Isnin, 13 April 2009

Kerajaan BN terengganu Bakal Bubar


Pergelutan Umno Terengganu yang masih tidak selesai semenjak pilihanraya lalu kini nampaknya semakin memuncak apabila ada ura-ura bahawa wakil rakyat Barisan Nasional akan mengusulkan undi tidak percaya.
Mengulas perkara sedemikian, Ketua Angkatan Muda KeADILan Terengganu, Fariz Musa berkata ura-ura yang kedengaran menandakan perpecahan yang berlaku semakin serius walaupun dibawah kepimpinan Perdana Menteri baru Najib Abdul Razak.
Ini tandanya Umno Terengganu tidak dapat diselamatkan lagi, sekiranya dulu mereka sanggup menderhaka kepada Sultan dengan menolak perlantikan Ahmad, apa lagi untuk meminta Ahmad letak jawatan,” katanya kepada Suara Keadilan Online pagi ini.
Ahmad Said, menurut Fariz
, nampaknya gagal untuk melaksanakan tugasnya sebagai Menteri Besar dalam tempoh satu tahun pentadbiranya di negeri berkenaan.
Jelas Fariz, sekiranya Ahmad menjalankan tugas dengan baik, bukan sahaja rakyat malah kepimpinan Umno dan Barisan Nasional akan menyokong beliau.
“Nampaknya Ahmad perlu melakukan sesuatu untuk menstabilkan keadaan politik dan seharusnya beliau harus mengambil keputusan yang bijak bagi kebaikan negeri Terengganu,” kata Fariz yang juga Timbalan Ketua AMK Malaysia.
Fariz berkata sudah tiba masanya Ahmad membubarkan Dun Terengganu bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada pemimpin.
“Saya rasa kini sudah tiba masanya Dun dibubarkan bagi rakyat mengambil keputusan untuk memilih pemimpin mereka sebelum usul tidak percaya dibawa ke sidang Dun,” katanya lagi.
Pendapat yang sama juga disuarakan oleh Adun Batu Burok dari PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi yang meminta agar Ahmad mengambil langkah yang sewajarnya untuk menyelesaikan krisis yang wujud antara wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dengan membubarkan Dun.
Jelas beliau yang dipetik dari akhbar, Menteri Besar itu perlu bertindak bagi mengelakkan daripada berlakunya krisis perlembagaan berikutan sokongan yang semakin menurun terhadapnya oleh ADUN BN sendiri.

kalau macam tu baguslah....Terengganu boleh Ganti Negeri Perak yang di Rampas.......Apa kah rakan - rakan Blogger BPN tahu akan hal ini?

4 ulasan:

checkmate berkata...

lee...
jika usul undi xpercaya diajukan..

kamu rasa 8DUN PAS nak sokong mana?

10DUN BN diketuai rosol

atau

14DUN BN diketuai MB Ganu?

Tanpa Nama berkata...

nampak sangat cetek pemikiran kamu ni

aku tengok ahli2 bpn lain (ko ahli ke? sorry kalau ko bukan) ada la keluarkan cerita ni jugak tapi takde yang komen macam ko "... ganti negeri Perak..."

ko ingat boleh main ganti-ganti ke? boleh main tukar2 pulak ek? ko tak terpikir ke dalam negeri tu ada rakyat, ada orang? ini soal masa depan diorang, anak cucu dia, bukan kira nak kumpulkan negeri jajahan... bukannya ko nak memperjuangkan rakyat, ko kira nak "wira" ko tu memerintah je...

kalau nak fight, fight semua la, jangan la perak dilepaskan semata-mata dah ada "ganti"nya di gganu!

aku harap takde la supporter2 pkr yang pikir macam ni, kalau ada, lebih baik takyah support

checkmate berkata...

komen dari "tanpa nama" ni xsedap juga jika kita bertegang urat membahas...

kerana beliau sendiri belum yakin utk meletakkan namanya..inikan pula hujah beliau...

inilah namanya teloq besar sebelah..

LeeSlimShady berkata...

dah tentulah dia(PAS) akan sokong yang mana akan membawa pada "pilihanraya Negeri" kerana apa yang paling penting hak memilih kerajaan harus di pulangkan pada Rakyat....

Saudara Checkmate....
saya kenal siapa pengulas tanpa nama tu....
Kerana aku kenal kata - kata dari seorang Penyokong Parti Yang Pengecut !!!
mereka dah tak terdaya lagi nak berdepan engan piihanraya kerana mereka tahu mereka sedang berdepan dengan kemarahan rakyat.