Selasa, 20 Oktober 2009

Lopeh Bagan Pinang Algojo kono ngadap duo laie pilihan ghayo

Algojo sangka kan Bagan Pinang adalah Pilihanraya yang terakhir bagi mereka,walau apa pun yang akan di nafikan oleh algojo kali ini mereka telah terperangkap untuk mengadakan dua lagi p[ilihanraya kecil di negeri sembilan.Kita pun sudah biasa mendengar penafian dan kelentongan algojo kerana semua pasti ingat lagi pada ketika Pak Lah menjadi perdana Menteri,Pak Lah kata Parlimen tak akan di bubarkan tapi tengok - tengok Pak Lah bubarkan jugak dengan alasan katanya dia telah mendapat ilham untuk mengadakan pilihanraya pada 8 march.

Kali ni Algojo menafikan lagi bahawa ada dua lagi Pilihanraya di negeri sembilan.Walau apa pun yang cuba nak di kelentongkan dek algojo penduduk kolo pilah termasuk saya sendiri yang berasal dari lembah adat itu sudah tahu dan faham yang mana DUN Johol dalam parlimen Kuala Pilah yang mana Wakil Rakyatnya Datuk Roslan Md Yusuf, yang kini gagal menjalankan tugas sebagai wakil rakyat kerana menderita sakit barah. Menurut sumber yang rapat dengan beliau, Roslan yang pada awalnya mengalami barah postat namun selepas pembedahan membuang sel kanser postat, sel kanser tersebut menjangkit ke tulang dan beliau kini menghadapi kanser tulang tahap serius. Lebih serius lagi beliau mengalami kecederaan tulang (belakang) sebelum ramadhan lepas dan kini hanya terlantar.

Banyak rungutan kedengaran di kawasan beliau dimana beliau payah ditemui dan banyak kes masalah rakyat tertangguh.Walaupun Datuk Malek Hasan selaku Timbalan ketua Bahagian Algojo Kuala Pilah. Dalam kenyataan penafian tersebut konon nya isu perletakan jawatan (mengosongkan kerusi) kerana masalah kesihatan dan gagal menemui rakyat tidak timbul kerana kononn ya jentera Algojo yang lain termasuk Malek Hassan sendiri sering ke Johol untuk membantu.

"Woitt...ni sekarang apo pulak yang jadi yang berhormat ni woitt???? Tok Roslan ko Tok Malek?


Menurut kata cerita dari orang - orang kampung sendiri yang terdiri dari geng - geng otai Algojo mengatakan yang mana ADUN Johol sudah menghantar permohonan perletakan jawatan tetapi masih 'tertahan' di peringkat atasan. Namun kerana momentum kemenangan Bagan Pinang akan buatkan Algojo muula yakin utnutk mengosongkan Kerusi tersebut.
Dari sumber risikan yang di temui kini Algojo Kuala Pilah telah pun mula mengaktifkan bilik - bilik gerakan mereka malah ada di antara pemimpin Bahagian telah mula melobi calon PRK.

Satu lagi Area yang mungkin akan menghadapi pilihanraya ialah Kawaan Lenggeng tapi ini belum dapat di pastikan lagi kerana di mana ADUN Lenggeng, YB Mustafa Salim sedang dalam kes perbicaraan rasuah. Kes tersebut cukup mudah, fakta kes ialah Mustafa meminta wang dari kontraktor. Kontraktor tersebut telah membuat aduan kepada SPRM. SPRM telah memberikan wang (perangkap) untuk diserahkan oleh kontraktor tersebut kepada Mustafa. Ketika penyerahan SPRM telah menyerbu dan menangkap Mustafa bersama wang,Jadi seperti biasalah SPRM dan Mahkamah akan di gunakan untuk melewatkan proses pilihanraya kecil atau kemungkinan besar Mustafa akan terlepas dari tuduhan tersebut bagi mengelak kan algojo dari terkena Pilihan Raya kecil lagi,kerana tarikh akhir untuk diadakan PRK ialah 8 mac 2010. Undang - undang Pilihanraya Malaysia selepas tiga tahun dari tarikh PRU maka tidak akan diadakan PRK walaupun apa alasan jadi macam biasalah pada ketika ini mungkin Algojo akan menambahkan Dos penyambung hayat pada semua wakil rakyatnya yang dah nak kojol sehingga 8 Mac depan bagi mengelak kan dari sebarang pilihanraya kecil lagi....bagi membolehkan algojo berehat dengan tenang...Tapi pakatan tak akan berdiam diri.

Tiada ulasan: