Jumaat, 27 Ogos 2010

Berita LebihTergempak Lagi!!!


Akhirnya Ku sepi Sendiri!!!!!!!


Semalam.......

Ketua PKR Bukit Bintang, 15 anggota sertai Umno-M/Insider


KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Bukit Bintang di Wilayah Persekutuan Mahmood Abdullah bersama 15 anggota yang sebahagiannya adalah Anggota Jawatankuasa (AJK) cabang berkenaan hari ini mengumumkan keluar parti dan menyertai Umno, berkuatkuasa serta-merta.

Borang menyertai Umno itu diserahkan kepada Timbalan Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin serta disaksikan Ketua Penerangan Umno Datuk Dr Mohd Shafie Abdullah dan Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Al-Habshee.

Mahmood berkata keputusan keluar parti itu dibuat tanpa adanya rasa benci atau rasa tidak puas hati terhadap sesiapa sebaliknya ia diputuskan demi untuk mengukuhkan bangsa Melayu dan agama Islam yang secara konsisten diperjuangkan Umno.



Hari Ini........

Jika Majoriti UMNO Sokong Perkasa, Saya Keluar Parti - Khairy Jamaludin

KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin memberi amaran beliau akan meninggalkan parti itu jika majoriti ahlinya menyokong pertubuhan bukan kerajaan Melayu, Perkasa yang ditubuhkan selepas pilihan raya umum 2008.

Menyangkal tanggapan Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS Khalid Samad bahawa Umno kini “tenggelam” di sebalik aktiviti Perkasa yang dipimpin Datuk Ibrahim Ali, Khairy berkata, bukan setiap ahli parti dominan Barisan Nasional itu menyokong pertubuhan tersebut.

“Jika wujud situasi di mana mereka (ahli Umno) memilih Perkasa berbanding saya, saya akan keluar,” kata Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau di sini semalam.


Keluar BN: Keputusan di tangan presiden Supp-Mkini



Persoalan sama ada masyarakat Cina di Sarawak tanpa wakil dalam kerajaan BN jika Parti Rakyat Bersatu Sarawak (Supp) memutuskan untuk menarik diri daripada BN, hendaklah ditujukan kepada presiden parti, kata naib presiden Supp Datuk Yong Khoon Seng.

Yong, yang juga timbalan menteri kerja raya berkata beliau tidak wajar untuk memberikan pandangannya mengenai isu itu pada ketika ini kerana ia mungkin menjejaskan keseimbangan parti majoriti Cina itu, antara empat anggota parti campuran di Sarawak.




Warghh!!Kah..Kah..Kesian Betul United MuNkEeE...kah...kah.....kah........

LSS:

Esok Bila "Be End" akan di pengerusikan oleh Ibrahim ali.........

Sekor - Sekor Mangkuk Ayun Angkat Kaki.....

Semalam 15 ekor ahli PKR masuk United MuNkEeE.......

Besok 3-4 Gerombolan Geng United MuNkEeE angkat Kaki Cabut Lari!!!!

Lepas tu serbu Pejabat Pakatan Rakyat Mintak Borang kasi Ramai - ramai Isi....






warghhh...kah...kah..Yang tinggal hanyalah Noh Omar dan Muhyiddin tengah lepak Main Konda - Kondi ..kah....kah

Tiada ulasan: