Episod malang sekali lagi menimpa badan perundangan di negara kita apabila kes yang cukup kontroversi ini terus dibicarakan. Tuduhan yang dibuat dibawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang menyatakan kejadian berlaku apabila ada "tusukan" masuk ke dubur tertuduh langsung tidak diguna pakai sekarang ini. Penghakiman dan perbicaraan yang dijalankan jelas sekali hanya berlandaskan hawa nafsu semata-mata. Kes yang lari dari fakta sebenar ini dijadikan alat untuk menghukum individu yang dikhuatri akan menggugat pengaruh kerajaan pada masa hadapan. Oleh itu, kita tidak perlu bergantung harap dengan perbicaraan liwat Anwar ini. Apa yang pasti,Apakah penjara Sungai Buloh menanti Anwar
segala - galanya telah terbongkar yang memperlihatkan badan kehakiman hanya bertopengkan keadilan apabila terus menjadi "barua" kepada Mat Monggol Dan Mama Penguin. Perbicaraan kes liwat Saiful Bukhari Azlan bermula pada 2.30.petang.
Pendakwa di lihat seboleh - boleh mahu Buktikan Air Mani itu Hak Anwar walaupun mereka "gagal" memperoleh sampel air mani Anwar beberapa bulan yang lalu.Pada jam 4.02 petang Pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa sampel air mani yang diambil dari dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden menyatakan demikian semasa membacakan ucapan pembukaan dalam kes liwat terhadap bekas pembantu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. Pihak pendakwaan juga akan membuktikan kesalahan tertuduh melalui keterangan langsung daripada pengadu dan keterangan forensik daripada doktor-doktor dan ahli kimia serta keterangan mengikut keadaan dan dokumentari. Dalam ucapannya, Mohd. Yusof juga memberitahu, kejadian bermula apabila pengadu masuk ke unit kondominium Unit 11-5-1 dan melihat Anwar sedang duduk di meja makan seorang diri. Di kondominium tersebut pengadu telah diliwat oleh tertuduh dan pengadu kemudian meninggalkan unit tersebut kira-kira pukul 4 petang pada hari tersebut
Yang di pertikaikan kan di sini ialah Kenapa pula sampel air mani dikatakan milik Anwar?. Apa buktinya? Sedangkan doktor pakar mengesahkan tiada tusukan apa-apa masuk ke dalam dubur Saiful. Bagaimana pula air mani Anwar boleh berada dalam dubur mangkuk ayun tu sebab pada perbicaraan semalam salah seorang peguam Anwar memaklumkan satu hal yang paling memalukan dalam sejarah perbicaraan apabila pihak pendakwa mempertikaikan perkataan "insertion" dalam laporan perubatan Pusrawi yang berbunyi seperti "Introduction".Persoalannya di sini bagaimana Laporan perubatan saiful dari Purawi boleh di tolak hanya kerana masalah perkataan pada Tulisan dalam laporan perubatan itu?
Pada Awal perbicaraan Saiful menceritakan mengenai latar belakang pendidikannya kepada DPP kanan DPP Mohd Yusof.
Katanya, dia tercicir dari Universiti Tenaga kerana keputusannya yang teruk.
Dia kemudiannya menunjuk ke Anwar ketika diminta pendakwa meminta agar dia mengecamnya tetapi pada ketika itu Anwar tidak memandang ke arahnya.
Sebelum itu,pada ketika Mohd Saiful melangkah ke kandang saksi, kedengaran seseorang melaung "taubatlah", menyebabkan mukanya berubah.
Lihat bagaimana Siful berbohong di dalam mahkamah;
Saiful mendakwa dia bekerja untuk Anwar sebagai seorang sukarelawan seminggu sebelum pilihan raya umum Mac 2008, dengan gaji RM1,000.Bagaimana dia boleh kata yang dia menjadi pekerja sukarelawan sedangkan sukarelawan tidak mempunyai gaji yang tetap melainkan di beri elaun tugas sahaja itu kalau di fikirkan secara logik.
Gay boy ni kata lagi .Selepas pilihan raya tersebut, dia menjadi pengawai khas, dengan tugas - tugas mengatur perjumpaan dengan ahli-ahli parlimen BN yang berkemungkinan melompat parti.Satu lagi kelentong yang mungkin telah di atur skripnya oleh geng - geng bangang Mat Monggol sebab selepas pilihanraya dia hanya menjadi pembantu kepada pembantu Nurul Izzah iaitu Raimi Osman.
Fikirkan secara logik macam mana kelentong si gay boy ni boleh terbongkar!
Dia mengaku yang dia menjawat,jawatan sebagai pembantu Khas Anwar sedangkan pada Pilihanraya kecil Permatang Pauh yang lalu Saiful memberitahu Khairy Jamalluddin bahawa di pejabat Anwar dia bekerja sebagai "Coffee Boy" sahaja.Jadi di sini di pertikaikan bagaimana dia boleh katakan yang dia bekerja sebagai pembantu Khas Anwar?
Terbongeng Kelentong Gay Boy tu di hadapan Rakyat satu Malaysia!
Mohd Saiful berkata lagi yang Anwar mengambilnya bekerja antara bulan Mac dan Jun tahun berkenaan.Walaupun surat peletakan jawatannya menyebut dia berbuat demikian kerana malas dan tidak berdisiplin, Mohd Saiful berkata motif sebenarnya ialah kerana tidak tidak tahan lagi diliwat seperti dalam tuduhan tersebut.
Masalah sekarang ni mana satu yang betul?
Laporan polis Mohd Saiful yang dibuat di hospital besar Kuala Lumpur bertarikh 28 Jun 2008, diserahkan sebagai bahan bukti.
Peguam Karpal Singh membuat bantahan kerana laporan polis menyebut kejadian liwat itu didakwa berlaku pada kira-kira jam 6 petang, yang berbeza dengan waktu yang tercatat pada kertas tuduhan.Satu demi satu kelentong terbongeng dalam perbicaraan kes ini sama dengan kelentong yang terbongeng sebelum ini yang mana dalam pengakuan sumpah laknat saiful mangatakan dia di liwat secara paksa tapi dalam laporan polis dia mendakwa bahawa di liwat secara rela.
DPP Mohd Yusof cuba nak "main" lagi dengan menjawab banyak insiden yang berlaku. Katanya, laporan polis itu merupakan bukti utama, yang membawa polis melakukan penyiasatan.Kalau macam tu bagaimana dengan bukti -bukti yang lain?
pada ketika ini Kawalan Ketat Masuk Ke Dewan Mahkamah di buat oleh anggota - anggota polis yang di"upah" oleh Mat Monggol dan Mama Penguin .
Mohd Saiful berkata lagi dalam mahkamah yang dia diarahkan pergi ke kondominium Desa Damansara pada jam 2.30 petang, untuk membincangkan dengan Anwar mengenai urusan tugasnya Dan kenyataan selepas itu macam biasalah seperti yang di rancangkan dalam skrip.
Walaupun keadaan hujan lebat di perkarangan istana kehakiman, para penyokong Anwar brerhimpun dekat pintu masuk komplek mahkamah. Dua penyokongnya kelihatan memakai topeng Najib dan Rosmah. Polis telah mengeluarkan amaran tangkap kepada mereka yang memakai topeng.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan