Kumpulan pro-Mahasiswa Universiti Malaya memenangi pilihan raya kampus universiti itu hari ini.
Lawan mereka hanya berjaya mendapat 16 kerusi fakulti.
Manakala calon bebas menang dua kerusi fakulti.
Dengan kemenangan itu, calon pro-M Masturah Abu Bakar yang dilaporkan hilang sebelum ini turut menang.
Calon kerusi umum itu mendapat undi keenam tertinggi.
Keputusan itu diumumkan pada jam 6 petang tadi. Manakala tempoh bantahan ditetapkan sehingga jam 8 malam ini.
Bantahan tersebut akan diteliti esok dan keputusannya akan diumumkan lusa.
UPM: Pro-M tumbang
Sementara itu, keputusan tidak rasmi di Universiti Putra Malaysia (UPM) menunjukkan Pro-Aspirasi terus berkuasa.
Kumpulan Pro-Mahasiswa hanya berjaya mendapatkan 12 kerusi daripada 44 yang dipertandingkan.
Daripada jumlah 11 kerusi itu, 2 adalah kerusi umum, 8 kerusi fakulti manakala sebuah kerusi siswazah lanjutan.
Pro-Aspirasi pula mendapat 31 kerusi.
Sementara keputusan di tiga lagi universiti - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) keputusan dijangka agak lewat kerana menggunakan sistem manual.
Selain pengiraan kertas undi, pro-M merancang mengadakan demonstrasi besar membantah kelayakan calon lawan mereka pada jam 8 malam ini.
Di USM dan UTM pula keputusan dijangka diperoleh antara jam 9 hingga 11 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan