-
Rabu, 19 Januari 2011
Berita Terkini: Dua Kenyataan Rasmi
MENERUSKAN DEBAT
Saya memandang serius laporan Agensi Berita Nasional (Bernama) bahawa saya tidak mahu berbahas secara terbuka dengan Najib Razak. Laporan tersebut kononnya memetik
kenyataan saya di Alor Setar sesuai dengan Majlis Wacana Maqasid Syariah di Kolej Insaniah
Alor Setar petang tadi.
Saya tegaskan di sini, saya sedikitpun tidak berganjak dari kenyataan sebelumnya serta
hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat mempelawa YAB Perdana Menteri untuk berdebat secara terbuka demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya.
Saya berharap Agensi Berita Nasional (Bernama) agar menarik balik serta membetulkan laporan
bertarikh 19hb Januari 2011 yang berjudul "SAYA TIDAK AJAK PERDANA MENTERI BERDEBAT, HANYA BERBINCANG" - ANWAR.
ANWAR IBRAHIM
ISA SAMAD SUDAH GILA
1. Datuk Isa Samad yang baru sahaja dinobatkan sebagai Pengerusi Felda yang baru kelihatan hilang waras apabila melemparkan kata - kata kesat kepada Al Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai gila sewaktu berkempen di Tenang Johor.
2. Apa yang diungkap oleh Datuk Isa Samad Persis ucapan dan tindakan yang dilakukan oleh orang - orang jahiliyyah yang gagal menyangkal hujjah Nabi saw ketika mengajak mereka beriman kepada Allah swt Tuhan yang Maha Mencipta. Inilah sifat jahiliyyah sepanjang zaman, setelah gagal berhujjah lalu mereka akan melemparkan sumpah seranah dan caci maki sekaligus menunjukkan betapa rendahnya keperibadian serta tahap berfikir.
3. Tambahan pula ucapan dan kata - kata kesat sedemikian dilemparkan oleh beliau dalam keadaan beliau berada di dalam satu majlis yang sangat jelek. Tanpa sedar diri yang sedang bergelumang dosa, lalu ia menuduh liar ke arah orang lain terutama insan seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang terkenal dengan ketinggian peribadi dan ilmunya.
4. Datuk Isa Samad wajar menarik balik kata - kata yang celupar dan biadab andai beliau berasa dirinya seorang pemimpin yang baik. Jika tidak, tentu sahaja rakyat bijak menilai terutamanya masyarakat felda terhadap tahap keperibadian Datuk Isa Samad yang dilihat tidak memaparkan nilai akhlak pemimpin yang bermoral dan terpuji, malah lebih kelihatan seperti gengster berdepan musuhnya.
5. Dewan Pemuda PAS Malaysia sangat kesal dengan pendekatan politik sedemikian. kelihatan seperti mereka sangat terdesak mendepani gelombang yang digerakkan oleh PAS dan rakan - rakan Pakatan Rakyat yang diperkaya pula dengan ketinggian budi dan akhlak pemimpinnya.
NASRUDIN HJ HASAN AT-TANTAWI
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Di Laporkan oleh
LeeSlimShady
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan