Khamis, 15 Oktober 2009

Seorang Fatih dari Turki

Erti kata juang itu luas melangit. Fatih the Conquer of Turkey. Aku mahu meluas bicarakan kisah pejuang Islam dari Turki yang telah mati diracuni oleh seorang doktor Yahudi pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze.

Muhammad al-Fatih seorang pemuda 21 yang membebaskan Turki dari kuasa Byzantine lantas menakluki kuasa Constantinople. Baginda adalah antara Sultan yang terbaik di lipatan sejarah Turki berkurun abadnya.ejarah Fatih the Conquer, meresap saat kaki aku jejak di makam Baginda di Turki. Turki yang hebat dengan nilai-nilai seni Islam di tiap rekah buminya, istana megah dari emas permata tinggi nilainya, masjid-masjidnya indah mengumandangkan azan, musik-musik instrumental, karpet-karpet yang halus buatanya dan segalanya indah di mata manusia.

Namun, ada sejarah yang masih bersisa. Kejatuhan Islam kembali dirampas.Penaklukan kuasa Attartuk telah mengubah landskap Islam dan Muslim di Turki."Penjajahan minda" oleh Kamal Attartuk masih ada dan diagungkan oleh kebanyakkan orang Turki. Attartuk digelar 'Bapa Rakyat Turki'. Ada beberapa pendapat mengatakan bahawa Attartuk telah memaksa dan juga menyeksa mereka yang menentang ideologi Kemalisme ketika itu. Ulama-ulama dibunuh, janggut diharamkan,topi diwajibkan,skirt pendek dialukan,tudung diharamkan,dan ikutan cara hidup barat diamalkan.Islam itu hanya dinama.

Hingga kini, dikalangan perempuan Muslim di Turki masih memakai skirt pendek sependek lutut dan bertudung.Tudung masih diharamkan di sekolah, universiti dan bangunan kerajaan. Saat Ramadhan pun, masih juga ramai yang tidak segan-silu makan dikhalayak ramai, seperti hari-hari biasa.Mataku yang memandang tak henti-henti mengucap "kepelikan" budaya Kemalisme yang masih hijau.

Hal ini berlaku kerna kedesakan Kemal untuk memasukkan Turki dalam Europeon Union (EU). Keadaan memaksa Kemal untuk bertindak menidakkan kehidupan Islam dan menyerapkan cara hidup Barat agar Turki dipilih dalam golongan EU. Meski pun Turki berjaya memasuki EU, aku masih lihat pengemis dijalanan.Ramai dan fakir.


Turki sebuah negara Islam yang sekular. Namun begitu Alhamdullilah, masjid di Turki sentiasa dipenuhi jemaah, azan-azan yang telah lama tidak ku dengari terasa rindu pula menyentap keindahan azan itu, orang2 Turki pula baik, mesra dan peramah.Lagi2 dengan orang Malaysia.Kebanyakkan mereka kenal Malaysia dan suka dengan negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam. MasyAllah..

Itu sedikit laskar kisah semalam yang telah diperam.

Salam perjuangan dari Swansea
http://gadisreformasi.blogspot.com

1 ulasan:

LeeSlimShady berkata...

setahu aku Attaurk seorang Yahudi bukan....

Gerakan Attarturk ni sama la dengan Gerakan Algojo United Monkey of National Oldies....

heh..heh..heh