Memaparkan catatan dengan label Maran Parpu Kepunden Kari Sekeper. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Maran Parpu Kepunden Kari Sekeper. Papar semua catatan

Ahad, 5 April 2009

Derhaka UMNO di tahap kebencian Raja Melayu

Derhaka? Siapa Derhaka?....adakah Md.Nizar yang dipilih Rakyat Perak sebagai Menteri Besar....Kenapa tuduh Md Nizar Sebagai Penderhaka?oohh...mungkin kerana Bahasa Istana nya Yang menggunakan "sembah Derhaka"....tetapi Pelik sungguh tuduhan BN ini,adakah UMNO dah tak paham Bahasa Melayu kerana Terlalu Ghairah Pertahankan PPSMI?...

Apabila Datuk Seri MD.Nizar Jamaluddin berkata"Tuanku Patik Mohon Derhaka tidak akan letak jawatan"...maka sekonyong - konyong terlompat - lompatlah beruk - beruk Negara (BN) yang "terparpu - parpu" menuduh Nizar sudah derhaka...

Tapi apabila di imbau ke belakang pada kurun ke-13 dalam epik Sejarah Melayu yang di tulis oleh Tun Sri Lanang menceritakan apabila Hang Tuah di titahkan oleh Sultan Melaka untuk membunuh "adindanya" sendiri iaitu Raja Muda ,Maka Hang Tuah menolak titah tersebut dengan berkata "Ampun Tuanku Beribu Ampun Sembah Patik harap Di Ampun,Maka patik mohon Derhaka ke bawah titah duli tuanku dengan adanya tiadalah akan Patik datangkan tangan Patik ke muka Darah Duli Tuanku di Bukit seguntang maka akan Derhaka Jua lah Patik"
Mungkin kerana UMNO dah tak paham bahasa melayu dan sejarah Melayu maka Nizar di tuduh Derhaka...

Tapi siapa Sebenarnya Derhaka?mari kita lihat.........

Pada Tahun 1960 pada ketika Tan Sri Ghazali Jawi(ayah Tajol Rosli)menjadi Menteri Besar beliau didapati melalukan salah guna kuasa dan ini telah di kesan oleh Sultan Idris sultan Perak ketika itu dan melaporkan hal itu kepada Tunku Abdul Rahman selaku Presiden UMNO,Tunku telah mengambil tindakan dengan menukarkan Tan Sri Ghazali sebagai Duta Ke Luar Negara..Tahun 1974 Tan Sri Ghazali Jawi sekali lagi Naik sebagai MB tetapi tidak di restui oleh Sultan Idris yang tidak mahu meletak jawatan Menteri besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya dia tidak mahu lepas jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang, selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya. Tiba-tiba Tajul Rosli kata Umno tidak pernah derhaka tidak pernah ucap macam Nizar.

Begitu juga pada tahun 1979 kes Dato’ Rahim Bakar bekas Menteri besar Pahang yang berselisih dengan Sultan pahang. Media pro Umno mengkritik sultan secara terbuka. 1983 UMNO hendak meminda supaya kuasa YDP Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan maka UMNO membelasah(kecam) Raja-Raja Melayu kerana menolak cadangan tersebut.Nak Rampas Kuasa Raja kira Derhaka yang paling gila !!!Annuar Musa (sekarang Tan Sri) sudah lupa atau berpura-pura lupa bahawa pada tahun 1993 beliau sanggup berarak dari Kuala Lumpur membawa Tengku Ibrahim dan menabalkannya di bawah pohon janggus sebagai Sultan Kelantan, sedangkan Sultan sebenar masih ada.Patut la sultan Kelantan Berpihak pada Tuan Guru Nik Aziz....

Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib ialah Ketua Penerangan UMNO dan sejak Mac 2008, beliau menjawat jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,Yang kini memegang Jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO selangor...

Beliau merupakan pemimpin Umno yang paling 'sayangkan Raja-Raja Melayu sehingga sanggup 'memanjat pagar Istana dan membawa lari, Tengku Zahariah (adik beradik tiri Sultan Selangor sekarang ini) . Almarhum Sultan Selangor amat murka namun kemurkaan baginda terpaksa ditelan kerana UMNO lebih membela pemimpinya dari raja Melayu.

Kalau Dah sampai Tahap Murka...dia Punya DERHAKA dah naik Level berapa tu?

Perkahwinan mereka dilakukan di hadapan jurunikah di Kampong Takbai, Narathiwat, Thailand pada 17 Julai 1987 . Lokasi tersebut di antara Rantau Panjang dan terpaksa menyeberangani Sungai Golok, sebelah Thailand. Sebenarnya Sultan Selangor tidak setuju dengan perkahwinan ini walaupun Kuyah pernah berkahwin sebelum itu dengan Syed Amir Zainal-Abidin ibni Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 23 September 1971 dan mempunyai anak seperti Syed Budriz Putra Syed Amir Zainal Abidin Jamalullail.

Bawak lari Anak Raja tu !!! Tanpa Restu tu bukan Derhaka kerr???

Rentetan dari peristiwa Itu Sultan Selangor Iaitu Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah mengecam tindakan Muhd Taib itu...Manakala Muhd Taib pula menyerang balas dengan Memaki Hamun Sultan Selangor....

Dia yang mengusulkan Dalam Perhimpunan UMNO untuk meminda Perlembagaan tahun 1993 menunjukkan di cuba untuk menghapuskan kekebalan raja-raja dan meminda Rang undang - undang Istana. Keputusan Majlis Raja-Raja yang meminta masa untuk mengkaji cadangan pindaan tersebut tidak disenangi UMNO.
Ekoran itu Sultan Salahudin Telah Mengeluar semua Nama Pemimpin UMNO dari Senarai penerima Anugerah Bintang Kebesaran,sampai setakat itu pun Muhd Taib dan Pemimpin UMNO telah memaki Hamun Sultan Selangor hingga menyebab kan Sultan Selangor membuat satu keyataan di Akhbar yang mana Baginda menegaskan bahawa "Penganugerahan Bintang Kebesaran adalah Hak Beta"

Bahaya punya Derhaka la UMNO ni Patut la Sultan Selangor Selalu "backing" Tan Sri Khalid.

Ingat lagi keratan Akhbar MINGGUAN MALAYSIA yang bertarikh 11 November 1991...
Apabila Perhimpunan Agung UMNO pada Tahun 1991 seolah - olah menjadi Jaguh pada pemimpin UMNO seperti Tan Sri Muhd Taib memaki hamun Raja - Raja lantas meminta Agar Permipunan Agung UMNO mengemukakan usul agar harta Raja - Raja Di Siasat,Mujur Dato'Seri Anwar Ibrahim yang pada Ketika Itu Timb.Presiden UMNO dengan segera menolak usul tersebut dan menasihatkan ahli - ahli UMNO.


Ingat Lagi Shahidan Kasim,menteri Besar Perlis dengan penuh bangganya bersedia untuk menelanjangkan danmengaibkan Sultan Kelantan melalui pendedahan bukti asal - usul takhta Raja - Raja Kelantan...Derhaka tahap berapa dah tu hisshh !!!!!!!



Ada ka patut...Patut diorang kena sedar sapa diorang,nak "sound" Raja,Sampai macam tu Kurang ajar pun Utusan Melayau tak lak cakap derhaka...

Inilah lah Penderhakaan Yang paling Dangkal sekali ....fuhhh !!!!!!



Sampai macam tu sekali diorang Label Raja - Raja Melayu,Sah Penderhaka......patutlah Raja - Raja Melayu sejak akhir - akhir ini lebih memberi sokongan pada Pakatan Rakyat kerana mereka tahu kiranya mereka beri sokongan Pada Parti Pakatan Rakyat ,Nama dan juga Takhta mereka lebih terjaga....kerana mereka tahu Pemimpin Pakatan Rakyat Lebih hormat dan setia pada Raja....Tidak lah seperti yang di Parpu - parpu kan leh sesetengah Pencacai tu........

Nizar Bukan Boneka DAP

Semenjak Dilantik sebagai Menteri Besar Perak Ir.Nizar sering dikaikan dengan tuduhan menjadi Boneka DAP hanya kerana DAP ,hanya kerana DAP memiliki Majoriti dalam Pakatan Rakyat dan Exco kerajaan Negeri...Maka dengan Itu juak - juang Dangkal "Be End " terus menyerang Nizar dengan tuduhan Memberi Tanah dan Hakmilik kekal kepada Orang Cina,tetapi Media Be End tak pulak melaporkan tentang halnya yang Md.Nizar telah berikan tanah Hakmilik kekal kepada Orang Melayu Kampung Tersusun......YB. Nizar telah mentadbir Kerajaan Negeri Perak dengan penuh semangat hormat menghormati kepada semua pihak termasuklah anggota dari parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PKR.
Ahli-ahli exco DAP tak pernah desak Nizar tapi mereka beri sokongan penuh kepada polisi Nizar ini sama sekali menafikan Nizar dicucuk hidung oleh Ahli-ahli Exco DAP.
Apabila menjadi MB, Nizar melawat pondok Che Latif (pusat pengajian agama) dan luluskan sebidang tanah untuk meluaskan pondok itu.
Sekolah agama rakyat atau Pondok Ad-diniah Al- Latiffiah atau pondok Pak Teh, Pengkalan Hulu, Grik memang terkenal. Pondok ini telah melahirkan beribu-ribu pelajar pondok yang
sangat berkualiti.



Pondok ini dipimpin oleh seorang tok guru yang dikenali dengan Pak Teh sahaja. Sejak lebih 10 tahun lalu, Pak Teh memohon dari kerajaan Perak tanah seluas 45 hektar berhampiran pondoknya untuk membolehkan pondok ini berdikari. Keluasan asal pondok ini adalah 10 hektar, milik bapa mertua Pak Teh.


Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Perak, sekali lagi rayuan dibuat kepada kerajaan negeri agar permohonannya ini dipertimbangkan.Pada 26 November 2008, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar mempengerusikan mesyarat exconya. Antara laporan mesyuarat itu adalah permohonan Pak Teh ini.
Selepas berbincang lima minit sahaja, mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak di bawah Pakatan Rakyat itu meluluskan permohonan Pak Teh itu.Haji Nizar berhajat untuk memaklumkan sendiri keputusan itu kepada Pak Teh. Namun, beliau tidak dapat dihubungi ketika itu.
Haji Nizar kemudian menghubungi timbalan Pak Teh, iaitu Tuan Haji Roslan dan memaklumkan kelulusan kerajaan negeri tersebut. Haji Roslan menangis kegembiraan di atas berita kelulusan itu
.
Sejak itu, proses untuk mengeluarkan geran diuruskan oleh kerajaan negeri melalui pejabat tanah. Namun, apabila BN merampas kerajaan negeri Perak dari Pakatan Rakyat, proses itu terhenti seketika.“Demi Allah kami meluluskan tanah sekolah agama persendirian sekolah Pak Teh sekolah Ad-Diniah al Latiffiah, Pengkalan Hulu.“26 haribulan 11 tahun lalu, sebelum kerajaan kita dirampas, saya sendiri mempengerusikan mesyuarat Exco, melulusakan permohonan 45 hektar tanah tersebut.


Tanah yang dipohon Pak Teh untuk ditanam dengan kelapa sawit bagi menjadi sumber pendapatan pondoknya
Depa mintak 45 hektar tanah kerajaan nak biayai sekolah pondok dari Umno tak pernah dapat, buat rayuan tak dapat jugak. Apabila kita tengok file tu balik, kita luluskan tak sampai lima minit, kerana kita tahu ini hak Pak Teh.
BN mendakwa pemberian tanah itu mencabar orang Melayu kerana ianya diberikan dengan jumlah begitu banyak kepada masyarakat Cina.YB. Nizar telah meluluskan pemberian 102,000 lot tanah kampung tersusun kepada penduduk yang rata-ratanya Melayu. Tetapi yang diungkit oleh BN ialah pemberian 47,000 lot tanah kampung baru kepada kebanyakannya penduduk keturunan Cina.......
Boleh kerr Zambry buat macam tu?Jangan pandai cakap je.....Selama Tajol Rosli jadi MB banyak hak melayu yang dah dijual....termasuk Pulau Pangkor...
Laknat Kerajaan Be End.......

Mana Tranformasi Najib?

Setelah di lantik menjadi PM Najib berjanji akan melakukan satu tranformasi,tapi apabila dilihat perkara yang berlaku pada akhir - akhir ini kita akan terfikir di mana Tranformasi Najib?Di mana? adakah didalam poket seluar spender Bini dia si rosmah?
Kata Najib pembebasan 13 tahan I.S.A dan penarikan balik penggantungan Akhbar Harakah dan Suara Keadilan adalah satu Tranformasi....betul ke?

mari kita Lihat...

Akhbar Tukang Canang BN,Berita Hairan melaporkan .....
Bilangan mereka yang mengalami tekanan mental akibat hilang pekerjaan mula menampakkan peningkatannya, kata Ketua Jabatan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Prof Dr Mohd Hussain Habil. Beliau berkata dalam tempoh dua bulan lalu, jabatan itu mencatat peningkatan 20 peratus pesakit yang ingin mendapatkan rawatan bagi masalah tersebut.

jadi apa Usaha Najib nak mengatasinya selain selalu mencanangkan pada seluruh rakyat Malaysia yang mana negara kita memiliki situasi Ekonomi yang paling selamat....apa kah jumlahnya akan terkumpul dalam One Malaysia?

Najib Kelentong ke atau saja nak Parpu macam Si Parpu kari?

Malaysiakini melaporkan.....
Di Batang Ai SPR telah mengarahkan 14 peti undi tidak akan di kira di pusat pembuangan undi.Peti undi ini akan di bawa ke pusat penjumlahan undi di Dewan Sukan Lubuk Antu.Tindakan SPR ini telah dibantah tetapi ini adalah ‘trick’ lama untuk memastikan undi undi hantu akan bertaburan masuk.

Mana perubahannya? Mana Tranformasinya kalau SPR tetap dengan Diperkudakan sama macam pemimpin - pemimpin sebelum Najib.Kata konsep Satu Malaysia,One Malaysia...atau sememangnya ini "Trick" atau taktik Lama?

Utusan Merapu & Berita Hairan melaporkan........
Kementerian Pengajian Tinggi memberi amaran untuk mengambil tindakan tegas termasuk menggantung dan memecat pelajar yang didapati terbabit berkempen pada tiga pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selembau dan Batang Air. Menterinya, Mohamed Khaled Nordin, berkata amaran keras itu dikeluarkan kerana pihaknya menerima aduan ada pelajar berkempen pada pilihan raya berkenaan, sekali gus melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).........

Sejak Era 1970 lagi memang itu lah yang di praktikkan tapi bila Najib naik tak pun dia Pinda AUKU dab beri lebih akses pada Mahasiswa untuk menyertai politik.Kalau di pecat atas sebab Jenayah atau salah laku displin tak pe la jugak.Ini kalau mahasiswa menyokong pembangkang dalam sesuatu pilihanraya ambil tindakkan tapi kalau bawak dua,tiga biji bas ke PWTC sempena perhimpunan UMNO boleh pulak?......jelas sekali tiada Perubahan yang akan dibawa oleh najib.... Haprak ka?

Utusan Merapu melaporkan....
Kerajaan perlu mengembalikan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan ilmu di negara ini sekiranya hendak menjayakan gagasan Satu Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Najib Razak.Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGGMMB), Mohd. Sabri Mohd. Arshad berkata, satu bangsa Malaysia yang tulen dan utuh akan hanya dapat diwujudkan melalui satu bahasa yang dapat difahami serta dituturkan oleh semua orang.

PPSMI yang di tentang bukan saja Pejuang Bahasa,Sasterawan Negara dan Pemimpin Pakatan tetapi seluruh Rakyat tidak juga di hentikan sedangkan kajian sudah menunjukkan Dasar ini pasti akan memberi Risiko yang besar terhadap Perkembangan dan pembangunan Identiti Bangsa.Ia juga bertentangan dengan Dasar Pendidikan "Almarhum BAPAK"nya iaitu Penyata Razak dan Artikel 152 yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia....Masih jua Najib tak ambil berat......Perubahan Apa ini?

The Star Wars....melaporkan
Langkah mengkaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah untuk mencari pendekatan terbaik dalam menangani soal keselamatan negara, kata Menteri Dalam Negeri Syed Hamid"the Bulldog" Albar.Beliau berkata keputusan Perdana Menteri Najib Razak mengkaji semula akta itu agar sejajar dengan perkembangan semasa menyerlahkan sikap kerajaan yang terbuka dan telus dalam menghargai hak kebebasan rakyat.

Ini cerita dah main sejak Tahun 1980 lagi sejak sebelum Si Mahathir naik ke Takhta lagi ini juga yang di janjikan.....Kalau Najib "serious" pastinya perkara - perkara yang dibangkit di atas telah di ambil pendekatan dan perubahan,apa yang lengkap dan Pasti Najib tak berubah....Najib hanya Bawa pulang Mahathirisme bersama proksi - proksinya......."makna nya !!!! takde lah Berubah !...Maka Sah Lah ! "AMENO" "Be End" akan Rebah !!!!!!

Jumaat, 3 April 2009

Pembebasan I.S.A Hanya Helah Biasa...

Semenjak Pemerintahan Allahyarham Tun Hussein ia di lihat sebagai satu taktik yang paling biasa di lakukan oleh pemimpin - pemimpin UMNO sejak BN di tubuhkan...Membebaskan Tahan I.S.A bukan lah satu Tranformasi dalam pemerintahan tetapi taktik yang biasa di lakukan dalam sesuatu Legasi pemerintahan BN....malah Tahanan Seperti Prof.Dr Syed Husin Ali,Said Zahari,Allahyarham Pak Samad Ismail,termasuk Anwar Ibrahim yang ketika itu menjadi Pemimpin Mahasiswa Universiti...
Anwar Ibrahim dibebaskan setelah Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri manakala Pak Samad dan Prof.Dr Syed Husin Ali dibebaskan setelah Dr.Mahathir naik Menjadi Perdana Menteri...Ketika dalam tahanan Prof.Dr.Syed Husin Ali turut di tahan bersama pengerusi PSRM dan juga 3 Timbalan Menteri Yang di kenali sebagai 3 Abdul turut di tahan sama,Ini menunjukkan bahawa Anwar bukanlah Menteri Pertama pernah di tahan di bawah I.S.A...Berapa orang tokoh penting UMNO dipenjarakan semasa pemerintahan Tun Hussein Onn? Yang paling terkenal ialah Dato’ Harun Idris, Bapa Pembangunan Selangor yang mengasaskan Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi. Dato’ Harun Idris menjadi saingan sengit seorang ahli politik dari Pahang. Adakah ahli politik itu yang telah membawa Dato’ Harun ke Penjara Pudu....
Walau apa pun Anwar di bebaskan setelah Tun Hussein Onn naik sebagai Perdana Menteri....manakala Prof.Dr Syed Husin Ali,Pak Samad dan Said Zahari pula di bebaskan selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri(akan saya ceritakan yang Dr,Mahathir juga nyaris -nyaris terhumban ke dalam I.S.A ekoran penahanan SetiaUsaha Politik nya iaiti Siddiq Ghouse)...
Tetapi selepas itu, beliau(Tun Hussein Onn kembali guna ISA untuk tangkap orang...Dr Mahathir juga sama, bila naik, beliau juga bebaskan tahanan ISA.
Tetapi sampai Operasi lalang beliau(mahathir) tangkap orang seperti Lim Kit Siang, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga membebaskan tahanan ISA apabila menjadi pertama kelima.Tetapi apabila (merasakan) kerajaannya terancam, beliau juga menangkap pemimpin Hindraf.....Jadi Pembebasan Tahanan I.S.A ini adalah satu Taktik yang biasa.

Seperti Juga Najib...Hari ini Beliau bebaskan Tahanan I.S.A dan apabila sampai satu masa bila kedudukannya atau situasi UMNO/BN tertekan dengan keadaan Demokrasi yang menyebelahi pihak lain maka Najib akan Guna kan I.S.A semula....
Kalau Benar Najib nak buat Tranformasi sepatutnya dia Bebaskan atau Dakwa semua tahanan Di mahkamah...dan selepas itu Mansuhkan I.S.A serta - merta tanpa kajian apa - apa....Dalam pada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri membuat kenyataan yang 13 tahan itu di bebaskan kerana tidak lagi menjadi ancaman negara...apa buktinya?kenapa sebelum ini mereka jadi ancaman dan sekarang ini tidak...mereka ancaman pada siapa sebenarnya?Pada Rakyat Malaysia atau pada UMNO/BN? ini kerana penahanan mereka begitu bercanggah dengan hak Asasi...ini kerana mereka di tahan tanpa bukti - bukti yang kukuh...

Selasa, 31 Mac 2009

kelentong Ezam buat Blogger UMNO teruja


Aku terasa lawak yang amat sangat bila ternampak dakwaan Ezam md norr dalam laporan media bahawa (sewaktu menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia) pernah memberitahunya akan kecerdikan Najib Razak.
Apakah benar dakwaan Ezam ini? Atau sekadar pembohongan yang digunakannya untuk dijadikan modal hiburan pertunjukkan sarkis? Mari kita nilai sejauh mana dakwaan badut UMNO yang bernama Ezam ini.


Ezam: Barisan baru Umno pasukan idaman Anwar dulu

Oleh G. MANIMARAN dan ZANARIAH ABD MUTALIB
TAIPING: Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat, Ezam Mohd. Noor dalam kempen pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau mendedahkan barisan pemimpin Umno baru sebenarnya merupakan pasukan idaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berada dalam Umno.
Malah, Ezam dalam kempennya di Bukit Gantang kelmarin dan di Bukit Selambau malam tadi berkata, Anwar yang merupakan bekas Timbalan Presiden Umno pernah menganggap Presiden semasa, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai “antara orang paling cerdik.”
“Saya pernah tanya Anwar masa beliau jadi Ketua Pemuda Umno, siapa yang paling beliau risau… beliau mengatakan nama Najib… dia kata Najib yang paling cerdik di kalangan barisan Pemuda.
“Anwar mengatakan kepada saya (semasa menjadi pembantu Anwar), Anwar berkata antara yang paling cerdik, yang beliau iktiraf ialah Najib (ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno),” kata beliau ketika berceramah pada sesi Pidato Perdana di Taman Kaya dekat di sini malam kelmarin.
Ezam juga merupakan bekas Setiausaha Politik dan Setiausaha Sulit kepada Anwar, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, dipecat pada September 1998.
Ezam kembali ke pangkuan UMNO Jun lalu.
Beliau merupakan antara penceramah tetamu tetap bagi Umno dalam pilihan raya kecil sejak persaingan di Parlimen Permatang Pauh Ogos lalu dan Parlimen Kuala Terengganu Januari lalu.
Anwar menambah, Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dua Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein adalah antara pemimpin Umno yang diakui oleh Anwar sebagai pemimpin-pemimpin bijak dan terbaik yang menjadi sebahagian dalam pasukan idamannya.
Oleh itu, katanya, Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat tidak harus mempertikaikan keupayaan kempimpinan baru ini.
“Kenapa dia (Anwar) protes Datuk Seri Najib? Sebab dia takut. Sebab apa dia paling takut Datuk Seri Najib? Sebab beliau adalah yang paling cerdik.
“Saya pernah tanya Anwar Ibrahim ketika dia menjadi Ketua Pemuda Umno dulu, Exco Pemuda Umno mana yang paling cerdik.
“Anwar jawab Datuk Najib. Lepas Datuk Najib siapa? Dia jawab (Tan Sri) Muhyiddin dan sekarang ini tengok, Najib jadi Presiden dan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden,” katanya ketika berceramah di Sungai Lalang, Bukit Selambau di sini.


Apa yang terang lagi bersuluh adalah Ezam telah mengkelentong bukan sahaja Pemuda UMNO tetapi seluruh rakyat malaysia dengan harapan kelentong nya kali ini dapat membantu UMNO/BN memenangi pilihanraya 2 bukit satu batang .Maka dapatlah Ezam sedikit Habuan....heh...heh...heh...........


Setelah melakukan penyelidikan, fakta yang sebenarnya adalah Ezam mula bekerja dengan Anwar Ibrahim pada 1 November 1996.
Anwar Ibrahim melepaskan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan menang jawatan Naib Presiden pada 24 April 1987.
Pada waktu itu Ezam baru berumur 20 tahun (1987) dan hanya menyertai UMNO pada usia 26 tahun (1993).
Persoalannya, celah mana Ezam tanya Anwar Ibrahim sedangkan waktu Anwar menjadi Ketua Pemuda Umno Malaysia, Ezam masih lagi seorang budak hingusan?!....

inilah hal yang boleh membuatkan aku tergelak pasal benda macam ni pun ada jugak blogger cabuk yang pro-najib ni boleh percaya bulat - bulat,agaknya blogger ni banyak kari yang telah di"Najis"kan oleh idolanya sambil menjarjis-jarjis mukanya ke buntut pemimpin tertinggi UMNO