Rabu, 5 Januari 2011

Hakim putuskan keputusan bercelaru tentang kematian Teoh Beng Hock

HAKIM PUTUSKAN BAHAWA TEOH BENG HOCK TIDAK DI BUNUH ATAU BUNUH DIRI???



Sebentar tadi, koroner kes kematian Teoh Beng Hock, Azmil Muntapha Abas telah mengumumkan keputusannya!Ternyata, dengan bacaan keputusan ini yang langsung tidak menjawab keputusan, ia nampaknya semakin bercelaru!Teo Nie Ching berkata dalam Twitter Pakatan Rakyat akan membawa keputusan ini untuk diputuskan di Mahkamah Tinggi!Koroner Azmil Muntapha Abas membuat penghakiman terbuka berhubung kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui mati pada 16 Julai 2009.

Beliau memutuskan punca kematian Teoh bukan kerana bunuh diri atau dibunuh.Menurutnya, masih ada isu-isu yang belum diselesaikan pada kes bunuh diri dan menegaskan bahawa untuk menentukannya secara telahan adalah tidak boleh diterima.Berikutan itu, Azmil memutuskan kematian Teoh bukan kerana bunuh diri.

Azmil berkata, ada bukti yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa kecederaan pada leher Teoh berlaku sebelum dia jatuh, tetapi tidak ada bukti untuk mengesahkan bahawa kecederaan itu menyumbang kepada kematiannya.Sebelum itu Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini sesak dengan penyokong dan media bagi mendengar keputusan inkues berhubung kematian pembantu exco kerajaan negeri Selangor Teoh Beng Hock yang mati dua tahun lalu.

Mendiang Teoh dijumpai tidak bernyawa ketika disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) selepas terjatuh dari tingkatlimat pejabat SPRM Shah Alam.Kira-kira jam 2 petang, ibubapa dan adik perempuannya hadir di perkarangan mahkamah.Sementara itu, penyokong-penyokongnya menaikkan kain rentang serta melaungkan 'Justice For Beng Hock'.

Tidak kurang juga yang memakai bunga kekwa putih di baju mereka.Manakala peguam-peguam yang mewakilinya pelbagai pihak pula hadir kira-kira jam 2.30 petang.Kelihatan juga di perkarangan jumlah anggota polis yang luar biasa ramainya dan sekatan jalan di beberapa jalan utama menuju ke mahkamah.

Tiada ulasan: