Memaparkan catatan dengan label jangan jadi bodoh macam parpu kari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jangan jadi bodoh macam parpu kari. Papar semua catatan

Khamis, 6 Januari 2011

NAZRI KATA BENG HOCK MATI PASAL TELAN KAPUR BARUS!

‘Jangan buat spekulasi keputusan inkues Beng Hock’ -Melalok


KUALA LUMPUR 5 Jan. – Orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung keputusan inkues kes kematian setiausaha politik kepada seorang Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock yang diputuskan Mahkamah Koroner Shah Alam hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, masyarakat perlu bersabar dan menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka kerana terdapat juga proses inkues yang berakhir dengan keputusan yang sama seperti kes Beng Hock.


“Pihak tertentu juga diminta supaya tidak mempolitikkan isu ini,” katanya dalam satu kenyataan berhubung keputusan inkues kes tersebut yang dikeluarkan di sini hari ini.

Mahkamah Koroner Shah Alam hari ini memutuskan penghakiman terbuka iaitu tidak diketahui sama ada Beng Hock mati dibunuh atau membunuh diri pada kejadian yang berlaku pada 16 Julai 2009 itu.







Ini mangkuk ayun memang tak boleh pakai,kaki kelentong dan kaki menyembunyikan kezaliman.Ini hal sudah jadi depan mata dan kita tahu kat mana beng hock mati,lagi brengset ni boleh cakap tak boleh buat spekulasi,ini bukan spek mata anak lu atau nenek lu,ini spek kepala tengkorak lu la.Kalau tak boleh buat spekulasi luluskan la akta anti-spekulasi,lepas tu boleh suruh zul nordin cadangkan sesiapa yang menentang akta ni boleh di hukum mati.


Oi! Putu Mayam,kalau tak bunuh diri atau kena bunuh dengan di campak dari tingkat 14 habis tu macam mana Beng Hock boleh mati?Takkan Beng Hock mati pasal tercekik kapur barus kot,takkan la beng hock mati pasal tertelan Kuih Apam Rosmah kot? atau Beng Hock mati pasal di suruh oleh penyiasat - penyiasat SPRM untuk menghidu dan mencium spender Mama Penguin.


INI NAZI OPSSS!!!!!!! NAZRI BETUL - BETUL BIKIN KEPALA TUNGKEK LAH!

Isnin, 4 Oktober 2010

Sebangang - bangang Mahkluk yang lebih Bangang daripada Baboon

LAWAN PERKASA BERMAKNA AZMIN ALI BERPERANG DENGAN PERLEMBAGAAN - mininsider

Perkasa menyamakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali seolah-olah ‘berperang’ dengan Perlembagaan Persekutuan jika calon timbalan presiden parti itu mengisytiharkan “berperang dengan Perkasa.”

Naib Presiden Perkasa, Dr Zubir Harun berkata, “kita tidak berminat untuk berperang dengan PKR, sebaliknya kami hanya mahu mempertahankan Perlembagaan negara.”

Sehubungan itu, Zubir yang juga Yang Dipertua Perkasa Pahang berkata, pihaknya akan menggesa agar orang Melayu dan Bumiputera tidak menyokong calon-calon PKR dalam pilihan raya umum ke-13 jika Azmin terus melahirkan sikap menentang Perkasa.

Dalam ucapannya pada mesyuarat agung tahunan cabang Gombak semalam, Azmin berikrar akan melawan habis-habisan Perkasa dan individu berselindung di sebalik pertubuhan itu kerana memperjuangkan perkauman sempit.

Ada Berapa yang dah jadi bangang,melayu dah selalu jadi bodoh ada lagi nak tengok melayu bikin kepala bangang dan yang terbangang lagi? Bila ada yang bangang tapi berlagak pandai dan "try" nak bodoh kan yang pandai alamat silap hari bulan maka akan di hadiahkan 3 keping penerajang maut lah jawabnya.

Kalau ada yang bangang nak berlagak pandai tu biasa kita nampak dan dengar tapi yang bangang lagi nak tunjuk kepala lagi bangang! ini satu fenomena baru landskap politik negara.Bila yang bangang pasal perlembagaan nak cakap pasal perlembagaan.

Mangkuk ayun ni tak nampak langsung atau bijik mata tu sengaja di campak ke dalam longkang yang mana perlembagaan negara ni boleh di tukar dan di pinda.Macam mana Mangkuk ayun ni boleh dapat "Dr",Kat mana Mangkuk ayun ni beli Phd? Kat jalan Klang lama atau Kat Universiti Sintok? Ini adalah fakta yang sahih lagi betul sebab benda bukan LSS yang cakap.

Nak tau siapa yang cakap cuba "try" tanya Mahafiraun,berapa ratus kali kah perlembagaan negara dah di ubah dan di pinda? kenapa dalam buku Perlembagaan Persekutuan ada banyak artikel sub seksyen ada tulis di pinda....di pinda.....di Pinda?

Kalau tak caya ambil Buku Perlembagaan yang di tulis pada tahun 1957 dan banding kan dengan Buku Perlembagaan yang di tulis pada tahun 2010.Cuba perhatikan,gerenti ada 600 pindaan dan perubahan artikel di situ.Bayangkan lah! selama 50 tahun merdeka Perlembagaan telah di pinda sebanyak 600 kali.

Woitt!!!

Tak malu ke dengan Negara Kapir laknat macam Amerika pun hanya buat 27 pindaan perlembagaan dalam masa 200 tahun.Mangkuk ayun ni tak perasan yang mana ke semua pengubah - suai perlembagaan ini telah di lakukan oleh Mahafiraun sehingga raja - raja melayu sendiri hilang kuasa di atas tangan Mahafiraun melalui pengubah - suaian Perlembagaan yang di lakukan dek Mahafiraun.

Mangkuk Ayun ni tak pernah baca buku ke? Mangkuk Ayun ni tak pernah buat "research" ke? Dia punya bangang tahap Baboon, tapi mengaku ada "Dr." Tapi mengaku dirinya adalah Doktor.

Woiitt!!! Tah...kat Mana la Mangkuk ni beli Phd.????????????????

Jumaat, 2 Oktober 2009

Perbicaraan Kes Beng Hock : Semakin Hari Semakin Kelentong



Semakin hari kita lihat algojo cuba untuk menutup kezaliman dengan pelbagai penipuan bodoh yangtak akan membodoh rakyat 1 malaysia yang sudah cerdik ini.Lihat lah betapa bodohnya tindakan para inkues cuba untuk memesong satu demi satu kenyataan dan bukti,dan para penyiasat pula cuba memesongkan perhatian kes ini terhadap perkara dengan harapan supaya "anjing - anjing" yang telah "menggigit" Teoh beng Hock sehingga mati tidak di siasat dan di dakwa.


Hari ini satu lagi "kelentong" terbongkar lagi,senang cakap "lain yang suruh di siasat,lain pula yang dia pergi cari" seolah - olah siasatan itu di lakukan oleh para penyiasat yang tak pernah pergi sekolah apabila hari ini Inkues kematian Teoh Beng Hock diberitahu bahawa DNA bodoh yang dikesan oleh penyiasat bangang pada blazer dan talipinggang Teoh adalah milik Gopala Muniam.

DNA tersebut dikenalpasti oleh ahli kimia, Dr Dr Seah Lay Hong milik Gopala yang telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.


Dr Seah yang dipanggil semula memberi keterangan dalam inkues tersebut berkata pemindahan DNA itu mungkin berlaku ketika bedahsiasat ke atas Teoh dilakukan di Hospital Klang dalam keadaan yang sesak.

"Gopala mati dalam satu kemalangan jalan raya tapi DNAnya ditemui pada blazer Teoh"

LSS: Satu lagi siasatan paling bangang dalam sejarah penyiasatan Dunia Jenayah selepas siri penyiasatan "the spender for Hire" yang diorang dok cari DNA orang dah mati accident tu buat apa? bukan orang dah mati tolak beng hock ! orang yang masih hiduplah ! Beng Hock bukan mati kat atas jalan, dia mati dalam bangunan Palaza Masalam laahh Bodoh!! apasal Bangang Sangat !!!!


Ia dikenalpasti selepas Dr Seah melakukan siasatan kali ketiga kerana dua siasatan sebelum itu, gagal mengenal pasti pemilik DNA berkenaan pada talipinggang dan blazer tersebut.

Dalam siasatannya itu, Dr Seah menganalisa profail DNA 157 individu sebagai perbandingan, dan mereka terdiri daripada 14 pegawai dari Jabatan Patologi Forensik di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Kuala Lumpur.

Turut diuji ialah 49 pegawai polis, 81 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dua pekerja pencuci, lapan kakitangan penyelenggaran dan seorang anggota keselamatan, serta tiga saksi.

Dua siasatan pertama gagal mengesan pemilik DNA dan dia ditanda sebagai 'Lelaki 1'.

Jadi yang kita nak tahu di mana hasil Ujian DNA yang telah di lakukan ke atas Penyiasat - penyiasat SPRM yang telah menyiasat Teoh Beng Hock? kenapa orang yang mati accident pulak yang dia pergi ambil ? jadi tak payah lah nak kelentong rakyat 1 malaysia yang bijak dan pergi sekolah ni...cukup - cukuplah tu main Wayang gambar kerana kita ni bukan lah bodoh sangat macam Parpu Kari dan geng - geng BPN kerana kalau bukan sahaja di kelentong kan yang Teoh Beng Hock mati terjun ke bawah malah Terjun ke atas dan mati di permukaan planet Zargus kemudian di temui di bangunan Plaza Masalam pun diorang akan percaya,kerana Rakyat boleh berfikir dengan akal yang waras......


LSS : Lepas ni nak kelentong inkues yang beng hock mati kat mana pulak ? Mati accident sekali dengan Gopala Muniam kat atas highway?