Jumaat, 15 Januari 2010

25 Kalimah Larangan : "Allah" di kurung oleh UMNO

Hari demi hari dan detik demi detik maka akan kedengaran lah oleh kita kita akan onar yang di lakukan oleh geng - geng United MuNkEeE.Penganut - penganut kristian di kejutkan dengan beberapa siri perbuatan khianat kebakaran gereja tempat ibadat rakan - rakan kristian hampir setiap hari.Maka dengan itu geng - geng United MuNkEeE pun menghala tuduhan tersebut terhadap PAS dan rakan - rakan Pakatan nya.

Kita lihat pada hari mula jumlah gereja yang di bakar hanyalah 2 buah tetapi kini angkanya meningkat kepada 10 buah tak termasuk gereja yang di simbah dengan cat merah.Ini semua di lakukan semata - mata nak menjuarai kes kelentong rakyat.

Hari ini di kemukakan 25 kalimah lagi di larang dari di gunakan oleh rakan - rakan katolik.Apakah artinya ini semua.Mengapa kalimah Allah yang di"konflik" kan? sedangkan kalimah Allah jua turut tertera pada beret tentera dan beret polis yang juga di pakai oleh anggota tentera dan polis yang beragama kristian.Yang peliknya kenapa ini tak di pertikaikan.

Begitu lah kita saksikan betapa jahatnya geng United MuNkEeE yang sanggup meracuni fikiran rakyat satu malaysia khususnya Masyarakat melayu agar melakukan "jihad bangang" kepada orang - orang kristian .Sedangkan ini di tegah oleh agama islam kerana orang bukan islam tak boleh di perangi selagi mereka tak menimbulkan mudarat pada orang Islam.

Perang salib yang di lancarkan oleh geng - geng United MuNkEeE kini bermatlamat untuk mengurung "Allah" dan menjadikan "Allah" sebagai senjata untuk "membunuh" Pakatan Rakyat Khususnya PAS yang gagal di "pikatnya" silap - silap gaya suatu hari nanti orang islam yang menyertai parti pembangkang pula di usul supaya tak boleh "beragama islam".

Masih ingat lagi dengan kisah kafir - mengkafirkan? masih ingat siapa yang mempersendakan hukum Allah yang di katakan sebagai Hukum primitif? tapi yang cukup menghairankan kita mengapa orang sebegitu yang di angkat sebagai wira islam?

i) "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama".(Mahafiraun, 2.5.1992)


ii) 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'. (Mahafiraun, 14.7.1992)

iii) "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan".( Mat Monggol : 20.4.1993)

iv) "Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud". (Mahafiraun, 1994)

v) "Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum (hudud) yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" (Mahafiraun, 3.3.1994)

vi) 'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'. (Mahafiraun, 3.3.1994)

vii) "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam". (Mahafiraun : 4.8.1994)

viii) "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidak secocok dengan ajaran Islam"(Mahafiraun, 14.4.1994)


ix) "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain, akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat" (Mahafiraun, 5.9.1997)
x) "Apa erti pembentukan negara Islam jika ia mundur". (Pak Lah: 13.11.1999)

Itu lah melayu sabar dan setia tanpa sempadan.Walau apa pun kata melayu feudal maka itu lah kebenaran yang mutlak.Itu lah melayu rela menderhaka pada makna tapi tidak pada tanda.Alamat nya tak dapat lah menderhaka pada feudalisme kerana hukumannya akan di campak ke neraka selama tujuh tahun(sarivu tjuh kulo ko) kerana ini semua inginkan hadiah dan nikmat sementara dari syurga "fantasi"(labuh nasi svarggah)

Islam yang pertama kali datang ke Alam Melayu tidak terus mendakap rakyat. Tapi bersimpuh dulu ke lantai istana. Islamlah istana, bererti Islamlah seluruh rakyat jelata. Bertolak saat itu, iman pada Melayu lebih dikenal dari tanda bukan dari makna. Beransur-ansur bersemilah iman istana.

Tanpa ehsan, kata istana adalah kata absah. Sebuah hukum saja: derhaka tetap derhaka, murka tetap murka, hukuman tetap hukuman. Tiada pilihan melainkan, Melayu harus ¨setia dan sabar tanpa sempadan.¨ Ini lah kebodohan yang di tampalkan pada hamparan persepsi minda umat melayu.

Sehingga itu pun pemimpinnya mahu meluluhkan bangsa dan bahasanya sendiri, itupun kelak dianggapnya wawasan geliga. Malahan, kita rela hanyut menadah titah tanpa berfikir, lantaran semuanya sudah difikirkan oleh sang pemimpin. Kalau ada gugatan, maka pandai pula mereka berselindung di sebalik tirai kuning dan tabir mimbar(lihat saja fenomena Harussani Zakaria dan tragedi pencabulan demokrasi di perak). Benar sekali Usman Awang. Melayu itu “setia dan sabar tanpa sempadan,” sungguhpun kepimpinannya amat sewel dan Sungguhpun persepsinya amat bebal sekali.

Sayang sekali buat pemimpin bangsa ´budiman´ ini. Terbentang selonggok laba yang tidak ternilai. Itulah Melayu, resmi lalang. Apa kata pemimpin, itulah kebenaran mutlak! apa sahaja keadaan pemimpin,walau jahat,zalim dan keji terus di terima seadanya(contoh yang paling tepat adalah Najib Tun Razak) Melayu bebal tak bertempat, bodoh tak terdidik,Melayu tegar berselingkuh dalam kebodohan.Melayu rela memilih "sial" dan kemurkaan Tuhan semesta alam.

Berselingkuh dengan "sial" dan kemurkaan "allah" kini lebih hebat dengan kedangkalan mereka dengan mengurung "Allah" dalam sangkar kesesatan agama Feudalisme.

Tunggulah sahaja Balasan yang maha Esa sejurus "Allah" terlepas dari kurungannya pada PRU ke - 13 nanti wahai si MuNkEeE!!!!

Tiada ulasan: