ISA: Teliti lima perkara
PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Majlis Peguam perlu meneliti terlebih dahulu lima perkara yang sering menjadi pertikaian membabitkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum meminta akta itu dihapuskan.
Beliau berkata, sekiranya lima perkara itu dapat memenuhi kebimbangan mereka melalui pindaan akta tersebut, maka akta baru tidak perlu digubal.
Katanya, secara keseluruhan, beliau berpuas hati dengan pertemuan yang diadakan dengan beberapa pihak sebelum ini berhubung cadangan pindaan ke atas ISA.
“Jadi dalam hal ini, sesi kita untuk berjumpa dengan pihak-pihak berkenaan, merupakan satu pendekatan yang baik dan membawa hasil yang membantu daripada kita membuat pendirian yang beremosi atau berdemonstrasi di tengah-tengah jalan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasca-kabinet peringkat kementerian di sini, semalam.
Lima perkara itu ialah membabitkan soal tempoh tahanan, layanan ke atas tahanan dan nasib ahli keluarga mereka, kuasa menteri, persepsi tentang penyalahgunaan ISA bagi kepentingan politik dan penahanan tanpa bicara.
Kementerian Dalam Negeri sebelum ini telah mengadakan lima sesi pertemuan awam melibatkan agensi-agensi penguatkuasa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pakar-pakar akademik, pengamal undang-undang, ahli politik, ahli Parlimen serta individu.
:Semalam, dalam pertemuan awam Hishammuddin dengan beberapa pihak termasuk Majlis Peguam, majlis itu tetap dengan pendiriannya mahu ISA dihapuskan dan satu akta baru dibentangkan di Parlimen.
Hishammuddin berkata, draf pindaan akta itu kini di peringkat akhir dan cadangan daripada pelbagai pihak berhubung pindaan akta tersebut masih dialu-alukan.
Sementara itu, beliau berkata kira-kira 80 peratus permohonan membabitkan kewarganegaraan, pendaftaran lewat kelahiran dan pemastautin tetap (PR) telah dapat diselesaikan dan selebihnya akan diselesaikan sebelum hujung tahun ini.
Bulan lalu, 70 peratus daripada 143,099 permohonan membabitkan taraf kewarganegaraan, permit masuk dan pendaftaran lewat sijil kelahiran yang tertunggak sehingga Januari lalu telah siap diproses.
Permohonan paling banyak diterima adalah pendaftaran lewat sijil kelahiran melibatkan 93,360 permohonan manakala taraf kewarganegaraan adalah 32,927 permohonan dan 16,812 permohonan untuk permit masuk. - Bernama Woii!! bangang !ni sekarang kita cerita apa ni? kita cerita pasal I.S.A ke..atau pasal pendaftaran masuk orang asing atau I.S.A ? Eloww...brader sham bukan setakat 5 perkara je yang di pertikaikan kalau nak tau banyak dan lebih dari itu....sebab itu tak campur lagi dengan kes yang di buka di suhakam yang menunjukkan seorang Gadis yang berkerja di JPN di tahan Di bawah I.S.A atas kesalahan mengeluarkan 300 kad pengenalan.Bukan setakat 5 perkara je aku nak tau mana Janji Mat Monggol kata nak kaji semula Pemansuhan I.S.A tuhh?? mana? mana? ini dah nak masuk hujung tahun dah mana janji - janji tu semua? Braderr!!! bukan itu maksud yang sebenarnya ia lebih kepada 5 perkara dan yang paling di pertikakan adalah akta ini telah di gunakan sebagai jalan singkat untuk menyelesaikan sesuatu kes.Akta ini juga di gunakan untuk menakut - nakutkan rakyat dalam menyuarakan sesuatu hal contohnya kebebasan bersuara dan akta ini telah menongkah prinsip perundangan yang menyatakan"the is Innocent untill they proven Guilty"......lahh Booodooh!!!!! Braderr Sham...tolong kurangkan sikit SB - SB yang mengintai - ngintai di setiap forum rakyat dan Universiti,kalau nak masuk bagi salam...... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan