LSS:Motor second hand yang dah rosak kalau di kalau di"make up" baru tukar body,tukar "Mud Guard" tukar tayar tapi kalau enjin dah nak terbarai akhirnya akan terbarai jugak kat tengah jalan....
tapi....
Mutiara yang tersembunyi dalam tiram yang buruk dan busuk kalau di umpil,di kopek dan di gilap akan bersinar sampai bila - bila,akan berharga sampai seratus tahun lagi.......
LEBIH UMNO DARI PADA KEADILAN : PENAMPILAN ADI PUTRA CUNGKIL PERTIKAIAN - merdeka review
"Apa kena-mengena dengan perjuangan parti? Tiada kaitan langsung! Persembahannya tidak mengandungi unsur perjuangan, malah tidak menyuntik semangat untuk perjuangan parti!"
Segelintir anggota terpinga-pinga dengan penampilan Adi Putra (gambar kiri, tengah), genius matematik berusia 11 tahun di Kongres Angkatan Muda Keadilan, pagi tadi. Adi Putra tampil selepas Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd. Akin menyampaikan ucapan dasar beliau, diberi sambutan yang meriah sebermulanya.
Setelah memperkenalkan diri, Adi Putra mempersembahkan bakatnya kepada perwakilan AMK, iaitu keupayaannya untuk menghafal sekumpulan angka digit, dan kemudian diulangi mengikut tertib songsang.
Bagaimanapun, penampilan ini menimbulkan keraguan di kalangan anggotanya, yang tidak faham mengapa ia dimasukkan ke dalam aturcara kongres. "Ia tidak memberi apa-apa makna..." ulas seorang pemimpin AMK ketika berkata kepada MerdekaReview.
Lebih UMNO daripada KeADILan
Mungkin pertimbangan politik di sebaliknya adalah untuk menunjukkan bahawa genius anak Melayu ini turut bersama PKR. Namun, kemungkinan ini disangkal oleh pemimpin AMK yang ditemuramah MerdekaReview, "Beliau (Adi Putra) bukan datang untuk menyatakan sokongan kepada PKR, beliau datang sekadar untuk membuat pertunjukan (show)."
"Malah, jikalau anda mengikuti sajaknya tadi, masih ada ayat-ayat seperti 'Takkan Melayu hilang di dunia ini', 'Wawasan 2020'... Ini lebih UMNO daripada KeADILan-lah!" katanya secara terus-terang.
Seorang lagi pemimpin peringkat cabang menambah, "Apa yang membingungkan, persembahan power point menunjukkan gambar Adi Putra bersama pemimpin seperti Mahathir Mohamad, malah isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor! Lebih-lebih lagi, ada orang yang melaungkan 'Reformasi' selepas persembahan Adi Putra!"
"Apa kaitan Adi Putra dengan Reformasi? Dengan sajaknya yang berbau perkauman...apa kaitan Adi Putra dengan Reformasi?" beliau tertanya-tanya.
Penghargaan terhadap remaja
MerdekaReview cuba mendapatkan maklum balas daripada Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon. Beliau bagaimanapun gagal memberi apa-apa respon kerana tidak tahu-mengetahui dengan "slot Adi Putra" yang diselitkan ke dalam aturcara kongres AMK.
Naib Ketua AMK Khairul Anuar Ahmad Zainudin (gambar kanan) ketika dihubungi MerdekaReview berkata, beliau melihat slot tersebut dirancang untuk memberi penghargaan kepada seorang remaja yang berbakat, tetapi tidak diberi peluang yang sewajarnya dalam ruang arus perdana.
Khairul Anuar menyedari beberapa kenyataan Adi Putra yang berbau perkauman, namun beliau menganggap itu persoalan lain. "Yang penting, beliau pada usia yang begitu muda, berani tampil ke depan untuk bersuara. Soal kita setuju atau tidak dengan pandangannya, itu soal kedua. Kita boleh debat kemudian. Yang penting, beliau bukan sahaja berbakat, tetapi berani untuk tampil dan bercakap, malah lebih berani daripada banyak profesor universiti (yang berdiam diri)."
Yo!
Inilah akibatnya kalau menang dari hasil menipu,maka jadinya kepimpinan jadi tak berkat.Tengok lah hari pertama je dah kantoi kebodohannya.Bila orang yang paling bodoh di lantik menjadi ketua anak muda melalui proses penipuan.Hari pertama bila di lantik jadi ketua balik dah terserlah kebodohan yang sama dengan UMNO.Memang ceritanya habis semua anak muda akan jadi bodoh dan di bodoh - bodohkan lagi dek UMNO sama dengan pemikir United MuNkEeE iaitu Lokman adam.
Yo!
Ketika LSS bersekolah di tingkatan 4 dahulu malaysia di gemparkan dengan kisah seorang budak perempuan perempuan berbangsa melayu yang lebih cerdik dari adiputra kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti oxford London dalam usia 13 tahun.Budak perempuan ini cukup di kagumi sama dengan dengan seorang anak kecil yang pernah menggemparkan 1 malaysia pada tahun 1973 dulu yang punya kebolehan boleh membaca utusan melayu dalam
usia 4 tahun.
Tapi budak perempuan yang terpintar berbanding adiputra ini tak lah di arak dalam perhimpunan UMNO pada tahun 1973 atau di raikan sama macam adiputra dalam Kongres PKR di petaling jaya pada tahun 2010.Tetapi Budak perempuan di katakan menjadi kebanggaan negara yang mana
kepintarannya dalam matematik di puji tinggi melangit.
Maka selepas itu para - para professor mangkuk ayun pun membuat spekulasi bodoh yang budak perempuan yang pintar matematik ini bakal menjadi pakar pembangunan pada negara yang bernama malaysia.
Malah ibu saya pun turut memuji budak perempuan yang "genius" dalam matematik itu tinggi melangit tetapi ustaz di sekolah menegur sikap masyarakat yang terlalu memuji terlalu meninggi kerana takdir manusia tak semua nya sama.
Ustaz berkenaan menasihatkan masyarakat sekeliling agar merujuk kepada kisah Barisho yang pernah di cerita dalam Al-quran.Biar pun setinggi mana pujian malaikat kepada barisho tetap jua allah s.w.t menegur kerana takdir Barisho bukan seperti yang di sangka.Begitu jua budak perempuan yang pintar matematik berkenaan,begitu jua kanak - kanak yang boleh membaca utusan melayu pada 4 tahun itu.
Apakah yang terjadi pada budak 4 tahun yang boleh membaca utusan pada umur yang begitu kecil? apakah budak itu menjadi seorang yang bijak pandai sama seperti yang di jangka kan oleh mangkok - mangkok ayun yang mengaku pandai?
tidak!
Budak berkenaan di katakan menjadi penagih dan keluar masuk pusat serenti selepas 15 tahun kisah kecerdikannya malah budak berkenaan di buang sekolah dan terbiar begitu sahaja.
Bagaimana pula kisah budak perempuan yang cerdik matematik berbangsa melayu di kota london itu selepas lebih sedekad kisah kecerdikannya menggemparkan dunia? adakah dia menjadi pakar pembangunan sama seperti yang di katan kan dek professor mangkok ayun suatu masa dahulu?
tidak ! ini lah kisahnya
LONDON 30 Mac – Sufiah Yusof, seorang kanak-kanak pintar matematik yang pernah menggemparkan dunia apabila layak memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun, tidak putus-putus ditimpa nasib malang.
Selepas bapanya, Yusof Farooq dipenjara atas kesalahan melakukan serangan seksual ke atas dua gadis berusia 15 tahun yang mengikuti tuisyen matematik di rumahnya, Sufiah pula kini dilaporkan menjadi pekerja seks.
Tragedi yang melanda kanak-kanak genius itu dibongkar oleh wartawan News of the World yang menyamar sebagai pelanggan, di flat murah yang didiaminya di belakang lorong di Salford, Manchester.
Sufiah dikatakan terikutt dalam kegiatan tidak bermoral itu, untuk menyara hidupnya sejak beberapa tahun lalu.
Entah di mana silapnya, gadis dengan senyuman menawan itu yang kehebatannya sepatutnya menjadikan dia wanita kaya, terpaksa memilih jalan itu untuk terus hidup.
Menurut akhbar itu, Sufiah dilaporkan mengiklankan ‘khidmatnya’ melalui Internet dengan tawaran 130 pound (RM830) untuk setiap sesi.
Dengan memakai nama samaran Shilpa Lee, dia antara lain menggambarkan dirinya sebagai ‘pelajar bijak dan seksi’ yang menyediakan perkhidmatan setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 8 malam.
Dalam iklannya, menurut tabloid tersebut, Sufiah juga menyatakan dia lebih gemarkan ‘lelaki tua yang budiman’. Seorang bekas rakannya menyifatkan tindak-tanduk gadis itu sebagai: ‘‘Sesuatu yang sungguh menyedihkan.’’
“Dengan otak luar biasa yang dimilikinya, dia tidak mempunyai masalah untuk mendapat wang, sebaliknya hidup dia musnah dan menjadi tidak terkawal,” kata bekas rakannya lagi.
Selepas tiga tahun belajar di Universiti Oxford, pada usia semuda 15 tahun, Sufiah mencetuskan kegemparan apabila menghilangkan diri.
Dalam e-mel kepada keluarganya, dia menyifatkan hidup dengan bapanya ‘umpama dalam neraka’.
Ibu Sufiah, Halimahton berasal dari Muar, Johor manakala bapanya, Yusof berasal dari Pakistan.
Sufiah hanya ditemui dua minggu kemudian di sebuah kafe Internet di Bournemouth dan bekerja sebagai pelayan hotel.
Dia enggan kembali ke pangkuan keluarga dan diletakkan di bawah jagaan sebuah badan sosial sebelum kembali ke Oxford untuk menyelesaikan pengajian matematik peringkat sarjana.
Dia berkahwin pada 2004 ketika berusia 19 tahun dengan peguam pelatih, Jonathan Marshall, 24, tetapi rumah tangganya hanya mampu bertahan selama setahun.
tapi heran jugak ada yang pandai tapi nak jugak buat kerja bodoh!
Nasib baik bodoh ni bukan penyakit berjangit kalau tak hancur gila AMK
isham Rais pula memetik kata - kata.......
nota:
amk perlu mencari ubat
agar kebangangan ini tidak merebak kah kah kah
nota:
anak kecil pakar metemetik ini dalam bahaya
kalau azmin padang tembaga tahu
anak kecil ini akan menjadi sama seperti hang nadim
kenapa?
bila besar dia menjadi pakar ilmu hisab dan kira-kira
pasti boleh mengira undi dengan betul kah kah kah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan