Bermacam - macam usaha - usaha ketua geng - geng algojo untuk terus memperolehi undi ,mereka lakukan segala - galanya untuk memenangi undi di Manek Urai meski pun terpaksa merasuah para - para pengundi,walaupun usaha membeli undi adalah salah satu taktik kotor geng - geng algojo UMNO/BN namun kuasa Allah jua penentu segala kerana ketika sedang wang - wang rasuah itu di edar pada pengundi - pengundi ia tiba - tiba sahaja tidak cukup. Seorang bekas pemimpin UMNO Kuala Krai mendakwa sehingga tengah malam tadi masalah pembahagian duit kepada pengundi Umno di DUN Manek Urai belum selesai.
"Masih ada lagi yang mendakwa belum menerima duit yang dijanjikan. Saya difahamkan mereka akan mendapat RM300 seorang.
"Saya difahamkan duit tidak cukup, terpaksa menunggu duit baru," katanya, yang enggan namanya disiarkan, kepada Malaysiakini.
Diminta mengulas dakwaan tersebut, Ketua Wanita UMNO Kuala Krai, Rohani Abdul Majid bagaimanapun berkata, duit berkenaan bukannya untuk pengundi DUN Manek Urai.
Sebaliknya, kata beliau, dana itu untuk petugas parti yang berkempen untuk calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.Kira-kira 40 dilihat beratur di hadapan sebuah rumah kayu dalam kawasan bangunan pejabat Kesedar, yang terletak kira-kira 50 meter dari pusat mengundi di SK Peria.
Malaysiakini nampak mereka menghulurkan kad pengenalan masing-masing kepada beberapa petugas di depan pintu rumah tersebut.
Beberapa orang yang bertugas di situ memegang senarai nama yang didakwa pengundi yang tinggal di luar Manek Urai dalam daftar pemilih.
Petugas terbabit kemudiannya memanggil nama dari senarai berkenaan dan mereka yang beratur di situ akan menunjukkan kad pengenalan masing-masing bagi mengesahkan identiti mereka.
Seorang lelaki warga emas yang pulang dari Kuala Lumpur untuk mengundi, memberitahu Malaysiakini bahawa mereka menerima RM300 jika nama mereka terdapat dalam senarai tersebut sebagai elaun tambang.
Wartawan melihat sendiri orang ramai menunjukkan kad pengenalan mereka kepada petugas di situ dan kemudian keluar sambil memegang beberapa keping wang tunai RM50.
Tidak kelihatan sebarang logo parti politik tetapi terdapat sebuah kereta Proton Wira warna putih bersama logo Kesedar di depan rumah tersebut, tempat orang ramai beratur.
Seorang petugas lelaki yang berbaju putih memanggil nama mereka yang beratur. Difahamkan beliau merupakan tuan rumah bagi ceramah "Pentas Pemuda" di Sungai Peria beberapa hari lalu.
malah tempat untuk mengagihkan duit - duit "haram" tersebut juga telah di serbu oleh pihak pemantau pilihanraya MAFREL(Malaysian Free and Fair Election) dengan bantuan Pihak Polis.
pemantau piihanraya, MAFREL, telah pergi ke rumah kayu tersebut dengan ditemani anggota polis pada jam 11.30 pagi, ekoran dakwaan pemiliknya membayar RM300 kepada pemilih yang tinggal di luar Manek Urai, yang pulang mengundi hari ini.
Lelaki itu berkata:"Ni dah janji daripada Kuala Lumpur untuk bagi pada mereka sebagai transportation allowance (elaun tambang), ini sama dengan PAS, awak tak buat pulak."
Wakil Mafrel berkata, beliau bukan dari PAS tetapi dari badan bukan kerajaan.
"Kita tidak memihak... jika ada laporan, kami akan siasat," katanya.
Lelaki berkenaan yang menganjurkan ceramah untuk seorang pemimpin Pemuda Umno minggu lalu, tetap tidak membenarkan mereka masuk ke dalam, dan berkata:
"Awak semua tak boleh masuk, ini duit politik Datuk Aziz," katanya.
Bagaimanapun, apabila MAFREL tetap bertegas, mereka dibenarkan masuk dengan diiringi anggota polis.
Bermacam - macam cara lagi telah di lakukan oleh Geng - geng UMNO/BN untuk memenangi Pilihanraya ini semata - mata untuk memulihkan "kesihatan" Parti yang dah semakin nazak.Antara yang lawaknya untuk di dengar ialah selepas kerajaan Pusat Barisan Nasional menabur janji "tipu" untuk membina Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua sehingga kini mungkin hanya berjalan 10 peratus, atau dengan kata lain projek itu hanya terbengkalai terus ,kini satu lagi janji "kelentong" yang mana bukan sahaja kambing gurun malah beruk afrika pun akan tergelak pecah - pecah perut sambil menayangkan giginya yang kuning apabila Kerajaan Pusat Barisan Nasional berjanji akan menjadikan Manek Urai sebagai "Kota Agropolitan" sedangkan Manek Urai dari segi logiknya kita lihat adalah kawaasan DUN yang berada di kawasan Pendalaman.Hairan,Mengarut dan sungguh kelakar sekali kerana mengapa Manek Urai yang nak di jadikan Kota? kerana ketua - ketua Geng algojo pasti yang Tempat ini pastinya mengalami kekalahan...Sedangkan di tempat pendalaman seperti Batang Ai tempat di mana BN mencatat kemenangan dengan "gah" nya tak nak pulak buat Buat Kota?
Ke"terpaksaan dan ke"teredesak" kan usaha geng - geng Algojo ini takkan dapat menahan satu lagi referendum rakyat yang akan memastikan mereka pasti akan tersungkur pada PRU-13,apakah sebabnya BN akan kalah? sebab nya Rakyat Kelantan telah menolak secara total gaya pemerintahan autokrasi yang diamalkan oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional dan sudah rasa selesa dengan cara pemerintahan Islam yang di amalkan oleh Kerajaan PAS kelantan.
Apa kah sebabnya BN akan tersungkur pada PRU ke 13?
Sebabnya dalam pilihanraya Permatang Pauh,Kuala Terengganu,Bukit Selambau,Bukit Gantang Penanti dan Manek Urai melihatkan kekalahan demi kekalahan berturut - turut di alami oleh Barisan Nasional yang di terajui oleh UMNO kecuali di Batang Ai kerana itu tak tandingi oleh Calon dari UMNO tapi Calon dari Parti Rakyat Sarawak.Kekalahan demi Kekalahan melihatkan penolakkan secara total rakyat yang nyata telah muak dan benci dengan penyelewengan kuasa,Penipuan secara melampau dan manipulasi kuasa yang menekan rakyat secara diskriminasi bangsa jua Kronisme yang di lakukan oleh juak - juak geng - geng algojo UMNO dan Barisan Nasional.Petanda kekalahan BN di manek Urai memberitahukan kita agar menyediakan Kain kapan dan Batu Nisan lebih awal untuk mengebumikan Jenazah malang UMNO yang pastinya menghembusan nafas nya yang terkhir pada PRU yang ke 13.
SAYONARA UMNO..........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan