Ahad, 22 November 2009

Misi Kelentong Utusan Melalok Gagal

Nik Aziz nafi Husam letak jawatan parti

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam, menafikan Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa akan melepaskan jawatan dalam parti dan Kerajaan Negeri itu.

Beliau berkata, Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan merupakan seorang pemimpin yang pintar dan berpandangan jauh serta banyak membantu rakyat di negeri ini.

Mursyidul Am Pas itu menyifatkan tindakan sebuah akhbar arus perdana yang menyiarkan laporan itu, semalam, sebagai usaha untuk memecahbelahkan Pas dan melariskan jualan akhbar berkenaan.

“Saya baca sebuah akhbar dan berasa terlalu amat terkejut dengan laporan yang dibuat, tajuknya Husam :letak jawatan, walaupun ada tanda soal.

“Ia dibuat semata untuk laris jualan surat khabar, tak kira hati orang luka satu perkara dukacita dalam masyarakat kita. Saya tak sebut tiba-tiba keluar muka depan, menggores hati orang yang sakit,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Kota Darulnaim, semalam.

Laporan itu yang memetik beberapa sumber menyatakan bahawa, Nik Abdul Aziz bagaimanapun tidak setuju dengan hasrat Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan itu sebaliknya memberi cuti selama lima hari kepada untuk berehat dan menenangkan fikiran.

Sebelum ini, Husam dipetik dalam sebuah portal berita menyatakan bahawa wujud konspirasi untuk menjatuhkan beliau dengan melaga-lagakannya dengan mentornya, Nik Abdul Aziz.

Nik Abdul Aziz berkata, jika benar sekali pun Husam melahirkan hasrat untuk meletakkan jawatan, beliau sama sekali tidak akan membenarkan perkara itu berlaku.

“Husam ini Allah buat bukan untuk Kelantan sahaja tapi untuk Malaysia, budak yang cerdik, pengalaman banyak pemikiran jauh ke depan. Rakyat Kelantan banyak terima buah fikiran yang baik daripada Husam termasuk ambil balik tanah Felcra yang banyak, wujudkan sistem kifalah, yang memberi kebaikan kepada yang hidup dan orang kurang upaya,” katanya.

Mengulas pertemuan empat mata dengan Husam dan pemberian cuti selama lima hari, Nik Abdul Aziz berkata: "Husam datang ke pejabat saya pada hari Selasa beri tahu bahawa doktor nasihat masuk hospital lima hari kerana tulang belakang ada masalah...masalah hendak berundur tidak ada langsung dalam kepala dia atau kepala saya.”

Sementara itu, mengulas mengenai isu tersebut, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed menyifatkan krisis yang berlaku kini menunjukkan bahawa Pas Kelantan tidak pernah sunyi daripada isu perpecahan.

Spekulasi letak jawatan propaganda murahan

SHAH ALAM – Pas Pusat menafikan spekulasi Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa berhasrat melepaskan semua jawatan dalam parti dan Kerajaan Negeri sebaliknya menganggap kenyataan itu sebagai propaganda murahan UMNO berniat jahat memecahbelahkan parti itu.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, UMNO melalui media arus perdananya sengaja mencetuskan propaganda murahan itu bagi mempengaruhi rakyat kononnya Pas sedang menghadapi krisis dalaman yang sangat kritikal.

“Perkara ini tidak pernah berlaku dalam politik Pas dan ini jelas sebagai satu pembohongan. Malah, sewaktu Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat semalam, Datuk Husam hadir dan tidak timbul langsung isu ini.




HAHAHA....TERBARAI AKHIRNYA MISI NAK KELENTONG RAKYAT SATU MALAYSIA,ITU HARI KELENTONG,HARI NI PUN NAK KELENTONG ,PANTANG PAS NI BERBALAH SIKIT DAH DI KATANYA DAH NAK BERPECAH,INI SURAT KHABAR CABUK PATUTNYA DAH MAIN JAUH - JAUH,KELENTONG RAKYAT SATU MALAYSIA KAW - KAW.

MAKA DENGAN BETUL KATA SAUDARA HISHAMMUDIN RAIS BAHAWA KALAU KITA NAK MENRUNGKAI KELENTONG - KELENTONG YANG DI BAWA OLEH UTUSAN MELALOK DAN KELENTONG -KELENTONG YANG DI BAWA OLEH BERITA HAIRAN NI KITA KENA LAH BACA SECARA TERBALIK BARU LAH MAKLUMAT YANG DI BAWA OLEH MELALOK ITU TEPAT DAN TAK MELALOK GILA - BABI.MAKA MAKLUMAT ITU AKAN JADI TEPAT SECARA GILA - BABI SEBAB UTUSAN MELALOK MEMANG UTUSAN MELAYU KETIKA BEKAS PRESIDEN SINGAPURA IAITU YUSUF ISHAK YANG MENJADI PENGASAS NYA MEMPELOPORI UTUSAN SUPAYA MENJADI SALAH SATU LIDAH PERJUANGAN BANGSA TAPI BILA UNTED MUNKEE DAH AMBIL ALIH DAN TERAJANG YUSUF ISHAK KE SINGAPURA LANTAS DI ANGKAT OLEH LEE KUAN YEW SEBAGAI PRESIDEN SINGAPURA MAKA JADI LAH UTUSAN MELAYU MELALOK GILA BABI.

MASA YUSUF ISHAK DI TENDANG SECARA ZALIM OLEH UNITED MINKEE ,ALLAHYARHAM YUSUF ISHAK LUPA NAK BAGI TAHU CARA - CARA NAK MEMBACA UTUSAN MELAYU DENGAN BETUL.

TAPI TERIMA KASIH KEPADA HISHAMMUDIN RAIS KERANA TELAH MMEBERITAHU CARA - CARA YANG BETUL UNTUK MEMBACA UTUSAN MELALOK AGAR TAK MELALOK SECARA GILA - BABI.

Tiada ulasan: