Khamis, 2 April 2009

Si Penjenayah Penyudah kepada Hayat UMNO

Hari ini selesai lah sudah upacara mengangkat sumpah seorang Penjenayah yang terlepas dari ditang kap dari Tuduhan Membunuh...Syabas biarpun demikian dalam kekecewaan saya melihat perlantikan Haram jadah ini melalui satu Aspek..yang mana...

Saya melihat dari satu sudut, Teori RAHMAN yang di sebut oleh seorang penulis politik tersohor Syed Hussien Al Attas yang meramalkan tentang PM-PM Malaysia.Najib dilantik menjadi PM Malaysia yang ke-6, maka lengkaplah teori RAHMAN.


R : Rahman (Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj)


A : Abdul Razak (Tun Abdul Razak)


H : Hussein (Tun Hussein Onn)


M : Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad)


A : Abdullah ( ramai yang pernah meramalkan A adalah untuk Anwar Ibrahim)


N : Najib (atau mungkin ada N lain?) Persoalannya, Siapa selepas Najib?Maka Benarlah Najib adalah Nafas terakhir Bagi UMNO dan BN,dalam gelombang Rakyat Yang mahukan Perubahan dalam Ekonomi dan sosio-politik....8 March adalah satu permulaan Perubahan...

sikap Najib yang keterlaluan dan Lebih drakonian Tambahan lagi, pengambilalihan kuasa kepada Najib dipersoalkan rakyat dengan alasan presiden baru UMNO itu diselubungi pelbagai isu kontroversi, antaranya, dikaitkan dengan Altantuya Shaariibuu seperti dakwaan seorang penyiasat persendirian yang kemudiannya hilang.Siapa yang bersalah di atas kehilangan satu nyawa,” katanya, walaupun tidak menyebut identiti tersebut.Langkah BN dah terhenti disini maka....Nama Altantuya di ratib - ratibkan....Altantuya mungkin lebih dikenali dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Kepada sesetengah orang, mungkin kita terpaksa sebut nama Altantuya dahulu untuk memperkenalkan Najib. Malah, Altantuya sudah dilagukan. Ramai kanak-kanak yang menyanyikan lagu itu.Adakah isu Altantuya isu lapuk? Mencebik sesuatu isu sebagai isu lapuk adalah jalan ringkas orang-orang yang tak berdaya memadamkan rasa kecewa dan kegagalannya untuk memadamkan sesuatu isu yang menyakitkan hatinya. Al-Quran membicarakan kejahatan Fir'aun dan Abu Lahab misalnya. Adakah Al-Quran membicarakan isu lapuk?Buruk kelaku sangatlah kalau kita menuduh Najib atau isterinya menzalimi dan membunuh Altantuya, ikon mangsa kezaliman yang sangat popular itu. Jangan gatai nak tuduh-tuduh. Tetapi, masalahnya nama Najib dan nama Altantuya berpisah tiada. Sama seperti tidak berdayanya Najib memisahkan nama Altantuya dari dirinya, kita juga tak mampu memisahkan nama Altantuya dan Perdana Menteri keenam itu.Begitu juga, sama seperti tidak berdayanya Najib memisahkan nama Sukhoi dan Scorpene dari dirinya, kita juga tak mampu memisahkan nama Sukhoi dan Scorpene dari imej dan personaliti Najib. Bukan kita yang reka-reka, ia memang begitu.Sejarah memudahkan kita. Dahulu, nak berlawan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, berkelintau kita mencari isu. Nak rebahkan Tun Abdullah Ahmad Badawi, jenuh kita korek sana sini nak belasah menantunya Khairy Jamaluddin atau anaknya Datuk Kamaluddin. Jenuh kita kutip segala kata bicara Dr Mahathir untuk undurkan Abdullah.Hari ini, sama seperti Ezam Mohd Noor, Dr Mahathir bagai ikan pulang ke lubuk dan sirih pulang ke gagang. Kita tahu, bekas Perdana Menteri itu adalah tokoh yang jauh lebih cerdik dari Najib. Beliau pastinya mempunyai a plan within a plan within a plan within a plan within a plan untuk membantu Najib.Kita tunggulah sahajalah kehebatan gandingan Dr Mahathir dan Ezam untuk menghambat nama Altantuya, Sukhoi dan Scorpene dari imej dan personaliti Najib. Kepada Allah kami menyerah diri!





seorang Rakan dari Kanada menyusun Nama Najib sebagai Nazi Authorcratic Jobless Idioticity Bullshit

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam untuk PM baru.

Saya bangga jadi rakyat malaysia.saya bangga kerana mempunyai Perdana Menteri yang dituduh terlibat dengan pembunuhan model mongolia.kebanggaan saya lebih teruja lagi seandainya semua jawatan-jawatan penting yang terdapat di malaysia di isi oleh gangster,pengganas,penyamun dan perasuah.
bila lagi,inilah peluang keemasan,rebutlah

Tanpa Nama berkata...

Wahai pengundi2...undilah UMNO...sesungguhnya kami sajalah yang akan membela kamu semua, para pembangkang memang tak nak makan rasuah...

Undilah UMNO sebab kami adalah jagoan kaum Melayu, jangan undi pembangkang yang mahu agar Sains dan Matematik diajar didalam Bahasa Melayu....

Undilah UMNO sebab media kami kawal agar pro-BN dan bukannya seperti media pihak pembangkang yang kami dah berhentikan agar mereka tiada sumber berita

Undilah UMNO sebab janji ANWAR nak turunkan harga minyak dalam debat sedangkan kami boleh naikkan harga 70 sen walaupun dah janji tak naikkan minyak tahun lepas....

Undilah UMNO agar kami boleh naikkan harga tol setiap tahun sedangkan pihak pembangkang mahu ianya diberhentikan disebabkan perjanjian berat sebelah...

Undilah UMNO agar kami boleh naikkan tarif air di Selangor sedangkan pihak pembangkang beria2 mahu berikan air percuma...

Undilah UMNO agar kami boleh naikkan tarif elektrik walaupun harga minyak dah turun dan perjanjian dengan penjana tenaga bebas yang menguntungkan mereka dan membebankan rakyat.

Rakyat Malaysia Boleh!!!

Tanpa Nama berkata...

Kenalan dari Timbuktoo menyusun nama ni pulak

Above
Zealous
Abject
Ludacris
Low-class
Idiot

LeeSlimShady berkata...

Bagus...
nampaknya ko pun dah paham erti perjuangan aku.....

teruskan dengan kebanggan ko..itu...

kerana terserlah kau adalah penyokong BN yang pengecut...

dan sanggup bersembunyi di belakang tabir....

kau dan pemimpin kau pun sama laa...

Wong Pencen berkata...

"Bersama Perjuangkan Islam,keadilan dan Demokrasi"

Posting LeeSlimShady yang terkini samasekali tidak menepati slogan di atas yang saya petik dari laman blog LeeSlimShady.

Perkataan yang LeeSlimShady gunakan di atas gambar Najib tidak selaras dengan slogan perjuangan LeeSlimShady. Walaupun mungkin maknanya tepat sekalipun, cubalah gunakan perkataan lain yang beradab.

Mungkin dengan penggunaan perkataan yang beradab, akan menarik lebih ramai pembaca.

LeeSlimShady berkata...

Saudara Wong Pencen....

Itu Bukan laman Blog saya ....itu adalah pertubuhan blogger yang saya sertai...

harap maklum

Tanpa Nama berkata...

wong pencen

aku tengok ko ni ok la, baru la fair, sana ko hentam, sini pun ko hentam, tapi yang sini tak ngaku pulak, memang bukan dia yang tulis tapi dia yang paste, subahat la tu, ye dak?

orang yang sokong dia pun dia nak kutuk, macamana? orang tu buat komen sarkastik pun tak paham ke??

ini bukan teori, ini terbukti bahawa:

Above
Zealous
Abject
Ludacris
Low-class
Idiot

yang last tu paling tepat

Tanpa Nama berkata...

Jangan ikut nafsu..fikir dahulu...Kalau tak setuju pun dengan PM baru, tak perlu kutuk dia dengan bahasa kesat macam tu. Malaysia adalah rumah kita....Tempat kita cari makan. Kalau anda tak suka dengan tuan rumah...keluarlah cari tempat lain. Kalau ketua rumah anda anda tak suka, adakah anda akan mengatakan bendan yang sama ? Penghinaan anda tidak akan membawa apa-apa makna selain dari dosa. Gunakan kuasa bersuara anda dengan sewajarnya untuk menarik orang aru kita berpihak kepada anda, bukan menyalahgunakan kuasa yang ada itu dengan tujuan menhina dan merendah kan mertabat orang...mungkin pada pandangan anda PM baru kita nie sangat hina..tetapi tidak pada masyarat umum. Berjuanglah cara berhemat walau apapun pegangan politik anda. Dengan bahasa yang anda guna, agak-agak apa kata bonda kamu jika dia mengetahuinya ?Fikirkan laa...tak kira apa perjuangan anda ...BERJUANGLAH DENGAN BERHEMAT.

LeeSlimShady berkata...

apa sarkas? abih tu alif,mim.nun wau tu apa?

apasal P.Ramlee kata sarkis?

woii !!! jangan buat lawak la.....

Tanpa Nama berkata...

LeeSlimShady???
Hermm,eloklah tu..
konon2 buat blog cmni nak melambangkan semangat melayu yg sbnr,ban org tu,lingkupkan org ni,mcm2 lagilah..tp sendiri xtau nak mengagungkan negara dan bangsa sendiri..dik (LeeSlimShady),belajar lagi ye dik erti perjuangan kemelayuaan yg sebenar..jgnlah kte jd cam peribahasa tu 'Ibarat meludah ke langit'..yg senyap bukan ertinye pengecut,dan xmelawan tu bukan ertinya kami dah mati,..sedarlah,ramai yg sedang mentertawakan anda,hanya org2 yg akal seperti anda sahaja yg akan terus besikap KONON PANDAI cam anda wahai adik ku..

LeeSlimShady berkata...

brader yang jadi pengecutnya bila ko berselindung di sebalik kata - kata watak yang punya nama....ibarat bercakap tapi tak punya maruah.....

sorry la kau belajar erti perjuangan bukan dari 1998 lagi tapi sejak 1961...ko nak tau macam mana ? rasanya tak payah alu cerita kat ko..pasal kau bukan paham pun....

siapa yang tak melawan?polis?FRU? atau kerajaan Be End?

aku tak pernah berlagak pandai..hanya orang ynag berjiwa dangkal dan bersikap hipokrit sahaja akan melihat aku dari sudut yang negatif....

itu la...rajin - rajinkan tarbiyah diri....selalu - selalu lah join tabligh biar nampak akan kebenaran...

jangan nampak taik je