Sabtu, 8 Januari 2011

Pejuang Revolusi Kita Uzur dan Daif,Ayuh kita bantu mereka



Dikamar sepi yang serba kekurangan dan rumah usang warisan keluarga isterinya lelaki ini terbaring tidak bermaya.Abdullah Hashim@Tahir@Penghulu,bekas pejuang Rejimen Ke-10 TPRM(Tentera Pembebasan Rakyat Malaya) menghabiskan hari-harinya menanggung sakit didalam perut dan lelah.suaranya kian lemah,perlahan dan terputus-putus disamping ingatannya kian kabur.sesungguhnya kesihatan beliau kian merudum berbanding sebelum bulan Ramadhan tahun lalu ketika mengziarahinya pada PADA .JANUARI 2011.


Tahir atau lebih dikenali oleh kawan-kawan Rejimen Ke-10 sebagai Penghulu adalah seorang kader veteran yang amat dihormati oleh para perajurit. Beliau pulang ke kampung halamannya selepas Rejimen Ke-10 memberhentikan perjuangan bersenjata selaras dengan perjanjian perdamaian 3 pihak antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Diraja Thailand dan Parti Komunis Malaya yang ditandatangani di Hadyai pada 2 Disember 1989.


Penghargaan malah catatan sejarah hanya di juruskan kepada UMNO (dan pemimpinnya) seolah-olah hanya UMNO-Perikatan-Barisan Nasional sahaja yang menyumbang kepada kemerdekaan tanahaiar.





Hari ini, Pak Syed Hamid Ali(adik Bongsu Syed Husin Ali),Bung Hassan Karim,Pak Sanusi Abas dan Bung Tajudin Ramli sempat mengziarahi seorang pejuang yang sedang terlantar keuzuran di Kg.Bangau Tanjung Temerloh.Pejuang tersebut merupakan salah seorang anggota Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Malaya,PKM yang memilih untuk kembali ke tanahair berikutan Perjanjian Damai Tahun 1989 dahulu.





Pak Abdullah Ibrahim yang juga dikenali dengan nama Tahir dan Penghulu sekarang ini sedang keuzuran terlantar di teratak usang milik keluarga isteri beliau.Anak Semantan yang berjiwa kental ini lahir di Kg.Tualang Temerloh memilih menyertai perjuangan bersenjata Rejimen Ke-10 didalam usia 18 tahun.





Semangat untuk merdeka dan menghalau penjajah British serta kesedaran politik yang mendalam mendorong beliau memilih perjuangan bersenjata.Kebenciannya yang membuak akan penjajahan membuatkan beliau tanpa tangguh mempertaruhkan nyawanya bergerila di hutan belantara.



Beliau menyertai long march Rejimen Ke-10 ke sempadan Thailand bersama denganAbdullah CD dan sahabat-sahabatnya yang lain;atas nama perjuangan beliau memilih berkelana ke negeri orang lain dari memilih berputih mata tunduk kepada penjajah.



Tahir telah menyumbang seluruh usia mudanya kepada perjuangan yang beliau yakini;lebih 40 tahun-sebahagian besar dari usianya-untuk perjuangan membebaskan bangsa dan tanahairnya dari cengkaman British.



Dan lelaki ini tidak pernah menyesali pilihan yang diambilnya.Dalam keuzuran dengan suara yang perlahan tapi tegas,beliau menyebut bahawa beliau tidak pernah kesal dengan perjuangannya.Saya mengesani kekukuhan semangat dan kekentalan hatinya yang saya kira kukuh-kejap bersemangat untuk berjuang.




Pak Abdullah Ibrahim atau Penghulu hari ini hanya mampu terbaring di rumah sahaja dengan di temani seekor kucing comel yang setia berbaring sepanjang waktu di sisinya.Beliau mengidap sakit pasang atau mempasang,ulu ari-arinya bengkak.Tubuhnya kini kurus jangkung tanpa daging namun matanya tetap bercahaya dan tajam.



Pejuang ini hidup didalam kedaifan tetapi masih bersemangat kental.



Kepada individu atau mana-mana pihak,para dermawan yang ingin memberikan sumbangan buat pejuang Revolusi Tanah air dalam menghadapi penderitaan dalam menghabiskan sisa - sisa hidup yang masih kental berjuang menentang penjajah British dan Penjajah UMNO dan Barisan Nasional sila bank-in Sumbangan anda ke Tabung Simpati Blogger Pembela Rakyat akaun Hong Leong Bank Kami bernombor : 14651 - 040 - 288(Azalli) atau melalui akaun paypal di laman blog pejuang pro demokrasi di sebelah kiri side bar .hanya RM 1 sumbangan ikhlas anda mampu meringankan penderitaan mereka.Bantu lah bekas pejuang - pejuang Revolusi mereka,kalau tak kita siapa lagi?

Tiada ulasan: