Sabtu, 2009 Julai 18

Misteri Kematian Teoh Ben Hock ada sangkut - paut dengan Teori Raja Petra Kamaruddin

Teori Raja Petra Amat Tepat sekali

Sehari sebelum Kematian Raja Aku telah menerima satu e-mail dari Raja Petra yang cuba meramalkan atu lagi kezalian yang bakal di lakukan oleh barua - arua geng Algojo.

Semuanya telah diberitahu lebih awal. Amaran demi amaran diberikan tetapi tidak dipedulikan kerana yang memberi amaran ialah Malaysia Today. Malaysia Today dianggap bukan sumber maklumat yang sah. Malaysia Today dianggap penyebar khabar-khabar angin dan cerita-verita karut. Apabila BPR (sekarang SPRM) menculik keluarga seorang inspektor polis, Malaysia Today membongkar cerita tersebut.

[pekerja_DAP_terbunuh_di_ofis_SPRM.jpg]

Kematian Teoh Ben Hock telah di beri amaran oleh Raja Petra

SPRM menculik isteri dan anak seorang Inspektor polis yang menyiasat tentang ketua kumpulan haram diatas arahan pegawai atasan polis yang berpangkat ASP. Inspector tersebut hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan dan membuka satu fail dan penyiasatan tentang aktiviti pelacuran, pengedaran dadah dan judi haram. Dan ini menyebabkan tiga ketua sindiket ditahan. Apa yang dimahukan oleh SPRM amat mudah.

Mereka mahukan Inspektor polis tersebut mengubah laporannya supaya tiga ketua sindiket tersebut boleh dibebaskan. Dan ispektor polis tersebut perlu melakukannya sekiranya mahukan isteri dan anaknya dibebaskan. Inspektor polis tersebut enggan melakukannya. Sebaliknya dia membuat satu laporan polis. Begitu juga dengan isternya.

Tetapi tiada tindakan susulan dibuat oleh pihak polis. Tiada pegawai SPRM yang ditangkap ataupun diheret kemahkamah kerana kesalahan menculik SPRM kemudian membocorkan maklumat tersebut kepada media bahawa mereka sedang menyiasat seorang pegawai kanan polis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCD), kerana kesalahan tidak mengisytiharkan harta bernilai 27 juta ringgit. Sepatutnya siasatan SPRM adalah rahsia kerana tertakluk dibawah OSA, tetapi itu tidak menja hal. Lagi pun, OSA hanya digunakan terhadap penyokong pembangkang dan bukan mereka yang berkuasa. Walaubagaimanapun, Pengarah CCD tidak didakwa kerana tidak mengisytiharkan harta bernilai RM27 juta. Dia didakwa kerana menyalahgunakan harta milik polis untuk kegunaan sendiri, sesuatu yang dilakukan oleh semua pegawai kerajaan, menteri dan ahli politik setiap hari dan minggu.

Tetapi jenayah sebenar yang dilakukan oleh Pengarah CCD ini ialah menahan beberapa ketua kumpulan haram Cina yang mengawal jenayah pelacuran, Ah long, dadah dan judi haram diseluruh Malaysia. Mereka menahan peguam yang bertindak bagi pihak Pengarah CCD tersebut. Pegawai SPRM menahan beliau pada malam raya dan menggari beliau selepas memperlakukan seolah-olah peguam tersebut seperti seorang perompak bank. Untuk memastikan peguam tersebut mendapat malu, beliau ditahan dalam operasi ala Hollywod, dimana beliau ditahan dihadapan seluruh staf beliau. Malaysia Today menulis semua ini. Malaysia Today bukan sahaja menulis semua ini malah mengulang cerita ini berkali-kali untuk memastikan tiada siapa yang terlepas cerita ini. Tapi tiada tindakan dibuat. Tiada siapa yang menafikan cerita ini. Lebih penting lagi, tiada siapa yang melakukan sesuatu tentang apa yang dibongkar oleh Malaysia Today.

SPRM telah menjadi alat untuk mereka yang berkuasa untuk sekian lama. Secara rasmi, BN mempunyai 14 parti komponen dimana UMNO menjadi peneraju utama. Secara tak rasmi, BN mempunyai 17 parti komponen. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah komponen ke15, PDRM adalah komponen ke 16, dan SPRM ke 17. Mereka berkhidmat untuk kepentingan Umno dan Perdana Menteri. Bila ditanya, mereka akan menjawab. “Siapa yang tembak? Mana pistolnya? Mana buktinya?” Tak ada siapa yang menembak…tak ada pistol…tak ada yang mati…jadi tiada jenayah yang berlaku! Hari ini, ada mayat bergelimpangan. Ianya adalah mayat seorang pemuda Cina, setiausaha politik kepada ADUN Seri Kembangan yang ditangkap dan disiksa oleh pegawai SPRM. Ya…dia telah disiksa. Dan dia disiksa kerana SPRM mahu dia bercakap.

Tetapi dia tak boleh bercakap. Dia tak bercakap kerana tiada apa-apa yang hendak dicakapkan. SPRM mahukan beliau memerangkap rakan-rakan dalam pembangkang. SPRM mahu menyabitkan rakan-rakan beliau dalam pembangkang diatas beberapa kesalahan jenayah yang SPRM dakwa dilakukan oleh pembangkang. Dia cuba menerangkan bahawa dia bukan degil. Dia cuba menerangkan bahawa tiada jenayah yang telah dilakukan. Dia cuba menerangkan bahawa rakan-rakannya dalam pembangkang tidak melakukan jenayah dan itu semuanya hanyalah khayalan SPRM. Jadi, mereka terus menyiksa beliau. Dan dia tidak mampu menahan siksaan. Lagipun, dia bukan lah yang bersifat ‘macho’. Dia merupakan seorang yang berperawakan lembut dan akan berkahwin hari Jumaat ini. Itu sahaja yang dia mahu. Mereka mengugut akan membunuhnya sekiranya dia tidak mahu bercakap. Dengan linangan airmata, dia meminta belas kasihan dan memohon belas kasihan supaya jangan mengapa-apakan dia.

Pegawai SPRM mengugut akan mencampak beliau kebawah sekiranya dia enggan bercakap. Dia menangis dan melutut memohon agar tidak diapa-apakan. Mereka mengheret beliau ketengah-tengah bilik dan membuka tingkap. Satu kesilapan berlaku. Sepatutnya ia hanyalah satu ugutan. Mereka hanya mahu menimbulkan ketakutan. Mereka sebenarnya tidak mahu menghumban lelaki tersebut kebawah. Mereka hanya mahu beliau melihat kebawah.


Lelaki muda tersebut panik. Dia meronta apabila melihat ketinggian dimana dia akan dicampak. Pegawai-pegawai SPRM tidak dapat mengawalnya dan terlepas. Lelaki tersebut terjatuh dan meragut nyawa beliau. SPRM kemudian mengumumkan bahawa mereka telah membebaskan Teoh Beng Hock malam sebelumnya. Mereka gagal memberitahu bahawa SPRM bukan membebaskan Teoh sebaliknya menghantar Teoh ke alam lain. Tiba-tiba mereka menjumpai mayat tersebut. Dia melompat. Dia membunuh diri. Dia mengambil nyawanya sendiri. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak diheret ke tingkap untuk diajar bagaimana hendak terbang. Keadaan ini sudah berlarutan untuk satu jangka masa yang lama.

SPRM bertindak seolah-olah mereka Tuhan malah Lebih dari itu. Mereka menculik keluarga dan menyiksa mereka yang ditangkap. Mereka mengugut untuk membunuh sisiapa yang mereka tahan sekiranya enggan bercakap. Dan sekarang, lelaki muda ini telah mati. Tetapi tiada sesiapa yang akan didakwa. Tiada sesiapa yang akan menerima hukuman kerana lelaki ini mengambil nyawanya sendiri. Mengapa dia mengambil nyawanya sendiri…tiada siapa tahu. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak pernah diugut untuk dibunuh. Dia tidak diheret ketingkap. Dan dia secara tidak sengaja telah terjatuh. Inilah yang akan diberitahu oleh SPRM kepada kita semua.Jadi Kezaliman ini di dalangi oleh siapa? kalau tak agen - agen Yahudi UMNO/BN.

*Di Saat Artikel ini di tulis kemarahan UMNO/BN bertimpa - timpa lagi apabila Bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Chua Jui Meng telah pun menyertai Parti keADILan Rakyat.

[12ad05efb7e09f9520aac119422fe15c.jpg]

CHUA JUI MENG MEMBOCORKAN DUA PEKARA :

1 – RASUAH DI PERLABUHAN KLANG DIMANA 12 BILION RINGGIT DUIT WARGA SATU MALAYSIA LESAP DI REMPAT OLEH MALAON MCA

2 - KONSPIRASI JATUHKAN KERAJAAN PAKATAN DI PERAK

KES KEMATIAN TEOH MEMPERCEPATKAN KEPUTUSAN BEKAS MENTERI INI UNTUK BERSAMA RAKYAT UNTUK MENENGGELAMKAN ARMADA - ARMADA GENG ALGOJO UMNO/BN.

Jumaat, 2009 Julai 17

Kematian SetPol Exco Kerajaan Negeri Selangor adalah suatu tindakan Ganas Yang harus di siasat


[pekerja_DAP_terbunuh_di_ofis_SPRM.jpg]

Teoh Beng Hock Yang mungkin di tolak jatuh dari bangunan SPRM

Misteri kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor Teoh Ben Hock Telah mengundang pelbagai persoalan yang meragukan adakah mendiang di soal siasat sama seperti tahananan yang di tahan di dalam bilik sulit di kemunting?
Mungkin kerana Tekanan Mental yang telah di berikan oleh pegawai - pegawai penyiasat telah menyebabkan hal ini berlaku.Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dilaporkan telah menyifatkan kematian Beng Hock sebagai ‘ sudden death and do not see any evidence of foul play so far.’ Kalau benar Beng Hock tergelincir lalu terhumban jatuh , pihak polis kena buktikan bagaimana teori ini boleh diaplikasikan. Elok sangat kalau Khalid sendiri buat demontrasi untuk membuktikan kebenaran teori tersebut.
Terjun sendiri membunuh diri? Tentu tidak masuk akal kerana Beng Hok bercadang untuk mendaftarkan perkahwinannya pada hari ini. Orang yang siuman tentu tidak berbuat demikian.Teori ini tidak wajar sama sekali. (Kahwin atas dasar suka sama suka, bukan kes terpaksa).Ramai yang beranggapan , bahawa Beng Hock sengaja dicampak keluar bangunan.Sama ada kematiannya disebabkan kejatuhan tersebut atau Beng Hock telah menemui maut terlebih dahulu sebelum terjatuh.
Pihak pathologi yang membuat siasatan perlu mengemukakan hasil siasatan yang boleh menyakinkan rakyat. Kita tidak mahu kes umpama Kugan berulang lagi.Sekumpulan 300 orang terdiri daripada pelbagai bangsa telah berkumpul ditempat kejadian malam tadi dengan memasang lilin bagi memperingati mendiang Beng Hock yang kemudiannya memprotes dengan kata-kata seperti “Najib pembunuh, BN zalim, BN jahanam” “ BN Kejam” dan macam-macam lagi.
Polis bertindak meleraikan 300 orang yang berhimpun di luar bangunan Hotel Concorde di Shah Alam menuntut supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disiasat ekoran kematian seorang pembantu exco kerajaan Selangor.
Ketika mereka melaung "siasat, siasat, siasat", pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dijadual menghantar memorandum bantahan kepada SPRM.
Teoh Beng Hock, 30, terbunuh, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM itu di mana dia disoal siasat kelmarin berhubung dakwaan salah guna peruntukan DUN.
Pemimpin Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba jam 10 pagi dan menyampai ucapan ringkas kepada orang ramai di situ sebelum masuk ke bangunan hotel tersebut.Turut bersama Anwar ialah pemimpin tinggi Pakatan termasuk pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.Jerit 'polis ganas'Kira-kira 10 minit kemudian, anggota polis pencegah rusuhan mula bertindak meleraikan perhimpunan tersebut, mengakibatkan berlaku pergelutan di situ.Tujuh orang ditangkap, termasuk ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam dan exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar.
Turut ditangkap: Lu Chuan Boon (kanan), pembantu exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong yang diheret polis sejauh kira-kira 30 meter apabila enggan beredar dan bertindak duduk di situ.
Bagaimanapun, dia pengsan ketika diseret dan polis kemudian mengangkatnya masuk ke dalam bangunan SPRM.
ADUN Rawang, Gan Pei Nee (kiri) dipukul di kepalanya ketika cuba mambantu Lu.
Orang ramai menjerit "polis ganas" ketika dia dibawa dari situ.
Pada jam 11 pagi, kebanyakan orang ramai yang menyertai perhimpunan itu telah bersurai dan
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar turut berada di situ untuk memantau keadaan.
Bagaimanapun, kira-kira 100 orang berhimpun semula di belakang bangunan pejabat SPRM.Manakala anggota polis pencegah rusuhan membentuk benteng mengawal di bahagian depan bangunan tersebut.

[dafb16ca51b4c36b255bf7df7129ae2b.jpg]

Pada kira-kira jam 11.15 pagi, Anwar muncul dari bangunan SPRM bersama Kit Siang, Guan Eng, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.Anwar memberitahu pemberita bahawa mereka menemui Pengarah SPRM Selangor, Jaffar Mahad.
Persoalan yang bermain di minda ialah pengakuan Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa mencerita pengalaman perit yang dilaluinya ketika disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rabu lalu, berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.

Tan disoal siasat oleh SPRM pada hari yang sama dengan Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor - yang ditemui mati, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM jam 1.30 petang semalam.

Tan mendakwa, dua pegawai SPRM yang menyoal siasatnya, cuba mendapatkan pengakuan palsu daripadanya, dengan memaksanya menafikan telah membekalkan 1,500 ribu bendera Malaysia bagi satu majlis sambutan hari Kemerderkaan di DUN Sri Kembangan.




Sewaktu sesi soal siasat tersebut, katanya, pegawai berkenaan menggunakan teknik ‘polis baik dan polis jahat' - pada mulanya bersikap baik tetapi kemudiannya bertindak kasar dan memaksanya berdiri selama empat jam dari pukul 10 malam hingga 2 pagi.

Tan berkata, ada beberapa kali dia diancam dengan keganasan fizikal, di mana seorang pegawai menuding ke dahinya dan didakwanya berkata: "Kami jangan bohong. Saya boleh pukul kami. Percayalah!".Sewaktu disoal siasat, katanya, pegawai yang lain masuk ke bilik untuk mempersendakan kelemahannya bercakap dalam bahasa Malaysia dan memanggilnya dengan istilah yang kesat - Cina bodoh - dan bertanya sama ada dia rakyat China.


Yang paling teruk, kata Tan, ialah ancaman terhadap keluarganya yang disifatkannya sebagai satu ‘penderaan mental'."Mereka kata, jika saya tidak cakap benar, mereka akan ambil isteri dan tiada siapa yang akan menjaga anak-anak saya.
Tetapi saya tidak beralah," kata Tan dalam satu sidang akhbar di bangunan setiausaha kerajaan negeri hari ini
Sambil menyatakan kesedihan mereka terhadap kematian Teo itu, Anwar berkata wujud keadaan misteri yang memerlukan tindakan segera diambil, termasuk menyiasat cara SPRM menjalankan soal siasatnya.
SPRM perlu telus dan bertanggung jawab merungkaikan misteri tragedi kematian Beng Hock ini yang menjadikan rakyat marah.
Sehubungan itu,Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kejadian tersebut.
Sementara itu, Khalid berkata, sebarang soal siasat oleh SPRM berhubung dakwaan berlaku salah guna peruntukan DUN, kini hendaklah dijalankan di pejabat setiausaha kerajaan negeri.Menurutnya, kerajaan Selangor akan membiayai kos pengkebumian Teo.
Anwar juga mengumumkan bahawa pemimpin Pakatan akan bermesyuarat di ibu pejabat PAS malam ini, untuk membincangkan tindakan seterusnya.
Anwar berkata, satu perhimpunan dirancang diadakan di Stadium Kelana Jaya jam 4.30 petang Ahad ini.
TETAPI KALAU DI TELITI TAKTIK SOAL SIASAT INI DI LIHAT HAMPIR SAMA DENGAAN TAKTIK UNTUK MENJATUH MAHATHIR PADA TAHUN 1979 YANG MANA PADA KETIKA ITU MAHATHIR ADALAH TIMBALAN PERDANA MENTERI,PADA KETIKA ITU SETIAUSAHA POLITIKNYA IAITU SIDDIQUE GHOUS JUGA DI TAHAN DAN DI SOAL - SIASAT SEMATA - MATA UNTUK MEMAKSA SETIAUSAHA POLITIKNYA UNTUK MENGANIAYAI MAJIKANNYA.NAMPAKNYA KINI IANYA BERULANG LAGI DAN KITA TAK BOLEH BERDIAM DIRI AKAN KALI INI

Khamis, 2009 Julai 16

Seorang lagi Pahlawan BN akan Menyertai keADILan menuruti jejak langkah Zaid Ibrahim

Siapa kah itu ? sudah pastinya Pemimpin MCA Datuk Seri Chua Jui Meng yang menuruti jejak langkah rakan seperjuangannya di dalam MCA Dr.Tan yang mana dalh bekas ketua wanita MCA yang telah menyertai keADILan dan Rakan seperjuangannya di dalam BN iaitu Datuk Zaid Ibrahim.Keadaan ini telah menunjukkan Barisan Nasional hanya Mantap secara zahirnya sahaja sedangkan apabila di lihat secara kasar dan halus ia di ibaratkan bagai sebuah Bahtera yang semakin pecah dan terumbang - ambing ke kiri dan kanan.Barisan Nasional yang kini di terajui oleh UMNO umnpama sedang karam sedikit demi sedikit,oleh itu lah sebabnya mengapa Pahlawan - pahlawannya mengambil keputusan untuk berlindung di bawah Armada Pakatan.

Datuk Seri Dr. Chua Jui Meng(bekas Menteri Kesihatan)

ini adalah petikan dari akhbar The Sun.

A group of former senior MCA leaders from Johore including a former minister will soon join the opposition PKR.

Reliable sources connected to former health minister and defeated MCA presidential candidate Chua Jui Meng confirmed the move will involve former Senator David Yeoh and several other former senators from the party.

They are expected to announce their decision to leave the party and apply to join PKR on July 18 (Saturday) in Kuala Lumpur.

Apa kah yang sudah jadi pada Geng -geng BN? Kapal Perikatan Barisan Nasional kelihatan semakin karam sedikit - demi sedikit.Rakan - Rakan se'Barisan dah mula mempertikaikan tindak - tanduk dan dah berani menyanggah teraju nya iaitu UMNO si Algojo.

1.PARTI GERAKAN MULA BERSUARA MENENTANG ISA apabila Koh Tsu Koon menerima memorandum dari GMI(Gerakan Mansuhkan I.S.A).

2.MCA MENOLAK KETUANAN MELAYU.

3.AHLI GERAKAN AKAN TURUN BERDEMO ANTI- ISA MENYERTAI RAKAN PAKATAN RAKYAT PADA 1 OGOS.

4.PPP DAH MULA BERKIRA - KIRA AKAN KELUAR DARI BARISAN KALAU I.S.A TAK DI MANSUHKAN.

jadi apa yang tinggal lagi dalam Barisan? Samy Vellu adalah....maka tegaklah Ketua Geng - geng Algojo UMNO mengayuh sendirian Bahtera Barisan yang semakin tenggelam sedikit demi sedikit.

Rabu, 2009 Julai 15

100 hari pemerintahan Najib adalah usaha untuk bersihkan orang - orang Pak Lah

Nampaknya Sambutan 100 hari pemerintahan Mat Monggol cuma sekadar untuk membersihkan Orang - orang Pak Lah dari kawasan Penerangan nya Sahaja.

Ketua Pengarang Meja Berita NTV7, Mohd Mohsin Abdullah, selepas 100 hari Najib kehilangan pekerjaannya.

Beliau ditamatkan perkhidmatan di situ mulai 1 Julai lalu. Sebabnya, dia dikira penyokong Datuk Seri Abdullah Badawi kerana beliau memasuki NTV 7 atas cadangan Datuk Kamaruzaman Zainal, bekas Pengarah Hal Ehwal Semasa TV3, orang Abdullah.

Selain Mohsin, turut mendapat bala sempena 100 hari Najib adalah Penolong Editor Tugasan NTV 7, Florence Looi, yang juga rakan Mohsin.Ini menunjukkan Najib bukan melakukan perubahan tapi pembersihan keatas orang - orang Pak Lah........
Busuk betul hati mat Monggol ni...

Selasa, 2009 Julai 14

Manek Urai : Walau apa Pun Usaha UMNO,Referendum di sini adalah petanda tersungkurnya BN pada PRU ke - 13 nanti

Bermacam - macam usaha - usaha ketua geng - geng algojo untuk terus memperolehi undi ,mereka lakukan segala - galanya untuk memenangi undi di Manek Urai meski pun terpaksa merasuah para - para pengundi,walaupun usaha membeli undi adalah salah satu taktik kotor geng - geng algojo UMNO/BN namun kuasa Allah jua penentu segala kerana ketika sedang wang - wang rasuah itu di edar pada pengundi - pengundi ia tiba - tiba sahaja tidak cukup. Seorang bekas pemimpin UMNO Kuala Krai mendakwa sehingga tengah malam tadi masalah pembahagian duit kepada pengundi Umno di DUN Manek Urai belum selesai.


"Masih ada lagi yang mendakwa belum menerima duit yang dijanjikan. Saya difahamkan mereka akan mendapat RM300 seorang.

"Saya difahamkan duit tidak cukup, terpaksa menunggu duit baru," katanya, yang enggan namanya disiarkan, kepada Malaysiakini.


Diminta mengulas dakwaan tersebut, Ketua Wanita UMNO Kuala Krai, Rohani Abdul Majid bagaimanapun berkata, duit berkenaan bukannya untuk pengundi DUN Manek Urai.

Sebaliknya, kata beliau, dana itu untuk petugas parti yang berkempen untuk calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.Kira-kira 40 dilihat beratur di hadapan sebuah rumah kayu dalam kawasan bangunan pejabat Kesedar, yang terletak kira-kira 50 meter dari pusat mengundi di SK Peria.

Malaysiakini nampak mereka menghulurkan kad pengenalan masing-masing kepada beberapa petugas di depan pintu rumah tersebut.

Beberapa orang yang bertugas di situ memegang senarai nama yang didakwa pengundi yang tinggal di luar Manek Urai dalam daftar pemilih.

Petugas terbabit kemudiannya memanggil nama dari senarai berkenaan dan mereka yang beratur di situ akan menunjukkan kad pengenalan masing-masing bagi mengesahkan identiti mereka.

Seorang lelaki warga emas yang pulang dari Kuala Lumpur untuk mengundi, memberitahu Malaysiakini bahawa mereka menerima RM300 jika nama mereka terdapat dalam senarai tersebut sebagai elaun tambang.

Wartawan melihat sendiri orang ramai menunjukkan kad pengenalan mereka kepada petugas di situ dan kemudian keluar sambil memegang beberapa keping wang tunai RM50.

Tidak kelihatan sebarang logo parti politik tetapi terdapat sebuah kereta Proton Wira warna putih bersama logo Kesedar di depan rumah tersebut, tempat orang ramai beratur.

Seorang petugas lelaki yang berbaju putih memanggil nama mereka yang beratur. Difahamkan beliau merupakan tuan rumah bagi ceramah "Pentas Pemuda" di Sungai Peria beberapa hari lalu.

malah tempat untuk mengagihkan duit - duit "haram" tersebut juga telah di serbu oleh pihak pemantau pilihanraya MAFREL(Malaysian Free and Fair Election) dengan bantuan Pihak Polis.

pemantau piihanraya, MAFREL, telah pergi ke rumah kayu tersebut dengan ditemani anggota polis pada jam 11.30 pagi, ekoran dakwaan pemiliknya membayar RM300 kepada pemilih yang tinggal di luar Manek Urai, yang pulang mengundi hari ini.

Pemilik rumah tersebut, ketika ditemui pihak Mafrel sebelum itu, menghalang mereka daripada masuk ke dalam.

Lelaki itu berkata:"Ni dah janji daripada Kuala Lumpur untuk bagi pada mereka sebagai transportation allowance (elaun tambang), ini sama dengan PAS, awak tak buat pulak."

Wakil Mafrel berkata, beliau bukan dari PAS tetapi dari badan bukan kerajaan.

"Kita tidak memihak... jika ada laporan, kami akan siasat," katanya.

Lelaki berkenaan yang menganjurkan ceramah untuk seorang pemimpin Pemuda Umno minggu lalu, tetap tidak membenarkan mereka masuk ke dalam, dan berkata:

"Awak semua tak boleh masuk, ini duit politik Datuk Aziz," katanya.

Bagaimanapun, apabila MAFREL tetap bertegas, mereka dibenarkan masuk dengan diiringi anggota polis.

Bermacam - macam cara lagi telah di lakukan oleh Geng - geng UMNO/BN untuk memenangi Pilihanraya ini semata - mata untuk memulihkan "kesihatan" Parti yang dah semakin nazak.Antara yang lawaknya untuk di dengar ialah selepas kerajaan Pusat Barisan Nasional menabur janji "tipu" untuk membina Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua sehingga kini mungkin hanya berjalan 10 peratus, atau dengan kata lain projek itu hanya terbengkalai terus ,kini satu lagi janji "kelentong" yang mana bukan sahaja kambing gurun malah beruk afrika pun akan tergelak pecah - pecah perut sambil menayangkan giginya yang kuning apabila Kerajaan Pusat Barisan Nasional berjanji akan menjadikan Manek Urai sebagai "Kota Agropolitan" sedangkan Manek Urai dari segi logiknya kita lihat adalah kawaasan DUN yang berada di kawasan Pendalaman.Hairan,Mengarut dan sungguh kelakar sekali kerana mengapa Manek Urai yang nak di jadikan Kota? kerana ketua - ketua Geng algojo pasti yang Tempat ini pastinya mengalami kekalahan...Sedangkan di tempat pendalaman seperti Batang Ai tempat di mana BN mencatat kemenangan dengan "gah" nya tak nak pulak buat Buat Kota?

Ke"terpaksaan dan ke"teredesak" kan usaha geng - geng Algojo ini takkan dapat menahan satu lagi referendum rakyat yang akan memastikan mereka pasti akan tersungkur pada PRU-13,apakah sebabnya BN akan kalah? sebab nya Rakyat Kelantan telah menolak secara total gaya pemerintahan autokrasi yang diamalkan oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional dan sudah rasa selesa dengan cara pemerintahan Islam yang di amalkan oleh Kerajaan PAS kelantan.

Apa kah sebabnya BN akan tersungkur pada PRU ke 13?

Sebabnya dalam pilihanraya Permatang Pauh,Kuala Terengganu,Bukit Selambau,Bukit Gantang Penanti dan Manek Urai melihatkan kekalahan demi kekalahan berturut - turut di alami oleh Barisan Nasional yang di terajui oleh UMNO kecuali di Batang Ai kerana itu tak tandingi oleh Calon dari UMNO tapi Calon dari Parti Rakyat Sarawak.Kekalahan demi Kekalahan melihatkan penolakkan secara total rakyat yang nyata telah muak dan benci dengan penyelewengan kuasa,Penipuan secara melampau dan manipulasi kuasa yang menekan rakyat secara diskriminasi bangsa jua Kronisme yang di lakukan oleh juak - juak geng - geng algojo UMNO dan Barisan Nasional.Petanda kekalahan BN di manek Urai memberitahukan kita agar menyediakan Kain kapan dan Batu Nisan lebih awal untuk mengebumikan Jenazah malang UMNO yang pastinya menghembusan nafas nya yang terkhir pada PRU yang ke 13.

SAYONARA UMNO..........

Ahad, 2009 Julai 12

One Malaysia : Najib Membina Malaysia Ke arah sebuah lagi negara Israel



Sebelum Perdana Menteri Malaysia mengumumkan konsep One Malaysia, negara Israel telah pun berbuat demikian pada 1980 dengan melancarkan kempen One Israel.

Adalah amat memeranjatkan, semua yang dilakukan oleh Malaysia sentiasa berkebetulan dengan Israel malah dari segi perkataan dan angka juga amat tepat penggunaannya.

Konsep One Israel 1980

Konsep One Israel telah diumumkan oleh Yitzhak Yitzhaky pada 14 Oktober 1980 sebagai langkah menarik perhatian rakyat Israel bagi pilihanraya yang akan berlangsung pada 1999. Konsep One Israel diisytihar sebagai menunjukkan gabungan tiga parti utama Israel iaitu Labour, Gesher dan Memad.

Kemudian, One Israel diperkuatkan semula oleh pemimpin Parti Buruh iaitu Ehud Barak dalam persediaan menghadapi pilihanraya Israel 1999. Dengan pelancaran konsep One Israel, Barak mengharakan Parti Buruh berjaya menarik sokongan rakyat Israel.

Namun begitu, gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh tidak bertahan lama. Pada tahun 2000, Barak telah menyertai perjanjian Camp David bersama Yassir Arafat. Tindakan Barak menyebabkan salah satu parti gabungan iaitu Parti Gesher menarik diri.

Keluarnya Gesher dari gabungan menyebabkan berakhirnya gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh selama ini.

traitor_najis.jpg image by justice_fighter

Kesimpulan

Namun demikian, tiada teori konspirasi yang boleh dikaitkan antara Malaysia dan Israel dalam memperkenalkan konsep ini. Namun pun begitu ada kah anda masih ingat akan Tulisan saya sebelum ini,anda juga boleh melihat dan menganalisa dengan sendiri........

Negara ini di tubuhkan oleh kuasa kolonial British. Negara ini adalah bekas tanah jajahan British. Parti politik yang berkuasa dalam negara ini pada awalnya menentang British tetapi kemudian bekerjasama dan bersekongkol dengan British.British dan kaum Zionis ini telah membunuh, menangkap , memenjara dan menghalau keluar sesiapa sahaja yang menentang negara baru ini. Akhirnya kuasa kolonial British telah memberikan kemerdekaan. Semua ini berlaku sesudah tamatnya perang dunia ke dua.Zionisma ialah satu fahaman perkauman – hegemoni satu bangsa. Zionisma membawa fahaman rasis yang percaya hanya bangsa mereka sahaja yang betul. Bangsa-bangsa lain adalah salah. Bangsa-bangsa lain akan dianggap bangsa kelas ke dua. Malah jika ada bangsa lain yang tinggal dalam negara mereka, bangsa asing ini wajib tunduk kepada kuasa politik hegemoni perkauaman. Zionisma adalah politik hegemoni satu bangsa.Jika ada sesiapa yang berani mengkeritik negara hegemoni satu bangsa dan satu agama ini mereka akan dianggap musuh. Jika mereka dianggap musuh maka mereka boleh di penjara. Undang-undang kolonial British membolehkan warga di penjara tanpa bicara. Banyak penentang fahaman perkauman dan hegemoni satu bangsa ini telah di penjara. Ada yang berbelas-belas tahun. Ada yang telah digantung mati.Negara Zionis ini sentiasa menggunakan AGENDA KESELAMATAN sebagai dasar utama dalam negara. Sesiapa yang cuba mengkritik negara hegemoni satu bangsa akan di anggap mengancam keselamatan. Apa sahaja yang cuba dilakukan oleh warga jika di tafsir bertentangan dengan fahaman hegemoni satu bangsa ini akan di anggap mengancam keselamatan negara.Justeru jika ada tiga warga yang berkumpul mereka akan dianggap bahaya dan mengancam keselamatan negara.



Ini kerana negara Zionis ini semenjak zaman British sentiasa dalam kedaaan perang. Walau pun telah lama merdeka undang-udang perang British ini masih terus berjalan. Berkumpul secara aman tidak dibenarkan dalam negara Zionis. Ini akan dianggap memporak perandakan keselamatan awam. Semua perhimpunan akan di anggap perhimpuan haram – hanya parti Zionis dan penyokong-penyokong mereka sahaja yang boleh berkumpul dan berhimpun. Jika ada perhimpunan berlaku walau pun dengan aman, jentera daulah – polis dan pencegah rusuhan – akan datang mengancam. Penangkapan terhadap perhimpuan aman adalah satu yang biasa berlaku dalam negara Zionis ini. Simbahan air asid adalah satu yang biasa kelihatan dalam negara Zionis. Peluru hidup juga digunakan untuk menembak dan menakutkan mereka yang berkumpul.Bala tentera kaum Zionis hanya dipilih dari satu bangsa sahaja. Bangsa lain tidak akan dibenarkan memasuki bala tentera negara ini. Polis mereka juga dari satu bangsa.Mukhabarat - polis rashia - mereka mungkin ada bangsa-bangsa lain. Ini kerana mereka ingin menyamar masuk ke dalam masyarakat bangsa-bangsa lain untuk merisek.Kekuatan negara Zionis ini bergantung kuat dengan polis-polis rashia. Mukhabarat Zionis ini ada di merata tempat. Dalam universiti, dalam masjid, di perhentian bas malah dimana-mana tempat awam akan kelihatan mukhabarat ini berkeliaran. Mereka menyamar sebagai orang biasa untuk mengutip maklumat jika ada sesiapa yang berani bersuara menentang hegemoni satu bangsa.Negara hegemoni satu bangsa ini memiliki parlimen dan mengakui sebuah negara demokrasi berbanding dengan negara-negara lain.

Zionis mengusir dan menindas tanpa belas kasihan





Tetapi parlimen negara ini tidak pernah berusaha untuk melupuskan undang-undang perang yang diwarisi dari zaman kolonial British dahulu. Undang-undang perang ini sentiasa ada dalam negara ini. Negara ini sentiasa dalam keadaan berperang.Selain dari menganggap bahawa bangsa mereka sahaja yang betul – fahaman Zionisma juga menganggap agama lain adalah salah. Agama mereka adalah agama pilihan tuhan. Kitab-kitab suci orang lain dianggap tidak betul. Hanya kitab suci dan agama mereka sahaja yang membawa jalan ke syurga. Agama lain adalah ajaran sesat yang membawa ke neraka.Negara Zionis ini mendapat sokongan ketenteraan dari negara-negara luar. Negara Zionis ini membeli berbilion-bilion ringgit peralatan senjata dari Amerika, Britain, Russia dan Peranchis. Kereta kebal, kapal terbang jet, kapal selam, senapang, pistol, gas pemedih mata, asid anti- rusuhan - semua alat persenjataan ini di bekalkan oleh negara luar. Semua senjata ini di beli kerana kaum Zionis tahu bahawa inilah satu-satu cara untuk mereka terus berkuasa.Akhir-akhir ini kaum Zionis ini telah mula membuat alat-alat senjata sendiri. Semua ini dibuat kerana negara Zionis ini masih terus menerus dalam keadaan perang.Salah satu sifat kaum Zionis yang amat menonjol ialah merampas tanah-tanah. Perampasan tanah-tanah ini terus menerus berlaku. Tahun demi tahun tanah akan di rampas. Tanah-tanah yang dirampas adalah tanah-tanah asli yang telah di teroka beratus-ratus tahun oleh penduduk tempatan. Ada tanah pertanian yang di rampas. Ada tanah perkampongan asli yang telah di rampas.











Zionis pun serang perhimpunan aman




Kaum Zionis akan memberi alasan keselamatan jika mereka ingin merampas tanah. Pembangunan juga akan di jadikan alasan. Mendirikan empangan air , membuat jalan raya atau mendirikan penempatan bandar-bandar baru sering menjadi alasan untuk merampas tanah.Pada awalnya undang-undang akan digunakan untuk merampas tanah-tanah ini. Jika gagal maka jentera polis dan tentera akan di bawa untuk merampas tanah peneroka. Polis-polis rashia akan mengancam. Ada tuan tanah yang akan dibeli. Jika gagal di beli maka tuan empunya tanah akan di ancam. Jika ancaman tidak berjaya maka akan berlaku tangkapan.Tanah- tanah yang di rampas ini akan di berikan kepada penyokong kaum Zionis. Tanah- tanah pertanian subur yang telah di rampas ini akan di berikan kepada syarikat-syarikat yang menyokong fahaman hegemoni satu bangsa. Tuan-tuan pemilik tanah yang telah dirampas ini akan memberikan sokongan dana kepada kaum Zionis. Hotel-hotel, kondo dan apartmen mewah akan di dirikan di atas tanas yang telah di rampas.Kaum Zionis akan melakukan diskriminasi terhadap bangsa-bangsa lain.
inikah sikap Zionis?




Kaum Zionis mengamalkan diskriminasi untuk memastikan kuasa politik dan ekonomi terus di tangan mereka. Segala macam undang-undang akan diluluskan untuk memastikan hegemoni satu bangsa ini berterusan.Kaum Zionis tidak akan mempedulikan pandangan masyarakat antarabangsa. Resolusi-resolusi badan-badan antrabangsa tidak di endahkan. Badan-bandan dunia diperlekehkan. Di dalam negara hanya pandangan yang bersetuju dengan politik Zionisma sahaja yang di benarkan. Jika ada kritikan yang muncul dari akhbar luar negara maka suara-suara ini akan dianggap benci kepada budaya bangsa kaum Zionis.Kaum Zionis akan menuduh warga yang menentang hegemoni satu bangsa sebagai warga yang tidak patriotik, ajen negara asing atau telah keluar dari agama suci mereka dan mengikut ajaran sesat. Justeru itu negara Zionis ini mewajibkan warganya menggunakan kad pengenalan. Dalam kad pengenalan ini akan di letakan agama dan bangsa. Ini untuk memastikan kesucian bangsa mereka.( Kita tidak perlu ke Gaza untuk melihat keganasan Zionis. Kita tidak perlu ke Tel Aviv untuk memahami Zionisma. Kita tidak perlu ke Jenin, Hebron untuk melihat tanah-tanah di rampas. Kita tidak perlu melihat Haram–al-Sharif untuk melihat tempat ibadat di runtuhkan. Kita tidak pergi ke Nablus untuk melihat rumah-rumah di runtuhkan. Kita tidak perlu melihat Ariel Sharon yang terlibat dalam pembunuhan.Kita lihat Tasek Utara, Kampong Chu Badak, Kampong Berembang, tanah-tanah orang asli di Sabah dan Serawak yang dirampas. Kita lihat berapa banyak kuil Hindu yang telah dimusnah.



Tidakkah ia jua satu kezaliman yang sama dengan Zionis?




Masjid dan surau yang telah diruntuhkan. Berapa buah gereja Orang Asal yang telah diruntuhkan. Kita lihat bagaimana keterlibatan Najib Razak dalam kes pembunuhan Altantuya – ini tidak ada bezanya dengan pembunuhan Abu Jihad. Bukan Tzipi Livni Menteri Luar Israel sahaja yang mengahalau keluar pengkritiknya , Syed Hamid Menteri Luar Malaysia baru sahaja berkata sesiapa yang tidak suka kepada undang-undang negara ini sila tinggalkan negara ini.Peluru hidup menembak penunjuk perasaan bukan hanya di Baitulmukadis tetapi di Memali dan Batu Buruk. Bukan Shin Bet sahaja yang mengintip di Birzeit University – Polis Cawangan Khas juga mengintip di semua universiti di Malaysia.Jangan terlupa Bilik Rahsia tahanan ISA tidak ada bezanya dengan yang di tahan di Facility 1391 di Israel.)Jangan hanya menyokong yang jauh tetapi lupa yang di hadapan mata. Zionisma bukan hanya orang Yahudi. Zionisma adalah fahaman politik hegemoni satu bangsa dan satu agama. Zionisma adalah semua kerajaan zalim yang menindas warganya....

Sabtu, 2009 Julai 11

Najib Dan Pemerintahan 100 hari yang Gagal

Hayat pemerintahan Mat Monggol dah sampai ke 100 hari,tapi seperti biasalah tukang - tukang canang media algojo akan bagi tau yang Mat Monggol perolehi sokongan yang bagus,tapi segala - galanya sungguh pelik apabila Mursyidul Awam UMNO iaitu Tuan Guru Madey Al-mahafiraun sendiri telah menilai yang mana pemerintahan Mat Monggol yang masuk hari ke-100 ini telah pun gagal.Apa kahyang di maksudkan oleh Madey?
ia berdasarkan penilaian peribadinya terhadap pentadbiran Mat Monggol yang genap 100 hari , hari ini.

bukit gantang by election mahathir ceramah and luncheon 060409 04Bercakap kepada pemberita di PWTC hari ini, Dr Mahathir berkata, yang negatifnya termasuklah cadangan pembinaan jambatan ketiga antara Johor dan Singapura.

Bercakap selepas menyampaikan ucap utama program "Wacana Kedudukan Institusi Beraja dan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dari Perspektif 1Malaysia" yang diadakan secara tertutup, Dr Mahathir ditanya sama ada pentadbiran Mat Monggol telah membuat kajian mengenai cadangan pembinaan jambatan tersebut.

Menurutnya, pembinaan jambatan berkenaan tidak boleh menyelesaikan masalah kesesakan di Johor Bahru.

Satu perkara lagi yang dianggap negatif, menurut Dr Mahathir lagi, ialah pelantikan orang yang korup dalam pentadbiran Mat Monggol.

Ditanya mengenai perkara positif mengenai pentadbiran Najib, beliau berkata: "Yang positif ialah Najib berjumpa ramai orang dan dia tidak tidur malam."

Jawapannya disambut dengan gelak ketawa para hadirin.....

Tapi Madey terlupa nak cakap banyak benda lagi tentang kegagalan pemerintahan Mat Moggol selama 100 hari ini.

Antara ialah.......

-Menempatkan Rosmah di Kementerian Kewangan Telah menimbulkan syak yang mana isteri nya itu yang mengawal ekonomi negara.

-Dari segi politik Mat Monggol lebih banyak mengikut telunjuk isterinya ini menjadikan BN adalah Parti Bini Najib.

- Kalah dalam 2 dari 3 pilihanraya kecil dan menarik diri dalam satu pilihanraya kecil.

-Menarik diri dari bertanding Penanti menunjukkan Mat Monggol telah menjadikan BN parti yang pengecut.

-Mat Monggol Hapuskan 30% ekuiti melayu dan Bumiputra dalam sektor awam dan naik kuota ekuiti asing sebanyak 70% ini telah menunjukkan Mat Monggol dah jual Hak melayu.

-Memansuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi secara tak langsung telah membunuh potensi usahawan - usahawan muda Melayu dan Bumiputra.

Berbeza Dengan Pak Lah walaupun Pak Lah Lembab tapi Pak Lah punya inisiatif dan populariti dalam mentadbir dengan cara dan haluan nya sendiri,tapi Mat Monggol ternyata Gagal dari segala aspek pentadbirannya.
Jadi ini telah menunjukkan Mat Monggol akan jadi Perdana Menteri Melayu terakhir....

NAJIB THE LAST PRIME MINISTER..........