Khamis, 20 Ogos 2009

Apa bezanya kelentong Pak Din Sembab

Wak Din Sembab jawab isu jual tanah kepada S'pura- Malaysiakini




Pak Din kesal dengan tohmahan pembangkang kononnya beliau pernah menjual sebidang tanah kepada Singapura semasa menjadi menteri besar Johor.
Katanya, fitnah itu sengaja dilemparkan kepadanya bagi menaikkan kebencian rakyat kepada beliau dan kerajaan BN."Saya ingin menjelaskan bahawa saya (semasa menjadi menteri besar Johor) tidak pernah menjual tanah walau seinci pun kepada Singapura dan ini adalah fitnah semata-mata," kata beliau pada ceramah di Tanjong Putus sempena pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di Bukit Mertajam malam tadi.

Timbalan perdana menteri berkata pembangkang membuat fitnah itu kerana tidak tahu sejarah sebenar wujudnya sebuah pusat penyelenggaraan air di kawasan Sungai Lingiu di Bandar Tenggara, Johor."Saya terpaksa menjawab kerana pembangkang telah membuat fitnah... apa yang berlaku sebenarnya ialah semasa saya menjadi menteri besar, satu hari saya menerima panggilan daripada Madey katanya.

Muhyiddin berkata perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad telah memanggilnya secara mengejut ekoran kunjungan Lee Kuan Yew, perdana menteri Singapura ketika itu, ke Kuala Lumpur untuk berbincang mengenai dua perkara iaitu saluran gas dan bekalan air.Katanya, dalam pertemuan antara Madey, Daim (menteri kewangan ketika itu), Lee dan beliau di Kuala Lumpur itu, perdana menteri Singapura telah mendesak mahukan bekalan air yang cukup dari Johor.

"Lee Kuan Yew sehingga berkata Singapura sanggup berperang jika Malaysia tidak mahu menyalurkan bekalan air yang cukup dan kesal dengan projek saluran air dari Sungai Lingu itu telah lama tergendala."Saya menyatakan bahawa kita tidak mem

punyai wang dan Lee Kuan Yew berkata Singapura sanggup menganggung semua kos dan setelah siap kelak, bangunan dan harta yang dibina itu adalah milik Malaysia sehingga hari ini, jadi Singapura cuma mengeluarkan wang," kata beliau.

Muhyiddin berkata isu kononnya beliau menjual tanah kepada Singapura sebenarnya adalah satu dakwaan yang bodoh dan dilemparkan oleh orang yang tidak tahu sejarah.Sehubungan itu, beliau menggesa agar rakyat tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai dakwaan pembangkang semasa kempen pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir itu.



Kalau bukan istilah jual, istilah apa nak dipakai?? Pajak?? Umpamanya : Kereta yang baru sahaja dibeli Wak Din digunakan oleh Lee Kuan Yew dan entah bila akan dipulangkan semula kepada Pak Din Sembab.. Pak Din sembab tak gunapun kereta tersebut dan mungkin tak akan dapat guna selama-lamanya..

Contoh Kes yang boleh kita patutnya jadikan iktibar ialah Pulau Batu Putih. Tiada bezanya pajak atau jual apabila seluas 21, 600 hektar tanah diserahkan kepada negara luar hanya dengan alasan takut dengan Singapura.. Pemimpin kah itu takut melindungi negaranya sendiri?? Bolehkah Singapura menyerahkan tanah tersebut untuk kegunaan Rakyat Malaysia?? Bila?? Singapura sudah banyak melabur di kawasan tersebut. Siapa nak dipersalahkan?? Ketua geng algojo UMNO yang tewas ditangan Singapura..

Mana ketua geng algojo UMNO yang kononnya memperjuangkan dan kecoh bagai nak rak apabila Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dalam penyusunan kampung-kampung memberi 3000 ekar Tanah lot kepada 47, 000 Rakyat Malaysia berbangsa cina yang memberi pendapatan kepada kerajaan negeri berjumlah lebih 330 juta hasil bayaran premium lot-lot tanah tersebut.. Itupun setelah didahulukan pemberian kepada kampung2 melayu sebayak 102, 000 lot dan beberapa lot bagi orang asli..

Jadi Wahai Rakyat Malaysia semua. Fikir-fikirlah.. Takkan sanggup lagi diperbodohkan hanya kerana dilaungkan slogan Retorik 1 Malaysia ataupun Ketuanan Melayu. Tak kira Melayu, Cina India bersatulah selamatkan Malaysia dari terus diperintah geng BN (Bini Najib). Undilah Pakatan Rakyat.


Tapi aku lagi percaya kat Isham.......



Kah kah kah…. SAJA NAK MENIPU…. Kah kah kah…

Kah kah kah…. BUKAN KES JUAL TANAH PADA SINGAPURA….kah kah kah..

Kah kah kah…. KES ROMPAK TANAH…. kah kah kah..

Kah kah kah… KES PUNTAU MUNTAU… kah kah kah…

Kah kah kah… KES KELEPET HARTA ORANG…. kah kah kah…





Sumber : Ajai (AMK Shah Alam)

Tiada ulasan: