Isnin, 13 Disember 2010

Wikileaks: Kalau dah negara BANGANG mana tak Kena Hina





Diplomat-diplomat Singapura menganggap para pemimpin di beberapa buah negara Asia termasuk Malaysia sebagai korup, tidak cekap atau bodoh, menurut kabel diplomatik yang didedahkan WikiLeaks semalam.

Nota-nota diplomatik yang diberikan oleh laman WikiLeaks kepada kumpulan media Fairfax di Australia mengandungi penilaian terhadap tokoh penting di Malaysia, Thailand dan Jepun.



"Terdapat kekurangan kecekapan kepimpinan yang merupakan masalah utama untuk Malaysia," kata Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Singapura, Bilahari Kausikan.



Kausikan dilaporkan menyatakan demikian kepada Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Bagi Asia Timur, David Sedney.Menurutnya, akibatnya (kekurangan kecekapan), situasi di negara jiran Malaysia adalah mengelirukan, berbahaya dan terdapat kemungkinan konflik perkauman.



Ini semua kerana Dunia dah gelakkan Negara BANGANG bernama Malaysia yang di perintah oleh PM bodoh dari geng gerombolan.Sebangang - bangang negara macam malaysia boleh serahkan dua blok cari gali minyak kepada negara lain Sedang kan itu lah punca kekayaan mana - mana negara pun dalam dunia ni.Negara lain punya la kempunan nak peroleh telaga minyak kita pulak senang - senang je boleh bagi kat orang lain.



Lagi paling Bodoh jual air kat singapore dengan harga 3sen 1000 gelen tapi beli balik dari singapore dengan harga 50sen 1000 gelen.Mana punya ilmu perniagaan ada cakap macam tu.Padan Muka! ada tanah keretapi tanah melayu 200 hektar kat tanjung pagar pergi tukar dengan tanah empat hektar,lagi punya bodoh!



Yang paling kesian sekali ialah bila orang melayu yang di bangangkan dengan perkataan "selaras" itu pasal perkataan naik tak boleh di gunakan,kalau harga minyak tak boleh cakap naik kena cakap harga minyak selaras,kalau harga gula pun macam tu jugak kena cakap harga gula sedang selaras termasuk la batang torpedo dalam seluar kalau naik itu bukan pasal dia naik tapi Batang torpedo dalam seluar sedang di RASIONALISASI dan di SELARASKAN.

Tiada ulasan: