Mubarak" "Tumbangkan Kezaliman" dan "Mubarak !! kami tak mahu kamu"
Pada Awal paginya Kementerian Dalam Negeri Mesir telah memberi amaran akan menyekat demonstrasi ini habis - habisan namun kekuatan semangat rakyat mesir melihat amaran itu tak ubah seperti salakan anjing di atas Gunung Sinai.
Manakala pada ketika ini pasukan keselamatan seperti Polis dan FRU mesir terus menerus cuba menyekat para demonstran yang meraikan demonstrasi ini sebagai "Hari Kemarahan" telah membuatkan para deonstran telah bertindak dengan mebaling batu persis tindakan rakyat Palestin.
Di laporkan ketika ini 3 orang penunjuk perasaan telah ditahan,dua demonstran dan seorang anggota polis telah terbunuh dalam demonstrasi yang masuk hari kedua ini. Jumlah para demonstran pada ketika ini telah meningkat hingga ke angka 300,000 orang di sekitar kaherah.
Pada ketika ini para demonstran telah menggunakan Kesatuan Journalis Mesir untuk menyampai dan menyebarkan risalah - risalah demo dalam memobilisasi lebih ramai lagi para demonstran untuk menyertai demonstrasi.Akibatnya beberapa pemimpin Kesatuan Journalis telah di tahan oleh pihak berkuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan