Suleiman adalah antara individu yang amat di senangi oleh Amerika atas sikapnya yang ati-islam dan pernah mengulangi amaran keras akan bertindak terhadap iran sekiranya republik islam itu cuba menyerang Israel.
Mubarak juga sedar Omar adalah antara individu yang memberi arahan kepada penyokong - penyokongnya di langley dan melobi gerakan anti-iran di washington.Suleiman juga menjadi proksi dan orang suruhan israel di mesir.
Yang mana dia mengarahkan usaha Mesir untuk menghancurkan Hamas dengan menghancurkan terowong yang berfungsi sebagai saluran penyeludupan baik senjata mahupun bahan makanan ke Gaza.
Dalam maklumat "wikileaks" bertarikh 14 mei 2007
"ketua persikan mesir mendapat lantikan dari presiden mesir untuk di lantik sebagai naib presiden memandang kerusi itu telah di kosongkan.dalam masa dua tahun Suleiman berjaya mendapat publisiti namun ramai yang mendapat tahu yang suleiman punya latar belakang ketenteraan dan juga perisikan"
Semenjak suleiman menjadi Ketua Perisikan Mesir pada tahun 1993 ia sering menjadi tulang belakang terhadap usaha - usaha yang di jalankan oleh CIA dan dia juga menjadi gerakan terbaik bagi perisikan Israel Mossad dalam mengekang dan membunuh gerakan dan pejuang - pejuang Islam.
Pada pertengahan 1990-an, Suleiman bekerja sama dengan kerajaan Clinton dalam merancang dan melaksanakan program "rendition" nya, waktu itu, "rendition" di syaki terlibat dalam penculikan pengganas dan memindahkan mereka ke negara ketiga untuk diadili. In The Dark Side, Jane Mayer menjelaskan bagaimana program rendition bermula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan