Jumaat, 6 Mac 2009

DEMONSTRASI PPSMI ! telusuri KERANDA 152












IA...suatu kebangkitan rakyat membantah tindakan bodoh kerajaan BN....ia akan jadi sejarah ia juga mengulangi peristiwa keranda 152






Walaupun bahasa Melayu mula wujud pada abad pertama Masehi, tetapi selepas 1824 apabila termeterai Perjanjian Inggeris Belanda, bahasa Inggeris mula bertapak di Tanah Melayu.
Iklan

Pada 1930-an, perjuangan memartabatkan bahasa Melayu telah timbul apabila Majalah Guru, Mei 1931, memuatkan tulisan yang antara lain menekankan, "jika tiada sekolah Melayu � perasaan kebangsaan Melayu yang sangat wajib menjadi semangat atau nyawa kemajuan itu tidak ada bertambah subur seperti yang ada sekarang bahkan semakin bertambah kurang dan hilang."
Dalam Majalah Guru tahun yang sama, seorang penulis lain merakamkan, "sesungguhnya tiada ia (orang Melayu) boleh kasih akan bangsanya jika tiada kasih akan bahasanya." Menurut Prof Khoo Kay Kim, sejarah kesedaran sosial tentang bahasa lebih awal daripada kesedaran politik. Begitu juga dengan gerakan menentang Malayan Union yang digerakkan oleh unsur-unsur
bahasa Melayu, budaya Melayu dan agama Islam.
Bahasa wajib
Pada tahun 1949, seorang ahli Majlis Perundangan Persekutuan, Zainal Abidin Abbas membentangkan usul mendesak kerajaan supaya menjadikan bahasa Melayu, di samping bahasaInggeris, sebagai bahasa yang wajib diajarkan di semua sekolah bantuan kerajaan.
Gerakan memperjuangkan bahasa Melayu diperkukuhkan lagi apabila ASAS 50 telah ditubuhkan pada tahun 1950, bertujuan mengembangkan bahasa Melayu.
Keperluan untuk mengadakan sebuah institusi atau badan yang berkaitan dengan bahasa Melayu telah diutarakan apabila pada Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-3, ekoran itu Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan pada 25 Jun 1956.
Pada tahun 1956 juga Jawatankuasa Pelajaran Razak dibentuk untuk memajukan sistem pendidikan dalam bahasa Melayu. Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Fasal 152 Perlembagaan 1957 telah mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
Namun begitu, dalam peruntukan fasal tersebut, terdapat klausa yang menyatakan bahawa selepas 10 tahun merdeka kedudukan bahasa Inggeris masih ditentukan oleh Parlimen. Bahasa Inggeris dianggap masih bahasa rasmi selain bahasa Melayu.



Keluar UMNO



Pada bulan Disember 1957, Kesatuan Persekutuan Guru-guru Melayu (KPGMS) dalam mesyuarat agungnya telah menggesa ahli-ahli mereka keluar daripada Umno sekiranya kerajaan lambat menubuhkan sekolah menengah Melayu.
Oleh kerana tindakan kerajaan agak dingin, KPGMS telah membuat mesyuarat agung luar biasa pada 31 Januari 1958 dan memberi tempoh 15 hari kepada ahli-ahlinya untuk keluar Umno beramai-ramai.
Seramai 10,000 ahli KPGMS telah keluar Umno kerana kerajaan Perikatan ketika itu tidak menghiraukan tuntutan mereka.
Akibat dari tindakan guru-guru tersebut dan juga PAS yang telah menggunakan isu ini dalam pilihan raya 1959, maka Umno kalah di Kelantan dan Terengganu.
Kerana menyedari tentang bahayanya peruntukan Fasal 152 yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Inggeris, satu gerakan pejuang bahasa yang besar telah berlaku menjelang tahun 1967. Hal ini berlaku kerana peruntukan Perlembagaan melalui Fasal 152 yang menyatakan kedudukan bahasa Inggeris ditentukan oleh Parlimen selepas 10 tahun merdeka.
Untuk memastikan bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi tunggal, satu badan yang dipanggil Badan Bertindak Bahasa Kebangsaan (BBBK), telah dibentuk yang dipengerusikan oleh Tuan Syed Nasir Ismail, pengarah DBP ketika itu, dan Hassan Ahmad menjadi setiausahanya dari tahun 1964-1967. (Dato' Dr Hassan Ahmad sekarang merupakan Pengerusi Gerakan Mansuh PPSMI).
Antara aktiviti BBBK ialah mengecat papan tanda awam yang ditulis dalam bahasa Inggeris pada waktu malam.
Pada 23 Febuari 1967, Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan 1967 dikemukakan di Parlimen. Naib Yang Dipertua PAS, Dato' Asri Hj Muda ketika itu telah membahaskan rang undang-undang tersebut, pada 2 Mac 1967, dengan panjang lebar, tentang perlunya bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi dan bahasa Inggeris digugurkan kedudukan rasminya.
Namun begitu Tunku Abdul Rahman Perdana Persekutuan Tanah Melayu ketika itu tidak menghiraukan pandangan yang dikemukakan.
Pada tarikh 2 Mac juga telah berhimpun lebih 2,000 orang Melayu dari 150 pertubuhan bukan kerajaan membantah agar Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan 1967 tidak diluluskan. Mereka berkumpul di Balai Budaya, DBP dan pada 3 Mac kemudiannya, mereka berarak dengan mengusung keranda yang bertulis 152 ke residen Perdana Menteri kerana membantah rang undang-undang tersebut.
Peristiwa ini dikenali peristiwa Keranda 152 kerana membantah kelulusan rang undang-undang tersebut. Namun begitu perarakan ini gagal menuju ke kediaman Tunku Abdul Rahman kerana dihalang oleh polis. Peristiwa ini dirakam oleh Usman Awang melalui Puisi Malam di Balai Budaya.
Selepas berlaku peristiwa 13 Mei 1969, kerajaan cuba mengambil sikap prihatin pada bahasa Melayu apabila menubuhkan universiti yang berpengantar Bahasa Melayu, iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1970.
"Jasa" Mahathir
Peristiwa malang terhadap bahasa Melayu dan bahasa ibunda ini berulang kembali apabila pada 19 Julai 2002, Dato' Seri Dr Mahathir Muhammad memutuskan supaya pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris dan mula dilaksanakan pada Janurai 2003.
Keputusan yang malang kepada bahasa Melayu dan bahasa ibunda lain ini telah mengakibatkan bahasa Melayu dan bahasa Ibunda lain terpinggir daari sistem pendidikan.
Jika pada 3 Mac 1967, seramai 2,000 orang Melayu membawa keranda membantah perlaksanaan akta Bahasa Kebangsaan 1967, maka kini sewajarnya lebih ramai lagi rakyat Malaysia bangkit untuk berhimpun dalam perhimpunan Gerakan Mansuh PPSMI 100,000 orang yang akan diadakan pada 7 Mac, jam 2.00 petang di Istana Negara nanti.
Maka, marilah kita beramai-ramai bersatu dan membantah dasar yang dilaksanakan oleh Umno ini, yang ternyata merosakkan masa depan bangsa Melayu dan bangsa-bangsa lain di Malaysia.Ini kerana kesan perlaksanaan PPSMI ini lebih dahsyat lagi daripada perlaksanaan akta Bahasa Kebangsaan 1967. _






BANTAH...TERUS BANTAH........




TENTANG TERUS TENTANG






IDEA BANGANG UMNO INI......................

2 ulasan:

checkmate berkata...

khabarnya sultan mizan perkenan utk menerima memorandum 7mac ni.. tapi polis cukup samseng semlm..

adakah polis ni di kira derhaka?
tindakan perlu diambil ke atas polis?

pedih mata ku terkena gas pemedih mata...

LeeSlimShady berkata...

ye ke....

tapi hari ini utusan lagi samseng