Khamis, 14 Januari 2010

Si Penyamun buat Kelentong Giler


Dalam berita bertajuk "Memotong peruntukan tidak akan memberi kesan yang tinggi pada pendidikan" The Sun melaporkan :

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Wee Ka Siong hari ini menjelaskan bahawa 20% pemotongan peruntukan untuk perkhidmatan seperti yang diarahkan oleh Treasury tidak akan mempengaruhi kesan pada pendidikan di sekolah-sekolah.

"Kami dulu mempunyai anggaran yang sangat nyaman tetapi sekarang kita harus membuat lakukan dengan 20% potongan (dalam hal peruntukan)."Kandungan perkhidmatan hanya diberikan RM30.5 bilion tahun ini, sekarang kekurangan RM1.8 bilion berbanding dengan tahun lalu," katanya.

Kan dah kata dah. Pembohong hidup-hidup bila diorang cakap nak bela Melayu konon. Melayu hanya boleh maju dengan ketinggian iman kepada Allah s.w.t. dan ketinggian ilmu. Kalau peruntukan pendidikan dipotong, tentulah akan melibatkan para pelajar Melayu. Malah, pelajar Melayu paling terjejas.

Di institusi pengajian tinggi, budak-budak masih menanti duit PTPTN yang katanya akan diberikan batch by batch. Pelajar yang kononnya sudah diluluskan permohonan Pinjaman Pelajaran Mara mereka macam menanti tanduk tumbuh atas kepala Mat Monggol (sila baca bagaimana peruntukan untuk institusi-institusi pelajaran di bawah Mara dibantutkan dalam posting bertajuk "Ketuanan dewa-dewa Melayu").

Hari ini, Malaysiakini melaporkan berita bertajuk "Penalis: Ketuanan Melayu 'projek politi kekal kuasa". Semalam, laman berita yang sama menyiarkan berita bertajuk "Nazri bidas pihak main isu ketuanan Melayu".

Bagi yang tidak berpeluang untuk mempelajari apa itu ketuanan Melayu, sila baca posting sebelum ini bertajuk "Gila ketuanan Melayu".

Komedi ketuanan Melayu berterusan lagi. Semalam, The Sun melaporkan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyatakan ketuanan Melayu hanya istilah ciptaan. Ia tidak wujud dalam dunia nyata.

Ketuanan Melayu tidak bermakna sama sekali walau diratib-ratib, dinyanyikan dan ditulis sepanjang hari dan berapa kali sekalipun jika orang-orang Melayu tidak berbuat apa-apa untuk memperbaiki diri merekla, katanya ketika ditemubual oleh Sin Chew.

Sebelum ini, Utusan Online hari ini melaporkan ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim mengingatkan orang Melayu bahawa mereka tidak boleh terlalu bergantung kepada konsep ketuanan kerana ia lebih merupakan perasaan atau ego politik yang tidak disokong oleh kekuatan dalam perjuangan atau peruntukan Perlembagaan negara.

Kalau ketuanan Melayu tidak ada, maknanya gerombolan yang terjerit-jerit mempertahankan ketuanan Melayu itu apa? Kalau kata bangang, mungkin mereka marah. Datuk Seri Cua Soi Lek pula rupa-rupanya disiasat polis kerana benda yang tidak ada (lihat Malaysiakini "Chua disiasat polis isu ketuanan Melayu"). Watak utama video skandal seks itu juga menolak benda yang tidak ada (lihat Malaysiakini "Chua: Kita tidak terima Ketuanan Melayu"). Dan, Presiden MCA pula mengugut untuk keluar Barisan Nasional (BN) kerana benda yang tidak ada. Tengoklah petikan berita The Sun 27/8/08 di bawah:


Adakah bangsa Melayu maju dan bermaruah dengan ketuanan Melayu? Saya tidak tahu sebab saya tak rajin mempelajari pemikiran dewa-dewa Melayu yang ada di antara mereka bertaraf katak.

Yang saya ingat ialah apa yang Ustaz saya ajar. Ustaz kata, maruah kita hanya boleh naik dengan iman dan ilmu. Sebab itulah ketika RasuluLlah s.'a.w. sampai di Madinah dalam peristiwa hijrah yang bersejarah, beliau terus mewujudkan masjid dan pasar.

Masjid sebagai tempat beribadat dan bersujud kepada Allah s.w.t. (nama pun masjid) dan ibadat pula dijadikan institusi sosial, iaitu solat berjemaah. Masjid juga menjadi pusat pendidikan dan institusi ilmu serta lain-lain kegiatan untuk memburu keredhaan Allah.

Pasar pula menjadi pusat kegiatan ekonomi.

Nampak jelas Nabi yang suci menekankan iman dan ilmu di samping kegiatan ekonomi sebagai paksi kekuatan ummah. Beliau tidak pula menekankan istilah ciptaan yang tidak wujud di dunia nyata, perasaan atau ego politik.

Malangnya, orang Melayu yang beragama Islam tidak ikut apa yang Nabi buat. Orang lain yang ikut.

Sejarah membuktikan, dalam tempoh Perjanjian Balfour dipaksakan oleh penjajah British ke atas orang-orang Islam sehingga wujudnya entiti haram Israel, orang-orang Yahudi sudah mula mendirikan sekolah. Itu antara perkara pertama yang mereka buat.

Batu asas Hebrew University of Jerusalem diletakkan pada tahun 1918 dan pada tahun 1925, orang-orang Yahudi sudah mempunyai universiti di wilayah Palestin yang takluki.

Jangan sakit hatilah kalau orang-orang Yahudi maju. Jangan sakit hatilah kalau "Yahudi" di Malaysia maju.

Anda lihat pula bagaimana sikap para dewa ketuanan Melayu terhadap ilmu.

Sebelum ini, saya menyebut tentang peruntukan kepada MARA ditekan-tekan sehingga berjumlah RM 374,537 juta sahaja bagi tahun 2010 berbanding RM883,785 juta pada 2009 - bagi IKM, peruntukan untuk 2010 hanya RM143 juta berbanding RM403 juta bagi tahun 2009. Giat MARA hanya mendapat RM16 juta bagi tahun 2010 berbanding RM28 juta bagi 2009. Bagi MRSM dan Koleh Sains MARA pula, peruntukan hanya tinggal RM115 juta untuk tahun 2010 berbanding RM254 juta pada tahun 2009 (sila lihat juga di bawah mengenai jumlah pelajar dan pelatih yang dipicit-picit jumlahnya supaya betul-betul kecil).

Atau adakah dewa-dewa suci ketuanan Melayu sebenarnya takut orang-orang Melayu pandai? Boleh jadi benar apa yang diucapkan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub di Dewan Rakyat 7 Disember lalu:

Jadi, kita seolah-olah takut dan bimbang dengan golongan cerdik pandai yang ramai. Takut apa? Takut biasiswa? Dalam email saya yang terbaru Tuan Pengerusi, seorang pelajar yang cemerlang akademiknya yang bagus yang dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang penerbangan surat daripada MARA bertarikh 9 November yang mengatakan bahawa dengan segala dukacitanya dimaklumkan bahawa dengan alasan buat masa ini MARA tidak ada kecukupan peruntukan untuk tujuan ini (gambar surat tersebut ). Belajar pandai-pandai, 153 mana dia? Mana 153? [Disampuk] Ha, 153, biasiswa mana dia? Saya hendak balik kepada jaminan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang dibuat pada sekitar 10 September bahawa kerajaan telah memastikan tambahan RM500 juta lagi kepada MARA. Di mana dia?
Sama-sama kita tergelak nanti dengan standard answers yang bodoh tahap dewa dari depa (kalau baca cerita-cerita dongeng Melayu, raja-raja dan dewa-dewa biasanya jahat-jahat dan bodoh-bodoh belaka).

Adakah duit shopping dan perbelanjaan mengendalikan pemborongan tersebut dikurangkan? Betulkah khabar-khabar angin yang mendakwa Timbalan Perdana Menteri, Wak Din Bebal yang menjaga Kementerian Pendidikan takut terkecut-kecut kepada Bini Mat Monggol, Datin Seri Mama Penguin yang dipaparkan secara implicit dalam laporan media-media arus perdana sebagai sangat berkuasa?

Malah ada dakwaan yang menyiarkhabar bahawa Rosmah juga ditakuti oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang tak takut sikit pun kepada Pak Lah Ngantuk ketika kaki tidur itu menjadi Perdana Menteri. Betulkah sampai begitu sekali berkuasanya isteri kedua Mat Monggol itu?

Fitnah? Wah, satu Malaysia bikin fitnah rupa-rupanya! Hanya pecacai-pecacai bangang pemimpin United MuNkEeE yang tak buat fitnah.

Jangan jual orang la!!!


Tiada ulasan: