PERLEMBAGAANKU : ADUAN POLIS KGBM TAK BERASAS, KATA MAJLIS PEGUAM – minsider
Majlis Peguam menegaskan tindakan Kelab Belia Graduan satu Malaysia (KBGM) membuat laporan polis semalam mengenai Kempen Perlembagaanku mendakwa kononnya ia satu usaha untuk meminda Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berasas sama sekali, dibuat ekoran kurangnya pemahaman berkenaan kempen itu.
“Nampaknya kebimbangan utama KBGM adalah bahawa Buku Panduan Rakyat telah memaklumkan rakyat Malaysia yang Perlembagaan menyatakan bahawa ia boleh dipinda oleh ahli-ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat Malaysia.
“Ini sememangnya ada dinyatakan dalam Perlembagaan.
“Dalam pengetahuan kami, Parlimen telah meminda Perlembagaan lebih 40 kali dalam masa 53 tahun yang lalu dengan lebih kurang 650 pindaan individu,” kata beliau.
Adalah dilaporkan bahawa KBGM telah menyuarakan kebimbangannya bahawa buku-buku panduan yang dikeluarkan oleh kempen itu mungkin bersifat menghasut.
“Kami percaya bahawa kebimbangan KBGM tentang Kempen itu adalah tersasar, dan timbul akibat kurangnya pemahaman dan ilmu berkenaan Kempen itu dan juga Perlembagaan Persekutuan (Perlembagaan),” katanya.
Warghh..Kah..Kah...Woi Mangkuk! Kalau Bangang Duduk diam - diam bulan pose ni,Pasal Kalau banyak Cakap Mulut tu jadi busuk..Kah..Kah..Kah...Kah
Ada lagi sekor Mangkuk Ayun! Bangang mengaku pandai,Buat - buat bangang pasal nak Bodek Lepas tu Nak Kontrek.Lain kali kalau nak bodek ke,nak ampu ke biarlah cerdik sikit.Ini Bodek Stail bangang namanya.Pergi lah mana - mana negara pun yang mengamalkan demokrasi berparlimen,semua perlembagaan boleh di pinda.
Malah ada Negara yang menggubal semula perlembagaan nya dan buat perlembagaan baru.Itu lah gunanya ahli Parlimen yang berada dalam Dewan Rakyat Bodooooh!!!!!
Kerja Ahli - ahli Parlimen ini Mengkaji,membuat,melulus atau meminda sesuatu perlembagaan tu..Bodooooh!!!!!
Maka ahli - ahli Parlimen ini lah yang membuat undang - undang,janganlah jadi bangang sangat!!
Agaknya Mangkuk Ayun ni dah lupa yang Mahafiraun telah meminda perlembagaan persekutuan Untuk memansuhkan kekebalan Raja - raja Melayu.
nota:
perlembagaan negara malaysia
bukan hanya ada fasal 153 sahaja
perlembagaan ini mempunyai banyak fasal
dalam perlembagaan malaysia tak ada tertulis
china tak boleh masuk surau
atau melayu mesti dapat 30% semua kontrek
dalam perlembagaan ada cakap pasal kontrek sosial
sampai hari ni kita tak penah tenagok pun kontrek ni di dedah kan kepada umum
sampai hari ni kita tak tahu siapa dia mangkuk ayun yang tulis dan sain kontrek ni
kalau jumpa kasi penyepak ramai - ramai!!!! Kah....Kah....Kah....Kah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan