Tetapi setelah di analisis Peluang Pakatan untuk menakluki Putrajaya Amat cerah walaupun usaha itu dilihat agak lembab dan tersasar dari tarikh sebenar yang telah ditetapkan.Pengosongan Kerusi Parlimen Kuala Terengganu disebabkan oleh kematian Timbalan Menteri Pelajaran dan Kerusi Pensiangan Di Sabah menunjukan Pakatan berkemungkinan akan memperolehi tambahan 2 kerusi di Dewan Rakyat...Selain 2 Kerusi lagi di perolehi secara "percuma" melalui kerjasama bersama Parti Maju Sabah(SAPP) maknanya dengan ini Pakatan Bakal memiliki 86 kerusi Parlimen .Dengan Kedudukan ini Pakatan Pastinya akan dapat menyakinkan Ahli - ahli Parlimen BN supaya menyeberang ke Armada Pakatan.Sedang Sebelum ini dilihat kerusi - kerusi Dun yang dimiliki BN dengan jalan kotor kini dapat dirampas kembali seperti Sanglang Dan Manir.Selain itu faktor Pergolakkan isu dalaman UMNO seperti Pemecatan Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato' Zaid Ibrahim Dari Parti itu hanya Kerana Menghadiri Kongres PKR di Shah Alam bulan lalu dan Perletakkan Jawatan Ketua Bahagian UMNO bahagian PJ Selatan Iaitu Dato' Zahar Hasyim yang mengambil keputusan untuk menyertai PAS dilihat sebagai satu Tamparan Hebat buat UMNO. Tambahan Lagi rakan - rakan sebantal UMNO yang dilihat sudah dah tak sebulu lagi dengan UMNO.
Sudah Reda kisah Gerakan yang mahu meninggalkan BN timbul pula gesaan PPP dan MCA yang mahu menuruti jejak langkah SAPP akibat dari Keangkuhan Dan Kesombongan UMNO yang tidak Mahu memansuhkankan akta drakonian I.S.A ,Pilihanraya Kuala Terengganu juga akan menyaksikan BN bakal mengalami kemerosotan Undi dari kalangan orang bukan Melayu,Dan jua sebelum ini "kepondanan" tukang - tukang canang BN(TV3) membogelkan kelemahan kerajaan Negeri Terengganu di bawah pimpinan Barisan Nasional apabila menghebahkan berita kemuflisan 4 syarikat milik kerajaan negeri sekali gus menunjukan Ekonomi Negeri kini berada di tahap yang amat tenat.Hal ini pastinya akan menyedarkan rakyat terengganu yang mana hal ini terjadi bukanlah disebabkan oleh kesan ekonomi global tetapi disebabkan oleh pembaziran,salahguna kuasa dan rasuah yang gagal di banteras.
Itu kisah..Kuala Terengganu.
Di tempat kelahiran saya di Negeri Sembilan,Ekonomi Negeri Jatuh ditahap yang amat kritikal sekali apabila pelabur - pelabur utama di Negeri Sembilan Seperti SAMSUNG dan HUALON CORP. sedang bercadang untuk "gulung tikar" dan membawa keluar pelaburan mereka ke tempat yang selamat..Tidak seperti situasi pada tahun 1998 iaitu ketika kegawatan ekonomi SAMSUNG berjaya mengekalkan konsistensinya tanpa memecat atau membuang pekerja malah masih bolehlagi membayar gaji lebih masa dan bonus pada para perkerjanya...
Tapi hari ini lihatlah....Syarikat yang menjadi penaja jersi kelab bolasepak Chelsea ini terpaksa membuang dan memberhentikan lebih 83% pekerja di sebabkan kerugian akibat kerajaan negeri gagal dalam menjana dan menggerakkan rangsangan ekonomi negeri.
Apa cerita tentang HUALON iaitu sebuah syarikat tekstil yang terbesar di Malaysia yang terpaksa menutup beberapa "Plant Production" nya,memberhentikan semua pekerja tempatan dan menghantar pulang separuh dari pekerja warga asingnya,heh....kalau nak cerita tak cukup tiga,empat page.Penganalisis ekonomi dari Institut Kajian Dasar telah menganggarkan hutang ekuiti yang ditanggung oleh kerajaan Negeri Sembilan hampir mencecah 1 Billion...
Di manakah Kredibiliti BN dalam menangani isu ekonomi negeri?segalanya pasti hancur lebur..
Rakyat Hilang kepercayaan pada UMNO/BN .Tapi negeri - negeri dibawah pakatan masih Stabil...pastinya rakyat mahu beralih arah......Pastinya Pakatan Pilihan Rakyat Untuk memulihkan semula Ekonomi Negeri...
Dirgahayu Pakatan Rakyat..........................
1 ulasan:
KARUT..!!
CUKUP LA SEKADAR IANYA JADI
TITIK MULA KPD PEMBENTUKKAN
KERAJAAN PUSAT...
JGN PULAK DI CANANG MIMPI YG INDAH
Catat Ulasan