Memaparkan catatan dengan label jangan bodohkan rakyat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jangan bodohkan rakyat. Papar semua catatan

Ahad, 3 Januari 2010

Gula punya Pasal,MuNkEeE kelentong lagiee!!!



MAT MONGGOL AJAK FIKIRKAN KEPERLUAN UNTUK SUBSIDI BAGI GULA – berita hairan

Mat Monggol, hari ini mengajak rakyat Malaysia sama-sama berfikir apakah perlu kerajaan terus memberikan subsidi harga gula, satu bahan makanan yang ternyata boleh mendatangkan kemudaratan kepada rakyat.

kata MuNkEeE ni, kerajaan membelanjakan hampir RM1 bilion setiap tahun untuk subsidi harga gula, sedangkan bilangan pesakit kencing manis di negara ini adalah antara yang tertinggi di dunia.

"Apa yang patut dilakukan kita perlu mengubah cita rasa kita supaya kita kurangkan gula, saya sendiri tak guna gula kalau minum teh. Maknanya kita boleh ubah cita rasa kita, tak perlu gula terlalu banyak.


Tapi mat monggol tak seharusnya membangangkan kan rakyat 1 malaysia pasal dengan kenyataan - kenyataan yang bodoh macam ni sebab rakyat 1 malaysia ni pun boleh pikir kalau kerajaan united MuNkEeE betul - betul nak jaga kesihatan rakyat kenapa banyak hospital kerajaan di swastakan ?kenapa rumah - rumah DBKL di bina sempit macam dalam liang lahad? kalau nak jaga kesihatan rakyat kenapa agensi air di swastakan.


Maka itu cara - cara geng - geng United MuNkEeE nak menipu rakyat 1 malaysia sebab nak bagi kroni dan towkay - towkay besar cina jadi kaya - raya jadi macam tu lah caranya.Kelentong - kelentong ini akan mengingatkan kita bahawa sebenarnya malaysia bukan lah negara dalam senarai tertinggi di dunia yang mempunyai rakyat yang mengidap kencing manis.

Nampaknya Orang melayu 1 malaysia kena kelentong habis - habisan sebab zaman ini orang boleh dapat maklumat dengan cepat dan mudah tak caya ....

perhatikan di sini....

PULAU TINY NAURU ANTARA YANG MEMPUNYAI PENGIDAP DIABETES TERTINGGI DI DUNIA .

- Al-Jazeera Selasa 20 Mac 2008

Al-Jazeera telah melakukan beberapa siri khas penyelididkan di Oceania pulau kecil Nauru, yang berada di kedudukan yang jauh sehingga Duta Besar Amerika Syarikat untuk Fiji hanya dapat menangani isu-isu yang berkaitan yang muncul di pulau Pasifik Selatan itu juga masalah pertahanan yang yang di peruntukan berdekatan Australia. Kedudukan satu kilometer persegi daripada atol karang menjadikan persekitaran berpadanan untuk menghasilkan makanan. , penduduk yang tinggal di salah satu negara terkaya tapi sekarang menderita dengan kekurangan fosfat yang hampir habis,yang tinggal cuma sejumlah besar makanan olahan. Dan inilah hasilnya:


"Sekitar empat perlima daripada 13.500 pulau penduduk mengalami obesiti dan dianggarkan 30 peratus mempunyai diabetes.

Kebanyakan daripada mereka mengidap dua jenis diabetes, disebabkan oleh kurangnya senaman dan tabiat makan yang buruk.

Hanya tiga peratus daripada penduduk Nauru yang hanya makan buah dan sayuran secara teratur, memilih dan bukannya yang diproses dan juga makanan segera.

Itu bererti masyarakat Nauru mempunyai harapan untuk hidup dalam jangka masa panjang berkurangan - untuk laki-laki itu di bawah 50 tahun.

BELI KAPAL SELAM RAZAK BAGINDA JADI KAYA

[ebsis_krasnodar_submarine.jpg]

TAPI

KALAU BUAT LADANG TEBU - SAMPAI KIAMAT DAPAT GULA

[726159_sugar_cane.jpg]

TAMBAH SUBSIDI SEBANYAK RM260 JUTA JIKA HARGA GULA KEKAL - mStar

Kerajaan terpaksa menambah peruntukan subsidi gula sebanyak RM260 juta setahun jika harga gula di pasaran kekal pada harga RM1.45 sekilogram, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi Ismail Sabri Yaakob.

Katanya walaupun berlaku kenaikan bahan itu sebanyak 20 sen setiap sekilogram kerajaan masih memberikan subsidi berjumlah RM1.2 bilion seperti subsidi tahun lepas.

Beliau berkata rakyat seharusnya memahami masalah kenaikan harga bahan itu dan bukannya kerajaan bertujuan menghapuskan subsidi atau membebankan rakyat. Ini benda semua dah jadi mengelabah,duit dah habis beli kapal selam,duit dah habis beli sukhoi, sekarang MIG-29n pulak di kasi jual tak tahu la h kalau itu menjadi salah satu usaha untuk cover subsidi.

Lihatlah MuNkEeE - MuNkEeE ni ni....habis kan 2 bilion untuk beli kapal selam,habis berbilion - bilion buat litar sepang,habiskan sampai 12 billion kat projek PKFZ.Kalau lah duit rakyat yang di hanguskan berbilion - billion tu di gunakan untuk buka ladang tebu rasanya kita boleh tampung bekalan gula sampai dunia ni kiamat.Jadi tak payah nak bodohkan melayu dengan macam - macam alasan.

Rabu, 29 Julai 2009

DNA tu milik siapa? Siapa punya siasatan bodoh ni?



Hari ini Mahkamah magistrate di beritahu dengan penemuan DNA yang tak di kenali di bahagian luar belakang kot dan tali pinggang yang di pakai oleh mendiang Teoh Beng Hock,agaknya bagaimana siasatan bodoh masih berterusan hanya atas arahan yang di berikan oleh agen - agen BN? di sini kekeliruan timbul tentang kewujudan 3 DNA yang tak di kenali pada pakaian mendiang terutama nya di bahagian tali pinggang mangsa yang konon nya sebagai teka - teki yang konon nya nak di reka untuk mengelirukan keluarga mendiang dan rakyat malaysia .





Keadaan ini semakin pelik dan mengelirukan kerana apa,yang pertama suspek yang berada jauh dengan Mendiang di siasat secara terperinci,tapi persoalan yang paling harus bermain di minda apabila anda meng'imiginasi'kan diri sebagai seorang penyiasat mengapa orang yang berada jauh dari si mati yang harus di siasat? tetapi suspek yang berada dekat dengan mangsa dalam jarak 50 meter Radius sebelum mendiang Teoh Beng Hock di jumpai mati tidak pula di ambil tindakan untuk di siasat termasuk mengeluarkan waran tangkap untuk mereman beberapa pegawai SPRM yang terbabit semasa menyiasat Mendiang Teoh Beng Hock,supaya pegawai - pegawai ini boleh di siasat.Dengan menyiasat pegawai - pegawai rasanya tak perlu lah polis mendapatkan sampel dari 102 orang sebab rasa - rasanya berapa ramai yang berada berdekatan dengan si mati sebelum mendiang mati,mengapa pegawai - pengawai SPRM yang menyiasat Mendiang pada malam itu tak di ambil sampel DNA nya mungkin dari situ keputusan siasatan boleh di perolehi dengan cepat dan tak perlu nak dapatkan sampel dari 102 orang lagi.



Mana bukti rakaman CCTV ? yang merakam siapa yang keluar masuk ke pejabat SPRM,kerana di laporkan penemuan DNA lelaki yang tak di kenali pada kot dan tali pinggang mangsa.


adakah lelaki yang tak di kenali itu masuk ke dalam pejabat SPRM melalui tingkap iaitu dengan memanjat seperti " spiderman" dan membunuh Mendiang Teoh Beng Hock dengan menggunakan taktik misteri atau pun lelaki misteri adalah "pendera khas" yang di gunakan oleh penyiasat SPRM untuk memastikan supaya Mendiang mengaku atas sesuatu yang sengaja "di reka".


kerana penemuan 3 DNA tersebut menguatkan lagi teori raja petra seperti tulisan saya beberapa hari yang lalu yang saya petik di sini.....


" mereka mengugut akan mencampak kan beliau (Mendiang Teoh Beng Hock) kebawah sekiranya dia enggan bercakap. Dia menangis dan melutut memohon agar tidak diapa-apakan. Mereka mengheret beliau ketengah-tengah bilik dan membuka tingkap. Satu kesilapan berlaku. Sepatutnya ia hanyalah satu ugutan. Mereka hanya mahu menimbulkan ketakutan. Mereka sebenarnya tidak mahu menghumban lelaki tersebut kebawah. Mereka hanya mahu beliau melihat kebawah"


"Lelaki muda tersebut panik. Dia meronta apabila melihat ketinggian dimana dia akan dicampak. Pegawai-pegawai SPRM tidak dapat mengawalnya dan terlepas. Lelaki tersebut terjatuh dan meragut nyawa beliau. SPRM kemudian mengumumkan bahawa mereka telah membebaskan Teoh Beng Hock malam sebelumnya. Mereka gagal memberitahu bahawa SPRM bukan membebaskan Teoh sebaliknya menghantar Teoh ke alam lain. Tiba-tiba mereka menjumpai mayat tersebut. Dia melompat. Dia membunuh diri. Dia mengambil nyawanya sendiri. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak diheret ke tingkap untuk diajar bagaimana hendak terbang. Keadaan ini sudah berlarutan untuk satu jangka masa yang lama. "





Kalau begitu cerita nya jadi kalau nak mencampak kan seseorang keluar tingkap di bahagian manakah seseorang "pendera" itu harus memegang ketika mengugutnya? tentulah di bahagian pinggang.Berapa orang di perlukan untuk menjulurkan tubuh mangsa keluar tingkap? tentu lah 3 orang jadi .....

siapakah 3 ekor algojo yang melakukan perbuatan kejam tersebut? mengapa nama penyiasat SPRM masih tak di panggil? tak di reman ? tak di siasat secara terperinci termaksuk m,endapatkan segala sampel yang ada di tubuhnya bukan sahaja DNA tapi bau badan,habuk,bulu atau apa sahaja objek yang melekat di badan mangsa.

Jadi jelas di sini siasatan ke atas kematian Teoh Beng Hock terus di manipulasi semata - mata nak melindungi pembunuh sebenar yang berselindung di sebalik tabir kerana bimbang pembunuh itu akan membongkar kan pembunuhan itu adalah salah satu dari drama konspirasi kepada rampasan kuasa yang seterusnya selepas negeri Perak.