97 ke 970 mamak masuk Kimma
Mohamed Ibrahim A. Siahoo, yang mewakili kumpulan itu berkata, tindakan mereka keluar daripada PKR juga disebabkan kecewa dengan parti itu yang gagal menunaikan janji untuk membela nasib rakyat khususnya kaum India Muslim.
"Keputusan kami ini waras dan tidak dipaksa oleh mana-mana pihak, sebaliknya mula sedar tentang parti mana yang boleh membantu kami,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang untuk menganggotai Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) kepada Presidennya, Datuk Syed Ibrahim Kader di sini.
Din Binjai:
Sebagai aktivis 1998 dan ahli Keadilan sejak 1999, tidak ada seorang pun wajah mereka yang sharpshooter kenal. Terlibat dari penubuhan awal bersama Mansor Othman, TKM 1 P.Pinang menjelajah dari satu bahagian ke satu bahagian (kini disebut Cabang), tidak pernah nampak pun kelibat mereka. Kenapa 97 tidak 970 baru nampak lagi gah.
Selepas 2008, berbondong-bondong sertai Keadilan termasuk bekas umno, mic, mca, gerakan dan tidak berparti. Keadilan terima mereka dengan baik. Kita tidak boleh nafikan ada sebahagiannya memang dirancang menyertai Keadilan dan akan keluar bila tiba musim pilihanraya. Mereka ini umpama spesis berudu dan akan bertukar menjadi katak bila tiba masanya macam katak besar zahrain.
Suka atau tidak, imej Keadilan memang tercalar teruk dengan isu lompat dan keluar beramai-ramai walaupun yang keluar itu tidaklah seramai yang disebut. Tetapi 11 wakil rakyat Keadilan berpaling tadah menjadi pengkhianat kepada amanah rakyat, itu adalah benar.
Puncanya apa? puncanya ialah kerana niat berjuang tidak betul. Jika kita berjuang dalam Keadilan hanya semata-mata kerana Anwar Ibrahim, kita akan kecewa kerana Anwar Ibrahim bukanlah malaikat.
Anwar tak jawab sms dah nak merajuk, Anwar tak balas emel dah nak merajuk, Anwar tak dapat hadir kenduri kahwin pun nak merajuk, Anwar tak balas twitter pun nak merajuk, Anwar tegur sikit pun nak merajuk, Anwar marah sikit pun nak merajuk, tak dapat jawatan pun nak merajuk, tak dapat jadi calon pun nak merajuk, tak dapat jadi Ahli Majlis pun nak merajuk, tak dapat jadi Ahli Lembaga Pengarah GLC pun nak merajuk, kalah dalam pemilihan pun nak merajuk, mereka ini adalah golongan orang KKS (kurang kasih sayang).
Sebagai pendokong atau ahli Keadilan, cuba tanya diri kita, adakah kita ini tergolong dalam golongan KKS? Jangan terjebak atau biarkan diri anda termasuk dalam golongan KKS. Jadilah seorang pejuang yang terus berjuang, soal dalaman parti yang belum selesai kita terus lawan, lawan tetap lawan. Lawan umno b-end sampai tumbang walaupun dalam tempang.
LSS: Kalau nak tau dalam bahasa Hindi KIMMA tu bermaksud Kambing!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan