Isnin, 7 September 2009

Ingatlah wahai penduduk Shah Alam

Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani dengan lafaz bismillah,

firman Allah S.W.T dalam surah al-an'nam ayat 108 :

Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.”(Al-An’am: 108).”

[kuil1.jpg]



[kuil2.jpg]

Apakah ini yang diajarkan oleh Rasullulah S.A.W suatu ketika dulu? apakah ini yang di didik oleh nabi? sungguh memalukan bangsa melayu yang mengaku beragama islam tapi mengingkari ajaran dan garispanduan yang telah diberikan oleh islam terhadap penganut agama - agama lainhttp://www.buletinonline.net/images/stories/berita9/araklembu.jpg

Apakah ini yang mereka katakan sebagai islam sehingga ada yangterang - terang sanggup menjadi munafiq dengan mengejek laungan takbir.Oleh itu ingatlah wahai penduduk - penduduk Shah alam yang berakal waras,ini semua tidak lebih dari sekadar perancangan permainan politik yang telah di main kan oleh UMNO dan Barisan Nasional.Ingatkah kita pada awal penggal pentadbiran Pakatan Rakyat apa yang telah dilakukan oleh juak - juak ini? Pada mulanya mereka mengarak sepanduk yang berlukis kepala babi ke bangunan SUK dan kemudian di ikuti dengan pelajar - pelajar UiTM dan pada hari ini pula dengan perarakan kepala lembu.Sudah jelas akan permainan politik UMNO untuk memecah belahkan keharmonian masyarakat dalam negeri selangor dengan hanya memainkan sentimen perkauman dan keagamaan.Sokongan rakyat kepada BN semakin hari semakin merosot,kekalahan demi kekalahan mereka telah mereka terima dalam setiap pilihanraya kecil oleh kerana itu jadilah mereka seperti seorang tebusan yang meronta - ronta kesakitan.Kalau tuan - tuan semua boleh berfikir secara waras apakah apakah mereka ini lakukan semua itu(mengarak kepala lembu) secara ikhlas? apakah ia demi agama atau kepentingan rakyat.Apakah tuan - tuan rakyat Shah Alam masih ingat akan memori yang takkan terpadam dari ingatan .

Tatkala pemerintahan Khir Toyo mengarah supaya surau al-ijtimaiah supaya dirobohkan sehingga para aktivis dan penduduk kampung rimba jaya membuat benteng manusia namun dengan bantuan FRU dan penguatkuasa kerja - kerja merobohkan surau itu tetap di jalankan seperti biasa.

[surauberembang2.jpg]

[berembang3.jpg]

lihatlah betapa ramai aktivis - aktivis yang di tangkap ketika cuba mempertahankan surau berkenaan dari di robohkan oleh pentadbiran Khir Toyo,kita masih ingat lagi tangisan penduduk kampung rimba jaya yang kecewa akan pentadbiran khir toyo,kita masih ingat lagi surau di seksyen 9 yang pernah di kunci sepanjang bulan ramadhan atas arahan Pentadbiran Khir Toyo ,kita masih ingat lagi betapa pemandu jentolak pernah menitiskan air mata ketika dia terpaksa menerima arahan dari kerajaan BN untuk merobohkan masjid kampung berembang tatpi yang peliknya sampai ke tahap itu pun pada ketika itu kita tak melihat walau seekor pun juak - juak yang mengaku silam ini mengarak kepala lembu ke bangunan SUK ketika Khir Toyo sedang berkuasa.Maka benarlah ini cuma sekadar "political Game Plan" yang telah di mainkan oleh UMNO dan Barisan Nasional untuk merampas semula negeri selangor.

Sehingga pada satu ketika Presiden algojo pernah berkata bahawa negeri selangor adalah nadi pembangunan negara jadi betapa pentingnya negeri yang paling kaya ini harus di tawan semula dengan apa cara sekalipun,oleh itu cari yang paling baik adalah menghuru - harakan negeri selangor dengan menyebarkan sentimen perkauman dan keagamaan dengan harapan apabila negeri ini huru - hara maka ketua polis negeri akan memohon pada Sultan untuk mengisytiharkan darurat maka dengan itu Dewan Undangan Negeri Selangor akan di gantung dan di gantikan dengan Majlis Gerakan Negeri (MAGERAN) yang akan di anggotai oleh juak - juak algojo,itulah sasaran propaganda mereka oleh dengan itu jangan lah kita terperangkap dengan helah dan permainan politik secara kotor ini.Dengan memainkan sentimen agama dan perkauman semata - mata mahukan negeri selangor ini semula,menggunakan taktik "machiavelli" semata - mata mahu memenuhi kepentingan politik dan peribadi.

Tiada ulasan: