PENDANG – Dianggarkan lebih 60 ahli PKR Cabang Pendang tidak dapat mengundi ketika pemilihan Pusat PKR yang diadakan serentak kelmarin di beberapa daerah berikutan kertas undi tidak mencukupi.
Sinar Harian difahamkan lebih 60 ahli pulang tanpa membuat undian itu kelmarin apabila kertas undian yang dihantar Pusat hanya 100 berbanding ahli PKR yang layak mengundi di cabang itu sebanyak 535 ahli.
Ketua Cabang PKR Pendang, Rashdan Ismail berkata, pihak Pusat hanya menghantar 100 kertas undi di cabang undi kerana PKR Cabang Pendang menganggarkan jumlah itu sahaja ahli yang datang mengundi.
“Ahli yang datang mengundi lebih daripada yang dianggarkan menyebabkan kertas mengundi tidak mencukupi dan lebih 60 ahli pulang tanpa mengundi.
Di kala kita menegakkan keadilan buat segala kepincangan maka kita akan di tuduh petualang,tapi bila kebatilan sendiri tersaksi di hadapan mata di mana mereka - mereka yang pandai bercakap soal keadilan? Tapi anak - anak muda di sini takkan putus asa dan akan terus sentiasa di sini untuk membela keadilan.Bukan seperti Zaid yang pengecut,terus meninggalkan wadah tanpa melawan terlebih dahulu.
Anak - anak muda di sini akan terus berada dalam PKR hingga mereka di pecat hanya kerana mempertahankan keadilan dan berpegang pada kata - kata;
Ketika ketidakadilan menjadi undang-undang, perlawanan menjadi tugas "...." banyak orang akan memanggil saya petualang - dan bahawa saya, hanya satu dari jenis berbeza: satu dari mereka yang risiko kulitnya untuk membuktikan hampa nya "- Che Guevara (. 1928-1967) Revolusi Antarabangsa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan