Memaparkan catatan dengan label projek kerajaan BN terengganu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label projek kerajaan BN terengganu. Papar semua catatan

Selasa, 2 Jun 2009

Sebuah lagi projek di kerajaan Barisan Nasional



Adakah ini Projek Kebanggaan BN? sebuah stadium kebanggaan? di bina di negeri darul Iman.Selama Ini BN sibuk menghentam Pakatan Rakyat dengan isu - isu yang sengaja di politik kan dan mereka mempropaganda setiap isu di media - media Massa.Berikutan selepas itu najib memberitahu kemenangan Pakatan Rakyat Di Penanti tidak mutlak kerana berlaku kemerosotan Undi.Apakah relevannya ,sedangkan agen - agen mereka kesana berceramah dan melalut menghasut rakyat tempatan supaya tidak keluar mengundi.Manakala Polis dihantar sebegitu ramai untuk menakut - nakut Rakyat tempatan...
Ternyata najib tak pandai dari segi Politik dan Juga Pembangunan Ekonomi.Setiap projek yang konon di beri secara "open Tender" hanya suapkan ke riba - riba para - para pengampu dan Pembodek mereka.Tak kisah lah Para Pembodek ini Menjilat semata - mata nak kan projek dari kerajaan BN tapi kalau pombodek - pembodek ni boleh bagi hasil kerja yang terbaik tak pelah juga.Boleh lah jugak di maafkan.
adakah ini angkara resakse ni? kalau betul kenapa BN tak panggil ultraman?


Tapi kalau ini hasil kerjanya,nak buat apa.Dari sikap najib dan hulubalang - hulubalang UMNO/BN ini boleh menjahanamkan pembangunan Negara.Agaknya inilah yang berlaku bila Najib meletakkan isterinya "si penguin" itu untuk mengawal ekonomi negara di kementerian kewangan.Sudah lah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dimansuhkan dan Kuota ekuiti Melayu dalam sektor awam di mansuhkan,rakyat pula di tipu dengan bermacam - macam kenyataan yang mengatakan ekonomi negara pulih tahap 100% sedangkan negara - negara maju menghadapi pukulan ekonomi yang hebat.Malah dalam negara juga megalami kemerosotan ekonomi yang betul - betul teruk.Ahli - ahli perniagaan dan juga pengiat - pengiat seni banyak yang dah gulung tikar hanya kerana hal ini..
Penghujung Cerita ini lah musibahnya.Ini lah Projek yang menjadi kebanggaan apabila ia di beri oleh para pembodek dan penjilat UMNO/BN hanya menyiapkan kerja seperti hanya melepaskan batuk di tangga.Rakyat menghakimi setiap hal yang terjadi atas kebobrokan UMNO/BN.kerana pada penghujung hal nya Rakyat yang menerima Natijah perbuatan busuk mereka.Ada yang bertanya...siapa punya angkara ni? hai takkan tak tau...takkan angkara Pakatan Rakyat gak? siapa yang bagi projek?siapa yang luluskan projek? itu pun nak tanya Pakatan Rakyat juga ke? takkan la resakse ultraman tu yang punya angkara kot? kalau macam tu sapa yang rasuah dan bagi projek kat resakse tue? tanyalah diri anda sendiri wahai geng - geng BN.