Ahad, 5 Julai 2009

Kemelut PR di Kedah berakhir : Pakatan Masih teguh,tapi yang kena kelentong sebenarnya adalah geng - geng algojo UMNO/BN



Begitu lah cerita nya yang di penghujung,apa yang membosankan adalah skrip helah yang di main kan oleh Pemimpin Umum Datuk Seri Anwar tetap sama dengan skrip kerajaan Perpaduan itu hari,sebab kita juga mengharapkan taktik permainan yang lain dari yang lain.tetapi apa yang menariknya di sini gelagat geng - geng algojo yang menjerit dan melompat dengan gaya yang tak ubah macam "style" Beruk Afrika ke arah geng - geng Pakatan,padahal tanpa di sedari gelagat ketua geng - geng algojo ini di perhatikan oleh rakyat Satu Malaysia ,sambil terpekik terlolong bersama - sama tukang canang - tukang canang mereka seperti utusan merapu,berita hairan ,tv3 suku dan guang ming daily FAN KIAN SIA LAN SOII !! tapi akhir bukan sahaja rakyat satu malaysia malah mereka pun sedar akhirnya yang mana gelora itu di cipta oleh anwar untuk melalaikan mereka dari menumpukan perhatian pada pilihanraya di Manek Urai.Selepas satu pertemuan dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak adalah menyaksikan pengakhiran kepada Lakonan Slot Drama yang telah mengecewakan harapan geng - geng Algojo yang mahu Pakatan Musnah sepertimana yang telah di lakukan terhadap Angkatan Perpaduan Ummah(Gabungan PAS,DAP dan S46) pada 1995 dan cubaan merenggang Barisan Alternatif(kini Pakatan Rakyat ) pada 2004 apabila DAP ambil keputusan untuk keluar dari Barisan Alternatif.Sekiranya Pakatan Rakyat menghadapi masalah dan konflik akibat daripada perbezaan polisi maka akan terdapat kemungkinan sebuah ikatan itu retak. Namun begitu dalam isu yang berkaitan sepertimana yang berlaku di Kedah dan Pulau Pinang adalah isu kecil. Pakatan Rakyat masih lagi utuh.



Dakwaan wujudnya keretakan hubungan antara tiga parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR, PAS dan DAP berikutan masalah pusat penyembelihan babi di negeri Kedah dan juga isu pelucutan jawatan wakil PKR dalam Majlis Perbandaran Seberang Perai adalah tidak tepat sama sekali.

Sebuah Jalinan yang utuh dan kukuh


Isu kecil seperti ini tidak mampu untuk meretakkan hubungan dalam Pakatan Rakyat. Masalah ini adalah lebih kecil jika mahu dibandingkan dengan apa yang berlaku dalam MCA, MIC dan PPP kerana kita masih ingat lagi bagaimana MIC memikirkan bagaimana azab berada di dalam Barisan Nasional apabila Samy Vellu dan geng - gengnya semakin di pinggirkan.Kita juga masih ingat apabila PPP pernah menggugut untuk keluar dari Pakatan sekiranya I.S.A tidak di mansuhkan,juga MCA pernah menimbang dan membuat undian maya adakah mereka perlu keluar dari Barisan Nasional manakala Parti Maju Sabah SAPP pula telah berjaya menyelamatkan diri dari pergolakkan teruk yang berlaku dalam dek Armada Barisan.Malah semua juga turut sedar bahawa kapal - kapal frigate penyerang yang kini berada di dalam Armada Barisan dalam keadaan menghala muncung meriam ke arah rakan sendiri dan saling membedil antara satu sama lain.SAPP pula terselamat dari Peperangan di dalam Armada barisan Dan kini semakin selamat di dalam keharmonian politik bersama Armada - Armada Pakatan.



Manakala di kedah Menteri Besar Datuk Seri Azizan pula dalam kenyataannya berkata kerajaan negeri mempunyai beberapa cadangan mengenai tapak lokasi pusat penyembelihan babi tersebut.Tindakan tersebut diambil bukan atas kepentingan politik seperti yang di lakukan oleh Ketua Geng - geng Algojo kerana aduan tentang pusat penyembelihan itu telah di buat

penduduk yang bukan sahaja dari orang melayu malah lebih - lebih lagi masyarakat cina yang dah tahan lagi dengan bau yang meloyakan,jadi tindakan tersebut di ambil atas permintaan masyarakat setempat.Bukan seperti yang di lapor oleh Tukang Canang - tukang canang Geng - geng Algojo.




Sebuah Barisan yang kita sendiri faham dan sedar,jangan undi diorang haraamm.......




Walaupun begitu Kerajaan Pakatan Rakyat akan menggantikan pusat penyembelihan babi yang ada dalam jangkamasa terdekat sekiranya lokasi baru yang telah dicadangkan itu diluluskan pihak berkuasa tempatan dan tidak mendapat bantahan penduduk.


Berkenaan dengan DAP pula ,beritanya taklah se teruk yang di canangkan oleh geng algojo. DAP negeri Kedah masih dalam Pakatan Rakyat. Mereka masih lagi rakan dalam Pakatan Rakyat Kedah selagi Datuk Seri Anwar tidak menerima sebarang makluman rasmi secara bertulis mengenai dakwaan mereka untuk keluar daripada Pakatan Rakyat di negeri Kedah. Pakatan Rakyat di negeri Kedah jua telah bekerja seperti biasa. Kita yakin, tiada berlaku keretakan berikutan isu tersebut kerana ia hanyalah Idea Bodoh yang di mainkan oleh Geng - geng Algojo dan satu Perancangan yang di lihat secara total adalah gagal.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Perpaduan didalam Pakatan Rakyat tetap utuh.Di manek urai ramai pemimpin pr ketiga tiga parti hadir memberi sokongan.Kelibat rakan sekutu umno pula takde datang membantu.Keakraban tg nik aziz dan tg h.hadi membuktikan tiada perpecahan didalam Pas.Jumlah penyokong yang ramai mengiringi calon Pas menandakan umno akan dikuburkan..insyaallah

LeeSlimShady berkata...

tepat sekali..........itulah yang kita mahu dan harapkan

Tanpa Nama berkata...

andai kata pr menang the next general election
ape yg mahu di perjuangkn oleh PAS?
Bagaimana pula dgn DAP?
PKR same je mcm UMNO,tok sah temberang la adil amanah telus sume
belum ade kuasa mmg manis sume

LeeSlimShady berkata...

bermesyuarah lah ketiga - tiga
Parti.....apa susah? ambil kesepakatan dalam mengharmoni kan ideologi masing - masing......

tapi apa yang mustahak mereka takkan ketengahkan ideologi sebab banyak taik - taik BN yang mereka perlu bersihkan yang mengambil masa yang lama.......

sebelum mengetengahkan ideologi...ada hal - hal besar lagi mereka perlu selesaikan andai berjaya ambil alih kerajaan Nanti contohnya rasuah,penyelewengan kuasa oleh BN dan bermacam taik lagi lah yang nak di bersih kan....