Rabu, 18 November 2009

Pakatan Bakal terima kekalahan ke - 2 di PRK Kota SiPuteh

Pilihanraya Kecil Kota Siputeh bakal diadakan jika tidak ada sebarang ‘kejutan’ selepas ini. Walau bagaimanapun paling awal pun tahun depan baru pilihanraya tersebut dapat diadakan. Ini memandangkan SPR dan UMNO akan membuat rayuan berbeza sehingga ke Mahkamah Persekutuan. Sudah pasti ia akan mengambil tempoh yang lama sehingga rayuan di dengar di peringkat tertinggi sistem kehakiman negara. Tidak mustahil pilihanraya Kota Siputeh akan diadakan serentak dengan pilihanraya umum!

Jika pilihanraya diadakan dalam tempoh terdekat, peluang PAS untuk menang adalah sukar. Hakikat yang perlu disedari Kota Siputeh terletak dalam kubu UMNO di Parlimen Jerlun. PAS hanya menang dua kali sepanjang sejarah pilihanraya iaitu pada tahun 1969 dan 1999. Salah seorang bekas calon PAS Kota Siputeh, Cikgu Wahab Abdul Rahman yang pernah ditukar kerana faktor politik di Kuala Rompin Pahang pasti mengakui keperitan bertanding di Kota Siputeh.

Perkara ini turut diakui oleh Menteri Besar yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato Seri Azizan Razak.“Peluang ada dalam mana-mana pertandingan tetapi ini kubu kuat UMNO sejak mula dan kami tahu tidak mudah untuk PAS menang di situ.

Walau bagaimanapun tidak mustahil PAS bakal menumbangkan UMNO di situ asalkan semua jentera PAS di semua peringkat melipat gandakan gerak kerja dan dalam masa yang sama mengenepikan sebarang hal remeh temeh yang boleh mengggugat peluang PAS yang berpotensi untuk menang sekali lagi di Kota Siputeh.

Umno Prihatin, PAS yang zalim..betulkah ?? Ikuti paparan eksklusif oleh wartawan Pembela dari KedahLanie, perihal apa yang berlaku di Kota Siputeh dibawah.



Tinjauan umum di Dun Kota Siputeh….

Dun Kota Siputeh merupakan kubu UMNO/BN sejak sekian lama. Ia terletak di dalam Parlimen Jerlun, juga termasuk di dalam PBT Kubang Pasu. Di mana, Adun dan MPnya adalah dari UMNO/BN. Adun Kota Siputeh ialah Datuk Abu Hassan Sharif yang telah dirujuk sebagai Adun yang tidak hadir dua kali berturut-turut dalam Sidang Dun Kedah atas alasan sakit. Sebaliknya MP Jerlun pula diwakili oleh anak mantan Perdana Menteri Malaysia, juga Presiden UMNO iaitu Datuk Mukhriz Mahathir.

Dari tinjaun yang dijalankan oleh Penyelaras Dun Kota Siputeh (PAS), Ustaz Ismail Wan Teh dan sukarelawan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pembela kelmarin di Kg Raja, Mukim Pering dalam Dun Kota Siputeh mendapati masih ramai rakyat di dalam di situ yang hidup daif dan berada di bawah paras kemiskinan ataupun miskin tegar.

Kisah 1 : Norazizi Zakaria, 27 tahun yang tinggal bersama suami dan anak sulungnya berumur 7 bulan di dalam sebuah rumah kecil di pinggir hutan di Kg Raja, Mukim Pering. Ketika ditanya kepadanya pengertian dan nikmat kemerdekaan, Norazizi berkata, tak ada apa-apa nikmat yang dia dapat…saya cuma hidup dalam rumah kecil ni saja.



“Inilah rumah kami tiga beranak sejak 4 tahun lalu. Tak ada duit nak besarkan rumah. Api tak ada..guna pelita saja. Air minuman dan mandi ….menumpang dari rumah jiran-jiran terdekat, katanya. Norazizi berkata, wakil rakyat tak pernah datang menjenguk, kecuali musim pilihanraya ramailah yang datang”.

Kisah 2 : Hatiah Ismail, 39 tahun yang tinggal di sebuah rumah yang masih tidak mempunyai bekalan elektrik. Menurut Hatiah, sudah lama dia merayu dari Wakil Rakyat dan JKKP di dalam kampongnya untuk menguruskan bekalan elektrik. Sehingga kini…mereka tidak melayan bahkan kadangkala menyindirnya kerana suaminya adalah seorang ahli PAS..



Tinjauan juga mendapati bahawa dia mempunyai 3 anak yang masih bersekolah di peringkat rendah, kadangkala tidak dapat menghantar anak ke sekolah kerana tidak mempunyai wang cukup perbelanjaan.

Sementara itu Mahadzir Saad, suami kepada Hatiah berkata, UMNO di situ minta dia menjadi ahli UMNO terlebih dahulu jika mahu mendapat bantuan yang sewajarnya dari pihak kerajaan.

“Kalau tak mahu jadi ahli UMNO…pi lah minta kat PAS. Tengoklah mereka boleh beri apa pada kamu, katanya yang mengadu diejek oleh ahli UMNO di situ.
Jika ini lah yang benar - benar terjadi

.BOIKOT PAS DI SEPUTEH SEANDAINYA BERLAKU PRK.AJAR MEREKA SUPAYA JANGAN HANYA PANDAI BERCAKAP PASAL ISLAM SAHAJA TETAPI KEBAJIKAN RAKYAT TERABAI

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya tidaklah menyebelahi mana2 pihak tetapi kita harus sedar bahawa untuk mentadbir negeri dalam keadaan kewangan yang tidak stabil adalah satu masalah besar terutamanya Kedah. Peruntukan di tempat2 yang macam saudara ceritakan adalah peruntukan yang sepatutnya datang dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Negeri hanya mentadbir sahaja peruntukan tersebut. Apa yang berlaku sekarang ialah peruntukan tersebut telah disekat daripada melalui kerajaan negeri sebaliknya ia dihantar terus melalui JKKKP atau UMNO Bahagian.Itulah yang Ustaz Azizan rayukan semasa mula menjawat jawatan Menteri Besar. Untuk Kemiskinan dalam bandar pula peruntukannya datang daripada Kementerian Perumahan dan kerajaan tempatan. Peruntukan tersebut juga tidak masuk lagi kedalam akaun Kerajaan Negeri sebaliknya ia masuk terus ke pejabat2 kerajaan Pusat yang diselia di bawah Jabatan Perdana Menteri. Pejabat2 ini dibuka di setiap kawasan PBT contohnya di Klang dimana ianya dibuka di Bandar Botanic berhadapan Jaya Jusco Bukit Tinggi. Kalau rakyat nak bantuan... rakyat terpaksa pergi ke pejabat tersebut. Kerajaan Pusat sanggup buang duit rakyat menyewa rumah kedai milik swasta daripada menyewa pejabat2 kerajaan di Selangor. Kerana apa? Kerana Selangor dan Kedah adalah milik Pakatan Rakyat... Begitu juga di Penang dan Kelantan. Jadi kesimpulannya di sini janganlah ingat bila kita mentadbir negeri kita boleh buat apa yang kita suka kerana banyak sangat peraturan dan undang2 yang kita kena patuhi disebabkan negara kita ada Akta Parlimen. Banyak Akta digubal dan diluluskan di Parlimen. Suka atau tidak kita kena dapatkan Malaysia dan Perdana Menterinya mestilah datang daripada Pakatan Rakyat... Banyak nak tulis ni tapi tak laratlah nak taip...

LeeSlimShady berkata...

Tapi tak sikit banyak....kerajaan negeri kenalah ada usaha nak bantu rakyat...bukan dok tunggu aja.....