kenapa tak boleh berhimpun?
Artikel 10(1) Perlembagaan Persekutuan Malayasia Menyatakan:
"Setiap warga negara mempunyai Hak untuk berhimpun secara aman tanpa membawa senjata"
Tapi hari rakyat malaysia menggerakkan suara demokrasi untuk berhimpun untuk menyatakan bantahan dan menghantar memorandum kepada yang di pertuan agong untuk memansuhkan Akta Drakonian yang menahan Individu sesuka hati tanpa membicara mereka di mahkamah.Maka dengan itu sekonyong - konyong tukang canang media Algojo melabel kan sebagai satu tindakan menghuru - harakan negara.siapa yang huru hara kan negara? kita cuma berhimpun secara aman dan mahu serahkan memorandum kepada seri paduka baginda yang di pertuan agong,apa yang perlu mereka lakukan untuk mengelakkan dari terjadinya kekecohan hanyalah melepaskan para demonstran ke Istana Negara dan biarkan mereka menyerahkan memorandum kepada yang di pertuan agong,dan selepas itu penganjur demo akan meminta bersurai,maka takkan ada berlaku apa - apa kekecohan yang di perbesar - besarkan oleh geng - geng algojo.Jadi dengan tindakan polis melepaskan tembakan gas dan meriam air kimia ini akan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk.Mana perginya akal KPN dan Hishammudin Tun Hussein?
tindakan ganas pihak polis yang menghalang perhimpunan Mansuhkan ISA yang aman pada Sabtu lalu. Pihak polis telah menangkap 589 orang termasuk 40 wanita dan 44 remaja. Tindakan polis bukan sahaja tidak memainkan peranan yang memberikan perlindungan kepada rakyat jelata malah bercanggah dengan kebebasan berhimpun yang termaktub dalam Perlembagan Persekutuan.
Tak ada belas kasihan kah polis dan KPN pada adik kecil ini
.kasihan adik kecil ini yang jadi mangsa serangan gas
Rakyat terus mara walau apa cara sekali pun
Mara ke Istana Negara.
“Pihak polis tidak profesional serta tidak mengetahui menjaga ketenteraman awam. Jika bilangan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang begitu ramai, water canon yang disediakan serta penutupan jalanraya utama, mengapakah pihak polis tidak berusaha serta berunding dengan pihak penganjur untuk menjaga ketenteraman awam dengan berkesan?
“Kebanyakkan perhimpunan atau demonstrasi yang dijalankan di luar negara boleh diadakan dalam keadaan yang aman dan tenteram, mengapakah pihak polis hanya tahu melepaskan banyak tembakan pemedih mata dan tembakan meriam air yang mengandungi bahan kimia asid terhadap rakyat?”
“Kebanyakkan perhimpunan atau demonstrasi yang dijalankan di luar negara boleh diadakan dalam keadaan yang aman dan tenteram, mengapakah pihak polis hanya tahu melepaskan banyak tembakan pemedih mata dan tembakan meriam air yang mengandungi bahan kimia asid terhadap rakyat?”
Jadi jangan lah ada di antara Barua - Barua (BPN) yang cuba nak labelkan nya sebagai menghuru - harakan negara kerana mereka harus tahu siapa sebenarnya yang huru - harakan negara,mereka harus tahu siapa yang bunuh Ustaz Ibrahim Libya dan menembak mati 32 penduduk kampung memali termasuk Wanita dan kanak - kanak dan menahan 152 yang lain tanpa bicara,
Mereka harus ingat siapa yang huru - hara kan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak dan mengheret Speaker Dewan dengan cara yang amat Zalim sekali !
Walau apapun kata - kata yang nak di hamburkan oleh Barua - Barua Penipu Negara(BPN) selepas ini,mereka harus terima hakikat itu lah suara demokrasi yang harus di hormati Pehimpunan ini tersebut amat menyentuh hati kerana saling membantu di kalangan orang ramai yang tidak mengambil kira kaum apabila diserang oleh tembakan pemedih mata dan meriam air. Rakyat telah menujukkan kematangan dan rasional dalam menyampaikan mesej mereka.
Hapuskan kezaliman,tegak kan kebenaran, tegak kan keADILan
Hidup Rakyat ! Hidup Demokrasi ! Reformasi ! Takbirrr !!! Allah Hu Akbar !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan