Rabu, 12 Januari 2011

Peliknya demokrasi PKR…


.Cakap tak serupa bikin, itulah kesimpulan terbaik bila tengok barisan kepimpinan baru PKR yang secara rasminya diumumkan semalam.

Parti yang selalu ‘jual’ nama rakyat ini membariskan pemimpin dikalangan elit dan bangsawan yang hidup sehari-hari jauh dari rakyat jelata.

Sedangkan pemimpin yang selalu bergelumang dengan rakyat macam Ahli Parlimen Padang Serai,Kedah N Gobalakrisnan dan bekas calon ketua AMK Badrul Hisham Shaharin dianak tirikan sebab melawan ‘skrip’.

Ramai yang pelik tengok demokrasi dalam PKR ini, Gobala yang jatuh tempat kelima dari empat naib presiden tak ditawarkan apa-apa jawatan sebaliknya lantik peguam N Surendren yang baru seminggu dua berjinak dengan PKR.

“Anwar Ibrahim hanya hendak orang yang dengar kata dan boleh dia control sahaja dalam barisan kepimpinan PKR, sebab tu dia lantik banyak muka baru yang orang tak kenal pun,”kata bekas ‘orang kuat’ parti itu.

Menurutnya, kalau dilihat pada barisan baru yang dilantik itu ada nama yang langsung orang PKR tak kenal seperti naib presiden Datuk John Tenewi Nuek.

Kononnya orang Sarawak ini bekas duta dan penyokong setia Anwar, langsung tak ada track rekod sebagai ahli politik dan tak tahu apa masalah ahli yang dia perjuangkan sampai boleh jadi naib presiden PKR.

Selain itu, ada juga nama Dr Idris Ahmad, yang jadi Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, pakar sakit puan di hospital swasta dan ada klinik sendiri di Taman Tun Dr Ismail ini juga kawan lama Anwar.

“Anwar hendak jadikan parti ini parti untuk golongan pertengahan, bukan parti massa seperti UMNO dan PAS, bila lantik golongan elit dan bangsawan ini sedang sikit nak kawal, selain mereka ada sumber kewangan sendiri”katanya.

Selain itu, yang juga lawak dan bukti demokrasi ‘asal boleh’ style Anwar adalah bila dia pindahkan Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail jadi Pengerusi PKR Terengganu.

Ini berikutan ketua cabang PKR Indera Mahkota itu memang diketahui tak sebulu dengan Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman.

“Ini kes ‘buang daerah’ lah ini, pemimpin Terengganu yang berkelayakan pula Haji Rosli Abdullah, Anwar lantik jadi timbalan setiausaha agung ganti tempat Badrul Hisham yang berprinsip enggan terima jawatan selagi penyelewengan tak selesai.

Sementara itu, nasib laporan penyelewengan pemilihan parti itu masih belum diketahui hasil siasatannya.

Cuma ikut maklumat, semua laporan itu akan ‘disapu bawah karpet’ dan PKR buat ‘tuli’ dengan keluhan ahli sendiri.

Tiada ulasan: