Memaparkan catatan dengan label Parpu Kari dan BPN adalah Blogger Penipu Negara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Parpu Kari dan BPN adalah Blogger Penipu Negara. Papar semua catatan

Isnin, 11 Mei 2009

Terbukti Nizar MB yang Sah ! Zambry apa cerita?

Kebenaran tetap kebenaran,keadilan akan berpihak pada kebenaran





Setelah agak lama berjuang dan bertikam lidah,Nizar yang telah di nafikan Hak nya sebagai status menteri Besar kini di beri ruang keadilan yang sepatutnya setelah Demokrasi di Perak di cabuli tanpa pertimbangan....
kini Nizar akan Bangkit menuntut keadilan....
kita menyambut baik keputusan mahkamah tinggi hari ini yang mengistiharkan YAB Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin selaku Menteri Besar Perak yang sah. Keputusan tersebut merupakan satu kemenangan buat rakyat dan juga sistem demokrasi di negara ini.
Kami menyeru agar YAB Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan segera dikembalikan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Perak.

Keputusan hari ini membuktikan bahawa Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di negara ini. Makanya adalah mustahak bagi semua institusi kerajaan untuk menghormati semangat yang termaktub dalam perlembagaan. Ini termasuklah sistem pengasingan kuasa yang secara jelas menggariskan pengasingan di antara kuasa eksekutif,
kehakiman dan juga perundangan.
Sejajar dengan itu adalah penting untuk kita mengiktiraf sidang bawah pokok yang berlangsung pada 3hb Mac 2009 serta segala resolusi yang diluluskan pada hari tersebut. Bagi menyelesaikan kemelut politik di Negeri Perak, Pakatan Rakyat tuntas dengan tuntutan agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan serta merta. Ini membolehkan rakyat menentukan kerajaan mana yang memperolehi mandat serta kepercayaan mereka melalui pilihanraya yang bakal diadakan nanti.
Kami yakin rakyat pasti memilih yang terbaik buat masa depan mereka dan negara ini. Sepanjang kemelut di Perak, Pakatan Rakyat menunjukkan iltizam untuk tetap teguh menjunjung Keluhuran Perlembagaan serta konsisten membawa Perubahan...
Nizar akan membawa keputusan mahkamah hari ini untuk mengadap Duli Y
ang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk mendapat restu Sultan seperti berikut:-
1) Kesemua pertuduhan yang dibuat oleh Dr Zambry Abdul Kadir dan Exco beliau harus diteliti kembali dan tidak dikira sah sehingga kecuali sidang Dun pada 7 Mei lalu.
2) Mohon Zambry dan enam Exconya segera mengosongkan jawatan seperti yang diarahkan mahkamah hari ini.
3) Mengantung jawatan penasihat undang-undang Kerajaan Negeri Perak Ahmad Kamal Md Shahid dengan berkuatkuasa segera.
4) Mengadakan menyuarat Exco Perak dengan segera.
5) Membuat permohonan bahawa Dun di bubarkan seperti yang dicadangkan semasa sidang Dun bawah pokok pada 3 Mac 2009.


Dalam mahkamah hari ini 11 Mei Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak dilantik dengan sah sebagai Menteri Besar Perak.Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutus Datuk Seri Nizar Jamaludin masih MB Perak yang sah.Beliau menerima pakai keputusan yang pernah dibuat oleh Mahkamah sebelum ini dalam kes Stephen Kalong Nikan yang memutuskan menteri besar atau ketua menteri hanya boleh dipecat melalui usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri.Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk memohon keputusan itu ditangguhkan untuk membolehkan rayuan dibuat kepada Mahkamah Rayuan ditolak oleh hakim.
Mahkamah juga mengarahkan Zambry dan Exconya mengosongkan kerusi masing-masing.Hakim juga berkata, jika Sultan Perak mahu Nizar meletakkan jawatan, baginda hendaklah mengarahkan Dun Perak bersidang dan usul undi tidak percaya dikemukakan.Selepas usul itu lulus barulah Sultan berhak memerintahkannya meletakkan jawatan dan melantik MB baru.Sementara itu,
Saya di beritahu oleh rakan Wartawan, Zambry akan mengosongkan segera pejabat MB Perak kerana menghormati keputusan mahkamah.Sekarang dah terbukti Zambry MB perak yang tidak sah...
Itu yang Zambry dan Blogger BPN nak tegak kan benang basah...
sekarang hal kedua yang patut di selesaikan ialah menurunkan Speaker Haram DUN perak dan mengembalikan semula Speaker Yang Sah demi mengembalikan Semula Erti Demokrasi yang sebenar....
Mengikut khabar yang diterima dari kawan-kawan di Perak, Polis sedang mengepung bangunan SUK. Ape yang ditakutkannya tu Yeop? Ada dokumen rasuah yang nak dimusnahkan ke?
Apa khabar suami Rosmah dan Mamak Zambry? dah lelong Camry ke belum? kalau belum bawak - bawak la rilek dulu........

Selasa, 5 Mei 2009

Selamat Hari Jadi "Alltantuya"




6 Mei 1978 merupakan tarikh lahir Altantuya. Jika esok dia masih hidup usianya genap 31 tahun.Kematian Altantuya telah menyebabkan banyak kesan. Antaranya imej negara tercalar. Altantuya yang terlibat dalam 'deal' pembelian kapal selam negara mati di bunuh oleh dua anggota polis di Shah Alam. Perbicaraan kelihatan amat pelik kerana gagal mengemukakan motif dan senjata pembunuhan.



Sehingga ke hari ini "mereka - mereka" yang telibat dan yang terlepas masih berdiam diri dalam kes ini.....sehingga ke hari ini kita sendiri lihat yang mana bahawa PM kita masih membisu dan enggan mengambil tindakan saman 19 media dunia yang menyatakan Najib Razak terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Tindakan segera harus diambil kerana ia melibatkan imej negara. Media tersebut harus digesa menarik artikel dan memohon maaf. Jangan hanya bertegas dengan media dan blogger dalam negara sahaja. Jika tidak ada tindakan maka rakyat berhak menjatuhkan hukuman...........




Adakah najib berani untuk merelakan diri untuk di siasat melalui suruhanjaya siasatan diraja dan untuk di siasat atas kes alltantuya?Satu malaysia nak tahu gak tu........


sempena Ulang tahun Alltantuya kenyataan Yayasan Alltantuya yang berpusat di bangkok akan di bacakan oleh bapanya iaitu Dr. Sharibbuu setev.....


"Dear Friends,
If Altantuya Shaaribuu would not have crossed path with Abdul Razak Baginda and PM Najib Razak, she would have been happily celebrating her 31st birthday with her parents, her younger sister and her two children on the 6th of May.
No doubt her family terribly missed her on that special day, all the more because the exact circumstances of her untimely death and the reasons why she had to be eliminated in such an horrible manner are not yet fully clear. Unfortunately, the Malaysian authorities do not seem to be overzealous in trying to put some light on an affair which has damaged the international image of Malaysia.
Fortunately, Malaysian are a generous people and a few of them, as well as some Thai people and some Europeans, have made donations to support Altantuya’s two kids through the Altantuya Foundation, based in Bangkok and managed by the Bangkok based NGO Union for Civil Liberties. The total amount is not a huge one, but it is a testimony to the concern of Malaysian and others for the misfortune of a young lady who happened to be a victim in a game where money and political interests have more weight than human life and human kindness.
On the occasion of the birthday of Altantuya Shaariibuu, the Altantuya Foundation expresses his sorrow and his sympathy for the family of Altantuya and have a particular thought for her two kids, Altanshagai and Mungunshagai, who are now without a mother.
Arnaud Dubus
Altantuya Foundation Coordinator"

mari kita bela kematian wanita ini yang telah di zalimi oleh mereka yang gila kuasa dan seks seperti BPN bela saiful


Dan Bapa Alltantuya telah menghantar satu surat kepada Perdana Menteri


Kes Altantuya ini tidak akan terpadam begitu sahaja dalam masa terdekat, sebuah stesen tV di Hongkong akan menyiarkan pula drama bersiri mengenai pembunuhan Altantuya



Nantikan Tayangan nya drama(from monggolia with love versi mandarin) drama ini bersiri akan di tayangkan melalui you tube atau TVA dan AdilTV kerana ia tak akan di tayang di tv1 ataupun tv2 mahupun tv3..........pasal apa? sume termasuk BPN pon tau kan sape tak bagi...kah.....kah..kah.......

Selasa, 28 April 2009

UMNO cuma Mitos dalam sistem Politik Melayu



Bolehkah masalah Melayu diselesaikan dalam bingkai UMNO? Diskusi buku Imbasan oleh Dr. Datuk Hassan Ahmad (gambar, bersongkok) di DBP baru-baru ini nampaknya mengambil pendirian hanya UMNO yang boleh menyelesaikan masalah orang Melayu, tanpa menyedari, atau melupakannya, bahawa sejak merdeka hingga kini UMNO lebih banyak menimbulkan masalah daripada menyelesaikannya. Pandangan begini tidak dibenarkan disuarakan, walaupun dalam diskusi itu ada disebut bahawa suara yang berbeza haruslah diterima. Tetapi itu hanya usapan jempul, bukan sesuatu yang dipercayai dan diyakini, sesuatu yang tidak diperjuangkan.

Oleh kerana itu amat sulit hendak membicarakan masalah yang dihadapi oleh Melayu, kerana setiap perbincangan mesti mengambil kira bahawa UMNOlah yang menjadi penyelamat bangsa Melayu. Bagaimana jika sebaliknya yang berlaku, yakni UMNO menjadi masalah kepada bangsa Melayu? Bolehkah kita mengambil pendirian ini sekadar untuk perbincangan, bukan untuk maksud lain-lain? Saya akan uji kejujuran bangsa Melayu seluruhnya, terutama UMNO, untuk mendengar pandangan yang berbeza daripada yang biasa didengar oleh mereka.
Saya harap bangsa Melayu dalam abad 21 tidak sama dengan bangsa Melayu zaman Melaka, yang sering disebut-sebut dalam diskusi itu. UMNO harus bijaksana untuk menerima hakikat bahawa masalah orang Melayu tidak akan selesai selagi UMNO berkuasa dan bertindak dalam konteks dua mitos agung yang dijadikan landasan politik Melayu.

Bangsa Melayu harus sedar bahawa mereka telah diperdaya oleh UMNO sejak 1946 hingga sekarang, untuk percaya bahawa UMNOlah penyelamat mereka, padahal UMNOlah yang membuat Melayu terumbang-ambing tak tentu arah pada waktu ini, dibebankan dengan masalah yang merugikan mereka akibat keputusan politik para peimpin UMNO yang hanya berminat mengekalkan kekuasaan, bukan menyelesaikan masalah mereka.

Adalah ironis bahawa pada hakikatnya UMNO menjadikan masalah orang Melayu sebagai landasan untuk mengekalkan kuasa, dengan menakut-nakutkan mereka bahawa mereka akan musnah jika tidak menyokong UMNO.Masalah yang dihadapi bangsa Melayu ialah masalah lama, yang diperbaharui setiap masa untuk menentukan segolongan pemimpin terus berkuasa dan berhak menentukan nasib bangsa Melayu sepanjang zaman.



Terikat kepada feudalisme
Masalah itu ialah orang Melayu masih terikat kepada feudalisme, baik dalam bentuk lama yang diwarisi dari Sejarah Melayu maupun dalam bentuk baru yang dicipta oleh UMNO dengan menggunakan peristiwa kebangkitan "menentang" Malayan Union sebagai akar feudalisme bentuk baru tadi. Kehidupan orang Melayu dikuasai melalui dua mitos agung, iaitu Mitos Sejarah Melayu yang melahirkan Waad Sejarah Melayu, dan Mitos Malayan Union yang melahirkan Waad Malayan Union.

Dalam waad pertama, yang dipersetujui oleh Demang Lebar Daun dan Sri Tri Buana, rakyat dilarang mengingkari perintah raja, walaupun salah, manakala raja pula dilarang menghina rakyat, walaupun mereka bersalah. Tetapi dalam amalannya, suara rakyat hilang ghaib. Yang wujud hanya suara raja, yang berkuasa mutlak. Yang boleh menentang hanya orang besar, berasaskan sama ada kepentingan orang besar tadi terjejas atau tidak. Suara rakyat juga hilang. Jadi Waad Sejarah Melayu telah menentukan bahawa pemimpin Melayu hanya berasal dari istana, yakni dari golongan raja dan pembesarnya. Ringkasnya, pemimpin Melayu mestilah dari golongan bangsawan.

Itulah keadaan politik Melayu apabila "penentangan" terhadap Malayan Union terjadi: hanya untuk mengembalikan kedudukan golongan bangsawan ke tempat asalnya seperti yang dimeterikan dalam Waad Sejarah Melayu. Apabila orang Melayu "menang" dalam perjuangan menentang Malayan Union itu, keadaan politik sudah berubah sama sekali. Orang Melayu harus menerima hakikat politik bahawa kuasa politik Melayu haruslah dikongsi bersama dengan bangsa asing, yang kini sedang menunggu untuk dijadikan rakyat Persekutuan Tanah Melayu setelah persetujuan baru diterima dan Malayan Union diketepikan.

Malayan Union tidak pernah dihapuskan, kerana unsur-unsur penting menjelma dalam Perjanjian Persekutuan. Pada waktu itu orang Melayu berada di persimpangan: sebahagian besar mereka menyokong perjuangan kemerdekaan yang dipelopori oleh pemimpin dari golongan rakyat, yang tidak mempunyai akar dengan istana atau golongan bangsawan. Inggeris tidak suka golongan pejuang kemerdekaan ini, lalu menggalakkan golongan istana mengambil tempat sebagai pemimpin rakyat dalam suasana politik yang sudah berubah itu.

Inggeris menyokong penuh golongan bangsawan istana ini, malah mereka digalakkan menentang Malayan Union. Kesempatan itu diambil Inggeris untuk memusnahkan kepemimpinan Melayu yang berasal dari golongan rakyat, dan memaksakan golongan bangsawan dan istana sebagai pemimpin bangsa Melayu. Dalam konteks inilah UMNO dilahirkan dengan sokongan Inggeris. Dengan itu feudalisme bentuk lama yang hampir lumpuh pada mulanya, dihidupkan dengan gagahnya dalam kepemimpinan baru yang dipelopori UMNO.


Satu ironi sejarah
Jika kita ingin berkata satu ironi sejarah telah berlaku, kita boleh berkata begitu, kerana dari segi sejarahnya UMNO menerima kemerdekaan dari Inggeris dengan syarat-syarat tertentu. Inggeris puas hati kerana Tanah Melayu jatuh ke tangan golongan bangsawan dan istana yang sediakala memihak kepada mereka, di samping dapat pula memberi hadiah kepada bangsa asing yang mereka bawa masuk, yang sediakala menyokong mereka.


Dari situlah UMNO mencipta mitos baru berasaskan "perjuangan menentang Malayan Union". Mitos itu jelas menegaskan bahawa UMNOlah yang menjadi penyelamat bangsa Melayu, yang memberi kedaulatan kepada rakyat, yang membangunkan negara ini.

Bukan bersendirian, te
tapi bersama-sama bangsa asing yang kini menjadi rakyat yang dijamin kedudukannya dalam Perlembagaan. Sejak permulaan "kemenangan" UMNO, hingga sekarang, rakyat sentiasa diberitahu bahawa keselamatan dan kemakmuran mereka hanya akan dapat mereka capai melalui UMNO.

Jadi dalam konteks ini, UMNO mencipta feudalisme baru berasaskan Waad Malayan Union tadi untuk menyediakan kepemimpinan orang Melayu dari kalangan mereka sahaja. Sesiapa yang menentang, akan dianggap menentang negara dan bangsa Melayu. Sesiapa yang menentang, akan dihukum dengan keras untuk memastikan kelangsungan feudalisme ciptaan UMNO terus kekal, dan UMNO terus berkuasa dalam menentukan sistem politik negara.

Itulah keadaan politik yang ada sekarang, ketika para pembicara diskusi membahaskan masalah orang Melayu. Mereka melihat persoalan itu dalam konteks yang dihuraikan di atas. Oleh itu apapun juga cadangan yang mereka buat, tidak akan terkeluar daripada Mitos Agung Kedua, yakni mitos di sekitar Waad Malayan Union. Walaupun mereka bercakap tentang kebebasan dan sebagainya, maksudnya hanyalah kebebasan dalam konteks Waad Malayan Union tadi. Tidak ada pilihan lain. Bolehkah masalah orang Melayu diselesaikan dalam konteks yang demikian? Saya akan membincangkan persoalan ini dalam siri tulisan berikutnya, jika pandangan yang berbeza boleh dikemukakan dan bersedia didengar.