Sabtu, 15 Ogos 2009

Si Pengkhianat Dah terdesak nak cari isu kelentong

Siapa Pengkhianat Bangsa? Siapa Pengkhianat Negara, maka terpekik - pekik suara sumbang ahli - ahli geng kongsi gelap United Malays National Organisation menuduh sang wirawan si Anwar adalah Pengkhianat Bangsa....Sang Sasterawan Negara Shahnon Ahmad menganugerahkan gelaran wirawan tetapi geng Kongsi Gelap Algojo United Malays National Organisation berteriak dalam kuantiti yang tak sampai angka ribu - ribu lemon menuduh sang wirawan adalah Pengkhianat..



Jadi kalau mulut aku yang bercakap dan menerangkan tentang kebenaran ,agaknya dah berbuih dah,tapi yang menyatakannya bukan mulut tetapi tangan aku ,kerana dengan tangan inilah aku sampai kebenaran dan keadilan untuk membuktikan siapakah pengkhianat yang sebenarnya..
Jadi tak perlu lah di terangkan secara panjang lebar kerana semenjak 1946 lagi hanya kelompok - kelompok mangkuk ayun - mangkuk ayun ini lah yang telah mem"bebal" kan kepala otak orang - orang melayu.Tetapi malangnya generasi yang lahir pada hari ini yang celik internet dan berupaya menggali semula sejarah walau sejauh mana pun ia di sembunyikan telah menggunakan akal yang bijak dengan menolak kepimpinan Parti yang Korup lagi Khianat.Maka oleh kerana itulah tak ramai orang melayu yang hadir dalam perhimpunan "beruk - beruk Afrika" yang mahu menghimpunkan 10'000 orang semata - mata untuk menuduh orang lain menjadi pengkhianat.Perhimpunan itu yang sepatutnyamenghimpunkan 10,000 ahli tetapi yang hadir hanyalah 400 orang sahaja kerana ini telah menunjukan rakyat sudah naik "menyampah" kepada pertubuhan politik Geng Kongsi Gelap Algojo United Malays National Organisation.Tetapi lihat lah Perhimpunan mansuhkan I.S.A yang di hadiri hampir 100,000 orang yang terdiri bukan sahaja dari penyokong malah rakyat malaysia yang mana rata - ratanya 95% terdiri dari orang melayu,malah ini juga telah menunjukan sokongan orang melayu terhadap parti geng algojo telah merosot begitu teruk malahan Selepas para pengikut Umno berdemonstrasi menyokong kenyataan timbalan presiden mereka, Tan Sri Muhyidin Yasin, para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berdemostrasi hari ini bagi membantah Muhyidin

Mereka mengadakan demonstrasi secara aman itu di hadapan Masjid Kubang Semang, Permatang Pauh selepas solat Jumaat tadi.

Demonstrasi yang disertai para penyokong Pakatan Rakyat (PR) itu diadakan bagi membantah tindakan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kepimpinan Umno yang menggelarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat.

Sepanduk dengan pelbagai luahan rasa oleh penyokong-penyokong PR seperti 'Siapa Pengkhianat', 'Siapa Yang Sebenarnya Mengkhianati Bangsa' dan juga laungan takbir turut memenuhi ruang.

Demonstrasi tersebut turut disertai oleh penyokong-penyokong bukan Melayu yang turut bersimpati dengan kenyataan yang tidak sepatutnya dihamburkan oleh seorang pemimpin negara.

Walau bagaimana pun demonstrasi aman ini tidak tercalar dan tiada berlakunya kekecohan kerana tiada anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) yang datang mengganggu dan menyebabkan kekecohan.

Terdapat juga suara-suara yang berkata sekiranya ada pasukan polis atau FRU yang hadir Imagesudah pasti keadaan aman akan menjadi kelam-kabut dan dipenuhi dengan kacau bilau sepertimana yang berlaku dalam program ceramah Mansuhkan ISA di Taman Guar Perahu, Bukit Mertajam baru-baru ini.Kerana apa? kerana Generasi Melayu yang lahir pada hari ini sudah pandai menilai siapa yang khianat pada bangsa dan siapa yang membela negara. Kerana Tak perlu di terangkan lagi siapa yang cuba nakl bunuh bahasa melayu melalui perlaksanaan PPSMI,tak perlulah nak di terangkan siapa yang hapuskan kuota ekuiti melayu dalam sektor awam,siapa yang jual syarikat makanan ruji kita orang melayu (bernas), siapa yang jual Felda yang sememang nya milik orang melayu dan menteri yang datang ke Tel Aviv dan mengadakan perbincangan tertutup bersama menteri pertahanan Israel itu datang dari Parti Mana.

Jadi pada geng - geng dan blogger - blogger pro Algojo UMNO/BN tolong cermin muka sendiri dan tolong ingat balik kenapa Dato' Onn Jaafar keluar dari UMNO serta Memulaukan pengisytiharan kemerdekaan.Tolong ingat balik kenapa kebanyakan dari bekas Pucuk pemimpin UMNO bila di akhir hayatnya menjadi penentang kerajaan

1 ulasan:

checkmate berkata...

ADA MAKNA DISEBALIK SLOGAN ANWAR PENGKHIANAT YG DIWAR2KAN MUHYIDDIN NI....

MUHYIDDIN ADA AGENDA POLITIK UTK MEROSAKKKAN NAJIB..

ADA SEDIKIT CATATAN MENGENAI TINDAKAN MUHYIDDIN NI DI BLOG SAYA.