Rabu, 6 Mei 2009

Hari ini Sejarah menyaksikan BN jadi Pembunuh

Sistem Demokrasi dan Menghina Perlembagaan







Nizar Bersama Mufti di perkarangan Pintu masuk Dewan Undangan Negeri



kelihatan di manjoi Rakyat Perak sedang melakukan Solat Hajat demi kemenangan Pakatan Rakyat





kelihatan ADUN teratai Janice Lee di tahan di perkarangan Bangunan Perak




Hari ini persidangan Dun Perak telah bermula menyaksikan Babun - Babun BN terlompat - lompat macam dan "terkenan beruk" mahu menguasai Dewan....




Inilah Anjing yang di gunakan oleh BN untuk menegekalkan kuasanya




hari ini juga menyaksikan 3 ADUN "pengkhianat" telah di halau dari Dewan Persidangan oleh Speaker DUN iaitu V.Sivakumar...ini kerana ketiga - tiga ADUN Pengkhianat tersebut dianggap telah meletak jawatan beberapa bulan yang lalu sebelum rampasan kuasa BN melalui pintu belakang Istana..



Tepat jam 9.55
pagi V.Sivakumar telah mengarahkan Zambry dan barisan exco "haramnya" keluar dari dewan persidangan,ini telah menyebabkan kemarahan blogger - blogger BPN semakin membara...

Speaker DUN V Sivakumar mengarahkan Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir dan enam exconya - yang digantung oleh jawatankuasa khas dewan tersebut - keluar.
Beliau enggan memulakan persidangan jika ketujuh-tujuh itu enggan mematuhi arahannya. Wakil-wakil Pakatan Rakyat menepuk meja sebagai tanda sokongan.
Tindakan tersebut bermakna Speaker - yang mempunyai kuasa tersendiri dalam cabang legislatif - tidak mengiktiraf keputusan mahkamah yang telah membatalkan penggantungan yang dibuat oleh DUN.
Sivakumar, yang mengetuai jawatankuasa hak dan kebebasan DUN Perak, juga mengarahkan tiga ADUN bebas meninggalkan dewan.
Ketiga-tiganya dianggap telah meletakkan jawatan awal Februari lalu, sebelum rampasan kuasa BN.
Wakil-wakil Pakatan Rakyat menepuk meja dan menjerit “keluar” ke arah 10 ADUN tersebut, tetapi mereka masih berdegil.
ADUN Pakatan dan BN masing-masing menjerit ke arah satu sama lain.
Speaker DUN terus mengarahkan 10 ADUN itu meninggalkan dewan. Kedua-dua pihak BN dan Pakatan masih saling jerit-menjerit ke arah satu sama lain




Polis terus merempuh dan memberkas pejuang - pejuang Rakyat walau bagaimana pun ia langsung tak mematahkan semangat mereka untuk terus mempertahankan.......



Polis juga di lihat membuat tindakan "hairan" dan "pelik" apabila menangkap dan menghalau pelanggan - pelanggan yang sedang makan di Restoran berdekatan dengan Perak....





10.20am
Suasana kecoh di dalam dewan apabila kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan Rakyat masing-masing bangun untuk campur tangan keputusan Speaker, V Sivakumar.
Sekumpulan ADUN Pakatan menghalang setiausaha dewan Abdullah Antung - yang juga digantung tugasnya - duduk di depan Speaker untuk memulakan persidangan.
Mereka menggesa Abdullah agar tidak campur tangan dengan alasan beliau hanya seorang kakitangan kerajaan.
Tindakan itu mendorong wakil-wakil rakyat BN bangun dan turut berhujah. Kedua-dua pihak saling bertengkar dan menjerit-jerit. Suasana dewan menjadi tidak tentu hala.
Bagaimanapun tiada pergaduhan fizikal berlaku.
Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir cuba berkata sesuatu tetapi Speaker menjawab bahawa beliau enggan mendengarnya. ADUN-ADUN Pakatan juga cuba menghalang Zambry bercakap.
Menteri besar BN cuba membawa usul menggantikan Speaker tetapi ditolak.

10.35am
Kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan terus bertegang. Speaker terus mengulangi bahawa usul yang dibawa Zambry untuk menggantikan beliau terbatal dan tidak sah, sementara menteri besar BN itu tetap bertegas Speaker itu telah diganti.
Speaker mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau keluar tujuh wakil rakyat BN, termasuk Zambry, dan tiga bebas. Pengawal bagaimanapun enggan berbuat demikian.
Kedua-dua pihak berkerumun di kerusi menteri besar di dalam dewan dan terus bertikam lidah.


Setiausaha dewan cuba campur tangan tetapi ADUN Pakatan mengawalnya, sementara Speaker tidak melayannya.
Zambry cuba mengumumkan Speaker telah ditukar tetapi tetapi semua mikrofon ADUN telah dimatikan kecuali di depan Speaker. Setiap kali Zambry cuba bersuara, ADUN Pakatan Rakyat membuat bising.
Suasana tegang berlanjutan.

Pada Jam 11.00
pagi DUN bersidang semula dan agenda utama nya ialah melantik speaker DUN yang baru....tetapi tindakan "bangang Nasional" tersebut telah di tolak oleh speaker dewan....aloo !! brader kau ingat senang - senang ke PAKATAN nak "surrender"......blah La Lu !!!!


11.10AM
Keadaan tegang berlanjutan apabila Ganesan dilantik sebagai Speaker dan mengangkat sumpah di meja ADUN Jelapang (Timbalan Speaker)ADUN Sungai Rapat pula meneruskan sidang haram dengan mencadangkan perlantikan JK Dewan.
ADUN Pakatan Rakyat melaungkan “haram” memecah kesunyian dewan dan menenggelamkan suara Speaker Haram.
Ganesan dalam keadaan tidak lancar kelihatan cuba menggunakan pembesar suara mengumumkan Jawatan PAC yang dicadangkan oleh Sungai Rapat.




11.20AM
Ganesan sedang mengendali8kan beberapa usul berikutnya dengan mengumumkan usul perlantikan Jawatan Kuasa Dewan yang baru sesuai dengan peraturan tetap dewan negeri.Keadaan menarik ini saya umumkan sebagai sidang “Bawah Syiling”. Sidang kebudak-budakan dan macam lakonan itu disaksikan oleh seluruh dunia dan mencemarkan demokrasi.







Kah...kah...kah......Woi !!! kalau Sidang di bawah pokok tu sejak zaman Nabi lagi orang dah buat dah....tapi ini sidang di bawah siling mana punya "kutu berahak" yang pergi usulkan....




ka...kah..kah....apasal BN tak nak buat sidang bawah pokok dekat bangunan perak? kat situ kan ramai Reporter...boleh kecing baekkk...punya.....






11.33AM
Speaker mempersoalkan sekali lagi dan mengulangi pendiriannya tidak akan memulai sidang sekiranya mereka yang digantung keluar dari dewan.Semasa mengumumkan demikian dewan kembali kecoh dengan suara kedua belah pihak.
Sekarang keadaan kembali tegang. dan sesekejap sunyi kembali.
Saya tidak menjangkakan bila keadaan ini akan berakhir ?
Sidang Haram Sedang berlangsung............


keadaan kecoh ini hampir mencetuskan pergaduhan, Speaker haram cuba menjalankan tugasnya sebentar tadi tetapi dihalang oleh ADUN Pakatan Rakyat.
Hampir belaku pergaduhan antara sorang ADUN BN dan ADUN PR dalam pertikaman lidah tadi dan dewan kembali kecoh dan tidak menentu. Speaker masih dikerusinya.Speaker mengarahkan Ganesan keluar dewan dengan kuasa yang ada padanya.




11.33AM
Speaker mempersoalkan sekali lagi dan mengulangi pendiriannya tidak akan memulai sidang sekiranya mereka yang digantung keluar dari dewan.Semasa mengumumkan demikan dewan kembali kecoh dengan suara kedua belah pihak.
Sekarang keadaan kembali tegang. dan sesekejap sunyi kembali.
Saya tidak menjangkakan bila keadaan ini akan berakhir ?


12.00PM
Semua ADUN PR diminta agar jangan keluar dewan jika tidak ada sesuatu yang penting perlu dilakukan. Sekiranya mereka yang ingin keluar walaupun untuk ke tandas mereka diminta keluar berdua.
Sementara itu Speaker yang masih sah, Sivakumar masih berada dikerusinya dan tidak berganjak. Kekuatan, ketegasan mereka nampak lebih kuat pada hari ini sehingga ada yang membuat cerita lawak : “silap jampi oleh bomoh, makin kuat bukan makin lemah “.


12.32PM
Sah sekarang ada 2 MB di Perak dan sebentar tadi menyaksikan ada 2 Speaker dan ada dua sidang yang paling ajaib, satunya di bawah pokok dan satu di bawah syiling.
Kelihatan semasa ini Speaker yang masih sah, V. Sivakumar sedang berada di kerusinya dan tidak berganjak sedikitpun dari tempat duduknya sejak pagi tadi.
Jam 12.20
tadi baru beliau memaklumkan kepada dewan bahawa sidang tidak akan dimulai jika mereka yang digantung tidak keluar dari dewan.








12.45pm :

Thomas Su, ADUN Pasir Pinji, mengunjukkan sekeping wang RM50 ke arah timbalan Speaker, Hee Yit Foong, sambil menjerit “pergi mampus” dalam dialek Kantonis.
ADUN Aulong, Yew Tian Hoe pula kemudian membaling dua keping wang kertas RM1 ke arah Hee, yang juga ADUN Jelapang.
Bekas ADUN DAP itu, kini wakil rakyat bebas, mengambil wang itu dan mencarik-carikkannya. Wakil-wakil rakyat BN merakamkan gelagat dua ADUN DAP itu dengan video telefon mereka, sementara tindakan serupa dibuat oleh ADUN Pakatan.



12.55pm Enggan meninggalkan dewan R Ganesan, speaker baru lantikan BN, mengumumkan penangguhan sidang dewan DUN Perak selama sejam lagi.
Keadaan kembali tenang dengan kedua-dua pihak duduk kembali di tempat masing-masing
.



1.10pm

Difahamkan Zambry bertemu dengan Raja Nazrin Shah - yang dijadual membuka secara rasmi persidangan DUN Perak pagi ini - di luar dewan.



Tiada maklumat lengkap tentang pertemuan dan tujuannya



2.20PM

Polis sekitar 20 orang masuk campur termasuk yang berpakaian seragam menceroboh ke Dewan Perak yang mulia.
Terdapat usaha merampas kerusi Speaker.....



2.40PM

Polis sekitar 20 orang masuk campur termasuk yang berpakaian seragam menceroboh ke Dewan Perak yang mulia.Terdapat usaha merampas kerusi Speaker..........



2.50PM:

Sejarah baru dilakar lagi dengan tindakan pihak keselamatan menceroboh masuk dan membantu BN untuk merampas kerusi speaker.
Speaker Haran, Ganesan mengendalikan sidang dengan meja speaker di kawal ketat oleh pasukan yang berpakaian kemas yang tidak dikenali siapa mereka. Pergelutan di meja Speaker oleh BN yang menggunakan samseng yang tidak dikenali, dan ada yang berpakaian seragam polis.
Inilah keadaan yang berlaku sekarang, suasana semakin kecoh. Speaker diseret dari kerusinya dan dibawa keluar dewan.



3.20PM:

Beberapa orang(dipercayai polis) menceroboh masuk tanpa kebenaran bagi menjayakan usaha rampasan kuasa yang dilakukan BN pada hari ini, demikianlah malangnya sejarah yang dialami oleh rakyat Perak pada hari ini.
Ganesan apabila berada dikerusi Speaker sebentar tadi menggunakan kuasa haramnya untuk mengarahkan ADUN Teja dan Simpang Pulai untuk keluar dari dewan.
Anehnya Bentara dewan yang tidak mengikut arahan Speaker Sivakumar sejak pagi tadi cuba menjalankan tugasnya mengarahkan kedua ADUN PR itu keluar.
Namun arahan itu tidak di patuhi oleh 2 adun berkenaan.

Buat kali pertamanya dalam sejarah Barisan Nasional telah membunuh amalan demokrasi di negara ini...semuanya adalah berpunca dari angkara Najib yang gila kuasa dan tamak kan harta..............

Tiada ulasan: