Rabu, 28 Oktober 2009

Kenyataan Ustaz Nasha dan Hasan Ali bertentangan dengan keputusan Muktamar




1.Isu kerajaan Perpaduan antara PAS dan Algojo ini sebenarnya telah di bincangkan oleh seluruh pimpinan atasan Pas. Tuan Guru Nik Aziz tiada dalam perbincangan ini.



2.Seluruh Pimpinan PAS lah yang telah mencadangkan idea Kerajaan Perpaduan ini yang di ketuai oleh Haji Hadi sebagai Presiden tertinggi PAS.



3.Datuk Husam Musa memainkan peranan yang besar dalam membawa agenda Anwar Ibrahim meresap masuk dalam Politik PAS.


Itu adalah antar kenyataan -Kenyataan Ustaz Nasha dalam pertemuan antara blogger - blogger pada malam kelmarin kerana apa yang di pertikaikan di sini Ialah walau apa pun kenyataan Ustaz Nasha dan Hasan Ali jelas sekali kenyataan itu di buat di luar keputusan jemaah yang telah bermuktamar beberapa bulan lalu di Stadium Malawati Shah Alam.

Secara Jelas nya saya juga berada ketika muktamar tersebut pada ketika Ustaz Zul salah seorang Exco Pemuda PAS telah menyelar Ustaz Nasha dalam isu rundingan Kerajaan Perpaduan lantas Di sokong oleh AJK Lujnah PAS Pusat iaitu YB Haji Khalid Samad yang mana Beliau juga adalah Ahli Parlimen Shah Alam.

banyak Persoalan yang bermain di sini antaranya:

1.Kata Ustaz Nasha isu Rundingan itu tlah di persetujui oleh semua Pimpinan Jemaah?

tetapi kenapa tak di luluskan oleh Muktamar?

Ini jelas secara majoriti nya Cadangan ini telah di tentang oleh keseluruhan suara Majoriti di dalam PAS.

Begitu Juga dengan kenyataan Ke-2

3.Bagai mana boleh di pertikaikan Datuk Husam yang membawa masuk Agenda Anwar meresap ke dalam kerana PAS kerana kiranya itu terjadi sudah tentu ada Perwakilan dan Majlis syura yang akan mempertikaikan dalam muktamar.

4.Mengapa rundingan itu di jalankan tanpa Mursyidul Am? apakah Tuan Guru yang bertindak sebagai penasihat dan pemimpin tertinggi Parti sudah tak punya apa - apa peranan lagi?

apakah ini semua menjuruskan kepada Opportunisme?


Tiada ulasan: