Menantu Nik Aziz letak jawatan
sumber : Malaysia kini
Menantu tokoh PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilanda kontroversi sejak dua minggu lepas meletakkan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Abdul Ariffahmi Abd Rahman, yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menjadi fokus kontroversi apabila memecat Syed Azidi Syed Abdul Aziz, seorang pegawai kanan exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa.
Beliau, yang juga seorang exco Pemuda PAS Kelantan, mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media hari ini.
Surat rasmi peletakkan jawatan tersebut bagaimanapun belum diserahkan, katanya ringkas kepada Malaysiakini.
Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau juga enggan mengulangi kenyataannya dalam sidang akhbar tersebut.
Sementara itu, menurut media rasmi PAS, Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar ingin "menasihati" menantunya agar melepaskan jawatan tersebut.
Persetujuan itu dilaporkan diumumkan Nik Abdul Aziz pada satu sidang media selepas pertemuan dengan pemimpin kanan PAS di kediaman rasmi menteri besar 10 pagi tadi.
Pertemuan tersebut disertai Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din, Naib Presidennya Salahuddin Ayub dan Bendahari Agung Dr Hatta Ramli, lapor Harakahdaily.net.
"Mereka telah mengemukakan cadangan kepada Nik Abdul Aziz agar menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan

Tahniah Tuan Guru! Bukan semua pemimpin yang berani menasihati anak menantu atau saudara mara terdekat melepaskan jawatan selepas dilanda kontroversi. Hanya pemimpin berjiwa besar sahaja berani melakukannya. Semasa Pak Lah menjadi PM dahulu ramai pihak yang memintanya melakukan apa yang Tuan Guru Nik Aziz berani lakukan hari ini terhadap menantunya Khairy Jamaludin yang dilanda pelbagai kotroversi itu. Tapi sayangnya Pak Lah tidak cukup berani seperti Nik Aziz untuk melakukannya.
Jika kontroversi yang sama melanda PM 1Malaysia yang bernama Najib monggoli itu, cuba teka, adakah Najib akan seberani Tuan Guru Nik Aziz atau penakut seperti bekas bossnya juga?
Hari ini tersiar berita yang bakal menguji keberanian Mat Monggol apabila adiknya, Datuk Seri Nazir Tun Razak bersama isterinya, Datin Seri Azalina Aziz didakwa menguasai saham CIMB bernilai RM30 juta. Perkara itu didedahkan oleh Chegubard di dalam blognya, http://chegubard.blogspot.com. Pendedahan Chegu Bard adalah berdasarkan Laporan Audit CIMB 2008, halaman 69 yang menyatakan Nazir memiliki 28,253,261 unit saham manakala Azalina pula memiliki 400,000 unit saham berdasarkan laporan yang sama, di halaman 71. Jumlah pemilikan saham Nazir dan Azalina tersebut tidak termasuk saham yang dilupuskan atau dijual pada tahun yang sama.
Itu cuma salah satu cerita mengenai Nazir. Sebelum ini pun ada cerita-cerita negatif lain mengenai adik Mat Monggol itu.
Sekarang kita hendak lihat apa reaksi Mat Monggol. Adakah Mat Monggol akan berani bertindak sesuatu seperti Tuan Guru Nik Aziz atau diam buat-buat tak tau saja? Sebelum ini kita telah melihat apa yang Najib monggoli lakukan apabila ditimpa kontroversi. Dalam banyak kes, Mat Monggol sebelum ini mengambil jalan selamat: diam menikus sebiji macam Pak Lah!
Soalnya kini, adakah Najib akan menjadi pemimpin berjiwa besar, seberani Tuan Guru Nik Aziz?
kalau dah bacul tu bacul jugak lah mat monggol.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan