Selasa, 5 Januari 2010

Woittt!! apa kau pikir ni enjin kereta kontrol aperr?? kalau nak kelentong pon cari idea yang bagus sikit

[jet.jpg]

Gani ni biar betul ! kelentong macam ni lawak apa? pasal gani cakap hasil siasatan polis mendapati tiada pegawai tertinggi yang terlibat dalam skandal kehilangan dua enjin pesawat pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu mencurigakan. Biar Betul ! Kalau nak bikin lawak pun biarlah siasatan polis siap dulu pasal yang peliknya mangkuk ni boleh membuat ‘kesimpulan’ tiada penglibatan pegawai atasan dalam kes itu, sedangkan polis memberitahu siasatan masih berjalan.

Sah ! memang nampak Gani nak "cover" sesuatu sebab apa yang di pertikaikan di sini Bagaimana pegawai bawahan boleh mencuri dan menjual enjin pesawat ke luar negara? Adakah perkara itu boleh berlaku dengan mudah jika tiada campur tangan pihak atasan.

Pasal ini bukan nya enjin kereta kontrol,tapi ini enjin jet yang bapak ! punya besar,berat pun bukan berkilo - kilo tapi bertan - tan .Adalah tidak logik hanya pegawai bawahan yang terlibat, sedangkan proses membawa enjin pesawat yang besar seperti itu ke luar negara adalah rumit dan memerlukan pengesahan pihak atasan dari segi logistik,pengangkutan dan lain-lain.

Takkan lah enjin tu boleh di pikul sorang satu kott.....

apa yang membuat kan Gani lebih "kantoi" ialah kenyataan awal Menteri Pertahanan (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) bahawa tindakan memberhentikan kerja seorang Brigadier Jeneral dan beberapa anggota lain kerana terlibat dalam kes ini, namun kemudiannya ada kenyataan bahawa mereka diberhentikan atas kes lain, menunjukkan ada sesuatu yang seolah-olah cuba disembunyikan.

Maka dengan itu pihak - pihak atasan dalam tentera dan kementeriannya juga akan turut terlibat sama khasnya mat monggol.

Dan apa yang jelas enjin tu pun dah "lebur" dijual dan penafian demi penafian akan terus di buat sama macam drama - daram yang sebelum ini yang mana yang perlu di tangkap bukan yang curi enjin tu tapi yang yang pecah lobang bagi tau enjin dah kena curi....kah...kah...kah


Tiada ulasan: