Kerajaan Geng algojo Negeri terengganu sehingga ke hari ini tidak tahu apakah nasib yang akan menanti tetapi apa yang jelas keadaanya ialah " bagai telur di hujung tanduk" apabila pertelagahan diantara kedua - dua ketua geng algojo di lihat bagai tiada berpenghujungnya,jika di lihat dari sudut perbincangan Dewan ndangan Terengganu dilihat sukat untuk di bubarkan kerana ia mungkin tak akan mendapat persetujuan mat monggol kerana mat monggol pasti tak akan merestui keputusan membuabarkan DUN terengganu.Ini kerana mat monggol tahu masa ini lah yang di tunggu oleh pahlawan - pahlawan Pakatan untuk menawan semula kubu lama mereka.Tetapi kalau dilihat dari sudut analisis berbeza pula hasilnya kerana apa perlu Datuk Ahmad Said memegang kuasa kalau dia tidak mendapat sokongan sepenuhnya dari ahli - ahlinya sendiri untuk memerintah Negeri Terengganu dan amat memalukan sekali kalau Ahmad Said hanya bergantung kepada Ehsan dari Pembangkang terutamanya ADUN - ADUN dari PAS.Mengapa ini berlaku?
Selepas Pilihanraya 8 March semua calon - calon BN yag bertanding dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu kebanyalan 70% teriri dari penyokong - penyokong Idris Jusoh dan Md.Rosol,ini kerana Idris Jusoh percaya selepas menang dengan majoriti untuk melayakkan BN untuk menubuhkan kerajaan di Terengganu Idris Jusoh percaya dia akan Menjadi Menteri Besar sekali lagi tapi malangnya Sultan Al-Mizan sudajh tidak berkehendakkan khidmatnya lagi,atas sebab apa kita pun tak tahu tetapi sikap Idris Jusoh yang begitu Biadap dengan memulaukan perlantikan Datuk Ahmad Said dari DUN kijal sebagai menteri besar lantas mengarahkan penyokong - penyokongntya berdemonstrasi depan Istana dengan menghambur kata - kata biadap dengan menghina sultan terengganu.Ini termasuklah melabelkan Sultan terengganu sebagai "Binatang" kerana menolak Idris Jusoh sebagai calon Menteri Besar sebaliknya melantik Datuk Ahmad Said.Dengan itu Idris jusoh dang geng - gengnya terutama Md Rosol terus berkonfrantasi terhadap Datuk Ahmad Said.Selama Datuk Ahmad Said menjalankan pentadbiran beliau selalu mendapat tentangan dari ADUN - ADUN nya sendiri dalam membuat keputusan dalam pentadbiran.
Tetapi Datuk Ahmad Said mengatur taktik politiknya kembali.Sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan Negeri Terengganu Datuk Ahmad Said telah menggunakan kuasanya sebagai Pengerusi perhubungan negeri untuk mengatur semula ketua - ketua Bahagian UMNO negeri.Dengan itu selepas pemilihan dan perhimpunan agung UMNO yang lalu ketua - ketua bahagian UMNO terengganu yang dipilih semuanya memihak kepada Datuk Ahmad Said,jadi seluruh ketua Bahagian adalah penyokong Datuk Ahmad Said tetapi malangnya ADUN - ADUN pula memihak kepada Idris jusoh dan Md Rosol oleh itu pernah beberapa kali mengugut untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.Ini kerana Datuk ahmad Said percaya kalau Pilihanraya Negeri di adakan sekali pastinya ADUN - ADUN yang menang akan memberi sokongan penuh pada Datuk Ahmad Said dan mudahlah pada Datuk Ahmad Said untuk menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar tanpa perlu mendapatkan sokongan dari ADUN - ADUN pembangkang terutamanya dari PAS.Walaubagaimanapun itu satu peluang yang cerah bagi Pakatan untuk merampas semula terengganu dari geng algojo kerana pada ketika artikel ini di tulis ADUN - ADUN telah mengancam akan menyertai Parti keADILan Rakyat walau pun mereka menafikannya sebagaimana yang di laporkan oleh Malaysiakini;
ADUN UMNO NAFI SERTAI PKR - malaysiakini
ADUN Ajil, Rosol Wahid, menafikan laporan sebuah portal berita kononnya beliau dan lapan lagi ADUN bercadang meninggalkan Umno untuk menyertai PKR.
Ketika ditemui pemberita pada persidangan dewan DUN Terengganu hari ini, Rosol berkata beliau bersama ADUN Umno yang lain itu tidak pernah pun berbincang mengenai perkara itu walaupun beliau mengakui masih wujud masalah dalaman dalam kalangan pemimpin parti itu di Terengganu.
"Perkara ini tidak akan berlaku dalam kumpulan kita. Khabar angin ini hanya untuk menimbulkan suasana tidak selesa di kalangan wakil rakyat kita (Umno).
Maka dengan ini akan menguatkan lagi gerak hati Datuk Ahmad Said untuk membubarkan DUN terengganu dan inilah waktu terbaik bagi Pakatan untuk membedil lebih banyak peluru ke kubu geng algojo yang kini amat mudah di tembusi setelah mereka kecundang begitu teruk dalam 7 pertempuran.Kali ini ada pulak geng algojo yang dah nak belajar jadi katak pulak mudah ke keADILan nak terima sampah - sampah nie?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan