Isnin, 27 Julai 2009

UMNO dan Barisan Nasional semakin tertekan


Bila dah semakin hari semakin ramai pahlawan - pahlawan UMNO dan Barisan Nasional terutamanya Datuk Zaid,Datuk Dr.Chua Jui Meng dan Datuk S. Subramaniam menyertai Pakatan Rakyat manakala di tambah kan lagi ura - ura Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang akan menyertai PAS dan keADILan pemimpin - pemimpin UMNO kelihatan semakin hari semakin tertekan dengan situasi ini oleh itu serangan demi serangan ala desparado di lancar kepada Pakatan Rakyat namun itu semua takkan bermakna lagi kerana rakyat telah pun bijak menilai yang mana satu intan dan permata.



Utusan Melayu Akhbar cabuk tanah air melapor konon nya 1000 ahli PKR dari Sabah telah menyertai UMNO setelah beratus - ratus ahli MCA yang menuruti Panglima mereka Datuk Dr.Chua Jui Meng dan beratus - ratus ahli MIC menuruti langkah Panglima mereka iaitu Datuk S.Subramaniam.Apakah ini laporan serangan balas dari tindakan Ahli - ahli BN yang semakin kabur dengan hala tuju UMNO dan Barisan Nasional hari ini.kalau benar mereka menyertai UMNO seperti Hamdan,Norman Taha,Mohd Nazmi,Ruslan Kassim ataupun Lokman Norr Adam dan Ezam Mat Norr,jadi tolong siarkan gambar mereka beramai - ramai sedang memegang borang pendaftaran masuk seperti yang di lakukan oleh Ezam.Takkan lah semua berlaku secara "automatic switch onn off" ada yang masuk dan secara automatik ada yang keluar? jadi kaedah menipu yang terlalu lapuk ini membuat kan masyarakat semakin jelek dengan perlakuan media - media cabuk pro - BN ini.


Presiden UMNO berucap di depan pelajar seolah - olah nak menasihatkan supaya jangan jadi pembudaya fitnah,persoalannya di sini siapa yang mengamalkan budaya fitnah? kata - kata Najib di lihat sebagai "ketam mengajar anak berjalan betul" tapi diri sendiri pun tunggang - langgang.Kalau hari ini Najib mahu bercakap supaya jangan membudayakan Fitnah dia sepatutnya menjwab siapa yang menfitnah Anwar meliwat? di juga harus jawab persoalan siapa yang menfitnah Anwar yang memukul diri sendiri dalam penjara hingga terbukti Rahim Noor yang melakukannya dan ini di akui oleh Tan Sri Rahim Noor sendiri.jadi tak perlu lah Najib nak menasihat kan Mahasiswa tentang pembudaya Fitnah di depan Mahasiswa kerana Penfitnah - penfitnah yang terlalu ramai "dilatih" di dalam UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional yang perlu di "bersih" kan dari Negara dan bangsa ini.


Manakala Muhyiddin di Munyonyo ,Kampala Uganda konon nya mencanang yang AFRIKA BELAJAR DARIPADA MALAYSIA CARA TANGANI RASUAH dan berkata "Kita beritahu mereka mengenai SPRM dan kita berpeluang berkongsi pengalaman bagaimana rakyat harus disedarkan tentang bahaya rasuah supaya ia dilihat sebagai sesatu yang jijik dan perlu disemai dalam jiwa masyarakat. Ini kita bincang secara terbuka," satu lagi lawak antarabangsa yang tak di jangka bukan sahaja rakyat satu malaysia malah siamang dan beruk afrika pun tergelak pecah - pecah perut apabila di katakan Malaysia nak di jadikan model sebagai salah sebuah negara yang bebas dari rasuah,apakah Muhyiddin tak malu dengan apa yang telah di laporkan oleh media - media antarabangsa tentang apa yang sudah berlaku sebelum ini,apa banggakah Muhyiddin menunjukan Malaysia adalah model mungkin ada diantara peserta Dialog Perkongsian Pintar Global 2009 (Global 2009) akan tertawa kecil mungkin kerana hormat Muhyiddin yang ada di situ kerana mungkin ada di antara mereka yang ada terbaca dalam Daily Mirror atau L.A times mahupun New York Herald Tribune tentang siapa yang merasuah 3 ekor katak di negeri perak,siapa yang di lepaskan oleh SPRM dari di siasat berhubung dengan Rasuah politik dalam pemilihan Agung yang di lakukan oleh pemimpin di dalam parti yang di anggotai oleh Wakil malaysia yang sedang berucap dalam Dialog itu.


Ahli - ahli UMNO pula di ingatkan dan arahkan supaya tidak lagi memanggil PAS,keADILan dan DAP sebagai Pakatan Rakyat dengan alasan PR telah memecah belah kan rakyat,satu lagi tindakan budak - budak yang tak perlu lagi di ulas dengan panjang lebar kerana kalau sampai ke tahap itu lah kenyataan mereka maka UMNO dan Barisan Nasional di lihat semakin terdesak dan tersepit jadi taktik " do it Or die " mungkin taktik terakhir sebelum UMNO tersembam kecundang menyembah bumi.

2 ulasan:

anak selangor berkata...

elok la tu, si subra dengan ju meng masuk pkr... sikit lagi hancur la pkr ko tu..!!!! aku x terkejut diorang ni melompat ke pkr sebab diorang ni antara orang2 yg gila kuasa... tengok la nanti, x mustahil kalau kedua2 mahkluk ni lompat balik ke dalam bn balik... mesti korang ckp si mahkluk 2 ekor ni kena suap ngan duit dan kuasa.... gerenti punya...!! 1 lagi,ko x tahu pasal selangor ko jgn cita bukan2. klu ko nak tahu, selangor masa kerajaan bn pegang, selangor adalah penyumbang utama pada negara..sekarang??? habuk pun x de, pembangunan kat selangor makin lembab.. mana x nya, sibuk sangat ngan kes Beng Hock je.. biar la polis siasat kes tu. ni x dah jadi kerajaan pun nak jadi pembangkang jugak.. ke ulu ke hilir buat bantahan jalanan. menganggu aku balik kerja jer...lebih baik jgn jadi kerajaan.ko tengok lah nanti, pilihan raya akan datang jgn harap la pkr ko tu nak pegang balik selangor...terutama sekali si khalid gagap tu nak pegang lagi... orang selangor dah menyampah nak tengok muka dia..ckp jer bn salah, ko bajet pkr ko tu baik sangat???? klu ikut kan pkr ko tu lagi teruk dari bn...wei bro....bn dah pegang berapa tahun ha???lama kan!!! ni pkr yg baru pegang x sampai setahun dah mcm2 masalah... lepas tu ko bagi alasan kerajaan bn kacau la, baru lagi la... dah la.., aku menyampah betul ngan penulisan ko ni, tolong la keluar n3 ko ni yg betul. jgn la ko nak menipu orang lagi...ko ni memang x reti bersyukur..ada jer masalah.aku cabar ko jawab balik komen aku ni klu pkr ko ni bik la sangat...

LeeSlimShady berkata...

kah..kah..kah..

amacam kawan? Panas hati ke bila dapat tahu kebenaran dan keadilan