Selasa, 25 Januari 2011

Blogger Isytihar Perang Terhadap Kerajaan Gerombolan


Kerajaan gerombolan sedang rangka rang undang - undang untuk meluaskan skop Akta Mesin Cetak dan akan dibawa ke Parlimen Mac ini. Sekiranya diluluskan setiap blog, facebook dan portal online akan dikenakan lesen. Ini bermakna kita para blogger harus isytiharkan perang terhadap kerajaan gerombolan .


Ini jelas menunjukkan geng - geng tukang canang gerombolan macam papa gomo,parpu kari dan ruang bicara faisal telah pun tewas dalam perang propaganda.dan oleh itu dalam merealisasikan sikap pengecut mereka maka akta ini pun akan di rangka .


Langkah terbaru Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memperluaskan penguatkuasaan merangkumi ruang maya Internet hari ini menerima bantahan keras daripada golongan pendukung kebebasan media.

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) menyuarakan rasa bimbang dan kesal dengan tindakan KDN yang ingin meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) untuk terus mengawal kebebasan media di negara ini.

Presidennya, Hata Wahari berkata ia satu "usaha ke kebelakang" yang akan menghalang aliran maklumat kepada masyarakat dan seterusnya memundurkan Malaysia.

Beliau mengulas tindakan KDN untuk meminda akta tersebut supaya meliputi media dalam talian dan juga pengenalan satu garis panduan baru berkaitan kesalahan hasutan di ruang maya itu.

"Sehubungan itu NUJ Malaysia meminta KDN agar menghentikan segala usaha untuk meminda PPPA bagi tujuan mengawal kandungan Internet termasuk laman berita, blog dan Facebook.

"Sebaliknya NUJ Malaysia menuntut agar KDN melakukan pindaan bagi memberikan kebebesan kepada media cetak untuk beroperasi dengan lebih bebas," kata Hata dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kerajaan juga perlu menghapuskan ketetapan kepada pengusaha media supaya memperbaharui permit akhbar setiap tahun dan memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menerbitkan akhbar berkenaan tanpa permit KDN.


Ini bermakna laman web dan juga blog juga perlu mendapatkan lesen untuk diterbitkan,kalau ini berlaku mari kita isytiharkan perang habis - habisan atas sika pengecut gerombolan ini.Kita sedar kekalahan gerombolan pada 20o8 adalah hasil usaha para blogger.


Oleh itu kita perlu sedar dan faham,apa sahaja benda atau perkara yang boleh mengubah apa - apa,dalam erti kata boleh menghumbankan gerombolan sama macam presiden tunisia maka ianya akan di haramkan.Tetapi perkara yang takkan mengubah apa - apa seperti pilihanraya akan di teruskan.

Ini terbukti blogger punya kuasa untuk mengubah apa -apa.Kerana itu lah blogger akan di haramkan.Ini kerana apa sahaja tembelang gerombolan yang tersembunyi di sebalik Kopek Perdana Menteri di Jabatan FLOM akan terbongkar dengan cepat dan tepat.

Tiada ulasan: